Showing posts with label Umrah. Show all posts
Showing posts with label Umrah. Show all posts

 PENGERTIAN UMRAH





Umrah ialah mengunjungi Baitullah di Mekah dan melakukan niat ihram, tawaf,saie ,bertahalul dan mengikut tertib.


Dalil daripada Al Quran ialah Firman Allah SWT:"Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah SWT" ~ Al Baqarah 196


APA ITU IBADAH UMRAH?


Ramai di antara kita sememangnya ‘mengetahui’ ibadah umrah. Namun begitu, adakah kita benar-benar mengetahui apakah itu ibadah umrah serta cara mengerjakan ibadah ini.


1. Umrah ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram,tawaf sa’i dan bertahallul mengikut tertib


2. Ijmak Ulama mengatakan ibadah ini WAJIB dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu


3. Ibadah ini boleh dilakukan pada bila bila masa tidak seperti ibadah haji yang hanya boleh dilakukan pada bulan haji sahaja yang mana hari kemuncaknya pada hari Tasyrik


Cara mengerjakan umrah


1. Rukun Umrah mulai dilaksanakan di Miqat iaitu tempat mula niat umrah dan memakai pakaian ihram. Jika berangkat dari Madinah bermakna miqatnya di Bir Ali. Disarankan sejak perjalanan dari Madinah telah siap memakai kelengkapan umrah yang diperlukan (seperti pakaian ihram), namun niat ihram dibaca di Bir Ali. Setelah menukar pakaian, jemaah melakukan solat ihram 2 rakaat.


2. Setelah memakai pakaian ihram dan niat umrah, jemaah tidak boleh menggunakan wangi-wangian, mandi memakai sabun wangi, memberus gigi dengan ubat gigi, serta memakai pakaian selain dari pakaian ihram. Juga dilarang berhubungan suami isteri sampai ibadah umrah berakhir iaitu hingga selesai tahallul (memotong rambut).


3. Membaca kalimat talbiyah sebanyak-banyaknya.


4. Setiba di Masjidil Haram, jemaah akan Thawaf mengelilingi Ka`bah sebanyak 7 kali, mengelilingi 1-3 kali dengan berlari-lari kecil, untuk pusingan ke 4 hingga 7 berjalan seperti biasa.


5. Solat 2 rakaat setelah selesai Tawaf dan sebaiknya di belakang maqam Nabi Ibrahim.


6. Diteruskan dengan melakukan Sa`i ulang alik dari Shofa ke Marwah. 7x


7. Melakukan Tahallul iaitu mencukur seluruh rambut ataupun sebahagian dan tertib atau mengikut aturan.





Sumber: Facebook Umrah Bersama Nawwarah



Gambar: Dr. Waleed Hakeem - The Travelling Imam
Betulkah Kaabah kosong dan ditutup? Ini info terkini dari Masjidilharam. | Baru-baru ini ramai panik dan terkejut apabila ada pihak menyiarkan gambar Kaabah di Masjidilharam kosong dan ada yang kata Kaabah ditutup. Sebenarnya TIDAKlah sepenuhnya. Ibadah masih boleh dilakukan.
Berikut di bawah ini adalah maklumat terkini mengenai Masjidilharam yang diperolehi menerusi facebook Najmi Farisham dan Dr. Waleed Hakeem - The Travelling Imam.


Betulkah Kaabah kosong dan ditutup, kenapa?


Kawasan di sekeliling Kaabah kosong kerana dalam proses pembersihan dan tempat Air Zam Zam juga ditutup untuk melalui proses yang sama. Proses pembersihan (sanitize) ini dibuat sebagai langkah berjaga-jaga terhadap virus Covid-19/ Coronavirus walaupun belum ada laporan kes virus ini di sini.

Masjidilharam dan Masjid Nabawi akan ditutup sepenuhnya selepas sejam selesai solat isyak. Kemudian akan dibuka semula sejam sebelum fajar. Solat fardu 5 waktu masih ditunaikan di sini secara berjemaah seperti biasa. Malahan kawasan sekitar dalam masjid masih dibuka untuk menunaikan solat lima waktu. Mereka yang memakai ihram tidak dibenarkan untuk masuk ke Masjidilharam. Dataran tawaf di sekeliling Kaabah ditutup. Tawaf sunat masih boleh dilakukan di tingkat 2, 3 dan 4.

Malahan ini bukan kali pertama kawasan Kaabah ini ditutup. Ikut sejarah, Masjidilharam pernah ditutup lebih 40 kali pada tahun-tahun yang lalu.

Boleh rujuk perkongsian JEJAK IMANI untuk info dan sejarah Masjidilharam ditutup sebelum ini: UPAYA PENCEGAHAN EPIDEMI: DALAM SEJARAH, HAJI PERNAH DITUTUP 40 KALI.

Klik gambar untuk baca

Terkini tentang MasjidiHaram:


Sehingga 7 Mac 2020 lalu  ,menurut perkongsian Najmi Farisham:

Setelah arahan serta merta dikeluarkan kelmarin, Masjidilharam ditutup selama hampir 8 jam bermula sejam selepas isyak sehinggalah sejam sebelum fajar. Dalam tempoh itu jugalah kerja-kerja pembersihan dilakukan dengan gigih sekali oleh pihak pengurusan.

Ketika waktu solat fardu, para jemaah diarahkan untuk masuk ke dalam bangunan masjid. Tidak dibenarkan untuk solat di dataran luar. Dataran tawaf sekitar Kaabah juga ditutup sepenuhnya.

Imam akan berada di tingkat 2 Masjidilharam ketika menunaikan solat. Juga semasa membacakan khutbah pada hari semalam.

Namun atas titah Raja Salman yang merupakan Penjaga Dua Masjid Suci ini, ruangan mataf akan dibuka semula untuk para jemaah melakukan tawaf sunat bermula pagi ini. Hal ini dimaklumkan melalui Ketua Pentadbiran Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi, Syeikh Dr. Abdul Rahman bin Abdul Aziz as-Sudais.

Larangan melakukan umrah masih lagi berkuatkuasa. Mereka yang memakai ihram tetap dilarang masuk ke Masjidilharam. Ruangan sai masih lagi ditutup sepenuhnya.

Syeikh turut mengingatkan agar semua jemaah memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada pihak keselamatan yang bertugas. Arahan ini bertujuan menjaga keamanan dan memberikan kebaikan buat semua pihak.
Untuk maklumat terkini Mekah/Masjidilharam boleh ke facebook: Langsung Dari Masjidilharam & Masjid Nabawi
Buat rakyat Malaysia yang nak menunaikan umrah:

Merujuk berita di Harian Metro pada 27 februari 2020 lalu:

“Kementerian Luar pada petang ini menerima pengesahan secara rasmi daripada Kedutaan Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur mengenai keputusan pihak berkuasa Arab Saudi menggantung sementara kemasukan rakyat asing bagi tujuan umrah, ziarah ke Masjid Nabawi dan bagi tujuan pelancongan ke Arab Saudi berkuat kuasa pada 27 Februari 2020.

“Pihak berkuasa Arab Saudi mengambil langkah ini bagi mencegah, mengawal dan menghapuskan penularan wabak Covid-19.

“Malaysia salah sebuah negara yang terbabit dan kerajaan Arab Saudi menegaskan langkah diambil itu bersifat sementara dan tertakluk kepada penilaian berterusan oleh pihak berkuasa negara berkenaan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Luar, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah akan terus berhubung dengan pihak berkuasa Arab Saudi bagi mendapatkan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan langkah berkenaan.

“Bagi mengelakkan sebarang kesulitan, Kementerian Luar menasihati rakyat Malaysia supaya menangguhkan sementara perjalanan ke Arab Saudi bagi tujuan umrah, ziarah dan juga pelancongan,” katanya.
Rakyat Malaysia di Arab Saudi yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh di talian +966 11 488 7100/488 7098 dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah (+966 12 6727 740/6728 019) serta Kementerian Luar (03-8887 4530/03-8887 4570.
Sekatan sementara ibadat umrah bagi semua jemaah termasuklah mereka yang berada di Mekah dan Madinah sudah mula berkuatkuasa.Namun laranga ini hanyalah sementara.

Kita sama-sama doakan moga virus bahaya ini dilenyapkan sepenuhnya oleh Tuhan. Moga Allah SWT memelihara kita semua termasuklah Kerajaan Arab Saudi yang tidak jemu-jemu menjaga, berkhidmat dan berjasa pada Bumi Haramain ini.

Petugas pembersih memakai topeng muka perlindungan, berikutan coronavirus, ketika membersihkan lantai di Masjid di kota suci Mekah, Arab Saudi. -Foto REUTERS (Gambar: https://www.bharian.com.my/)


Umrah adalah satu ibadah yang boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Iaitu dengan mengunjungi Baitullah (Kaabah) di Mekah untuk menunaikan ibadah-ibadah tertentu. Terdapat lima perkara dalam Rukun Umrah yang mesti dilaksanakan oleh jemaah. Pelaksanaan Rukun Umrah tidak boleh dibuat dengan mewakilkannya kepada orang lain. Sekiranya salah satu daripada Rukun Umrah ditinggalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ibadah umrah tersebut adalah tidak sah. Lima Rukun Umrah ialah: Niat, Tawaf, Sai'e, Tahallul dan Tertib.

Di Malaysia, jika kita mahu menunaikan umrah, antara perkara awal kita perlu pastikan adalah melihat syarikat yang menawarkan sesuatu pakej itu sah atau tidak selain kita sendiri perlu bersedia dengan persiapan diri dan ilmu. Kerana setiap syarikat perlu ada lesen untuk menguruskan perniagaan tersebut. Tempoh hari, melalui blog saudara Denai Hati, saya melihat beliau menyenaraikan senarai syarikat yang mempunyai lesen khas umrah. Jadi saya ingin berkongsi juga laman web untuk menghubungi pihak berkenaan.

BIL
NO. KPK
NO. SIRI LESEN
TAMAT TEMPOH LESEN
NAMA SYARIKAT
1
0296
KPK/LKU 0001
14 JUN 2018
2
1050
KPK/LKU 0002
14 JUN 2018
3
1743
KPK/LKU 0003
14 JUN 2018
4
1814
KPK/LKU 0004
14 JUN 2018
5
1973
KPK/LKU 0005
14 JUN 2018
6
2819
KPK/LKU 0006
14 JUN 2018
7
2830
KPK/LKU 0007
14 JUN 2018
8
2956
KPK/LKU 0008
14 JUN 2018
9
3096
KPK/LKU 0009
14 JUN 2018
10
3454
KPK/LKU 0010
14 JUN 2018
11
3602
KPK/LKU 0011
14 JUN 2018
12
4375
KPK/LKU 0012
14 JUN 2018
13
4468
KPK/LKU 0013
14 JUN 2018
14
5085
KPK/LKU 0014
14 JUN 2018
15
5333
KPK/LKU 0015
14 JUN 2018
16
5437
KPK/LKU 0016
14 JUN 2018
17
5538
KPK/LKU 0017
14 JUN 2018
18
5639
KPK/LKU 0018
14 JUN 2018
19
6333
KPK/LKU 0019
14 JUN 2018
20
6786
KPK/LKU 0020
14 JUN 2018
21
6869
KPK/LKU 0021
14 JUN 2018
22
7078
KPK/LKU 0022
14 JUN 2018
23
7142
KPK/LKU 0023
14 JUN 2018
24
7235
KPK/LKU 0024
14 JUN 2018
25
7767
KPK/LKU 0025
14 JUN 2018
26
0236
KPK/LKU 0026
14 JUN 2018
27
1056
KPK/LKU 0027
14 JUN 2018
28
1422
KPK/LKU 0028
14 JUN 2018
29
2074
KPK/LKU 0029
14 JUN 2018
30
2803
KPK/LKU 0030
14 JUN 2018
31
3131
KPK/LKU 0031
14 JUN 2018
32
3916
KPK/LKU 0032
14 JUN 2018
33
4026
KPK/LKU 0033
14 JUN 2018
34
4497
KPK/LKU 0034
14 JUN 2018
35
4960
KPK/LKU 0035
14 JUN 2018
36
4995
KPK/LKU 0036
14 JUN 2018
37
5056
KPK/LKU 0037
14 JUN 2018
38
5203
KPK/LKU 0038
14 JUN 2018
39
5289
KPK/LKU 0039
14 JUN 2018
40
5466
KPK/LKU 0040
14 JUN 2018
41
5770
KPK/LKU 0041
14 JUN 2018
42
6043
KPK/LKU 0042
14 JUN 2018
43
6354
KPK/LKU 0043
14 JUN 2018
44
6651
KPK/LKU 0044
14 JUN 2018
45
6839
KPK/LKU 0045
14 JUN 2018
46
6917
KPK/LKU 0046
14 JUN 2018
47
6979
KPK/LKU 0047
14 JUN 2018
48
7035
KPK/LKU 0048
14 JUN 2018
49
7084
KPK/LKU 0049
14 JUN 2018
50
7085
KPK/LKU 0050
14 JUN 2018
51
7401
KPK/LKU 0051
14 JUN 2018
52
7596
KPK/LKU 0052
14 JUN 2018
53
7600
KPK/LKU 0053
14 JUN 2018
54
7647
KPK/LKU 0054
14 JUN 2018
55
7676
KPK/LKU 0055
14 JUN 2018
56
7687
KPK/LKU 0056
14 JUN 2018
57
8046
KPK/LKU 0057
14 JUN 2018
58
8169
KPK/LKU 0058
14 JUN 2018
59
0009
KPK/LKU 0059
14 JUN 2018
60
0248
KPK/LKU 0060
14 JUN 2018
61
1321
KPK/LKU 0061
14 JUN 2018
62
1390
KPK/LKU 0062
14 JUN 2018
63
2116
KPK/LKU 0063
14 JUN 2018
64
2292
KPK/LKU 0064
14 JUN 2018
65
2421
KPK/LKU 0065
14 JUN 2018
66
2666
KPK/LKU 0066
14 JUN 2018
67
2722
KPK/LKU 0067
14 JUN 2018
68
2742
KPK/LKU 0068
14 JUN 2018
69
3330
KPK/LKU 0069
14 JUN 2018
70
4291
KPK/LKU 0070
14 JUN 2018
71
4536
KPK/LKU 0071
14 JUN 2018
72
4547
KPK/LKU 0072
14 JUN 2018
73
4618
KPK/LKU 0073
14 JUN 2018
74
4921
KPK/LKU 0074
14 JUN 2018
75
4923
KPK/LKU 0075
14 JUN 2018
76
5007
KPK/LKU 0076
14 JUN 2018
77
5114
KPK/LKU 0077
14 JUN 2018
78
5169
KPK/LKU 0078
14 JUN 2018
79
5249
KPK/LKU 0079
14 JUN 2018
80
5446
KPK/LKU 0080
14 JUN 2018
81
5524
KPK/LKU 0081
14 JUN 2018
82
5685
KPK/LKU 0082
14 JUN 2018
83
5896
KPK/LKU 0083
14 JUN 2018
84
6341
KPK/LKU 0084
14 JUN 2018
85
6447
KPK/LKU 0085
14 JUN 2018
86
6483
KPK/LKU 0086
14 JUN 2018
87
6511
KPK/LKU 0087
14 JUN 2018
88
6666
KPK/LKU 0088
14 JUN 2018
89
6791
KPK/LKU 0089
14 JUN 2018
90
6807
KPK/LKU 0090
14 JUN 2018
91
7118
KPK/LKU 091
14 JUN 2018
92
7311
KPK/LKU 0092
14 JUN 2018
93
7347
KPK/LKU 0093
14 JUN 2018
94
7404
KPK/LKU 0094
14 JUN 2018
95
7405
KPK/LKU 0095
14 JUN 2018
96
7443
KPK/LKU 0096
14 JUN 2018
97
7490
KPK/LKU 0097
14 JUN 2018
98
7505
KPK/LKU 0098
14 JUN 2018
99
7520
KPK/LKU 0099
14 JUN 2018
100
7602
KPK/LKU 0100
14 JUN 2018
101
7619
KPK/LKU 0101
14 JUN 2018
102
7736
KPK/LKU 0102
14 JUN 2018
103
7834
KPK/LKU 0103
14 JUN 2018
104
8012
KPK/LKU 0104
14 JUN 2018
105
8097
KPK/LKU 0105
14 JUN 2018
106
8152
KPK/LKU 0106
14 JUN 2018

Orang awam juga boleh membuat semakan status syarikat pemegang lesen LKU di laman web kementerian iaitu MOTAC.gov.my untuk tujuan pengesahan dan melihat senarai terbaru, sebelum berurusan atau menghubungi terus ibu pejabat dan mana-mana pejabat kementerian di seluruh negara bagi sebarang pertanyaan lanjut. *Senarai di atas adalah senarai sehingga 11/10/2017, mungkin ada syarikat baru lain yang mendaftar, boleh semak di link MOTAC tadi.

Semoga dipermudahkan urusan haji dan umrah buat semuanya. Moga ibadah kita semua mabrur dan diterima-Nya. Insya-Allah. Ameen.




Rujukan lain: 
Maklumat lanjut tentang agensi umrah yang Berstatus Muassasah dan Bukan Muassasah: http://intranet.jawhar.gov.my







Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top