Showing posts with label USMku. Show all posts
Showing posts with label USMku. Show all posts

Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), Universiti Sains Malaysia (USM) is pleased to announce that it will organize an exhibition titled H3RO: A DECADE - Love & Compassion Across Dimensions. The exhibition will be held from October 1, 2024 until March 31, 2025.



H3RO: A DECADE features a combination of archival objects with a new series of artworks by Hasnul J Saidon, in collaboration with Rozana Mohamed, Anderson Ee, Afzanizam Mohd Ali, Muhammad Husni Abd. Latiff, Tetriana Ahmed Fauzi, Nur Fitrah Ramli, Muhammad Syakir Shahardi and Ooi Yong Hui. The exhibition is designed and co-curated by Hasnul J Saidon, Afzanizam Mohd Ali & Anderson Ee with technical support from MGTF USM team.


This exhibition is a tribute to the lives of Saidon Pandak Noh and Jamaliah Noordin, whose journey began in the humble surroundings of Kampung Teluk Kepayang in Bota Kiri, Perak between 1927 and 1947. Despite their limited formal education, they worked tirelessly to build a life together, moving to Teluk Intan in 1955. Through their unwavering love and commitment, they raised nine beloved children (five sons and four daughters) while navigating the joys and challenges of life. Their legacy is a testament to the power of hard work, patience, and perseverance. Saidon and Jamaliah's dedication not only transformed their own lives but also profoundly impacted the lives of their descendants and surrounding communities including their friends, neighbours and students.


In this spirit, we would like to invite you to the Official Opening of H3RO: A DECADE - Love & Compassion Across Dimensions on October 16, 2024 (Wednesday), 10.00am at MGTF, USM. The exhibition will be officiated by Y.Bhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dzulkifli Bin Abdul Razak, former Rector, The International Islamic University Malaysia (IIUM).






We are looking forward to welcoming you. Your presence would be a much-appreciated testament to the prosperous relationship we've shared thus far.


RSVP: Cik Hafizah +60 12-443 9925 | fizah_nb@yahoo.com


"Salam Kasih & Belas",

MGTF, USM


Sumber:

https://www.facebook.com/share/WFrzqivX92Kj8PLX/





 PESTA BUKU USM 2024


Berita baik kepada semua kedai buku, syarikat buku, penerbit buku dan semua yang menceburi industri penjualan buku, anda dijemput untuk menjadi pempamer di Pesta Buku USM yang julung-julung kalinya diadakan. 


Tarikh:

4-7 November 2024 (Isnin-khamis)


Masa:

9 pagi - 4.30 petang


Tempat:

Ruang Belajar, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Pesta buku ini diadakan sempena Hari Terbuka MyPHS 2024 anjuran Perpustakaan Hamzah Sendut dengan kerjasama Penerbit USM.




Kepada yang berminat untuk sertai sebagai pempamer buku, sila klik pautan di bawah: 


bit.ly/PBUSM






🎨✨ Sertai Pertandingan Doodle Hari Malaysia 2024! ✨🎨


Bersempena Hari Malaysia, kami mengajak anda menyertai Pertandingan Doodle Hari Malaysia 2024 dengan tema “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka”. Tunjukkan bakat kreatif anda dan rebut peluang memenangi hadiah menarik! 💸


Kategori Penyertaan:


🧑‍🎨 Kategori A (15-20 tahun):

🏅 Johan: RM400

🥈 Kedua: RM250

🥉 Ketiga: RM150


👩‍🎨 Kategori B (21 tahun ke atas):

🏅 Johan: RM500

🥈 Kedua: RM250

🥉 Ketiga: RM150


Cara Penyertaan:


📜 Lukis doodle kreatif anda dalam saiz A4 dengan media bebas—berwarna atau monokrom.

📸 Ambil gambar karya anda sambil memegangnya, tag kami di @arts_usm (Instagram) atau @artsuniversitisainsmalaysia (Facebook) dan gunakan #HariMalaysiaSeniUSM.

📧 Hantar karya anda (format JPG, 300dpi) bersama resit dan borang penyertaan melalui Google Form [imbas kod QR pada poster atau klik pautan berikut: https://forms.gle/13V2GAX5rVEiBgZq5].


🗓️ Tarikh Tutup: 31 Oktober 2024 (12:00 tengah malam)


⚠️ Plagiat dilarang! Sertailah dengan karya asli anda dan biarkan seni anda bersinar! Pemenang akan dihubungi melalui e-mel, dan karya terbaik berpeluang dipamerkan oleh USM! 🌟


Tunjukkan semangat patriotik anda melalui seni dan menangi hadiah yang menanti! 🇲🇾🎉


Kredit karya Doodle:

Siti Nur Aisyah Binti Rohimi



Perkongsian:

School Of Art, USM




Kak iza - beliau seorang insan yang mempunyai pakej lengkap dalam berkawan, mampu berkorban, dan selalu bertahan. Dia sahabat yang akan ada di sisi tika demam, sanggup melayani kurang inci diri sampai lebam, dan masih tersenyum biar sampai malam.



Tahniah buat Noorhafizah Musa dan Mohd Zulriduwan . Sudah selamat menyarung cincin pada 3 Jun yang indah cerita. Semoga berkekalan ke jinjang pelamin dan ke akhirnya. Walau di hadapan, akan ada badai datang melanda - bertabahlah selalu hendaknya. Semoga dipermudahkan akak dan kekasih yang bertakhta di jiwa. Insyaallah , amin ..


Kenalan Anem berusia 25 tahun pada 19 Januari lalu ini , Anem mula kenali di USM pada tahun 2005 . Semoga persahabatan kita juga kekal hingga ke akhirnya. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat saya, kakak cantik ! . Maaf untuk semuanya , ya. Sayang akak dari hati, ada jodoh kita jumpa nanti.

"Count your age with friends but not with years"
Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat :)

IzaFiza - pemilik blog izahafizah.blogspot.com : Everything Happens with a reason.

p/s : Dia peminat hijau . Anem suka biru.



Sebak. Haru. Dan sedikit nyilu. Kadangkala sukar nak menafsirkan rasa hati ini apabila ia mula berasa sebu. Seakan ingin dicabut dan ditanggalkan sebentar apabila ia semerta menjadi tidak keruan. Perit dan seakan ingin menjerit apabila jiwa ini ditahan-tahan. Tiga tahun mengendong rasa gembira bersama, bermesra dan cerita. Di tempat itu juga kita berganding bahu mencapai cita, dan akhirnya dengan rasa longlai jiwa yang manis ini perlu kulepaskan pergi. Hidup yang sementara ini harus kunikmati. Usah bicara tentang rasa kesal kerana tidak melakukan sesuatu yang lebih baik sebelum itu, namun perjuangan pendek di dunia yang fana ini harus tetap kugagahi.

Paling dirindui nanti pastinya gelagat mesra teman sebilik yang sangat memahami, si cantik manis bernama mesra Yun (Qhairunnisa Aziz) itu. Sikapnya yang amat bertoleransi dan bertanggungjawab itu pasti sukar untuk ditemui dimana-mana. Apa yang pasti doa dari hati kecil ini sentiasa ada untuk sahabat yang amat kusayangi itu. Paling membuatku haru apabila kesudiannya menerima kekurangan diri ini seadanya. Sukar. Dan dia mampu menanganinya sebagai seorang kakak yang baik. Terima kasih Yun .

Paling kuterbayang juga, pastinya gelagat kumpulan paling hebat yang pernah aku kenali dan sertai seakan dalam pertangdingan realiti tv, mudah kukatakan kumpulan ini ada aura tersendiri. Daripada Ain sampailah kepada Ani, masing-masing memiliki keunikan dan ceritera yang boleh dikongsi. Harus untuk diriku menyebut nama geng NONAME ku ini, mereka adalah, Fizah, Asma, Erin, Ani, Ayu, Ros,  Ain, Fik, Razman, serta Salihin. Sememang lamunan ini, sentiasa ditangga teratas dalam mengingati kalian. Semoga kalian semua beroleh kejayaan di luar sana, insya-Allah.

Apabila menyebut tentang diri Anem, pastinya ia sukar untuk dipisahkan dari insani bernama akak~ bukan mustahil, hanya SUKAR. Kesayangan tetap kesayangan, sehingga mengaburi jiwa yang tidak matang ini kadangkala. Cukuplah mereka yang tahu mereka “kakak” ini menyedari akan perhatian dan kewujudan rasa kasih seorang adik dalam diri anem ini, sentiasa wujud untuk mereka dengan harapan agar mereka terus membuat anem terinspirasi. Mereka sememangnya insan yang akan selalu anem rindu. Biarlah USM terus menjadi lambang persahabatan kita semua..

Anem akan terus merindui DTSP, Pusat pengajian Seni, pengajaran dan keletah-keletah pensyarah tersayang serta sahabat-sahabat yang mula mengenali Anem di bumi Pulau Pinang ini. Maaf di atas segala keterlanjuran.

~~ yang sayang semua…Anem.


Pada awalnya hati Anem masih waham untuk melangkah ke ceramah perdana ini, ini kerana ceramah ini diadakan pada jam 2 petang di Dewan Budaya, manakala kelas YBP Anem pula pada jam 3 petang di dewan kuliah S. Dengan tajuk ceramah “Universiti menjana ummah terbilang”, petang itu juga Anem meyakinkan diri untuk pergi mendengar ceramah Dato’ Fadzilah Kamsah tanpa sebarang dolak-dalik lagi.

Program itu bersempena sambutan maal hijrah 1429. Sememangnya kelibat Dato dinanti oleh ribuan orang yang membanjiri dewan budaya, sehingga membawa kepada tontonan di luar dewan. Ceramah beliau yang hanya bermula pada jam 4 itu, kerana diawalnya ada persembahan lain sempena sambutan, cukup menghiburkan. Malahan menusuk ke kalbu seorang remaja biasa seperti Anem.

Ceramahnya bukan berkisar kepada pembangunan universiti atau dalam erti kata lain ceramah yang begitu serius atau matang, namun lebih kepada menjerumus mengenal diri, asal usul serta bagaimana untuk berjaya dan mengapa kita gagal. Malahan kita juga selalu diingatkan tentang mati dan muhasabah diri. Konsep saling memaafi serta bersatu hati juga ditekankan oleh beliau kepada semua warga USM yang hadir. Beliau sangat kelakar dan memberikan ceramah yang begitu dekat dengan hadirin. Gelagatnya yang bersahaja dan caranya yang ramah itu membuatkan semua hadirin tidak berganjak dan mendengar penuh teliti.

Satu ayat yang paling Anem ingat adalah,
“Kita jadi baik, kerana kita tidak diberi peluang untuk buat jahat oleh ALLAH, jadi jangan sombong, jangan perasan diri anda sudah cukup baik.”
Paling penting bukan siapa bercakap dengan kita tetapi apa yang diperkatakannya melalui hatinya. Kenangan mendengar ceramah beliau tidak Anem lupakan sampai bila-bila, insya-ALLAH. Semoga intipati ceramah ini mampu memberi ingatan kepada seisi hadirin yang hadir.



Semangat Anem nak pergi ke tayangan yang kononnya dikatakan pada jam 12 dan 2.30 petang itu. Anem pun bercadang hendak pergi beramai-ramai. Orang yang memang ikut adalah Asma dan Fizah. Aimilah buat Anem sungguh teruja nak pergi, katanya kalau nak pergi ajak dia nanti. Anem pun fikir khamislah yang paling free bersempena awal muharam.

Aimi mencadangkan melalui mesej, agar pergi menaiki teksi kerana ada banyak urusan yang perlu diselenggarakan, takut tak terkejar. Dia ingin menghabiskan seminimum mungkin masa diluar. Memandangkan PTPTN perlu dikawal rapi, Anem pun mencadangkan usul ini kepada Ma dan Fizah. Mereka ingin menaiki bas. Jadi Anem pun fikir eloklah jika menaiki kereta sewa yang pelajar USM buat tu.

Selain Aimi, Anem turut mengajak ‘the busy person in the world’ tu. Ingat si Dak Coklat ini tak dapat pergi, tapi katanya boleh pula. Oklah tu. Anem pun membelilah tiket sebanyak 5 keping pada petang itu dengan si Tan.

Malamnya, Anem pun bermesejlah dengan dak teksi sewa itu. Tapi ia menimbulkan pelbagai keadaan yang tak pasti, apabila Aimi belum lagi confirm. Punyalah risau-risaukan Aimi, takut dia tak jadi pergi (this not about money, but I really want Aimi to go, actually!) Tapi melepasi jam 12, tiba-tiba orang lain yang mesej, si DakCoklat tu mesej memohon maaf menyatakan dia tidak dapat ikut kerana ada hal dengan komuniti. Tak kisahlah, takdak jodoh nak buat lagu mana.

Anem pun lantas mencari pengganti yang sememangnya Anem nak ajak dia dulu sebelum Dak Coklat, tapi katanya tak pasti siang tadi, iaitu Kak Ekin. Mujurlah dia jadi ikut. Ni sayang kat akak ni.

Dalam keadaan Aimi, tak confirm, Anem cubalah tanya dak Marlina, mana tahu dia dapat join. Tapi dia turut sibuk. Siangnya Aimi telah confirm tak ikut. Anem pun segera suruh Kak Iza mesej Ani, tanya nak ikut tak. Alhamdulillah.cukup dah 5 orang.

Dalam perjalanan,si driver, Sham, dak pendidikan asyik berjenaka. Kak Ekin yang peramah pun nakal usik-usik dia. Semua tiba di sana dalam jam 10.30 pagi. Kami pun berjalan-jalan dulu sementara tunggu tayangan.

Tiba di atas, kami terkejut. Mungkin sedikit kecewa.  Sedih. Apabila tayangan pukul 11 sebenarnya. Tapi ia pun turut dibatalkan. Sedih oh. Kami diberi harapan oleh geng 8 orang yang menaiki bas, kata mereka tunggu 2.30, Tan cakap. Kami berlima pun pergilah makan di food court. Bolehlah tahan. Naik atas, tunggu sekejap, mereka pun tiba, tayangan confirm tiada tapi boleh selaraskan hari lain jika mahu, tapi kami nak berdepan dengan presentation dah. Tak sempat.

Sebelum balik, kami puaskan hati dengan membeli sedikit barangan. Masing-masing ada barang yang dibeli. Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin hari ini sengaja mempertemukan kami dengan keseronokan yang tersendiri.




HEHE. Tergelak pun ada mengenangkan kenangan 29 Disember 2007 hari itu. Hari itulah, kali pertama Anem menjejakkan kaki ke arena permainan boling ni. Kami pergi petang hari tu ke Bukit Jambul (BJ), beramai-ramai. Mereka terdiri daripada Fizah, Ani, Erin, Asma, Dato’, Mes, Ayie dengan seorang lagi tu (kawan Erin). Lama kemudian, Fik datang bersama dengan Chu R. Sebelum tu bertembung juga dengan Asfarina, Zhaf, Yanie dan Izniey di Kedai buku Popular. Dan terserempak ngan Sha dan Sue di tempat boling tersebut.

Kasut longgar, hai kecik sangat kaki Anem. Hehe. Permainan dimulakan. Berat juga ya bola boling tu. Rupanya baru tahu bola boling ada saiz berbeza. Dan kena pakai kasut yang khas. Erm…Memanglah Anem dapat rasa jadi Shalin Zulkifli hari itu (fefeling) walaupun banyak lorong ke’longkang’an. Ops.

Akak Anem, Fizah aka Iza tue, nampak tenangnya, tapi selalu strike.. Hehe. Best betul tengok. Baru 1st time dah gitu. Anem walaupun baling ntah pape, ada jugalah pin yang sudi menjatuhkan dirinya dengan rela. Anem memang guna bola nombor 8 ngan 9 saja, ringan beb. Si Ayie, kawan Erin tue, jadi juara, menang nampak dah keterbiasaannya memegang bola yang berlubang-lubang itu.

Semuanya asyik bersorak bagai apabila ada yang strike ataupun masuk longkang sepenuhnya. Memang dapat melepaskan tekanan, bersukan dan berkumpul sebegini. Indah.

Tiba-tiba tempat tu jadi gamat, apabila Dak Eyin mengambil tempat. Semua gara-gara bola boling tu telah membuat ‘reverse’ dengan membawa diri ke belakang. Tak pasal-pasal semua mula mengusik Eyin. Adeh. Tapi tak lama kemudian, keadaan menjadi lebih gamat apabila Ani pula terlepas bola ke belakang, dengan jarak yang lebih jauh. Malu dia. Alala, comel je bola tu bawa diri dia ke belakang tau.

Anem pula tak pasal-pasal telekat aura bola kebelakang lepas tu. Tapi bola tu dah malas agaknya nak pergi jauh, setempat saja dia jatuh. Tetaplah ke belakang tapinya. Sesungguhnya ia adalah pengalaman yang cukup malah sangat menyeronokkan. Kemudian itu kami semua ber’shopping’. Kak Iza jalan-jalan dengan Anem, membeli barang. Terngiang-ngiang lagi kata-kata Eyin pada hari tersebut, “ lepas ni,mesti korang gian nak main boling lagi”. Er......HEHEHE




Kegembiraan itu hadir tanpa diduga, bagaikan satu penghormatan apabila Anem dipersilakan untuk ke Terengganu oleh kak Iza sebagai tetamu sempena aidiladha sekaligus merayakan hari ijab Kabul kakaknya pada raya ketiga. Anem menceritakannya kepada mak dan abah. Anem dah terfikir, bagaimana nak berdepan dengan mereka yang berdialek terengganu .Huh. Parah lagi Anem nak faham dah la Anem blur. Kat umah Kak Iza nanti, Anem bayangkan kena pakai kain batik. Siaplah packing semua. Berangan jadi jurukamera. Hish. Anem, Anem.

16 Disember.
Anem diberitakan tiket nak ke Terengganu dari Klang habis. (kami transit dari Penang!!!)….Kebetulan saudara Kak Iza di sana bertolak ke terengganu pada 19 ini, Kak Iza diajak menumpang mereka, tapi mereka sememangnya dah sarat dengan anak pasangan itusaja dah 6 orang, bayangkan! Tapi, yelah Memang tiada rezeki, Anem perlu berputih mata untuk merasa aidiladha kali ini di Kg Tok Jiring.Akak! Redhalah Anem, ada hikmahnya atas semua ni.

Jam menunjukkan pukul 12.00, Kak Iza telah pun selamat menaiki bas untuk menuju ke Klang. INSYA-ALLAH selamat pergi, selamat pulang. Amin.



NO-NAME itu satu! (Amboi semangat bukan main)


Kadangkala ada saja yang mula menggamit rasa. Ada saja yang tercuit, ada yang mula membuat muka. Makin tertekan, makin ada yang tak kena. Pelbagai soalan mula menerjah, Kenapa dia boleh, aku tak boleh? Orang lain pun sibuk juga, tapi dia? Sesekali ada air jernih mengalir dari mata yang tidak bersalah itu. Namun ketawa berderai juga di penghujungnya, Alhamdulillah, itulah sinar yang kuharap. Bukan diri ini saja terus mengharap, tapi kami semua. Kami yang bersama bila hendak ke mana, kami yang sejiwa, kami yang saling membantu mesra, kami yang tidak kenal erti putus asa bila ada yang mencuka! Itulah kami yang merantai hubungan persahabatan ini sekian lama.. Insya-ALLLAH, biar semua ini bertahan hendaknya.

Team ini lama terbina. Dulu Anem dari luar saja. Mereka yang bersatu. Namun, ditakdirkan akhirnya Anem menyertainya dalam terus membentuk empayar persahabatan murni. Namanya saja yang mula timbul apabila kami sering terlibat dalam projek pengambaran. Bertukar-tukar topi pengarah dan krew, tapi orangnya, itu, itu juga.

Di ruang yang tidak lebar ini,izinkan Anem, sahabat untuk membuah rasa terhadap kalian. Izinkan…

SITI HIDAYU AZMI
Ops, Misspinky. Itulah nama pena gadis yang meminati warna merah jambu ini. Jika anda tidak mula menegur pada mulanya, tidak merapati dia dengan bersahaja pada awalnya, pasti hati anda juga akan menyatakan gadis ini tidak mesra alam. Buat hal sendiri, memandang mereka yang tidak dikenalinya, jauh sekali! Namun perspektif itu makin menjauh apabila anda mula berbual dengannya, mula mengenalinya. Dia seorang yang kelihatan terlalu berdikari, sebaliknya dia seorang yang sangat manja, dia nampak seorang yang garang pada sangkaan ramai, namun dia sebenarnya seorang yang penuh kesantunan. Katanya diluahkan penuh lembut, nadanya jarang meninggi (dulu lainlah =p). Dia juga seorang yang amat kreatif, sedikit sensitif dan tidak lokek ilmu. Apa yang pasti banyak perubahan positif pada sikap sahabatku seorang ini. Menjadi Art Director dalam produksi peribadiku (team final projek), Arnamee production, Ayu memang best ar!

MARIANI BT MAT AMIN.
Pemilik nama pendek Ani ini, seorang yang terkenal dengan kelebihan memimikkan mukanya. Dia seorang saja dalam team ini yang mampu mempamerkan aksi menarik sebegitu. Sahabat Anem ini juga mempunyai wajah melayu yang menawan. Berkulit cerah, hidung mancung, bermata comel, dia mampu menarik perhatian ramai dalam sekelip mata. Namun dia tetap dalam kesederhanaan, tetap berpegang kuat dengan ajaran islam. Dia yang paling berani meluah pendapat jika sesuatu berkait dengan hukum hakam. Seorang yang cukup penyayang, namun diperlihatkan dengan cara tersendiri. Orangnya nampak penuh bersahaja, namun kadangkala penuh dengan kegundahan. Juga seorang yang kreatif memberi pendapat, Ani tidak mudah menerima kesilapan. Baginya tanpa alasan yang kukuh, ia wajar dipersoalkan. Seorang yang sangat berbakat dalam mengguna kamera, Ani sememangnya layak untuk menjadi DOP. Wahai Ghathis Cute, you are really talented person, actually!

NURUL AZRIN HASHIM
Eyin cayang! Erin sememangnya seorang yang kelihatan penuh keyakinan, dan besahaja. Dilihat seakan tiada masalah, Erin sebenarnya seorang yang penuh rahsia. Kadangkala pemikirannya sukar diterjah, namun seorang yang tidak sukar didekati. Dilihat begitu berpotensi dalam memajukan diri dan ada gaya yang tersendiri, Erin sememangnya mempunyai ciri yang mampu dikagumi. Erin juga seorang yang mudah tersenyum dan kadangkala agak manja. Juga seorang yang berdikari orangnya, serta mempunyai visi yang tersendiri dalam hidup. Seorang akak yang baik, Eyin memang wajar digelar sahabat.

SITI ASMA KHAIRUS
Aucakk!!Mama Dora!!! Si Cutie yang perasan dirinya debab (padahal manis betul) ini sememangya mempunyai karisma yang tersendiri. Orangnya bukan saja comel, malahan lembut dan penuh ketenangan. Sukar rasanya hendak melihat dia marah. Jika tidak suka sekalipun, sekali itu diluahkan, lain itu disimpan sendiri. Namun jika tidak segan mendekatinya, anda akan terpesona dengan keramahan dan kebaikan yang wujud dalam dirinya. Tidak mustahillah si comel ini, ramai peminat. Ma juga seorang yang mudah tersentuh terhadap sesuatu namun jarang juga hendak melihat dia menangis secara terbuka, mungkin kerana diri ini yang tidak berkesempatan melihatnya. Untuk Ma, semoga terus dalam kesederhanaan begitu. Ma memang likeable person.

ROSMARIA BT. MOHD RASHID
Dak Bling2! Ros memang seorang yang paling sukar diduga di antara kami. Sikapnya penuh dengan rahsia yang tersendiri. Seorang yang sangat setia dan cukup sayang pada sesuatu perkara. Ros juga seorang yang agak degil dan mempunyai pendirian yang kuat. Namun nalurinya juga lembut kadangkala, anda pasti menangis bersama jika melihat air bergenang di kelopak matanya. Anda pasti tahu kekosongan yang wujud di jiwanya itu, dia seolah-seolah sedang mencari sesuatu yang dia sering tidak tahu apa sebenarnya. Dia perlukan seseorang yang memahami caranya, kehendaknya serta sikapnya. Insya-ALLAH, sahabat Anem ini akan menemui jalan-Nya untuk menemui sesuatu yang bakal mengisi kekosongan itu. Ros juga seorang yang bersahaja, sangat berdikari dan berfikiran terbuka, ketenangan yang kita lihat padanya kadangkala merisaukan diri kita, sedangkan dipihak dia, tiada apa pun. Itula Rosmaria, seorang yang sweet dan ehem-ehem (Anem selalu sebut ni, Wos). Haha.

KHURUL’ AIN MAHASAN
Adeq Ain!! Ain sememangnya nampak lembut dan santun jika anda hanya melihatnya dari jauh, malahan nampak seperti gadis melayu terakhir jika anda melihatnya berbaju kurung. Sungguh! Ramai yang memperkatakannya. Namun apabila anda mengenalinya dengan lebih rapat, anda tahu dia seorang yang cukup tegas, bersahaja malahan kadangkala agak garang. Sehinggakan Anem ketakutan kadangkala (I admit that I memang penakut.) Ain juga seorang yang penuh karisma, lagaknya bagai wanita bekerjaya, seorang yang penuh bergaya dan comel orangnya, Ain sememangnya menjadi rebutan di kalangan ramai jejaka. Namun Ain ada visi dalam hidupnya, apa saja yang dilakukannya, penuh dengan tujuan. Ain juga seorang yang kuat pendirian dan tidak menghiraukan kata-kata belakang. Nasib baik sering menyebelahi budak kecik ini..(maaflah ,walaupun awak tua setahun dari orang..orang nak perasan sat.). Selamatlah untuk semuanya.

ANWAR FIKRI ABDULLAH
Kreatif, sensitif, penuh inovatif! Itulah gambaran ringkas tentang jejaka seorang ini. Orangnya nampak begitu bersahaja dan ada gaya. Apa saja yang dibuatnya ada pengenalan tersendiri. Mengenali Fiq dari jauh, seorang yang cukup sukar di mengerti. Walaupun kadangkala hatinya terlalu lembut, namun sahabat-sahabatnya tetap menyayanginya, tetap menghormatinya. Jika hendak disayangi, perlu menyayangi terlebih dahulu, Anem seakan belajar daripada kehidupan Anwar Fikri ini. Apabila mula mengenalinya, dia sememangnya sahabat yang penyayang dan boleh bertolak ansur. Tidak berkira orangnya dan mudah tertarik dengan sesuatu yang comel Untuk Fiq, Semoga dirimu terus menjadi kebanggaan ramai, insya-ALLAH.

RAZMAN RAMLI
Dato’! Tabik hormat! hehe. Razman sememangnya yang seorang yang penuh dedikasi, bertanggungjawab dan amat menghormati sahabat-sahabatnya. Malahan satu ketika dulu, aura kelakarnya tidaklah begitu menyerlah, namun semakin mesra, ada saja idea kreatinya membuat ramai tertawa. Menjadi harapan kepada ramai orang, membuatkan perkatan ‘busy’ sebenarnya sudah tidak asing lagi baginya. Namun dia pandai membahagi masa, dan amat menjaga hati rakan-rakan yang lain, sehinggakan banyak permintaan mampu dipenuhinya, insya-ALLAH. Untuk Dato’, semoga berbahagia dengan Datin.

M. SHALIHIN MUDA
Seorang yang dulu dilihat seakan sombong dan hanya berkawan dengan mereka yang tertentu sahaja, malahan dia dilihat suka membuat hal sendiri, namun cukup kreatif. Tapi setelah mengenali siapa Mes a.k.a Along ini, banyak rupanya perkara yang tidak terlihat. Mes seorang yang sensitif sebenarnya, agak manja dan bertolak-ansur. Mes juga ada gaya yang tersendiri dalam berkarya dan menghormati orang lain. Seorang yang tidak gila-gila, Mes juga agak memilih untuk menyukai sesuatu. Gitu.

NOORHAFIZAH MUSA
This is my best friend! Ehem3. She is my library’s friend, my CC’s friend, my shopping’s friend and so on. So this time I just want to say ALHAMDULLILLAH, because she always there for me. She really understand how lazy I am, how scare I am, how playful I am, how childish I am and how cute I am. Eh. Hihi. She is my assistant in my final project.. And otherwise. So, for you, sis...Keep up your good work and the very nice heart. I love you (and you always know that). Stay sweet!

Amboi speaking last tu. Special. Apapun terima kasih sudi bersahabat dengan Anem. Harap tak ambil hati sepanjang kita kawan. Anem sayang semua! =)




Alhamdulillah. Selesai sudah peperiksaan untuk kertas ini. Payah mengungkap rasa berat kerana di kala menjawab peperiksaan ini, hati memang ringan yang amat. Tenang seolah-olah Dia mengetahui dendam Anem pada projek seni belum terurai. Bagusnya.Waktu ini, di kala huruf pada papan kekunci, ditekan jam 12.29am, 301007, Anem masih lagi tersenyum membayangkan prasarana struktur LSP. Jika Dia ingin memudahkan, Kun Fayakunlah jawabnya. Dia dah kata La Tauhaf wala Tahzan. Jadi memadai dengan Duit itu: Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal. Insya-ALLAH.


“Kau nak buat apa, Nim? Video ke apa?” Soalan membimbangkan itu seringkali datang menjengah minda separuh sedar Anem. Bagai direntap-rentap jantung hati ini apabila jawapan tidak datang menjengah jawapan dari dalam diri yang payah untuk dinyatakan.

Anem memang minat sangat buat laman web, namun siapa sangka projek akhir Anem buat satu telefilem!! GILA r…Tambah-tambah ada elemen interaktif…Ish, Anem dah lah tak kreatif sangat. Parah!!

Kala dibebani oleh pelbagai pertanyaan yang membenam jiwa, kami perlu pula mendepani pensyarah yang juga penyelia kami tambahan pula hari persembahan slide power point bakal tiba.

“Tajuk tak ada lagi ni nak buat apa ni??” Soalan itu bukan dimuntahkan oleh Anem seorang, malah puluhan lagi pelajar seni tahun akhir. Masing-masing pening. Mereka yang hebat juga payah mengungkap tujuan. Akhirnya diri ini, malahan puluhan lain tampil bersemuka dengan ibu dan ayah kesayangan di sekolah seni itu. Waktu itu, terluah juga projek apa yang bakal diwartakan.

Anem telah menggariskan ingin melakukan satu teledrama yang mempunyai navigasi dalam perolehan cerita akhirnya. Satu idea kreatif wajar dibedah, bagi menyiasat fenomena media baru yang asli. Susah sangat ke, Nem? Monolog Anem pada setiap kala Anem bersendiri. Waktu ini mula berangan.” Kan bagus kalau aku..








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top