Showing posts with label mahu berubah. Show all posts
Showing posts with label mahu berubah. Show all posts



Semua kita boleh berubah dan berhijrah. Tapi nak kekal dengan perubahan tersebut (istiqamah atau konsisten) itu yang sukar. Namun dengan usaha dan doa-doa, insya-Allah kita boleh melaluinya. Tiada apa yang mustahil dengan kehendak Allah. Cuma perlu masa sedikit. Di sini saya kongsikan analogi saya sendiri berkaitan istiqamah.

------ Situasinya begini;

Suatu hari kita mahu berpindah ke tempat yang kita rasa lebih baik, kita pun bertukar dari bas lama ke bas baru.

Masuk-masuk saja, orang dalam bas pandang kita semacam; sebab tak pernah nampak. Ada yang tahu kita dari kawasan mana, dia berbisik-bisik sambil melihat-lihat kita. Ada juga yang baik sudi menghulurkan senyum tapi kita pula yang berasa malu hendak menegur. Dan sebahagian yang lain buat hal sendiri sahaja.

Tak kisahlah apa pun. Kita pun duduk; kembali buat kerja kita, sementara tiba di destinasi. Adalah beberapa dugaan, bas kena tukar tayar. Jalan tak rata. Terpaksa brek mengejut. Hujan lebat; perlu perlahankan kenderaan. Kita bertahan saja dengan doa-doa, sebab kita dalam bas dengan sebahagian manusia yang kita percaya.

Tapi sebahagian manusia lain dalam bas itu masih tidak reti diam, tidak jemu untuk terus kacau emosi kita melalui pandangan dan kata-kata.

Sampai satu keadaan, kita jadi terlalu emosi. Jika kita tidak mampu terus bertahan dalam bas tersebut, terpaksalah suruh bas itu berhenti dan turunkan kita di mana-mana; kemudian kenalah jalan kaki ke destinasi. Mungkin perlu ihsan orang yang entah siapa-siapa untuk menumpang atau silap cara, terpaksa patah balik ke belakang sebab tak larat nak terus berjalan. Mungkin ada bas yang tidak tiba pada hari itu, tapi perlu dimulakan semula. Demikianlah sebuah perjalanan.

Tapi kalau kita cuba bertahan sikit lagi; usahakan cara terbaik untuk diri kita, insyaAllah pasti tiba juga ke depan. 

Itulah ibaratnya istiqamah ni. Jarak destinasi kita dekat; cuma dugaan tu buat kita rasa jauh dan berat. InsyaAllah akhirnya 'bas' kita itu akan sampai juga. Apa-apa usaha dan sabar dulu ya? Terus!



Nabi s.a.w. bersabda:
"Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 SEMOGA BERJAYA, INSYA-ALLAH! :)



 Sumber gambar : pinterest & animatedimages


Semua manusia tak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Kecil atau besar.

Berdoalah kebaikan untuk semua yang masih hidup atau yang telah pergi. Dia Maha Mendengar. InsyaAllah , dengan niat yang baik pasti Dia kabulkan.

- Berdoa untuk orang lain.
“ Doa muslim buat saudaranya yang dari kejauhan itu mustajab. Di atas kepalanya menanti malaikat yang telah ditugaskan. Setiap kali dia berdoa buat saudaranya untuk sesuatu kebaikan, malaikat itu akan berkata : ‘Amin. Semoga engkau mendapat yang serupa.’” - [ Riwayat Muslim ]
- Bersyukur dengan musibah.

Siapa yang suka dapat musibah ? Namun perlu tidak lama untuk merasa negatif, sedih atau marah tapi bergantilah segera dengan rasa redha dan syukur. Kerana ada sesuatu di sebalik musibah.

Mengikut hadis Riwayat Al-Bukhari , setiap keletihan , penyakit , kebimbangan , sedih, sakit hati dan pilu, sekalipun duri yang mencucuk ; semua itu tak lain tak bukan adalah untuk menghapus segala kesalahan-kesalahan kita.

- Berwuduk sempurna.

Aban mawla Sayidina Uthman bercerita; “ Saiyidina Uthman mengarah aku membawakan air untuk berwuduk pada malam yang sejuk kerana beliau ingin keluar bersolat. Aku bawakannya. Aku lihat beliau banyak sekali mengenakan air pada muka dan tangannya sampai aku berkata:
‘Cukuplah tuan. Tuan sudah sempurnakan wuduk sesempurnanya. Lagi pun malam ini sangat sejuk.’
Beliau membalas: ‘ Curahkan! Kerana aku pernah mendengar Nabi bersabda: ‘Tidaklah seorang hamba menyempurnakan wuduknya melainkan dosa-dosanya yang lalu dan terkemudian diampunkan.’” - [ Riwayat al-Bazzar ]
Selepas itu berwuduklah dengan sempurna.

- Ganti kejahatan dengan kebaikan.

Setiap kali terlanjur berbuat salah, segeralah menebusnya dengan berbuat kebaikan.
Seperti Nabi berpesan, “ Takutlah kepada Allah di mana sahaja kamu berada. Susuli kejahatan dengan kebaikan yang menggantikannya. Bergaullah dengan manusia dengan perangai yang baik.” - [ Riwayat al-Tirmizi]
Buktikan kesungguhan kita dengan firman Allah.
“ Sesungguhnya amal-amal kebaikan menghapuskan perbuatan buruk. Demikianlah peringatan buat orang yang ingin beringat.” - [ Hud 11: 114 ]
- Istqamah Beribadah.

Pada acara ibadah harian, mingguan, tahunan bukan sekadar tawaran pahala, bahkan menawarkan diskaun dosa.

“ Solat lima waktu, Jumaat ke jumaat berikutnya, ramadan ke ramadan berikutnya, merupakan penghapus dosa yang dilakukan antara tempoh masa tersebut jika dosa besar tidak dilakukan.” - [ Riwayat Muslim ]

Allah sentiasa melupakan kesalahan-kesalahan biasa tanpa kita merayu kepada-Nya. Subhanallah. Ambillah peluang selagi hidup untuk terus memperbaiki diri. Dan memohon ampun kepada-Nya. Tidak terlewat untuk memulakan apa pun perkara baik. Jom!

[ Ezy Dakwah, 3 ]

Nak berubah semua orang boleh. Nak jadi baik semua orang boleh. Tapi nak terus berubah dan kekal baik tu perlu semangat dan kesungguhan yang tinggi. Kalau tak kuat, boleh tergoyah. Antaranya apa yang boleh dibuat bagi mengekalkan momentum untuk terus istiqamah beribadah dengan semangat atau terus berada di landasan yang disukai Allah ? Jom kita baca, cuba.

Artikel berkaitan: 


brotherhoodsart


Tips istiqamah dalam beribadah ( kekal berubah buat amalan  )

  • - Jaga konsistensi ibadah kerana ia adalah jambatan hubungan kita dengan Allah. ( Jika jambatan rapuh bagaimana mahu berhubung dengan dia untuk terus menguatkan ? )
  • - Berada bersama-sama dengan orang yang inginkan perubahan / biah yang soleh, solehah. ( Tidak perlu umum atau canang perubahan yang kita lakukan. Cukup setkan minda mahu berubah dan berusaha )
  • - Ambil sedikit masa untuk take a step back and reflect - muhasabah diri. ( persoalkan diri kenapa berubah , apa kita mahu ubah , apa akan terjadi, kesan dan ganjaran )
  • - Buat perubahan yang kecil dan termampu. ( sedikit yang berterusan lebih disukai Allah ) “Rasulullah s.a.w bersabda: Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit.” (HR Bukhari dan Muslim) 
  • - Displin yang tegar . Latih , latih dan terus berlatih . Percaya semua perubahan mampu dilatih.
  • - Jangan sesekali cuba untuk kembali kepada jahiliyyah walaupun sedikit. ( sentiasa dekat dengan Allah. Jika dah merasai kemanisan iman , tidak akan rasa mahu kembali ke jalan maksiat lagi )
  • - Doa, doa , doa - “ Allahumma yaa muqallibal qulub, tsabbit qulubana a’la deenik” Sentiasa doa pada Allah, minta kekuatan untuk ikhlas beristiqamah
  • -Memujuk dan memotivasikan hati dengan kata-kata membina. Ingatkan diri bahawa Allah lebih suka orang yang berusaha untuk mendekatkan diri denganNya dan mematuhi semua perintahNya. Biar orang lebih dari kita, asalkan apa kita ada lebih berkat di sisiNya.
  • - Membuat matlamat dan plan yang terperinci in terms of steps and strategies untuk mencapai matlamat dan perubahan
  • - Memperbanyak istighfar dan mengimbau kesalahan-kesalahan lalu. Bila kita muhasabah kita akan rasa malu banyak buat dosa. Jadi kita kena tingkatkan kebaikan berbanding dosa. 

Yakinlah Allah bersama kita. Biarlah pahit bagaimana pun sesuatu itu, jangan mengalah. Macam kopi, sebelum tu kita fikir pahit. Dah rasa kita ketagih pula dengan aromanya.

Sesungguhnya iman bukan semata-mata ucapan tetapi memerlukan ujian untuk mensabitkan bahawa kamu diuji dan berjaya dalam ujian. Fitnah merupakan ujian, justeru jangan menyangka masalah berlaku secara mudah dengan hanya berkata kami membawa dakwah kebenaran- [Syeikh Sya'rawi]

- Gambar Oleh Syaheed

"Jagalah Allah, nescaya engkau akan senantiasa mendapati-Nya di hadapanmu. Kenalilah Allah di waktu lapang nescaya Dia akan mengenalimu saat kesulitan, ketahuilah bahawa apa yang ditetapkan luput darimu tidak akan pernah menimpamu dan apa yang telah ditetapkan menimpamu tidak akan pernah luput darimu.Ketahuilah bahawa kemenangan itu selalu mengiringi kesabaran, jalan keluar selalu mengiringi ujian dan kemudahan itu selalu mengiringi kesusahan." (Hadith Riwayat At-Tirmidzi)


Sekian, perkongsian daripada majalah JOM.
Terima kasih.


“Those who struggle in Allah’s way, the doors of Allah will open in their way” - Mereka yang berjuang untuk ke jalan Allah, akan dibukakan pintu ke arah-Nya” .

Beginilah, nak berubah jadi lebih baik, semua orang nak. Tapi jalannya tak mudah, kalau kita tak betul-betul kuat. Memang susah. Tapi Tuhan dah cakap setiap perkara susah, akan ada mudah. Apatah lagi kalau niat kita baik dan ingin kembali kepadaNya. Memandang kita hidup tak tahu sampai bila , adalah lebih baik kita jangan bertangguh. Mulakan dengan perlahan-lahan. Yang penting apa kata Tuhan, bukan apa kata orang. Istiqamah (terus) dan bersabar , insyaallah . Baik, Nah Anem kongsikan tip kekal di jalan yang lurus yang Anem dapat dari sebuah buku tempoh hari. Nak menambah atau kongsi pengalaman, dipersilakan.

Artikel berkaitan: 



1. Jangan bimbang dengan pandangan orang lain .

Abu Talib begitu bimbang mengenai tanggapan pembesar Quraisy setelah beliau meninggal dunia sekiranya memeluk islam. Kerisauan ini menyebabkan Abu Talib tidak mengucap kalimah syahadah .

2. Fokus kepada diri sendiri.

Istiqamah mengekalkan hidayah tidak akan berlaku sekiranya kita lebih banyak menilai orang lain . Sibukkan dengan muhasabah dan memperbaiki diri terlebih dahulu.

3. Istighfar dan taubat .

Memohon selalu keampunan tuhan dengan menghadapkan hati dan diri kepadanya

4. Amalan yang berterusan .

Kekal dan tambahkan amalan . Caranya : ikhlaskan hati dan mengikut contoh Rasulullah SAW.

5. Sampaikan kebaikan

Hidayah akan kekal dan berterusan jika kita menjadi agen penyampai amar maaruf nahi mungkar kepada orang lain. Ya , marilah kita sebarkan kebaikan dan kasih sayang , bukannya kebencian atau keburukan dan kejahatan .

6. Cari kawan yang soleh (yang baik)

Pilih sahabat yang jujur dan akan membantu dan mengingatkan kita saat kita tergelincir.

7. Rajin mencari ilmu .

Kita perlukan ilmu untuk terus berada di jalan yang benar . Terus menggali ilmu daripada sumber sahih tanpa henti. Lebih banyak kita menimba ilmu, lebih banyak kita sedar yang sebenarnya selama ni banyak benda yang kita tak tahu .

8. Menjaga mata

Tundukkan pandangan , kerana khuatir pandangan itu daripada pandangan syaitan . Dengan cara ini kita secara tak langsung akan menjaga bicara dan hati kita juga dari mengata sesuatu yang tak kena pada jiwa kita.


Hadis Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, bahawasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

“Ada tiga perkara, barangsiapa yang ketiganya ada pada dirinya maka dia akan mendapatkan manisnya iman. (Tiga perkara tersebut adalah) menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya, mencintai seseorang -tidak mencintainya melainkan- kerana Allah, dan membenci kembali kepada kekafiran sebagaimana dia membenci untuk dilemparkan ke dalam neraka.”
[HR Al Bukhari (16) dan Muslim (43)]

Teruskan istiqamah, sesungguhnya Allah sentiasa memerhatikan kita . Walaupun setiap kali kita salah, kita sedar bertaubat dia terima, kita buat lagi, dia tetap terima walau berapa kali, tapi kita seharusnya mempunyai sifat malu sendiri atas sikap kasihNya dia. Tetapkan niat, yang penting adalah pandangan Tuhan lebih dari pandangan sesiapapun.  Bi Hifzillah !

Perkongsian diambil dari Wardina Saffiyah Fadlullah , Gen-Q 17.


p/s: lagu ni best :)




Assalamualaikum. Sebagai manusia biasa kita mesti tak lari dari buat salah. Normallah kan. Tapi bila makin belajar mendengo dan memerhati sekeliling, tiba-tiba kita tersedo,rasa nak berubah jadi lagi baik tu tiba-tiba muncullah pulak. Dan lebih normal kalau tiba-tiba juga , ada orang pertikaikan atau nak perli kutuk kita . Yelah, memang betul, kalau stock nakal-nakal ni nak merubah diri ,kalau tak kuat, tak berterusan (istiqomah), memang susah sikit. Rintangan sah-sah banyak. Tapi pedulikanlah, ada rasa nak berusaha untuk cari diri, mengenal diri, itu dah cukup indah,kan? 

Artikel berkaitan: 

Saya pernah pegang, cium, peluk yang bukan mahram

Ok, kes ringan-ringan atau kadang-kadang terberat-berat sampai terlebih muatan ni isu yang sangat tipikal. Pernah tanya kat kawan , 'Kalau ko tahu, ada kawan ko kena tangkap khalwat, apa ko rasa?" Dia jawab, "susah aku nak ngaku dia kawan aku lagi!" - Haiyo. Agak kejam juga hukuman dia bagi kat kawan dia tu. Tak suruh dia letak diri dalam kasut kawan dia, tapi bagi Anemlah, kawan tetap kawan. Paling kurang pun,bagilah dia jalan. Dosa dia tu, antara dia dengan tuhan. Sekurang-kurangnya dia nak u-turn tu, bagilah sokongan mana yang perlu.Tak layak kita ambil tugas tuhan, menjatuhkan hukuman pada manusia semerta. 

Untuk girls and boys yang dah bercouple pakwe makwe semua ni, sewajarnya mahalkan harga diri korang. Mungkin ada yang terberi , terlanjur, tapi masih belum terlambat sebelum menutup mata. Pedulikanlah si dia atau kerja-kerja yang nak bawa kita ke neraka.Insyaallah,bila hati dah baik, ALLAH akan takdirkan kita jumpa dengan yang baik. Betul tau,yang penting ikhlas nak berubah...

♫ Boleh pandang-pandang ,Jangan pegang-pegang, Duduk renggang-renggang, Bertambah sayang, Biar malu-malu, Biar segan-segan,Kerna malu itu, Perisai orang beriman.. 

# Oh! Saya tak straight lah !

Ni soal orientasi seks yang tak lurus . Der..susah tau bila kita dah berkecimpung dalam dunia sejenis atau LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual) ni, then nak out. Haish, ia tak mudah macam orang cakap, diorang cakap senanglah.  Sebab ia satu tabiat (kebiasaan) yang sebati melibatkan perasaan yang dah lama wujud dalam diri. Apapun, sebagai yang makin dewasa ni, kita tetap sedo yang salah tetap salah. Nak seribu daya, dan pilihan di tangan kita. Macamana ALLAH takdirkan wujud rasa cinta tak normal tu, ALLAH juga ada kuasa untuk tarik balik rasa tu. Tak mustahil . Untuk isu ni, bagi Anem, kita kena realize (sedo) tahap rasa sayang kita pada tuhan yang esa, yang da bagi kita rasa macam-macam dah tu sebelum dia tiba-tiba tarik nyawa kita. Perlahan-lahan berusaha menjauhkan diri dari dugaan dan keadaan, insyaallah sayang.Kuatkan hati, cari kawan yang leh dengo kita,bukan yang condemn kita ,diorang gerenti takkan faham punya. Tapi untuk semuanya, ALLAH kan ada.

"Kalau kita sayang seseorang, pastinya kita nak bawa dia ke syurga , bukan ke neraka sana".

Berhenti merokok, dadah, shisha dan seangkatan dengannya 

"Lah,berhenti semua-semua ni, kira guwa bertaubat ke beb?Haha , " Sinikal ayat tu. Bila kita rasa nak berubah jadi lagi baik, lagi sihat , kira baguslah tu. Ada niat nak jadi baik, dah berpahala dah tu. Tapi kalau niat je lebih, habuk pun tak jalan, tak cool jugak.

Kenapa benda-benda ni salah, salah ke hah? Sesuatu tu jatuh hukum tak boleh, salah, makruh, haram, sebab ia membawa mudarat. Dalam islam, benda mudarat ni akan menjadi kesukaran pada kita , bila kita nak beribadah atau nak bermasyarakat. Tu sebab jatuh hukum. Jika dah membazir duit melampau, dapat sakit yang diminta-minta, lupa solat segala, sesuatu yang kecil pun akan jadi besar dan bahaya.

Lu bagus bila lu nak berubah, tapi lagi bagus bila lu ajak kawan-kawan lu pun turut berubah, baru heroo ! .Ops, Nah Link : Tips Berhenti tabiat merokok : [klik sini]

Soal aurat : saya teringin nak bertudung labuh

Kawan-kawan mesti ada yang larik bila budak tak center , gedik gila-gila, tiba-tiba nak jadi ustazah .  Bukan ya,tapi rasa nak berubah. Taknak seksi dah. Kalau try-try pakai tudung lagi cun. Tapi kalau dapat bertudung labuh, lagi ayu. Yang penting,jangan tengok orang, tengok diri kita dulu. Keindahan yang dimiliki orang yang memenuhi tuntutan agama ni, Masyaallah, sangat sukar digambarkan. Cantik luar,. cantik dalam. Boleh refer entri Mr.K yang cool tentang gadis free hair yang kini dah bertudung labuh di sini :[klik sini : Re: Perempuan Takut Untuk Mula Bertudung]. Menutup aurat dengan betul dan kelihatan cantik adalah satu bonus, muslimah semua, jom jadi mukminah ! Jom Nem ! 

Derhaka kepada kedua ibubapa :lari dari rumah

"Parents I? Diorang tak pernah cuba nak faham I!" - Tahu tak, seumur hidup kita pun , kita takkan jumpa orang yang betul-betul faham diri kita. Kadang-kadang kita pun tak faham diri kita. Just kita cuba kita bayang, ibu yang lahirkan kita atau ayah yang sara kita tu, mereka yang dah beso kan kita tu, nak belasah kita time kita nakal kecik-kecik dulu,boleh je,kan ? Tapi diorang pilih untuk tak buat sebab the power of love : kuasa rasa sayang ditambah rasa rasional dan ilmu yang diorang ada. Kita pun ada juga rasa sayang tu. Apa kata, jika baru berniat-niat nak lari, atau melawan, sila slow talk, alah guna lah surat selit-selit kat mana-mana atau sms ke, email ke, video luahan ke, cakap rasa sebenar. Kita rasa terkongkong ke, atau kita terlalu cinta someone ke, atau kita mahu lebih masa dengan kawan ke, tell them, dengan cara  tersendiri, yang rasa mereka nak taknak akan tahu, dan insyaallah faham.

Bagi yang dah hilang atau libatkan diri dengan kes lari dari rumah ni, pesan Anem satu je, jika dah tersilap langkah , mulakan dengan kesedaran, penyesalan dan kemaafan. Insyaallah, dengan kuasa kasih sayang sebagai anak yang ALLAH bagi tu, dapat memulihkan semua. 

:: Dosa kecil akan menjadi dosa besar apabila::

-Sengaja dibuat berulang kali
-Menganggap dosa kecil itu remeh
-Berbangga-bangga dengan dosa tersebut
-Atau bila orang berpengaruh yang buat (akan beri kesan)

Solat dan Puasa yang tertinggal wajib diganti semua. Buat sedikit-sedikit ikut kemampuan. Islam bukan agama yang membebankan. Jangan ulang dosa, setelah bertaubat. Jauhkan diri dari dugaan dan keadaan yang membawa ke alam dosa lama. Insyaallah, dengan doa dan usaha berterusan,taubat kita akan diterima.


Nota : Rasa nak berubah, bertaubat, jadi baik, jangan tangguh dah. Memang akan ada kawan positif dan negatif. Tapi adatlah, kena pandai pilih kawan. Kuatkan iman. Relakslah, ALLAH kan ada tu. Selalulah Calling-calling Dia, insyaallah boleh punya :-)


Mata sudah naik kering . Begitu juga dengan isi diri yang sudah makin berisi. Pada hari kelmarin, insan bernama anem telah mula mengeluh - rasa mula culas.

Berkecai - rasa ikhlas, dulu ditabur dan dihampar , kini makin kurang , macam nak hilang . Anem bukan pemilih, bukan penyoal ini boleh itu tak boleh, bukan peminta harga sembelih, tapi hanya seorang insan yang ada sedikit yang dia boleh, mahu mendapat sesuatu yang dia boleh tolong pulih.
 
Mahu bantu diri dan agama.

Mahu bantu keluarga dan seisinya.

Tapi , setelah diduga , dilayan begitu saja, rasa mula gila, mahu lari sahaja, dari suatu yang dinamakan sebagai kerja.
 
___________

Hijrah by Mu'adz


Lirik lagu Hijrah dari Muadz & DakMie :

إنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ،
وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى،
فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ
فَهِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ،
وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا
فَهِجْرَتُهُ إلَى مَا هَاجَرَ إلَيْهِ

Amalan mulakan dengan niatmu
Dengan hatimu kau berhijrah kepada Nya

Whatever you do
Begins with your intention
Let your heart
Paves the way for the migration

And if the whole world let you down
Left you crying all alone
Change your intention
And surrender your heart to him

Say and believe (Say and believe)
He’s the One (He’s the One)
The only One for you (The only One for me)
He’s always there for you (He’s always there for you)

Tajuk Nasyid : Hijrah
Artis : Mu’adz


___________
Tadi. Baru berjam tadi . Anem mula memperkata tentang miskin kaya pada dia. Bukan apa, Anem memang cemburu pada rasa semangat dan kuat dari jiwanya. Dan Anem sampai lelah ,tidak juga berubah.


Bukan tak mahu ! Bukan ! Silap kalau sekali di fikir begitu. Semua mahu berjaya, sedikit senang dan mahu bahagia, bukan ?

Anem Arnamee , bangkitlah ! Kan ni tahun baru, hari baru , bangunlah ! Cari diri tu . keep on searching  .:(

Salam maal hijrah semua, semoga kita semua jumpa apa yang kita cari , insyaallah , sama-sama. Kullu am waantum bilkhair .

*Lagu 1 Muharram dan lirik lagu 1 Muharram detik permulaan ada di laman web ni : [ lagu hijrah 1 muharram ]

 ____

"Rezeki tu ALLAH yang bagi Buatlah macam mana pun, selagi ALLAH tak beri rezeki kita takkan berjaya , apa yang penting usaha , berdoalah, selebihnya serah pada DIA" -AN

P/S : Orang pendiam , sekali bercakap memang mampu buat kita terdiam .








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top