Showing posts with label sukan sea. Show all posts
Showing posts with label sukan sea. Show all posts

 


🔥🚨 TERKINI:

Malaysia akhirnya menamatkan penantian selama 34 tahun apabila berjaya merangkul pingat emas acara regu berpasukan sepak takraw, selepas menewaskan musuh tradisi, Thailand, dengan keputusan 2–1.

Kali terakhir emas acara ini menjadi milik Malaysia ialah pada edisi 1991 di Manila, Filipina. Kini, selepas lebih tiga dekad penuh harapan dan kesabaran, sejarah kembali berpihak kepada tanah air. 


🔥 Atlet silat kebangsaan, Syafiqah Hamzah, akhirnya mencipta sejarah apabila meraih pingat emas sulungnya dalam acara perseorangan wanita, sekali gus menamatkan kemarau emas Malaysia selama 20 tahun dalam acara tersebut.

Dengan kutipan 9.960 mata, Syafiqah tampil penuh wibawa menewaskan wakil Brunei, Wasiqah Aziemah, yang memperoleh 9.920 mata.

Satu detik gemilang, lahir daripada disiplin, ketenangan dan jiwa juang yang tidak pernah goyah.


Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mencipta sejarah apabila menghadiahkan pingat emas badminton pertama Malaysia di Sukan SEA Bangkok, sekali gus menamatkan kemarau emas beregu wanita selama 10 tahun.

Dengan semangat juang yang tidak pernah luntur, mereka menewaskan pasangan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma dan Meilysa Trias Puspitasari, 21–16, 19–21, 21–17.

Satu kemenangan yang lahir daripada kesabaran, keteguhan dan kepercayaan pada diri — detik gemilang yang akan terpahat dalam sejarah badminton negara.


Sumber: https://x.com/NewsBFM


TAHNIAH SEMUA ATLET MALAYSIA YANG BERJUANG. ALHAMDULILLAH. KAMI BANGGA. MALAYSIA BOLEH.





"Sayang bola! Sayang bola!" Laungan ini dalam perlawanan bola jaring mengingatkan saya pada sebuah kenangan. Zaman sekolah. Hampir semua kita ini ada kenangan manis, lucu, sedih dan gila-gila. Masa muda dan remaja banyak perkara yang kita terjah dan teruja melakukannya tanpa memikirkan sebab dan akibat. Namun itu semua kenangan yang mendewasakan. 

Zaman sekolah menengah; yang mana tengah rancak 'berangkat-angkat'. Sejak dahulu saya memang sangat meminati Siti Nordiana (Nana). Jadi, semasa saya diberi peluang mewakili sekolah dalam acara badminton, saya begitu mahu mendekati pemain bola jaring sekolah seorang ini (persis Nana waktu remaja wajahnya) cukup saya gelarkannya Kak A. Muka dia buat saya rasa Nana dekat sahaja (tak dapat jumpa Nana, muka macam dia pun okay. Haha. Punyalah minat). Dan Kak A ni memang cekap dalam setiap perlawanan. Bersemangat!

Entah bagaimana tidak lama selepas itu, berlaku sedikit salah faham. Saya terkena tempiasnya. Saya dimarahi oleh Kak A. Mungkin ada salah saya juga. Sejak itu dia dingin dengan saya. Kami dah tak saling bercakap. Sebagai "adiknya" ketika itu, saya kecewalah sedikit. Musnah rasa seronok nak ada kakak atlet yang muka macam artis (mungkin niat asal saya tak begitu ikhlas sewaktu mahu kenal dengan dia dahulu). Padan muka saya.

Namun benarlah yang dikata, setiap kehilangan akan diganti dengan perkara yang lain; yang pastinya lebih baik. Ya. Ada seorang kakak (Kak Z) yang muka persis Misha Omar nak berkawan pula dengan saya. Allah. Punyalah seronok rasa nak terbang, almaklumlah budak lagi waktu tu. Mestilah seronok ada kakak angkat baru (Hahaha. Lucu pula bila ingat balik). Cantik tau kak Z ni. Bijak pula tu. Dan alhamdulillah kini setelah bertahun-tahun, kami masih lagi kekal berhubung.

Kak Z ni masa sekolah sangat cemerlang dalam pelajaran, dan kini saya lihat dia begitu cemerlang dalam kehidupan; kerjaya dan keluarganya (kini dia mempunyai ramai anak-anak yang comel). Alhamdulillah. Jangan tak tahu, dia juga pemain bola jaring sekolah (satu team dengan kak A) dahulu dan aktif orangnya.

Begitulah. Tuhan tak beri apa kita nak, tapi Dia beri apa yang kita perlu. Kak Z bukan saja menginspirasi orangnya dan ada membantu saya dalam pelajaran, namun beri saya nasihat yang sampai sekarang saya ingat;
"Hidup ni jangan manja sangat dengan orang. Jangan harapkan orang untuk selalu ada. Kita kena belajar berdikari." - Kak Z.
Untuk Kak A; maaf untuk semua perkara lalu, buat Kak Z; terima kasih untuk semuanya dan buat kawan-kawan kakak berdua, moga terus berjaya dalam apapun yang kalian lakukan! Doa saya sentiasa ada untuk kakak semua.

Sekian cerita tentang kenangan. Jauh pula terimbaunya. Sekali lagi tahniah untuk pasukan bola jaring Malaysia. Seronok lihat pasukan kita main. Laju dan penuh semangat. Tahniah juga untuk semua atlet yang mengambil bahagian dalam Sukan Sea KL 2017 kali ini.

Alhamdulillah ala kulli nikmah. Malaysia memang boleh! Insya-Allah. ❤ 🏀


Anem, ex-SAMJ
21 Ogos 2017.
Kenangan ini ditulis sehari selepas kemenangan Malaysia dalam sukan bola jaring dan ragbi di Sukan Sea yang lalu.



*Baru berkesempatan nak kongsi. Asalnya nak kongsi di status FB tapi tak jadi.
*Cerita tentang zaman sekolah ini: ini antara kenangan dulu-dulu yang lucu ramai tak boleh lupa.


KL 2017 kembali lagi dengan sukan Para Asean ke-9! Pada Sukan Sea ke-29 baru-baru ini kita telah menjadi juara keseluruhan dengan memperolehi 145 pingat emas melebihi sasaran sebanyak 111 emas. Untuk Sukan Para Asean kali ini, kontinjen kita mensasarkan 103 jumlah pingat emas. Moga berjaya! Insya-Allah.


*Untuk mengetahui mana nak dapatkan maskot Rimau yang comel: adalah di sini: tmshop.tm.com.my. Dan jika mahu boleh beli cenderahati barangan sukan lain (seperti T-shirt, keychain, alat tulis, payung dan pelbagai lagi) di sini - http://www.fmstore.com.my . Dan jika mahu beli terus ada di jual di stesen Mesra Petronas yang terpilih.

*Jika nak tahu lanjut mengapa pemenang pingat dihadiahkan pokok: boleh baca di awani


Aplikasi KL 2017 untuk telefonKL 2017 - 9th Para Asean
Oh ya! Tiada penjualan tiket untuk kesemua acara Sukan Para Asean ini. Jemput  datang menyaksikan dan memberi sokongan kepada mereka beramai-ramai! Jom!
Nah di bawah ini Jadual untuk Sukan Para Asean KL 2017:





Akses ke tempat pertandingan:
(Klik pada gambar untuk lebih jelas)







Facebook rasmi: Kuala Lumpur2017
Twitter / Instagram KL 2017:  @KL2017 |  @ kualalumpur2017

Twitter Team Malaysia: @myTeamMAS

Antara Lagu Tema Sukan Sea 2017: Tangan-tangan Yang Menjulang - Asmidar



Jom imbas semula aksi comel maskot Rimau. Comel!






Semoga maju jaya untuk team Malaysia kali ini! Kontinjen yang menggunakan tagline Kami Luar Biasa, semangat mereka memang benar-benar luar biasa! Selamat maju jaya semuanya! Jom Bangkit Bersama dan Malaysia Boleh!  🇲🇾









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top