Showing posts with label Mateen. Show all posts
Showing posts with label Mateen. Show all posts

 



Taqabbalallah minna wa minkum 

Moga diterima amalan kita 

Minal 'aeidin wal faizin 

Salam lebaran maaf zahir batin 

Eidun Mubarak, Selamat Hari Raya 


Alhamdulillah tanda kesyukuran 

Dipertemukan hari yang mulia 

Berkat usia dalam ketaatan 

Kita hamba-Nya 


Taqabbalallah minna wa minkum 

Moga diterima amalan kita 

Minal 'aeidin wal faizin 

Salam lebaran maaf zahir batin 

Eidun Mubarak, Selamat Hari Raya 


Takbir bergema hari kebesaran 

Rai bersama erat persaudaraan 

Saling ziarah menjamu hidangan 

Alangkah indahnya 


Hei Hari Raya 

Bergembira janganlah leka sampai terlupa 

Yang tiada, yang jauh di mata 

Dekat di hati memori terindah 

Tetap bersama walau di mana 

Kenang dalam doa 


Taqabbalallah minna wa minkum 

Moga diterima amalan kita 

Minal 'aeidin wal faizin 

Salam lebaran maaf zahir batin 

Eidun Mubarak, Selamat Hari Raya 

Eidun Mubarak, Selamat Hari Raya






Andai gundah gulana

Resah gelisah jiwa

Tataplah firman Maha Sempurna


هُوَ الْكِتَابُ والنُّور

هُوَ التَّنْزِيلُ وَالرُّوحِ

هُوَ الْكَلَامُ وَالذِّكْرُ وَالشِّفَاءِ


Dialah kitab yang bercahaya

Dialah yang diturunkan Ruh (Jibril a.s)

Dialah kalam Allah, peringatan & penawar


حَبْلُ اللَّهِ الْمَتِينِ

وَصَاحِبُ الْمُؤْمِنِ

هُوَ الْهُدَى وَالْبَيَانُ الْمُبِين


Penghubung Allah Yang Maha Teguh

Dan teman orang yang beriman

Dialah petunjuk dan penerang yang nyata


Al-Quran... Al-Quran...

Al-Quran petunjuk manusia

Petunjuk mulia jalan bahagia


Al-Quran penyuluh gelita

Khabar gembira neraca minda Al-Quran penyembuh derita

Beri syafaat membawa berkat

Bahtera dunia akhirat

Penghubung Allah Yang Maha Teguh


حَبْلُ اللَّهِ الْمَتِينِ

وَصَاحِبُ الْمُؤْمِن

هُوَ الْهُدَى وَالْبَيَانُ الْمُبِينِ


Dan teman orang yang beriman

Dialah petunjuk dan penerang yang nyata


Al-Quran... Al-Quran...

Al-Quran petunjuk manusia


Petunjuk mulia jalan bahagia

Al-Quran penyuluh gelita

Khabar gembira neraca minda Al-Quran penyembuh derita


Beri syafaat membawa berkat Bahtera dunia akhirat

Beri syafaat membawa berkat Bahtera dunia akhirat






Keras dan pejal bebatuan di Jabal Thur

Begitulah jua cekalnya hatimu

Kau bukanlah mujahidah yang menghunus senjata

Namun jasamu besar di lembaran hijrah 


Duhai Zatun Nitaqain

Wanita yang memiliki

Dua selendang pinggang

Gelaran penghormatan

Dari Rasulullah kerana khidmatmu


Selendang itu dikoyak jadi dua

Demi mengikat bekalan

Minuman baginda

Dan lagi satu kau ikat pada sufrahnya

Walaupun sarat mengandung

Kau korbankan jiwa raga


Kau puteri bestari

Telah terpateri

Pengorbananmu


Duhai Zatun Nitaqain

Wanita yang memiliki

Dua selendang pinggang

Gelaran penghormatan

Dari Rasulullah kerana khidmatmu


Selendang itu dikoyak jadi dua

Demi mengikat bekalan

Minuman baginda

Dan lagi satu kau ikat pada sufrahnya

Walaupun sarat mengandung

Kau korbankan jiwa raga


Asma’ Abu Bakar

Kecerdasanmu amat tinggi

Mengatur rancangan penuh teliti

Menghantar bekalan seraya mengkhabarkan Nabi

Rencana musyrikin dipacu tirani


Asma’ Abu Bakar

Bijak meramal kemungkinan

Menuju Gua Thur tempat sembunyian

Menyamar bagai gembala

Agar jejakmu kan terhapus

Dari diekori musuh yang rakus


Dikaulah puteri bestari

Pengorbananmu telah terpateri

Jadi tamsilan buat diri ini











MATEEN - Teratas 


Mata melihat, jiwa merasa

Akal berfikir realitinya

Engkau dan aku jauh berbeza

Tapi magisnya, saling mencinta

Dia yang memberi segalanya

Melepasi bayangan kita


Subhanallah walhamdulillah

Allahu Akbar Allahu Akbar

Subhanallah walhamdulillah

Allahu Akbar Allahu Akbar


Aku tiada nama dan harta Juga lagu yang mengungguli carta

Tapi aku pasti Dia tetap bersama

Selama hati mengingati-Nya

Dia yang memberi segalanya

Melepasi bayangan imaginasi kita


Subhanallah walhamdulillah

Allahu Akbar Allahu Akbar

Subhanallah walhamdulillah

Allahu Akbar Allahu Akbar


Terlalu banyak Kau beri

Hanya aku yang kurang mensyukuri


Subhanallah walhamdulillah

Allahu Akbar Allahu Akbar

Subhanallah walhamdulillah 

Allahu Akbar Allahu Akbar











Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top