Showing posts with label Monkey Pox. Show all posts
Showing posts with label Monkey Pox. Show all posts




Pada 14 Ogos lalu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam berikutan penularan wabak mpox semasa di beberapa negara Afrika, dengan kes terbaharu dilaporkan di Eropah dan Asia. 

Virus mpox yang turut dikenali sebagai cacar monyet menunjukkan peningkatan trend kes baharu terutamanya di Republik Demokratik Congo dan seluruh benua Afrika.


Mpox merupakan sejenis jangkitan disebabkan virus mpox, iaitu spesies di bawah genus Orthopoxvirus.

Jangkitan boleh berlaku antara manusia ke manusia melalui sentuhan rapat secara langsung dengan ruam atau lepuh pada kulit individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan mpox, selain boleh berlaku melalui pendedahan kepada cecair respiratori semasa hubungan intim.



Antara tanda dan gejala jangkitan MPox

✅ Ruam timbul berisi cecair di seluruh badan

✅ Demam 

✅ Keletihan

✅ Sakit kepala

Gejala biasanya bermula dengan demam.Selepas 1-3 hari ruam muncul di muka, tangan dan kaki diikuti bahagian lain pada tubuh dalam tempoh 24 jam. 

Ruam lebih banyak tertumpu pada muka dan juga boleh didapati di seluruh badan termasuk dalam mulut, kemaluan dan selaput mata.


Beza mpox dgn chicken pox , biasanya ruam mpox lagi sakit (sebab bernanah) dan tak gatal berbanding ruam chicken pox yang gatal tapi tak sakit.

Ruam mpox muncul semua sekali manakala chicken pox dia perlahan lahan muncul. Sebab itu untuk chicken pox , ada saja biji air yang lama dah ada dah pecah, ada ruam yang baru muncul.

Dan Mpox symptom dia lagi lama, boleh sampai 2-4 minggu, berbeza dgn chickenpox orang akan sembuh dalam tempoh 1-2 minggu.

Sekiranya ada tanda tanda mpox, tolong dapatkan rawatan perubatan dengan segera.




Sumber: https://x.com/KKMPutrajaya/

KKM menasihatkan individu yang ingin melawat ke negara yang melaporkan terdapat kes mpox agar sentiasa mengamalkan cara hidup sihat dan mengelakkan aktiviti berisiko, manakala semua pengembara yang tiba dari negara berkaitan dinasihatkan memantau status kesihatan kendiri setiap hari termasuk gejala jangkitan mpox bagi tempoh selama 21 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia.


Malaysia dah mengambil langkah berjaga-jaga berkaitan isu Mpox ini. 


Bilik Gerakan MPox di CPRC Kebangsaan (dah aktif sejak 16 Ogos 2024)

2/ 'Sentinel surveillance' di pintu-pintu masuk negara secara imbasan suhu (thermal scanning) atau visual (dah aktif sejak 16-22 Ogos 2024)

3/ 13 makmal yang mampu lakukan ujian pengesanan mpox (8 kerajaan dan 5 private)

4/ Pengedaran pekeliling dan garis panduan kepada semua fasiliti kesihatan awam dan swasta termasuk di kawalan sempadan sebagai persediaan. 

5/ Kenyataan media berterusan. Kali terakhir pada 18 Ogos 2024. 

6/ Kempem kesedaran awam oleh KKM melalui media sosial setiap hari i.e. kaedah mengenalpasti simptom dan cara pengurusan jika disyaki menghidap penyakit mpox. 

🔈 P/s: Setakat ini, tiada kes baru di Malaysia dikesan.

📍Rujukan: Sidang media YB @DrDzul pagi tadi di majlis penyerahan Hospital Dungun



Sumber lain:

https://themerdekatimes.com/

https://x.com/MyHEALTHKKM/

https://x.com/HausofHilton/

https://x.com/BuletinTV3/

https://x.com/StratcommPMX/

https://x.com/hmetromy/






Terkini, negara jiran Singapura telah melaporkan satu kes import Cacar Monyet yang dibawa oleh seorang lelaki warga negara Nigeria.

Penyakit Monkeypox mempunyai ciri yang hampir sama dengan Smallpox tetapi lebih ringan. 

9 dari 10 pesakit yang dijangkiti dengan virus ini akan sembuh.

Setakat ini risiko penularan jangkitan ke Malaysia adalah RENDAH tetapi langkah berjaga jaga perlu diambil.


Kaedah pencegahan Monkeypox

1. Elakkan dari menyentuh haiwan yang sakit atau individu yang di jangkiti dengan virus ini. Termasuk objek lain seperti pakaian dan kain yang telah tercemar dengan cecair tubuh pesakit.

2. Elakkan menyentuh haiwan liar dan makan daging haiwan liar.

3. Pelancong yang baru pulang dari kawasan yang terjejas dengan Monkeypox perlu mendapatkan pemeriksaan segera sekiranya mereka mendapat sebarang gejala dalam tempoh 3 minggu anda pulang.


• KKM ingin merujuk kepada berita penularan wabak monkeypox di beberapa negara benua Eropah, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.

• Sehingga 20 Mei 2022, lebih 100 kes telah dilaporkan dijangkiti virus monkeypox, sama ada kes disahkan mahupun yang disyaki. 

👉 Dikongsikan cara penularan serta tanda-tanda jangkitan Monkeypox.

• Tempoh inkubasi virus biasanya antara 6 hingga 21 hari dan pesakit akan mengalami gejala selama dua (2) hingga empat (4) minggu.

• KKM juga telah menyediakan Soalan Lazim (Frequently Ask Questions – FAQ) mengenai jangkitan monkeypox yang boleh dimuat turun dari laman Facebook CPRC Kebangsaan di: 











Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top