Showing posts with label Konsert Memori Berkasih 25 Tahun. Show all posts
Showing posts with label Konsert Memori Berkasih 25 Tahun. Show all posts

“Orang yang selalu menemani saya dalam perjalanan seni saya. Orang yang mengajar saya erti suka & duka. Sentiasa ada ketika jatuh bangun saya. Tetapi kini, dia sudah lama tiada." - Segmen tribute untuk Allahyarham Achik Spin ini Nana dedikasi khas buat sahabatnya itu di Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun baru-baru ini berjaya mengundang sebak. Al-Fatihah. 


Lirik lagu Memori Berkasih:

Telah ku cuba meminta kasihmu

Biar menjadi ikatan abadi

Namun apa daya terlerai janji kita

Mungkin takdir yang meminta

Namun apa daya terlerai janji kita

Mungkin takdir yang meminta


Bermusim kita bersama

Menyemai ikatan cinta

Tak mungkin kasihku hilang

Ku kunci hati untukmu


Himpunkan kenangan indah

Simpanlah senda gurauan

Andainya kau kerinduan

Itulah jadi penawar


Sungguh ku terharu dan pilu

Kasihku semai kau abaikan

Putusnya ikatan cinta

Mungkin tiada jodoh kita


Menangis hati ini

Ku juga bersimpati

Hancurnya harapanku

Maafkan sayang

Kasihmu yang berubah

Aku pun tak menyangka

Itulah alasanmu

Pergilah sayang

Biarlah rindu di kejauhan

Menemani hati yang gelisah

Semoga bertemu jua kebahagiaan


Bermusim kita bersama

Menyemai ikatan cinta

Tak mungkin kasihku hilang


Ku kunci hati untukmu

Himpunkan kenangan indah

Simpanlah senda gurauan

Andainya kau kerinduan


Itulah jadi penawar

Sungguh ku terharu dan pilu

Kasihku semai kau abaikan

Putusnya ikatan cinta

Mungkin tiada jodoh kita


Menangis hati ini

Ku juga bersimpati

Hancurnya harapanku

Maafkan sayang

Kasihmu yang berubah

Aku pun tak menyangka

Itulah alasanmu

Pergilah sayang


Biarlah rindu di kejauhan

Menemani hati yang gelisah

Semoga bertemu jua kebahagiaan


Telah ku cuba meminta kasihmu

Biar menjadi ikatan abadi

Namun apa daya terlerai janji kita

Mungkin takdir yang meminta

Namun apa daya terlerai janji kita

Mungkin takdir yang meminta




Minat Nana sejak 1999, beli hampir kesemua album Siti Nordiana (Nana).  Siap kumpul artikel, poster ya dulu. Famili, kawan-kawan sekolah dan saudara-mara ada sokong bagi keratan sekali, terima kasih diucapkan.

Zaman tak ada medsos, pernah hantar surat & emel (Nana balas keduanya!). Pernah jumpa Nana 3 kali sebelum musim GV, baik sangat (pernah jumpa Achik juga). Juga pernah defend Nana dalam majalah waktu dia remaja. Pernah masuk kuiz radio sebab Nana. Kenangan sungguh. 🤭

Pernah buat blog pasal Nana dulu, dan dapat kenal beberapa kawan baru dari Malaysia & negara Asean lain. Sekarang dapat kenal ramai peminat kalangan orang muda pula. Panjang perjalanan minat, panjang lagi kareer Nana kita. Zaman berubah tapi rasa tetap setia.

Malah sampai sekarang saya ada kongsi video berkaitan Nana di sosial media saya, termasuk youtube! 


Tak sabar nantikan Konsert Nana 11 Mei 2024 ini. I'm so proud of you. All the best ya Nana. Jaga kesihatan! 🤍

Plot twist: Saya tak ada rezeki ke konsert beliau, ada perkara kita kena terima ia tak sesuai dengan keadaan semasa kita, tapi doa dan sokongan tetap selalu ada. 

Siapa tak sedih tak dapat pergi konsert artis yang kita minat sejak zaman sekolah. Dahlah ini konsert pertama beliau semenjak bertahun. Tapi kita yakin ini semua ada hikmah. 

Bak kata sis cheryna (Sha):

"Tak apa kita terlepas sedikit peluang, jangan terlepas kasih sayang." 🥲

Namun dapat lihat melalui skrin & mata kawan-kawan pun dah happy. Anyways, saya bangga dengan Nana! Tahniah! Finally. Alhamdulillah. 👏🏻

*****

KONSERT MEMORI BERKASIH SITI NORDIANA 25 TAHUN 


Di sini saya kongsikan (foto dan video) di media sosial berkaitan Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun di Zepp, KL pada 11 Mei 2024. 

Memori Berkasih:




Cinta Hanya Sandaran:


Gambar sewaktu segmen tribute untuk Achik Spin. Foto: Media Hiburan





Sumber: Bernama





Susah senang biarlah bersama

Jangan ada dengki di antara kita


Usah pandang pohon yang sebatang

Tapi renung hutan yang terbentang

Yang merimbun dan juga menghijau

Ada makna rahsia tersembunyi


Talam dua muka

Kawan atas pagar

Kini aku pula sanggup engkau cabar

Engkau perdagangkan

Kasih sayang ku selama ini


Engkau menggadaikan

Kerinduan demi kedudukan

Bukannya sengaja ku mengungkit

Tapi kau sengaja yang membangkit

Akulah teman di kala susah

Akulah teman pengubat resah


Bukannya sengaja ku mengungkit

Tapi kau sengaja yang membangkit

Akulah tempat engkau mengadu

Dan akulah juga yang tertipu


Usah pandang pohon yang sebatang

Tapi renung hutan yang terbentang

Yang merimbun dan juga menghijau

Ada makna rahsia tersembunyi


Lihat pada rupa

Tak mungkin percaya

Tersusun gerak geri dan bicara

Engkau perdagangkan

Kasih sayang ku selama ini

Engkau menggadaikan

Kerinduan demi kedudukan


Bukannya sengaja ku mengungkit

Tapi kau sengaja yang membangkit

Akulah teman di kala susah

Akulah teman pengubat resah


Bukannya sengaja ku mengungkit

Tapi kau sengaja yang membangkit

Akulah teman engkau mengadu

Dan akulah juga yang tertipu


Untung rugi bukan ku tentukan

Ku menadah tangan dan terus berdoa



Wah! Siti Nordiana - dalam diam rupanya gimik pakai baju pengantin beliau itu rupanya untuk memberitahu yang beliau akan buat konsert sulung pertama pada 11 Mei 2024 ini di Zepp, Kuala Lumpur. 

"Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana" - sempena 25 Tahun Nana dalam industri.

Tema pakaian "Memori Silam Anda" (kecuali baju sekolah). 

All the best Nana & Happy 25th Anniversary! ✨


Tiket mula dijual pada 2 Februari 2024 ini - https://www.ticket2u.com.my/cd?id=34224





Lagu-lagu yang akan dinyanyikan Siti Nordiana semasa Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun (set playlist) 

Link: https://open.spotify.com/playlist/37i9dQZF1DXdyMwgArSS8K








Kemaskini setelah 11 Mei:

VIDEO SEKITAR KONSERT MEMORI BERKASIH SITI NORDIANA 25 TAHUN 


Cinta Hanya Sandaran:


Segmen tribute Achik Spin:





Sumber: Bernama








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top