Showing posts with label belajar puasa. Show all posts
Showing posts with label belajar puasa. Show all posts



Salam. Ahlan Wasahlan ya ramadhan ! Pertama sekali Anem nak mengucapkan selamat menjelang bulan Ramadhan, sedia semua? yeah !. Insyaallah dapat kita mencium lagi haruman bulan mulia ini. Di bawah ini Anem sertakan bacaan niat puasa , doa berbuka puasa dalam jawi dan rumi serta video bacaannya *dari upin ipin untuk didengar.*

*NIAT PUASA RAMADHAN DAN DOA BUKA PUASA BOLEH BACA SAMPAI HABIS KE BAWAH*
* UPDATE NIAT PUASA GANTI 27/6/14*
*UPDATE DOA BUKA PUASA NABI 30 /06/14*



UPDATE; KLIK UNTUK: 



[ Tambahan :

Niat puasa sunat di bulan Rejab adalah seperti berikut

“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Rejab kerana Allah Taala”   ]


---


Niat puasa ganti / puasa qada' dalam rumi :


نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى

Nawaitu sauma ghodin an’ qada'e fardhu ramadhona lillahi taala

*sebut qada' - e , macam sebut 'an adae' dalam niat puasa di bulan ramadhan .

*ramadona - dho adalah huruf dod - sebut d (dengan lidah menyentuh lelangit)

Maksud : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala

Wallahualam : Ada baca satu artikel mengenai puasa ganti menyatakan "Jika anda berazam ingin melakukan qadha' puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat." [ rujuk sini : puasa sunat ganti ]


Niat Berpuasa Harian:

Nawaitu sauma ghodin an’adae fardi syahri romadhona hazzihi sanati lillahhi ta’ala.


Maksud:

“Sahaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.”

Gambar: Nadia Solahan

Niat Berpuasa Sebulan :


Nawaitu sauma syahri ramadhana kulihi lillahitaala

Maksud:

"Sahaja aku berniat berpuasa keseluruhan pada bulan ramadhan ini kerana Allah Taala"

Gambar: Nadia Solahan


*****




Doa Berbuka Puasa:


Allahumma laka sumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin


Jika ramai-ramai : ganti 'tu kepada 'na' (ganti saya kepada kami )


Allahumma laka sumna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika aftharna birahmatika ya arhamarrohimin

*Sumtu / sumna tu sum tu bukan huruf sin tapi sod. Tebal sikil masa sebut sum tu.

Gambar: Nadia Solahan




Maksud:
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Ertinya:
Ya Allah bagi Engkau kami berpuasa dan dengan Engkau beriman kami dengan rezeki Engkau kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Ada pun Doa berbuka puasa yang Nabi selalu baca adalah : Dzahabazh Zama-u, Wabtallatil ‘Uruuqu wa Tsabatal Ajru, Insyaa Allah 



Doa Selepas Berbuka Puasa

Maksud:
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu. 

-

Sebaik-baik doa berbuka puasa ialah doa yang diwariskan oleh Nabi kepada umatnya. Ketika berbuka puasa Nabi membaca,
“Telah hilang rasa haus dan telah basah segala urat, semoga kami tetap berpahala, insya Allah”. (Hasan, Hadis Abu Dawud, Daruqutni dan Al-Hakim)
_____

Dilarang berpuasa pada ‘Hari Syak’ atau meragukan iaitu hari ke-30 Syaaban melainkan apabila bertujuan untuk puasa qadha (mengganti puasa Ramadhan sebelumnya), puasa sunnah, puasa kafarah (puasa melanggar sumpah).

Pautan lain yang berguna untuk semua, Boleh baca , Meh klik link di bawah:

Jika mahu tahu syarat sah puasa, syarat batal puasa,  apa yang makruh , mengandung di bulan puasa boleh puasa ke tak, hukum merasa makanan dan bercium (suami isteri) di bulan ramadan , tentang suami isteri baru berkahwin (pengantin baru), pendek cerita, semua tentang puasa , ulangkaji sini, meh :

Segalanya tentang Bulan Ramadhan / Bulan Puasa (Ulangkaji)

 

Kesilapan kerap di bulan ramadhan : 


Jika nak tahu soal jawab tentang puasa menjelang Ramadhan , di sini : 
Soal jawab tentang puasa

Tahap puasa kita di mana ? :
3 Jenis tahap puasa
_____

Sekian, Jazakallahu khayran jaza' :)


*Ejaan rumi mungkin sedikit tidak serupa dari bacaan arabnya. *
P/S : Nanti tengok anak bulan , ok semua, 

Jika sudi like facebook Anem Arnamee ya . terima kasih :)

 


Ahlan wasahlan ya ramadhan. Yeah! Alhamdulillah ramadan datang lagi .! Sambil membaca entri niat ramadhan atau melayan lagu nasyid rabbani [ ahlan wasahlan ya ramadhan tu] anem ingin berkongsi sedikit apa yang anem baca dalam majalah solusi tak lama dulu. 

Persediaan menghadapi ramadhan :


- Lakukan warm-up dengan berpuasa setiap Isnin  - Khamis .

-Luangkan sedikit masa bersama ahli keluarga, rakan dan sesiapa sahaja di sekitar anda dan berbincanglah tentang Ramadan yang bakal tiba, harapan, persiapan dan sebagainya

-Mulakan amalan bersedekah, sedikit demi sedikit.

- Luangkan masa mendengar bacaan al-Quran.

-Mulakan membaca al-Quran setiap hari dan tambah jumlah ayat yang dibaca berbanding sebelum ini.

-Latih diri tidur awal, seolah-olah anda sedang berada bulan Ramadan. Bukan itu sahaja, ikhtiarkan bangun awal seolah-olah anda perlu bersahur. Kemudian hiasilah tabiat bangun awal dengan solat sunat dan bacaan al-Quran.

-Tambahkan ilmu yang anda sangat perlukan semasa Ramadan. Jangan sekali-kali menyangka bahawa anda tahu segala-galanya tentang bulan yang dinanti-nanti hamba Allah yang soleh ini. Hasil bacaan juga boleh meningkatkan ghairah anda menyambut Ramadan dan beribadah semahunya.

-Sentiasa dalam keadaan berwuduk.

-Introspeksi diri anda setiap hari sebelum tidur. Mintalah keampunan Allah atas setiap dosa yang dilakukan dan Allah beri kekuatan untuk kekalkan kebaikan yang telah dilakukan.
-
-Bantulah orang lain yang memerlukan dengan ilmu, kudrat dan kebolehan yang ada.

-Dekati orang-orang yang berilmu,
orang-orang soleh dan sebagainya supaya anda dapat belajar lebih daripada mereka.

-Berilah peluang kepada diri anda bersendirian supaya dapat meluangkan masa mengingati Allah dengan berzikir.

-Luangkan masa solat sunat seperti solat sunat Rawatib, Dhuha dan Qiamullail.

- Bagi mereka yang mampu mengerjakan umrah dalam Ramadan amatlah digalakkan kerana berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w., umrah yang dikerjakan dalam bulan Ramadan sama seperti mengerjakan haji.



Sekian, jom kita kuatkan semangat sempena menjelang bulan ramadhan ni . Insyaallah , boleh, lillahitaala :)


gambar : isma mesir

Bulan puasa telah tiba-tiba. Selain berniat puasa sendiri, kebanyakan ibubapa juga sebolehnya mahu anak-anak juga berpuasa. Untuk mendidik anak-anak berpuasa, perlu bertahap . Dan antaranya adalah demikian [ antara rujukan : solusi oleh Rashidah Mustaffa]  :




TAHAP PERTAMA


- Mula-mula , kenalkan pada anak-anak tentang puasa , puasa tu apa dia, macamana. (Menahan diri dari lapar, dahaga, perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari kerana ALLAH ). Kenapa umat islam wajib berpuasa? - Ganjaran dan faedah .Dapat pahala serta menahan diri dari pelbagai sifat seperti marah dan lain-lain, dan dapat merasai kemiskinan dan kesungguhan orang yang lebih kekurangan .Dari segi kesihatan - perut perlu berehat setelah bekerja sepanjang tahun.

Anak seusia 3 atau 4 tahun boleh di ajar ikut kemampuan seperti selepas sarapan, hanya boleh makan semula setelah petang .Atau separuh hari.

“Orang yang berpuasa akan merasakan dua kegembiraan (besar): kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika dia bertemu Allah.” (Hadis Bukhari & Muslim)


TAHAP KEDUA


- Lakukan Secara bertahap

Latih mereka bersahur. Mulakan dengan bertahan sehingga tengahari . Kemudian ke Asar, lama-lama mereka akan sedikit-sedikit dapat berpuasa sehingga waktu berbuka. Memandangkan mereka bersekolah, bagi mereka tidur sebentar selepas subuh untuk segar ke sekolah.

-Sibukkan mereka dengan aktiviti

Jika mereka penat, benarkan mereka tidur atau berehat tapi tidak berlebihan . Dan luangkan masa dengan anak membuat pelbagai aktiviti rumah, persiapan raya, mewarna bersama, kerja kraftangan atau membantu kemas rumah - atau membantu menyiapkan persiapan berbuka puasa di dapur, supaya mereka terlupa memikirkan makan dan minum seketika.

-Beri ganjaran jika berpuasa
Ia boleh dijadikan motivasi sebagai permulaan . Misalnya beli alat tulis atau makanan kegemaran mereka jika dapt berpuasa penuh. Atau boleh merancang hadiah misteri seperti melancong.

"Alhamdulillah , Oleh kerana ayah dan ibu memiliki anak yang soleh, telah berpuasa penuh , ALLAH swt telah memberi rezeki berlebihan pada hari raya ini."

Walaubagaimanapun perlu ingatkan pada anak-anak, puasa bukan lah untuk dapat ganjaran atau upah, tapi tanda ketaatan kepada ALLAH. Barulah ibadah puasa dijalani penuh bermakna.

-Jaga waktu tidur mereka
Galakkan tidur awal, dan bekalkan susu untuk lebih kalsium supaya bertenaga. Selalu kongsikan cerita dan keberkatan ramadan. serta ceritakan kesengsaraan kanak-kanak di negara lain yang kuat walaupun penuh kesusahan. Allah menyukai mukmin yang kuat dan tidak malas.

-Sediakan makanan berkhasiat ketika sahur
Sediakan makanan yang berserat, ada kalsium, karbohidrat , dan beprotein. Biar anak makan banyak masa sahur supaya bertenaga.

-Balik kerja awal sebelum berbuka
Ibu bapa pulang awal, boleh memasak banyak, kesukaan anak-anak dan luangkan masa bersama mereka. Minta anak agih-agihkan pada jiran . Tradisi ini serta masa yang ibu bapa perlu luangkan mungkin membuatkan anak seronok untuk berbuka , akan menyebabkan mereka mungkin seronok untuk berpuasa pada keesokan harinya .

--------------------

Semoga ibu bapa berjaya memujuk anak-anak untuk berpuasa , elakkan menghukum anak-anak jika dia tidak mahu berpuasa , bagi yang belum baligh lagi . Ajak mereka duduk semeja berbuka sama. Dengan cara ini memberi kesan psikologi untuk anak-anak merasa tercabar melihat akak dan abang mereka berpuasa. Selamat mencuba dan selamat berpuasa semua :)









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top