Showing posts with label beribadah. Show all posts
Showing posts with label beribadah. Show all posts

 PENGERTIAN UMRAH





Umrah ialah mengunjungi Baitullah di Mekah dan melakukan niat ihram, tawaf,saie ,bertahalul dan mengikut tertib.


Dalil daripada Al Quran ialah Firman Allah SWT:"Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah SWT" ~ Al Baqarah 196


APA ITU IBADAH UMRAH?


Ramai di antara kita sememangnya ‘mengetahui’ ibadah umrah. Namun begitu, adakah kita benar-benar mengetahui apakah itu ibadah umrah serta cara mengerjakan ibadah ini.


1. Umrah ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram,tawaf sa’i dan bertahallul mengikut tertib


2. Ijmak Ulama mengatakan ibadah ini WAJIB dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu


3. Ibadah ini boleh dilakukan pada bila bila masa tidak seperti ibadah haji yang hanya boleh dilakukan pada bulan haji sahaja yang mana hari kemuncaknya pada hari Tasyrik


Cara mengerjakan umrah


1. Rukun Umrah mulai dilaksanakan di Miqat iaitu tempat mula niat umrah dan memakai pakaian ihram. Jika berangkat dari Madinah bermakna miqatnya di Bir Ali. Disarankan sejak perjalanan dari Madinah telah siap memakai kelengkapan umrah yang diperlukan (seperti pakaian ihram), namun niat ihram dibaca di Bir Ali. Setelah menukar pakaian, jemaah melakukan solat ihram 2 rakaat.


2. Setelah memakai pakaian ihram dan niat umrah, jemaah tidak boleh menggunakan wangi-wangian, mandi memakai sabun wangi, memberus gigi dengan ubat gigi, serta memakai pakaian selain dari pakaian ihram. Juga dilarang berhubungan suami isteri sampai ibadah umrah berakhir iaitu hingga selesai tahallul (memotong rambut).


3. Membaca kalimat talbiyah sebanyak-banyaknya.


4. Setiba di Masjidil Haram, jemaah akan Thawaf mengelilingi Ka`bah sebanyak 7 kali, mengelilingi 1-3 kali dengan berlari-lari kecil, untuk pusingan ke 4 hingga 7 berjalan seperti biasa.


5. Solat 2 rakaat setelah selesai Tawaf dan sebaiknya di belakang maqam Nabi Ibrahim.


6. Diteruskan dengan melakukan Sa`i ulang alik dari Shofa ke Marwah. 7x


7. Melakukan Tahallul iaitu mencukur seluruh rambut ataupun sebahagian dan tertib atau mengikut aturan.





Sumber: Facebook Umrah Bersama Nawwarah




Anda malas beribadah? Rasa penat dan susah sangat untuk mentaati Allah? Sedangkan anda tahu dunia ini hanya sementara dan ganjaran pahala serta syurganya sangat luas untuk mereka yang beriman. Malahan anda sedar semua nikmat yang kita ada ini Dia yang beri. Berikut adalah antara tips atau "ubat" untuk anda (dan kita semua) yang malas beribadah.

Sumber: Afaatun Ala Thariq oleh Dr. Sayyid Muhammad Nuh (dipetik daripada Majalah Jom: Isu 19).

  • Jauhkan diri daripada maksiat, besar / kecil (mampu gelapkan hati).
  • Istiqamah dalam amalan harian (seperti zikir, doa, istighfar, baca Quran).
  • Isi waktu-waktu yang afdhal dengan ketaatan. Terutamanya waktu subuh.
  • Menjauhi sikap berlebihan dalam agama. Bersederhana. (Allah cinta amalan yang berterusan walaupun sikit).
  • Bergabung dengan jemaah dan tak mengasingkan diri. Untuk elak berpecah belah.
  • Berkawan dengan orang soleh (yang buat kita mengingati Allah).
  • Selalu mengkaji sirah Nabi, sejarah islam dan biografi ulama. Belajar daripada itu.
  • Selalu hadir ke majlis ilmu. Kerana ilmu itu menghidupkan hati.
  • Hiburkan hati dengan perkara-perkara harus. Seperti bergurau, bercuti / melihat alam (untuk buang bosan & malas).
  • Sentiasa muhasabah diri. Kenal kelemahan, perbaiki dan bertaubat. Kita tak sempurna, adakalanya goyah dan lemah, maka perbaikilah amalan kita perlahan-lahan, sedikit demi sedikit. Insya-Allah kita boleh. Jangan mengalah untuk jadi lebih baik. Teruskan berusaha dan banyakkanlah berdoa.

Semoga kita terus menjadi istiqamah dan rajin untuk melakukan perkara-perkara baik. Insya-Allah.





Perempuan dicipta dengan begitu banyak kelebihan. Dan antaranya boleh berehat dengan dikurniakan 'masanya sendiri'. Selain, insyaAllah boleh mengandung, perempuan juga dijaga dengan begitu baik dalam islam. Melalui undang-undangnya, melalui ayah, suami semuanya menunjukkan perempuan diangkat martabatnya dalam agama Allah yang mulia ini. Alhamdulillah.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda
إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِى الْجَنَّةَ مِنْ أَىِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ
“Jika seorang wanita selalu menjaga solat lima waktu, juga berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan), menjaga kemaluannya (daripada perbuatan zina) dan taat pada suaminya, maka dikatakan pada wanita tersebut, “Masuklah ke syurga melalui pintu manapun yang engkau suka.” (HR. Ahmad; shahih)

Antara ibadah yang boleh dilakukan mereka yang datang bulan ini (haid):
  • Berdoa ( dengan apa saja doa )
  • Membuat amal kebaikan banyak-banyak dengan orang sekeliling
  • Bersedekah (kata-kata atau duit )
  • Berselawat
  • Berzikir ( bertahlil, tahmid, tasbih dan sebagainya )
  • Beristighfar ( termasuk yang dalam Al-Quran )
  • Memberi makan atau masak (untuk orang berbuka puasa )
  • Berkumpul bersama-sama berkongsi cerita mengingatkan pada Allah
  • Banyakkan membaca buku agama dan kitab hadis
  • Menghadirkan diri ke majlis ilmu
  • Mendengar bacaan-bacan Al-Quran
  • Mengulang hafalan Al-Quran
Firman Allah ta'ala, "Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, 'Haid itu adalah kotoran.' Oleh kerana itu, hendaklah kamu menjauhkan diri daripada wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri." (al-Baqarah: 222)






Sumber gambar: Ikram Malaysia.

Cara hadapi tekanan :
KEIMANAN dalam ibadah,
TADABBUR tentang alam,
ZIKIR untuk tenang,
BERIMIGINASI indah syurga,
DOA secara konsisten

Banyak lagi sebenarnya. Jangan bersedih. Kerana Allah tidak akan mensia-siakan amalan kebaikan kita walaupun sekecil-kecilnya. Senyumlah, kerana kalian juga tidak ketinggalan.




Boleh juga merujuk :
http://shafiqolbu.wordpress.com
http://ummurumaysa.blogspot.com/



Sekian.



Alhamdulillah jika kita jenis yang mudah bangun solat Subuh. Kerana Nabi bersabda:
“Tidak ada solat yang lebih berat ke atas orang munafik daripada solat Subuh dan Isyak. Kalaulah mereka tahu apa yang ada pada kedua-dua, pasti mereka datang juga walaupun dengan merangkak.” 
( Riwayat al-Bukhari)

Antara cara mudah untuk berpagi-pagi dan melakukan solat subuh adalah dengan :

  • Jauhi perbuatan dosa.

Perbuatan tak baik bukan saja menyebabkan dosa, malah menjadikan diri semakin berat melakukan ketaatan. Semakin kita taat, makin banyak perkara baik kita mudah lakukan.

Ibn al-Qayyim berkata:
“ Ketaatan itu akan mencambahkan ketaatan yang lain. Demikian juga maksiat mencambahkan kemaksiatan yang lain.”

  • Rutinkan istighfar.

Mungkin kita rasa kita tak buat salah, tapi mana kata kita tak perasan. Dan siapalah kita jika nak dibandingkan Rasulullah pun beristighfar 100 kali sehari.

  • Pasang niat sungguh-sungguh sebelum tidur.

Jika kita niat bangun subuh, pasti kita akan cuba tidur awal dan berusaha bangun. Sebab jika kita ada hal penting pagi tu, pasti kita sudah bangun awal.


  • Tidur dalam keadaan berwuduk.

Perbuatan baik melahirkan perbuatan baik yangs seterusnya. Tidur dengan berwuduk memudahkan kita bangun qiamulail dan solat subuh. Bahkan bonusnya, kita akan mendapat doa malaikat.

Rasulullah bersabda: “ Sesiapa yang tidur dalam keadaan bersuci di kepalanya terdapat malaikat, tidaklah dia terjaga pada waktu malam melainkan malaikat itu akan berdoa: “
Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si polan, sesungguhnya dia tidur dalam keadaan bersuci.”– [ Riwayat Ibn Hibban ]


  • Witir sebelum tidur

Lakukan satu rakaat witir sebelum solat pun sudah memadai. Cuba lakukan, dengan azam yang kuat.


  • Berzikir sebelum tidur

Sebelum tidur baca zikir. Biar kita tidur dan bangun pun dengan mengingati Allah.


  • Gunakan alat bantu yang lain

Setkan jam penggera atau pesan sesiapa untuk bangunkan kita. Pendek kata di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Sesungguhnya Allah amat menghargai kesungguhan kita, moga dipermudahkan.

Teruskan berjuang, wahai pejuang ! 

Antara sumber : Ezy Dakwah, Solusi.









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top