Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts


Kebelakangan ini penyakit HFMD (Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut) pada kanak-kanak semakin meningkat dan telah membimbangkan ramai ibu bapa. Sehingga beberapa taska dan sekolah terpaksa ditutup untuk menggelakkan jangkitan daripada terus merebak.

1. Apa itu HFMD?

HFMD merupakan singkatan daripada perkataan Hand, Foot and Mouth Disease (Penyakit tangan, kaki dan mulut) yang disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) dan biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

2. Apakah gejala HFMD?

Jadi jom kita kenal tanda HFMD atau simptom jangkitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut ini:

a. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki.

b. Hilang selera makan.

c. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.





3. Bagaimana HFMD menular?

Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.



4. Bagaimana mencegah HFMD?

Cara mengatasi atau mengelakkan HFMD ini:
a. Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.

b. Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.

c. Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar dan sudu.

d. Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala.

HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.

e. Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

f. Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak.

Gambar: Twitter @bernamadotcom

Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil,
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa:

i) Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.

ii) Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.

iii) Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’. Kesemua dokumen rujukan berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang KKM di alamat URL: http://www.moh.gov.my.


Sumber maklumat: http://jknjohor.moh.gov.my
Gambar-gambar daripada:  Facebook Ini Sains Beb!
Instagram: @inisainsbeb





Menariknya rancangan My Doctors (rancangan berbahasa Malaysia) ini sebab kita rasa seperti berbual santai dengan seorang doktor.  Ya, jika yang biasa menonton The Doctors (versi luar negara) mungkin tahu konsep program bual bicara ini. Untuk yang ada twitter, seakan membaca  #MedTweetMY versi visual. Bukan saja pelbagai topik berlainan setiap minggu, dengan kehadiran doktor pakar dalam bidang masing-masing, namun turut membincangkan isu mitos dan berkaitan kesihatan yang popular. Pengacaranya seorang doktor yang cantik; Dr Liyana Dhamirah.

Ini sedikit perkongsian daripada rancangan My Doctors di Astro Ria yang saya tonton bersama emak saya tempoh hari:

Episod 1:

Sebenarnya pelbagai topik dibincangkan. Isu perempuan, bersalin, period. Namun yang saya sempat catatkan tentang di bawah ini. Boleh lihat semula episod awal My Doctors ini di sini: https://astrogo.astro.com.my.

KURUS

▪ Cuka epal boleh digunakan untuk kurus; tingkatkan metabolisme badan (minum + air suam). Boleh jadi ubat sakit tekak dan sedu juga.

▪ Air lemon / limau pula boleh buat bertenaga selain boleh jadi detox. Dan air lemon boleh tingkatkan metabolisme juga. Baunya juga boleh hilangkan stress dan segarkan udara.

▪ Air sejuk tak membuncitkan dan nak kurus perlu bersenam. Dan jika rasa lapar, minum dulu. Mungkin kita hanya haus.

Episod 2:

Episod ini mengupas banyak tentang mimpi dan masalah tidur.

TIDUR

▪ Lelaki lebih kuat berdengkur. Terjadi daripada salur pernafasan kita. Apa saja yang lalu melalui saluran udara, akan menyebabkan kita berdengkur.

▪  Tekanan mampu buat kita lebih cenderung dapat sleep talking atau sleep walking. Atau terlalu hyperactive siangnya.

▪  Sleep walking boleh berjalan selama 30 minit. Tabiat tidur yang baik sangat penting. Bersihkan diri sebelum tidur.

▪  Sleep paralysis (rasa dihempap ketika bangun tidur) selalu berlaku kalau kita terlalu penat. Gerakkan jari kita kalau kita alami.

▪  Dadah terlalu banyak boleh menyebabkan seseorang tidur terlalu banyak dan halusinasi.

▪  Di Malaysia ada tempat dan doktor untuk check cara tidur (untuk tahu kesihatan kita).

PUKAU:

▪  Selalu mangsa dah diekori dan guna teknik "pernah jumpa sebelum ni." Pernah 1 jam diekori, paling singkat 3 jam sebelum.

▪  Selalu mangsa jadi malu nak cerita.

▪  Elemen pukau:
- Tarik perhatian pakai bedak atau asap.
- Imaginasi. Suara.
- Kita rasa nak turut arahan.

▪ Nak elak kena pukau:
- Minda yang kuat. Seorang yang sedang berfikir susah dipukau. Yang kosong fikiran lebih mudah.
- Yang kuat melatah, senang dipukau. Mudah benarkan peluang.
- Sentiasa awasi persekitaran.

JERAWAT:

▪  ACNE sama dengan JERAWAT. ACNE ini sebutan dalam bidang perubatan.
▪  Jerawat naik di dagu normal sebab ada perubahan hormon. Terutama perempuan.
▪  Faktor lain jerawat: stress, lambat tidur, tak jaga kebersihan, tidur dengan makeup.
▪  Telefon boleh menyebabkan jerawat. Sebab kita letak mana-mana entah telefon tu.
▪  Jangan mudah memicit jerawat.
▪  Anda perlu tahu bagaimana mahu menjaga wajah. Jumpa pakar metadologi jika masih bermasalah.

HIPNOSIS

Beza dengan pukau. Pukau tak boleh kawal diri dia. Hipnoterapi separuh sedar. Ada digunakan dalam bidang O&G (Obstetrik dan Ginekologi). Street dan klinikal berbeza. Klinikal hipnosis, pesakit kena ready (ikut arahan). Selalunya sesi 3-6 section untuk lebih berkesan. Untuk fokus.

MELANOMA

▪ Jika ada tahi lalat lain sikit, kena periksa dulu. Bukan terus beautician.

▪ Semak dengan kaedah ABCDE
A- Asimetri (Tahi lalat normal sekata. Jika melanoma tak sama)
B - Border.
C - Colour
D - diameter (saiz). Melanoma lebih besar. 6mm mungkin sakit.
E - Evolving. Makin berubah bentuk.

▪ Guna madu lebah. Sapu hingga hilang, ini petua. Elok dapat nasihat doktor yang berkaitan jika rasa perlu.

EPISOD 3: JANTUNG




Apa saya tulis mungkin tidak lengkap, terlalu asas, jadi sangat dinasihatkan untuk tonton semula episod penuh, rujuk mereka di twitter atau pergi terus berurusan dengan doktor berhampiran anda. Itu paling penting! Maaf jika ada kurang, boleh tambah jika perlu.
My Doctors: Setiap Isnin, 11 malam di Astro Ria & Ria HD

*Menonton MyDoctors online (dalam talian): https://astrogo.astro.com.my



Penyakit pening kepala sering dialami oleh setiap daripada kita. Sekarang ni, yang muda pun ramai dah mengalami sakit pening yang serius. Melainkan yang memang jenis menjaga pemakanan, jenis cool bila berfikir dan mempunyai persekitaran yang sangat menenangkan, bak kata orang 'kau ni macam tak ada masalah!' - seumur hidup (ada ke?). Wallahua'lam. Tapi demam, hampir semua pernah mengalaminya, dan jika makin demam, tak boleh elak, memang akan pening sedikit. Jadi melalui Majalah Solusi yang pernah saya baca, saya titipkan sedikit perkongsian untuk kalian.

Yang selalu pening tu, elok baca tau!

Saya ada juga menulis tentang migrain di: entri ini.

Sebab atau Punca Pening:

Demam atau selesema.[ menyerang seluruh kepala]
Radang hidung.[depan kepala, selalu waktu pagi]
Radang otak.[pening terus-menerus]
Penurunan penglihatan.[Pening depan kepala, sakit sebab letih]
Hipertensi.[Rasa sakit di bahagian belakang kepala]
Gangguan saraf.[Rasa sebahagian kepala, pada waktu pagi, rasa nak muntah]

Sumber.

Cara atau kaedah Merawat Pening kepala:

Mengikat Serban -
 Ia boleh mengatasi pening dan migrain. Cuma cara berbeza, ada yang mampu disejukkan dengan dikepalanya diletak kain yang dibasahkan samaada dengan ais , atau ada yang sembuh dengan dikepalanya diletak kain yang dibasahkan dengan air yang dipanaskan seperti tuam. Ada yang berehat atau kurang bercakap saja sudah sembuh.

Merawat dengan Inai
Sifatnya sejuk dan mudah kering. Inai yang ditumbuk halus dan dicampur luka dan dibalut di kepala. Boleh hilangkan rasa denyutan pening. Selain itu, boleh merawat luka terbakar/. Jika dikunyah pula, sesuai juga merawat pecah-pecah pada mulut bayi. Malah jika dibalut, sesuai merawat mata bisul.

Merawat dengan Berbekam-
 Rasulullah bersabda , "berbekamlah'-tatkala ada orang mengadu sakit kepala.

Nota:
Pitam berlaku sebab darah kurang pada otak.
Jika ada kelainan pada tubuh, buat pemeriksaan. Jantung kerap berdegup pantas tanpa sebab misalnya.
Paling tidak, mungkin power cermin mata atau silau meningkat, kena periksa. Apapun jaga kesihatan fikiran, elakkan terlalu banyak berfikir yang tidak-tidak.
Jaga diri baik-baik. Ingat, awak tu masih ramai yang sayang. 
__________

Dalam Kitab as-shahih sewaktu menjelang wafat, Rasullullah mengaduh katanya, "Aduh, kepalaku"
Lalu Baginda mengikat kepalanya untuk menahan sakit (Hadis ditakhrij oleh an-Nasa'i, ibn Majah dan Ahmad]
__________

(+) Diambil dari Brightside.me, cukup tekan dengan perlahan-lahan satu titik dibahagian tengah diantara dua alis mata anda. Gerakkan jari anda lurus naik serta turun selama tiga sentimeter. Lantas tekan sepanjang 45 - 60 saat. Tidak perlu masa lama untuk lalu anda rasakan akhirnya. (Sumber)


Boleh juga baca di laman web ini: Cara Menghilangkan Sakit Kepala Dalam Masa 5 Mini

Ini petikan daripada Twitter:

Doktor @Drwaque cakap tentang jenis pening: 

Doktor @AmiraRaup cakap tentang jenis migrain:  







Perkongsian lain:

Jenis migrain oleh Yu

Sila ikut nasihat daripada doktor jika sudah mendapatkan ubat dan rawatan. Jangan sesekali 'skip' makan ubat dan jangan terlalu mendedahkan diri dengan tekanan persekitaran (belajar, kerja, keluarga) dan keadaan yang terlalu panas. Bersederhanalah. Kita sendiri tahu potensi dan kekuatan badan kita. Cuba berfikiran positif (cuba tau!), bersangka baik dengan orang lain dan menjaga waktu tidur, insya-Allah, kesihatan kita akan bertambah baik. Ini nasihat umum daripada seorang yang selalu pening macam saya. Sekian, sila jaga diri baik-baik, jika kita tak jaga diri kita, siapa lagi, bukan? Mari kita sama-sama sihat, yeah! Insya-Allah.











Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top