Jom memperbanyakkan Istighfar setiap hari. Berikut antara kelebihan beristighfar.
Showing posts with label istighfar. Show all posts
Showing posts with label istighfar. Show all posts
Kategori:
ampunkan dosa,
hapus dosa tanpa istighfar,
hijrah,
islam,
istighfar,
Jakim,
Kelebihan Beristighfar
Antara cara-cara hapus dosa tanpa istighfar
Bukan berhelah daripada beristighfar mahupun taubat, tetapi itulah hakikatnya. Allah sudi menggugurkan dosa kita walaupun kita tidak meminta. Betapa pemaafnya Allah. Bukan dengan satu cara malah banyak cara.
Melalui majalah Solusi edisi 103, mereka ada berkongsikan beberapa cara hapus dosa tanpa istighfar:
- Mati syahid
"Orang yang mati syahid diampunkan segala dosanya kecuali hutang." (Riwayat Muslim)
- Sedekah
- Banyak memberi salam
- Halalkan hutang
- "Ada seorang peniaga yang membolehkan pembelinya berhutang. Apabila ada seorang yang mempunyai kesulitan hendak membayar, dia pun berpesan kepada pembantunya: 'Lepaskannya, semoga Allah kelak akan memaafkan kita. Maka Allah memaafkannya.' (Riwayat al-Bukhari)
- Buat kebaikan sebaik terlanjur buat kejahatan
- "Bertaqwalah kepada Allah di mana pun kamu berada. Segera susuli perbuatan jahat dengan perbuatan yang menghapuskannya. Bergaullah dengan orang lain dengan akhlak baik." (Riwayat al- Tirmizi)
- Menyebut Subhanallah Wabihamdihi 100 kali
"Sesiapa yang menyebut subhanallah wabihamdihi dalam sehari 100 kali, dihapuskan dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. (Riwayat al-Bukhari)
Subhanallah wabihamdihi.......maksudnya: "Maha suci Allah dan dengan pujian untuk-Nya.
- Zikir selepas solat
- "Sesiapa yang bertasbih selepas solat sebanyak 33 kali,kemudian bertahmid 33 kali, kemudian bertakbir 33 kali; semuanya jadi 99 kali lalu dia menggenapkannya menjadi 100 dengan - zikir berikut-,diampunkan dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di lautan." (Riwayat Muslim)
![]() |
Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=VUDZ3Xx8wTs |
- Tasbih; Subhanallah
- Tahmid: Alhamdulillah
- Takbir: Allahuakbar
- Sebarang musibah
- "Tidak ada sesuatu pun yang menimpa seorang Muslim baik berupa keletihan, kesakitan, sakit hati, kebimbangan, kekecewaan, kesedihan hatta sekecil duri yang menyucuknya melainkan dengan musibah tersebut Allah menghapuskan dosanya." (Riwayat al-Bukhari)
- Puasa Hari Asyura
- Haji
- Masuk Islam
"Apabila seorang hamba masuk Islam dan membaguskan keislamannya, dihapuskan semua dosanya dan kesalahan yang pernah dilakukannya." (Riwayat al-Bukhari)
- Puasa Ramadan
- Puasa hari Arafah
- Azan
- Doa mendengar azan
- Berwuduk
- Berjalan ke Masjid
- Solat Fardu Lima Waktu
- Ucapan Amin dalam solat berjemaah
- "Apabila imam mengucapkan amin, maka ucaplah amin juga, kerana sesiapa yang aminnya bertepatan dengan amin malaikat maka akan diampuni dosanya yang telah lalu."(Riwayat al-Bukhari)
- Menunggu antara dua solat
- Solat terawih
- Solat jenazah
- Solat tasbih
- Rasulullah bersabda kepada bapa saudaranya: "Ada 10 dosa yang akan Allah swt akan ampunkan jika engkau melakukan amalan ini sama ada dosamu yang pertama dan terakhir, yang terdahulu dan yang baharu, yang tidak sengaja mahupun yang disengaja, yang kecil mahupun yang besar, yang tersembunyi mahupun yang terang-terangan, ada 10 jenis dosa tersebut. Caranya engkau melaksanakan solat empat rakaat....." (Riwayat Abu Dawud) Hadis ini panjang. Cuba rujuk para ilmuan untuk mengetahui cara solat tasbih.
- Ibadah malam lailatulqadar
- Bersyukur atas musibah
- Allah berfirman: Sungguh apabila aku menguji seorang hamba-Ku yang beriman, lalu ia memuji-Ku atas ujian yang Aku timpakan kepadanya, maka dia akan bangkit dari tempat tidurnya bersih daripada dosa seperti hari ibunya melahirkannya." (Riwayat al- Tabarani dalam al-Mu'jam al- Kabir) Musibah menghapuskan dosa mengikut kadarnya, manakala bersabar dan redha atas musibah menghapuskan kesemua dosa sekali gus, tidak termasuk dosa besar.
- Doakan keampunan untuk orang lain
- "Doa seorang Muslim buat saudaranya tanpa pengetahuannya mustajab. Dekat kepalanya ada seorang malaikat bertugas. Setiap kali dia mendoakan saudaranya untuk suatu kebaikan, malaikat yang ditugaskan itupun berdoa: 'Aamiin, semoga engkau pun dapat semisalnya.'" (Riwayat Muslim)
- Bercakap baik
- "Sungguh antara amalan yang menjadi penyebab diampunkan adalah menyebarkan salam dan bercakap baik." (Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir)
- Doa selepas makan
- "Sesiapa yang makan lalu menyebut- doa berikut-, diampunkan dosanya yang telah lalu." Maksudnya: "Segala pujian bagi Allah yang memberi makan aku dengan ini dan merezekikan aku dengannya tanpa daya dan kekuatanku."
- Solat Jumaat
- Doa Pakai Baju
- Umrah
- Zikir Lailahaillallah wahdahu..
- Gambar: FACEBOOK Majalah Solusi
- Facebook: Fazil Bin Shaffie Al-Hajj
- Laman web rasmi Majalah Solusi: http://www.solusi.com.my/
- Senarai cara hapus dosa tanpa istighfar- http://dhiyafikir.blogspot.com/2017/05/cara-hapus-dosa-tanpa-istighfar.html
Kategori:
bertaubat,
berubah,
hapus dosa tanpa istighfar,
hijrah,
istighfar,
majalahsolusi,
penghapus dosa,
Taubat
Nota (Tentang takdir, hamba Tuhan, istighfar dan ingat mati)
Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan / segmen agama yang disiarkan di televisyen / radio sepanjang Mac 2018. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.
****
Bismillah Ad-Duha. Ustazah Isfadiah.
- Beza takdir dan nasib. Takdir ini ada perancangannya. Nasib ini sebahagian tersebut. Bahagian kita. Usaha kita.
- Takdir contoh bila mati. Kita tak tau. Nasib itu bahagian kita. Cara mati.
- Semua dalam tangan Allah.
- Keazaman ini berkait rapat dengan nafsu. Nafsu ini keperluan dan kehendak. Namun perlu selaras dengan kehendak Allah. Jangan melampaui batas. Selaras dengan kehendak Allah. Kerana aku hamba Allah.
- Nak rasa reda perlu faham apa yang Allah tentukan adalah yang terbaik. Dengan cara Allah. Ikut plan Dia dengan kesungguhan. Percayalah Allah tak menganiaya kita. Kita yang menzalimi diri kita. Kasih sayang Allah berganda-ganda lebih daripada kasih sayang ibu.
- Perkara paling asas untuk reda adalah jangan mengintai-intai nikmat orang lain. Perlu bersyukur dan terus berusaha. Di akhir nanti, Allah tak tanya apa kita dapat. Tapi apa kita telah usahakan.
Ustaz IM
- Jalan ke syurga dan jalan ke neraka, Allah dah tetapkan. Yang penting niat kita dan unsur perniagaan kita.
- Berniaga ada kaitan dengan azab yang pedih. Jadi kena jaga. Salutkan perniagaan kita dengan keimanan.
Alkuliyyah: Mari menjadi hamba (Ustaz Zarifi)
Rujuk kisah pasal sahabat Nabi: Hatim.
Ciri hamba:
- Benar-benar menjaga solat
- Pastikan solat benar dan tepat.
- Berusaha khusyukkan solat.
- Menjaga sedekah (kisah rujuk kisah Ibnu Omar)
- Jadi umpama orang asing. Bercuti di dunia.
- Jangan perasan sangat dunia ini tempat kita.
- Katakan "Bantulah aku dalam menyebut sebut nama-Mu."
****
"Jangan sesekali anggap dugaan itu satu hukuman. Setiap satunya ada hikmah yang tersendiri.
Insya-Allah, ada cahaya terang menanti di penghujung terowong yang gelap. Di sebalik setiap gelap suram hidup kita, pasti ada terang sinar yang menanti agar kita terus ingat kepada-Nya." - Aizat Amdan
Sumber: http://www.astroawani.com/
Tanyalah Ustaz: Momentum istighfar (Ustaz Elyas dan Dai Anas)
- Jika marah, tahan dulu. Istighfar. Mungkin minit seterusnya akan okay.
- "Tanda istighfar diterima apabila kita ringan memaafkan orang." - Ustaz Elyas.
- Doakan arwah ibu bapa meninggal, doa allahumaghfiri tu. Doakan. Minta ampunkan dosa.
- Banyak ingat kepada Allah.
- Rasa nak buat baik itu tanda Allah mencampak rasa sayangnya dalam hati kita.
- Waktu sahur waktu paling sesuai istighfar. Waktu bermanja-manja dengan Allah.
Ceramah spritual Ustaz Hanan Ataki.
"Waktu emosi kita sedang lemah atau diganggu, spritual kita langsung (lagi) kuat. Waktu itulah mohon (banyakkan) berdoa. Minta. Sebaik-baik mungkin. Terus-menerus. Tidak ada sia-sianya berdoa. Jika tidak dapat di dunia, akan dapat di akhirat."
- "Rumah yang tiada teriakan dan keluhan, hanyalah di syurga."
- "Selalu hadir majlis para ulama'. Hadir bukan sebab kita benar, lain salah. Atau kita syurga, lain neraka. Tidak. Namun untuk ngecas iman kita."
- Allah yang menggerakkan lisan seseorang. Jangan mencari nasihat untuk orang lain. Carilah nasihat untuk diri sendiri.
- Jika dicari salah, nanti saling menuntut dan menyalahkan. Patutnya saling memperbaiki diri.
TMJ Oasis
- Al-Quran jadikan panduan kita. Setiap apa yang kita buat pasti akan dinilai di hari kiamat.
- Tak pasti sebut wallahua'lam. Bukan main cakap.
- Nabi pun jika orang tu dia nak elak bertengkar. Dia cuba elak.
- Jangan buka aib orang. Settle siap di dunia. Minta ampun di dunia.
Ehwal Islam: Seiring sejalan.
- Elakkanlah fitnah.
Motif Viral
"Semua layak menegur. Cuma perlu berhikmah. Syurga itu nilainya mahal. Jika kita ikut nafsu, memang sukar.'
Tanyalah Ustaz: Bagi, jangan tak bagi (Ustaz Kazim dan Dai' Hadhari).
- Ilmu itu penting. Dengan ilmu dia tahu isteri perlu nafkah. Memujuk, kesihatan, pendidikan kepada isteri, itu antara nafkah batin.
- Kita kena bantu. Bimbing jika menantu itu mualaf. Itu peranan wali. Suruh dia belajar dulu. Tolong-menolong.
- Betul. Isteri terlalu berdikari boleh buat ada suami yang bersikap sambil lewa. Jangan ambil tanggungjawab suami. Tak cukup isteri topap. Biar ada benda yang laki buat.
- Pendapatan isteri itu rezeki isteri. Itu hak isteri. Minta izin isteri dulu.
- Utamakan tanggungjawab terhadap isteri dulu. Baru hobi.
Bismillah ad-Dhuha - Ustazah
- Kaya jiwa.
- Taubat. Bezakan cara kita dengan orang bukan islam tanda kita beriman. Sukakan kebaikan.
***
- Jaga solat, Allah akan jaga kita. Jaga di awal waktu.
- Beza antara solat dan jaga solat.
- Solat wajib jaga.
- Solat Hajat
- Solat Dhuha.
- Solat Tahajud
- Apa apa mengadu dan minta Allah dulu.
- Ustaz Ebit Lew.
Tanyalah Ustaz: Kalau berkalau. (Ustaz Ghazali & Dai Niezal )
- Islam tak galakkan berkalau, buka ruang pada syaitan untuk menjayakan strategi.
- Tak perlu kalau, cakap sahaja niat nanti apa nak buat, dah jadi nazar.
- Orang menjemput kena faham situasi orang yang dijemput. Cakap kalau lapang, datanglah misalnya. Orang yang dijemput pula cakap insya-Allah, tapi tak dapat datang, jika nak menjaga hati tiada apa hukum. Yang penting niat.
- Jika banyakkan istighfar, elak berkalau. Tak boleh elak kadang. Terlintas sebab kita lemah, syaitan kacau. Banyakkan bersangka baik.
- Apa-apa jadi, manusia perlu ada tempoh. Tempoh bertenang. Tenang dulu.
- Kita selalu cakap 'ada rezeki nak buat', elok diam. Tak ada serabut. Ada rezeki, rancang, baru buat. Akan memudahkan orang. Tak perlu berkalau.
- Manusia dijadikan memang tergesa-gesa.
- Elakkan kalau yang berdalih.
- Bab ibadah, elakkan berkalau. Sebab bab ibadah ni memang kena buat.
- Takdir ini jadi tetap jadi. Tak ada kalau kalau. Jika dah jadi, istighfar. Bergembira dengan ketentuan Allah.
- Syaitan nak ganggu gugat kita jika banyak berkalau.
- Yang penting niat. Apa yang perlu qada' dan daqar Allah.
- Tak perlu letak hukum pada perkara yang biasa buat. Jangan kamu minta benda yang akan menyusahkan.
- Berkalau untuk perkara menyesal, benda baik, kita taubat. Istighfar. Cari jalan keluar. Perbaiki.
- Ambil kebaikan untuk kisah "kalau baru, kalau banyak kalau semua" zaman Nabi. Waktu itu Nabi ada, mereka boleh rujuk. Nabi kata waktu itu disingkapkan pandangannya. Tunjuk kebaikan dia buat.
- Dia bagi separuh roti dekat orang lapar. Kalau dia tahu ganjarannya kalau dia tahu dia bagi banyak dan semua.
- Benda baik kita tak nampak, tapi ganjarannya ada.
- Nak elak sifat berkalau, kalau bab ibadah kita bersegera. Istiqamah.
- Untuk perkara yang lepas kita jadikan iktibar. Itu semua ketentuan. Terima takdir Allah. Banyakkan istighfar. Kuatkan diri dengan takdir dan ketentuan.
Tanyalah Ustaz; Iqra - Perintah pertama.
- Tiada orang yang terlalu busy dalam dunia ini. Melainkan dia tahu dia punya priority.
- Nikmat datang bersama tanggungjawab.
- Dengar lebih mudah ingat.
- Ajar al-Quran ikut ilmu kita. Ikut apa kita tahu.
Ustaz Abdullah (Belanja makan)
Antara saksi kita di akhirat kelak:
- Allah
- Malaikat
- Diri kita (anggota badan kita)
- Sesama manusia
- Makhluk-makhluk lain
*Ini yang akan jadi saksi amalan dan perbuatan kita di dunia, nanti.
- Beza amalan nazar dan tawasul. Nazar dia niat dulu baru buat amalan. Tawasul, buat dulu.
- Insya-Allah, banyakkan sedekah boleh sihat. Sertakan dengan nazar sebaiknya.
- Di akhirat, nanti sedekah itu akan pulang balik kepada kita di akhirat.
- Husnul khotimah.
Sedekah boleh tanpa wang. Jangan putus asa walaupun tanpa wang. Buang duri di jalan. Bantu orang. Itu sedekah. Masakkan untuk keluarga, kemas rumah pun sedekah. Didik anak sebaik mungkin. Tak ada duit misalnya untuk sumbang ke surau boleh bantu jadi AJK.
Kesimpulan:
- Ada kesedaran. Nak buat
- Kena ada kefahaman. Bagaimana nak buat.
- Bila nak buat. Tak dapat banyak. Sikit pun boleh. Ke tabung masjid ke.
Alhijrah - Assalamualaikum - (Ashabul Yasin).
- Ikutlah orang yang tak minta apa pun daripada kamu.
- Habib annaja (nama lelaki dalam surah Yasin)
Tanyalah Ustaz: Hasutan Syaitan (Ustaz Farhan & Dai Fahmi)
- Kenapa kita menunaikan haji di padang Arafah? Kerana di situlah tempat Allah menerima taubat Nabi Adam.
- Diciptakan dulu jin. Qarin bukan kembar kita, ia jin. Waktu kita lahir sampai besar dia teman kita. Ajak buat jahat. Qarin ajak kita buat jahat. Semua ada syaitan dan qarinnya. Qarin Rasullullah telah diislamkan Rasul sendiri. Dekatkan diri dengan Allah. Supaya jin tu tak dapat dekat dengan kita.
- Ilham kebaikan selalu diberi Allah. Khatir (hasutan) selalu masuk dalam diri kita. Jaga atau tak sedar. Lebih-lebih saat kita tidur. Syaitan boleh hasut dalam keadaan tak sedar. Hati-hati, jangan jadikan syaitan mendamping kita. Jika kita baik kena juga, anggaplah ia ujian. Allah nak beri pahala dengan kesabaran kita.
- Berdamping dengan Allah akan jauh dengan syaitan. Bacalah doa doa agar dibentengkan. Baca ayat Qursi selalu.
- Lepas ingatan simpulan syaitan masa tidur. Baca doa selepas bangun. Berwuduk dan solat. Perlu selalu berwuduk.
- Baca doa untuk jauhkan diri daripada syaitan. Syaitan ada dalam darah kita jadi tak boleh hindar.
- Kalau marah, berdiri duduk. Duduk, baring. Marah lagi, baca doa. Ambil wuduk jika rasa marah lagi. Cool down.
- Sempurnakan wuduk, syaitan tadi akan jauhkan daripada kita.
- Syaitan tak akan mendiami rumah yang dibaca al-Baqarah di dalamnya. Tak mampu baca penuh baca awal dan hujung. Yang terbaik baca penuh. Baca Yaasin. Mudah-mudahan kita buat benteng.
- Azan / kiamat untuk bayi agar dijauhkan daripada syaitan yang menyakat (ada namanya). Ada syaitan yang acah, menyakat bayi. Selain buat yang perlu, dodoikan dengan zikir. Jika anak degil, waktu anak sedang tidur, usap di ubun-ubun dengan azan yang lemah-lembut.
- Baca auzubillah (taawuz). Untuk dijauhkan daripada syaitan. Baca doa dijauhi syaitan. Baca ayat Qursi. Ambil wuduk.
- Jika nak solat, baca surah an-Nas untuk elak syaitan / jin kacau.
- Syaitan tak pernah putus asa bawa kita ke neraka. Kenapa kita nak putus asa untuk menggapai syurga Allah? Api neraka panas 70x berbanding panas api di dunia.
Bismillah ad-Dhuha (Ustaz Hanafiah)
- Pintu kejahatan terbuka apabila kita dah mula rasa diri kita betul.
- Kita tak terima teguran sebab masalah ego.
3 cara tegur:
Tangan
Mulut
Dalam hati
- Benci perbuatan bukan orang.
- Teguran bukan hinaan.
- Dosa orang meviralkan tak tertanggung. Dia menggalakkan orang tengok dosa.
- Orang tak bijak bila matinya dosa dia mengalir di akhirat kelak.
- Bukan semua kutukan itu tak baik pada kita. Bukan semua hinaan itu tak benar pada kita.
- Cara menerima itu bagaimana.
- Tak semua kata-kata indah itu benar.
- Orang puji. Istighfar. Syukur. Pulangkan balik kepada Allah.
- Hati-hati.
4 personaliti manusia:
Popular
Perfect
Powerful
Peaceful
Bila tegur renung balik diri.
Tanyalah Ustaz: Dai Farhan (Mati itu pasti).
- Solatlah di belakang imam sebelum kita solat di depan imam.
- Biar orang menangisi pemergian kita. Itu menunjukkan kita dikasihi.
- Sebut inalillah dulu jika dengar kematian. Sebab mati itu musibah. Pada yang bukan islam harus untuk sebut.
Tanyalah Ustaz: Istidraj (Ustaz Firdaus Subhi & Dai Annas)
- Rapat dengan orang yang juga menasihat. Bukan yang asyik mengiyakan dan asyik melakukan maksiat.
- Doalah kebaikan di dunia dan akhirat.
- Semua pemberian yang baik daripada Allah itu rezeki.
- Ujian kesenangan lebih sukar berbanding ujian kepayahan. Kerana kita lebih mudah mencari Tuhan ketika susah berbanding ketika senang.
- Kekurangan bukan kelemahan.
- Mohon ampun lebih 100 kali.
Tanyalah Ustaz: Dosa Pahala Peniaga (Ustaz Firdaus Subhi & Dai Annas)
- Jika harga dia naik sebab barang itu melibatkan masa dan harga semasa, boleh. Namun jika tak jelas. Naik saja tiap kali lewat bayar, itu boleh jadi riba.
Jika pelanggan tak bayar
- Bincang dan minta baik-baik jika tak ada bukti dokumen
- Tunggu & Doakan
- Maaf dan halalkan mungkin itu jalan dia bertaubat. Kita tak kan tahu.
- Niat kena betul.
- Nasihat jika perlu.
- Jadilah amanah. Sebab nanti akan ditanya harta mana sumbernya di akhirat kelak.
- Usahakan untuk dapat harta yang halal.
'Laailaaha illallah wahdahu la syariika lahu, lahulmulku walahul hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in Qodir'
Dr. Muhaya
- Jika tipu saya lemah.
- Cara orang pandang kita pengaruhi kita.
- Namun kalau kita kuat ingat Allah.
- Senyum sahaja.
TMJ Oasis: Dunia bukan penjara (Ustaz Haryanto & Ustaz Ebit Lew)
- Jangan label orang.
- Orang baik kena sayang orang jahat
- Tuhan pun ampunkan kita; ingat ayat ini ja jika rasa susah nak maafkan orang. Asalkan usaha
- Rasulullah SAW dia salahkan diri dia apabila orang buat salah ke dia. Begitulah Rasul.
Ebit Lew:
Amalkan doa ini: https://intidoa.blogspot.com
Nabi jika orang salam. Dia biar orang tarik tangan dulu.
Alkulliyyah: Ustaz Ebit Lew (Izinkan aku mengenal Tuhan).
- Belajar tidur awal katanya.
- Sahabat lama dulu tak tinggal tahajud.
- Doa nangis.
- Tak dapat nangis. Buat-buat nangis.
- Bila hati mengenal Tuhan
- Hati dia akan tenang. Seronok.
- Doa nak solat tahajud.
- Minum air banyak-banyak
- Dengar ceramah menginsafkan
- Jaga solat.
- Penjarakan diri kita dengan kebaikan.
- Iman ini macam cuaca.
- Orang beriman ini macam musim, sekali datang dia boleh ubah keadaan.
- Kalau kita risau iman kita belum betul, itu tanda kita dekat dengan Allah.
- Sepatutnya makin kita solat, kita makin rasa kehambaan kepada Allah.
- Jika kita risau orang lain tak solat, itu anugerah daripada Allah. Namun biar rasa risau tukar pada sayang. Bukan pada kebencian.
- Doakan agar dia jadi lebih baik. Dan kebaikan dia dapat ke kita sikit.
- Ingat Allah hati jadi tenteram.
- Kita lupa Allah pun. Allah ingat kita.
Tanyalah Ustaz: Perihal mimpi.
- Mimpi roh hidup / orang dah tak ada. Ya. Roh tu datang dalam mimpi kita.
- Suka atau sedih kena sederhana. Jangan melampau. Bila melampau tu benda lain akan kacau kita.
Tanyalah Ustaz: Siapa kita - Ustaz Mat Esa Deraman & Dai Luqman
- Kita tak boleh sombong. Kita perlu nasihat dan menasihati.
- Daripada rasa orang sombong, doakan mereka.
- Zaman sekarang like mungkin cara kita tegur. Urupnya. Elak sombong.
Hikmah kejayaan:
Nikmat
Ujian
Jadi contoh
- Biar kejayaan tak buat kita bodoh sombong dan mendukacitakan orang lain.
- Tempat memohon kebaikan kita adalah Allah Taala.
- Doa lepas solat kecintaan untuk buat kebaikan. :Berikan keampunan dan rahmat. Jangan matikanku dalam keadaan murka. Aku mohon padamu cinta dan cinta daripada orang mencintaimu."
"Biarlah Allah menghakimi." - Dai Luqman.
IKIM FM - Ustaz Firdaus Subhi (Hakikat kehidupan).
Nikmat sihat
Nikmat harta dan keluarga
Nikmat makanan
- Orang beriman merasakan nikmat-nikmat itu dah serupa memiliki dunia. Ada nikmat mereka syukur. Ada ujian mereka bersabar. Sabar itu nikmat paling besar.
- Manusia tak begitu terkesan dengan kata-kata indah, namun lebih terkesan dengan penampilan dan perbuatan.
- Allah uji, Allah nak kita dekat dengan dia.
- Menjadikan mulut biasa mengingati Allah. Hati akan terbiasa jika dibiasakan dengan zikir. Jika hati dah terbiasa, kita akan terdidik dengan kebaikan hati.
- Orang beriman bukan sekadar yakin namun mereka juga akan amalkan amalan soleh. Ambil ruang dan waktu untuk buat amal kebaikan.
3 tinggalan anak Adam:
- Ilmu bermanfaat
- Sedekah jariah
- Anak yang soleh sentiasa mendoakan.
--
- Usahakan 3 perkara ini. Hidup ini perlukan bantuan orang lain untuk dapat reda dan rahmat Allah.
- Reda pada apa yang diberi pada kita dan perbanyakkan doa. Syukur.
- Rencah pelbagai akan kita hadapi. Jika kita seronok hari ini. Ia tak selamanya. Itu memang rencah dunia.
- Bersedia bertemu Allah.
- Sebelum pejam mata banyakkan kebaikan. "Gaji2" kita di dunia.
Alhidayah - Oki Setiana Dewi
"Jika bagi orang lain zaman remaja adalah sebuah zaman yang indah, bagi saya zaman remaja adalah sebuah perjuangan."
"Jika kita membantu orang lain, kita juga sedang membantu diri kita sendiri."
"Rencana Allah indah pada waktunya. "
*****
Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.
Maaf dan terima kasih.
Kategori:
hamba Allah yang baik,
istighfar,
kalau berkalau,
Kenal Tuhan,
makan,
mati itu pasti,
nota,
perkongsian,
takdir,
Tanyalah Ustaz
(Nota) Tentang dunia siber, qada' dan qadar, istighfar dan berhibur dalam islam
Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan / segmen agama yang disiarkan di televisyen / radio sepanjang November 2017. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.
- "Qada dan qadar " oleh Ustaz Hambali IKIM FM
Tanyalah Ustaz (Berhibur) - Ustaz Elyas.
- Betulkan niat kita.
- Jangan tinggal solat.
- Patuh syariah.
- Jangan melebih batas syarak.
- Boleh. Jangan tinggalkan fardu. Hiburan ni asasnya harus.
- Was was:kalau ada sedikit najis bersihkan. Tak nampak, tak ada bau kena yakin tak ada.
- Ikhlas
- Baca surah an-Nas.
- Niat dan cara betulkan.
- Amalkan ar-Razak 100X
- Wahab 100x, al-Fatihah dengan beberapa surah dan ayat lain.
Ustaz Kazim -
Ulul albab ada 5
- Buat apa-apa sebab Allah
- Yang berfikir *ayat pertama iqra'
- Bijaksana
- Mereka yang berzikir *lihat penyu misalnya
Lahirkan generasi Quran.
Dr. Muhaya (Tanyalah Ustazah)
- Jaga solat
- Jaga aurat
- Tahu kelebihan dan kelemahan diri
- Rasakan kehambaan nak elak ujub.
- Biar apa orang kata. Yang penting Allah tahu niat kita.
- Gambar tak tutup aurat jaga. Biar simpan sendiri. Tak tahu bila mati. Jangan share.
- Jangan taksub
- Jadualkan waktu ibadah.
- Jangan sebar aurat.
- Tak elok sebar gambar jenazah. Letak gambar masa hidup jika nak didoakan.
- Buat riadah supaya kurang.
- Zikir. Baca Quran.
- Sentiasa bertaubat. Takkan buat maksiat
- Qanaah
- Warak. Hati-hati
- Orang buat maksiat atas kapasiti individu. Kita pula jadi penyambung fitnah. Kita buat orang lain berdosa. Kita pasti menanggung akibat.
- Hikmah bukan lembut. Tapi bijak. Sesuai.
- Rasul ajar ada orang tegur direct. Ada tak.
- Ambil yang bermanfaat, tinggalkan yang tak ada kena mengena dengan kita.
"Tegur orang jadi baik boleh. Tapi jangan rasa diri baik."
Al-Kuliyyah (Aib) - Ustaz Elyas
Kisah Umar yang rasa diri berdosa.
3 tanda dia sedar aib diri:
- Rasa dia serba kurang. Jangan rasa diri lebih baik
- Tak sibuk cakap aib / hal orang lain. Berdosa tanya bagi sakit hati. Tanya mesra lain.
- Bertaubat. Rasa liat rasalah seperti terbakar: bahang api neraka.
Yang boleh tegur aib kita:
- Cikgu.
- Mereka yang pakar. Cari yang bijak
- Orang yang sayang kita. Keluarga. Pasangan.
- Sahabat baik.
- Musuh. Walaupun orang tu tak betul, nasihat dia betul, ambil.
- Buat benda benar kena sabar. Jangan ego terima teguran.
- Paling susah nak nasihat keluarga sendiri. Keluarga sendiri tahu aib kita.
- Jangan aibkan pasangan depan anak-anak. Nanti dia tak hormat.
- Sahabat baik tegur benda dah lama jadi selamanya.
- Jaga aib orang, Allah jaga aib dia.
- Staff kena cover lindungi aib pekerja kita.
- Moga kita ditutup aib oleh Allah.
Perbezaan kita bukan berdasarkan apa kita buat tapi beza taqwa kita.
Kejadian manusia: Halaqah..(Surah al-Qaaf -ayat 44).
MHI
- Sakit sikit banyak lagi sihat.
- Kena ada marriage planner. Bukan sekadar wedding planner.
- Kena ada ilmu. Kahwin bukan sekadar nafsu.
- Kahwin bukan sebab cantik. Kena juga sebab baik.
- Sakinah. Mawaddah. Rahmah.
- Kena tahu tanggungjawab selain tuntut hak. Tahu untuk memberi.
- Orang mudah kecil hati ni kurang keyakinan diri.
- Bagi lelaki tolong tu tanda sayang. Bagi perempuan masa berbual tu yang mereka mahu.
Al-kulliyyah: Ustaz Jafri (Istighfar)
"Nak ditunaikan segala hajat dan berjaya di dunia dan akhirat, minta ampun kepada Tuhan. Selalu beristighfar. Sebab kadangkala doa kita terhalang disebabkan dosa."
"Orang tak rasa berdosa adalah orang yang tenggelam dalam dosanya. Dia tak mampu menangis disebabkan dosa itu." - Ustaz
/ Sambungan:
"Bertaubatlah, sungguh-sungguh. Tidak mustahil Allah nak ampunkan semua dosa-dosa kita. Walaupun dosa itu bertahun-tahun / berguni-guni. Itu hak Allah." - Ustaz Jafri.
- Aib dia pun Allah tutup. Inikan pula setelah dia bertaubat.
- Orang beriman dia meyakini syurga neraka dan dosa pahala.
- "Jangan pandang dosa kecil itu terlalu kecil, sebab mungkin itu yang menyebabkan kemurkaan Allah.
- Dan jangan pandang perbuatan baik yang sedikit itu kecil, kerana mungkin itu yang menyebabkan seseorang itu masuk syurga." - Ustaz Jafri
- Bertaubat.
- Berhenti buat maksiat.
Menyesal.
"Apabila terjaga pagi, beribadahlah."
Ustaz Ahmad Dusuki
Al-Ustaz: Nota Ajal Seorang Mukmin.
Himpitan kubur:
- Kurang syukur
- Tak nak bertaubat (Rasul SAW pun bertaubat banyak kali dalam hidup dia)
- Jangan kencing sambil berdiri
Tanyalah Ustaz
- Orang yang bertaqwa pasti diuji.
- Orang yang hebat pujian ataupun kejian tidak akan memberi kesan kepada mereka.
- Orang mukmin ni hebat, dapat nikmat dia bersyukur. Sebab dia tau itu izin Allah. Jika dia diuji, dia sabar.
- Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Lihat orang yang lebih teruk diuji daripada kita.
Ustaz Badli.
- Kita kena jadi ahli sufi, bukan ahli selfie.
- Jaga solat.
Hutang. TU. 30 November
- "Adab hutang kena tulis. Catat. Rujuk al-Baqarah ayat 282."
- "Jika berniat nak bayar balik hutang, Allah akan bantu kita. Kelapangan rezeki dan masa misalnya."
- "Kalau bab bayar balik lebih, pemiutang tetapkan, ia jadi riba. Jika kita berhutang dan kita yang mahu bayar lebih, itu bukan riba."
- Jika kita tahu orang tak mampu, bagi. Bagi setakat mana boleh. Jangan pinjamkan.
- Kalau dah cerai. Ikut penama. Namun jika boleh bahagi.
- Jika boleh waris selesaikan hutang.
- Orang berhutang, perlu lebih berhati-hati.
- Tentukan penerima dan jumlah daripada awal dalam bab kutu. Tak boleh tengah-tengah main tentukan, itu jadi judi.
*Syarat kena letak awal.
Adab kedua keperluan.
Adab ketiga hak. Tunaikan hak orang lain.
"Elaklah zina mata. Jangan hampiri zina" - Ustaz Adnin Tarbiyah sentap.
Bacaan lain:
Nota Al-kulliyyah:
Tentang "Pergi Buat Sementara".
Tentang Husnuzon
+ Mai di twitter @mye_mazlan - tentang Mati
*****
Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.
Maaf dan terima kasih.
Kategori:
aib,
berhibur,
Ceramah,
hutang,
ikimfm,
islam,
istighfar,
nota,
perkongsian,
qada' dan qadar,
taksub cyber,
Tanyalah Ustaz