Showing posts with label berubah. Show all posts
Showing posts with label berubah. Show all posts


Bukan berhelah daripada beristighfar mahupun taubat, tetapi itulah hakikatnya. Allah sudi menggugurkan dosa kita walaupun kita tidak meminta. Betapa pemaafnya Allah. Bukan dengan satu cara malah banyak cara.

Melalui majalah Solusi edisi 103, mereka ada berkongsikan beberapa cara hapus dosa tanpa istighfar:
  • Mati syahid
 "Orang yang mati syahid diampunkan segala dosanya kecuali hutang." (Riwayat Muslim)
  • Sedekah
  • Banyak memberi salam
  • Halalkan hutang
    "Ada seorang peniaga yang membolehkan pembelinya berhutang. Apabila ada seorang yang mempunyai kesulitan hendak membayar, dia pun berpesan kepada pembantunya: 'Lepaskannya, semoga Allah kelak akan memaafkan kita. Maka Allah memaafkannya.' (Riwayat al-Bukhari) 
  • Buat kebaikan sebaik terlanjur buat kejahatan
    "Bertaqwalah kepada Allah di mana pun kamu berada. Segera susuli perbuatan jahat dengan perbuatan yang menghapuskannya. Bergaullah dengan orang lain dengan akhlak baik." (Riwayat al- Tirmizi) 
  • Menyebut Subhanallah Wabihamdihi 100 kali
"Sesiapa yang menyebut subhanallah wabihamdihi dalam sehari 100 kali, dihapuskan dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. (Riwayat al-Bukhari)
Subhanallah wabihamdihi.......maksudnya: "Maha suci Allah dan dengan pujian untuk-Nya. 
  • Zikir selepas solat
    "Sesiapa yang bertasbih selepas solat sebanyak 33 kali,kemudian bertahmid 33 kali, kemudian bertakbir 33 kali; semuanya jadi 99 kali lalu dia menggenapkannya menjadi 100 dengan - zikir berikut-,diampunkan dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di lautan." (Riwayat Muslim) 
    Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=VUDZ3Xx8wTs
    Maksudnya : "Tiada Tuhan selain Allah sahaja, tiada yang sekutu dengan-Nya. Milik-Nya segala kekuasaan, untuk-Nya segala pujian. Dan Dia atas segala sesuatu, Maha Berkuasa." 
    Tasbih; Subhanallah 
    Tahmid: Alhamdulillah 
    Takbir: Allahuakbar 
  • Sebarang musibah
    "Tidak ada sesuatu pun yang menimpa seorang Muslim baik berupa keletihan, kesakitan, sakit hati, kebimbangan, kekecewaan, kesedihan hatta sekecil duri yang menyucuknya melainkan dengan musibah tersebut Allah menghapuskan dosanya." (Riwayat al-Bukhari) 
  • Puasa Hari Asyura 
  • Haji
  • Masuk Islam
 "Apabila seorang hamba masuk Islam dan membaguskan keislamannya, dihapuskan semua dosanya dan kesalahan yang pernah dilakukannya." (Riwayat al-Bukhari)
  • Puasa Ramadan 
  • Puasa hari Arafah
  • Azan
  • Doa mendengar azan
  • Berwuduk
  • Berjalan ke Masjid
  • Solat Fardu Lima Waktu 
  • Ucapan Amin dalam solat berjemaah
    "Apabila imam mengucapkan amin, maka ucaplah amin juga, kerana sesiapa yang aminnya bertepatan dengan amin malaikat maka akan diampuni dosanya yang telah lalu."(Riwayat al-Bukhari) 
  • Menunggu antara dua solat
  • Solat terawih
  • Solat jenazah
  • Solat tasbih
    Rasulullah bersabda kepada bapa saudaranya: "Ada 10 dosa yang akan Allah swt akan ampunkan jika engkau melakukan amalan ini sama ada dosamu yang pertama dan terakhir, yang terdahulu dan yang baharu, yang tidak sengaja mahupun yang disengaja, yang kecil mahupun yang besar, yang tersembunyi mahupun yang terang-terangan, ada 10 jenis dosa tersebut. Caranya engkau melaksanakan solat empat rakaat....." (Riwayat Abu Dawud) Hadis ini panjang. Cuba rujuk para ilmuan untuk mengetahui cara solat tasbih. 
  • Ibadah malam lailatulqadar
  • Bersyukur atas musibah
    Allah berfirman: Sungguh apabila aku menguji seorang hamba-Ku yang beriman, lalu ia memuji-Ku atas ujian yang Aku timpakan kepadanya, maka dia akan bangkit dari tempat tidurnya bersih daripada dosa seperti hari ibunya melahirkannya." (Riwayat al- Tabarani dalam al-Mu'jam al- Kabir) Musibah menghapuskan dosa mengikut kadarnya, manakala bersabar dan redha atas musibah menghapuskan kesemua dosa sekali gus, tidak termasuk dosa besar. 
  • Doakan keampunan untuk orang lain
    "Doa seorang Muslim buat saudaranya tanpa pengetahuannya mustajab. Dekat kepalanya ada seorang malaikat bertugas. Setiap kali dia mendoakan saudaranya untuk suatu kebaikan, malaikat yang ditugaskan itupun berdoa: 'Aamiin, semoga engkau pun dapat semisalnya.'" (Riwayat Muslim) 
  • Bercakap baik
    "Sungguh antara amalan yang menjadi penyebab diampunkan adalah menyebarkan salam dan bercakap baik." (Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir) 
  • Doa selepas makan
     "Sesiapa yang makan lalu menyebut- doa berikut-, diampunkan dosanya yang telah lalu." Maksudnya: "Segala pujian bagi Allah yang memberi makan aku dengan ini dan merezekikan aku dengannya tanpa daya dan kekuatanku."
  • Solat Jumaat
  • Doa Pakai Baju
  • Umrah
  • Zikir Lailahaillallah wahdahu.. 

Semua manusia tak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Kecil atau besar.

Berdoalah kebaikan untuk semua yang masih hidup atau yang telah pergi. Dia Maha Mendengar. InsyaAllah , dengan niat yang baik pasti Dia kabulkan.

- Berdoa untuk orang lain.
“ Doa muslim buat saudaranya yang dari kejauhan itu mustajab. Di atas kepalanya menanti malaikat yang telah ditugaskan. Setiap kali dia berdoa buat saudaranya untuk sesuatu kebaikan, malaikat itu akan berkata : ‘Amin. Semoga engkau mendapat yang serupa.’” - [ Riwayat Muslim ]
- Bersyukur dengan musibah.

Siapa yang suka dapat musibah ? Namun perlu tidak lama untuk merasa negatif, sedih atau marah tapi bergantilah segera dengan rasa redha dan syukur. Kerana ada sesuatu di sebalik musibah.

Mengikut hadis Riwayat Al-Bukhari , setiap keletihan , penyakit , kebimbangan , sedih, sakit hati dan pilu, sekalipun duri yang mencucuk ; semua itu tak lain tak bukan adalah untuk menghapus segala kesalahan-kesalahan kita.

- Berwuduk sempurna.

Aban mawla Sayidina Uthman bercerita; “ Saiyidina Uthman mengarah aku membawakan air untuk berwuduk pada malam yang sejuk kerana beliau ingin keluar bersolat. Aku bawakannya. Aku lihat beliau banyak sekali mengenakan air pada muka dan tangannya sampai aku berkata:
‘Cukuplah tuan. Tuan sudah sempurnakan wuduk sesempurnanya. Lagi pun malam ini sangat sejuk.’
Beliau membalas: ‘ Curahkan! Kerana aku pernah mendengar Nabi bersabda: ‘Tidaklah seorang hamba menyempurnakan wuduknya melainkan dosa-dosanya yang lalu dan terkemudian diampunkan.’” - [ Riwayat al-Bazzar ]
Selepas itu berwuduklah dengan sempurna.

- Ganti kejahatan dengan kebaikan.

Setiap kali terlanjur berbuat salah, segeralah menebusnya dengan berbuat kebaikan.
Seperti Nabi berpesan, “ Takutlah kepada Allah di mana sahaja kamu berada. Susuli kejahatan dengan kebaikan yang menggantikannya. Bergaullah dengan manusia dengan perangai yang baik.” - [ Riwayat al-Tirmizi]
Buktikan kesungguhan kita dengan firman Allah.
“ Sesungguhnya amal-amal kebaikan menghapuskan perbuatan buruk. Demikianlah peringatan buat orang yang ingin beringat.” - [ Hud 11: 114 ]
- Istqamah Beribadah.

Pada acara ibadah harian, mingguan, tahunan bukan sekadar tawaran pahala, bahkan menawarkan diskaun dosa.

“ Solat lima waktu, Jumaat ke jumaat berikutnya, ramadan ke ramadan berikutnya, merupakan penghapus dosa yang dilakukan antara tempoh masa tersebut jika dosa besar tidak dilakukan.” - [ Riwayat Muslim ]

Allah sentiasa melupakan kesalahan-kesalahan biasa tanpa kita merayu kepada-Nya. Subhanallah. Ambillah peluang selagi hidup untuk terus memperbaiki diri. Dan memohon ampun kepada-Nya. Tidak terlewat untuk memulakan apa pun perkara baik. Jom!

[ Ezy Dakwah, 3 ]


Apabila taqwim hampir mula menjejak ke awal muharram, terbisik di kamar hati membuahkan satu azam. Walaupun azam itu bukan hanya untuk tahun baru, namun seakan harus juga ada pada setiap awal tahun. Azamku? Azam yang saban tahun terbungkam di bustan dhamir ini.

Ingin menjadi lebih baik,insya-ALLAH.

Berhijrah.

Ketika waktu mencecah hujung tahun, pasti, ramai yang bercita-cita dan mempunyai pelbagai mimpi untuk direalisasikan daripada lena yang panjang. Tidak mahu dikalahkan oleh fantasi nafsu, pasti ramai yang ingin bangkit daripada kegagalan semalam, bangun daripada kesilapan silam dan bingkas daripada kehancuran lama. Mahu lebih berjaya dari memperoleh kejayaan sedia ada. Mahu menetapkan matlamat seiring umur yang masih lagi berbaki. Segalanya mahu yang terbaik.

Insya-Allah, dengan istiqamah dan berusaha tanpa mengenal apa itu erti putus asa dan kecewa, sememangnya kita mampu melakukan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita jangka.

"Semoga ALLAH TAALA merahmati kepada yang suka melihat pada diri sendiri, memerhatikan keadaannya dan suka menangisi kerana banyaknya dosa yang diperbuatnya."

Tapi..
Semua insan mampu mengumpul azam, layak berbicara besar, tapi kegagalan untuk menetapi apa yang diniatkan di hati itu, tetap kerap berlaku pada kebanyakan.

Mengapa ya?

Tanyalah radar keimanan di hati kita, adakah ia telah sesungguhnya berusaha? Adakah ia telah menyerahkan semuanya pada ALLAH yang maha kuasa? Adakah ia telah berdoa siang dan malamnya sehingga menitis air mata ikhlas? Adakah ia benar-benar melakukan apa yang disebut ramai sebagai "yang terbaik"?

Dan mungkin ALLAH memakbulkan dengan memberi sesuatu yang lebih baik untuk kita, yang kita perlu walaupun mungkin yang kita tak mahu. Dia Maha mengetahui sesuatu.Namun ramai dari kita tak perasan.

Sememangnya banyak lagi yang perlu diselongkari. Hati kita ini sangat rapuh. Bila-bila masa ia akan meradang kecewa. Hati juga mudah menangis hiba. Saat waktu tertentu, hati juga mampu membangkit rasa. Mampu untuk gagal, mampu juga untuk berjaya.

Jadi kepada yang berazam, persiapkan hati untuk berjuang.
Bukannya perlu dihantar ke Khidmat Negara, mahupun di Palestin sana.
Tetapi terlebih dahulu bersedia berjuang untuk melawan nafsu sendiri .
"Dan bertaubatlah kamu, sekalian kepada ALLAH, wahai orang-orang yang beriman,
supaya kamu berjaya."- (An-nur:31)
Keep on istiqamah.
Anda mampu melakukannya ..
Selamat menyambut tahun baru dan selamat menunaikan azam.

Yakinilah, insya-Allah.









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top