Showing posts with label budaya membaca. Show all posts
Showing posts with label budaya membaca. Show all posts


Melalui Majalah ISihat keluaran Mei 2017 terbitan Kumpulan Utusan, ada dikongsikan kelebihan membaca serta faedahnya kepada kanak-kanak. Jom kita lihat, dan moga bermanfaat!

Kelebihan membaca serta faedahnya:
  • Membaca dapat mengurangkan stres (membaca 6 minit dapat kurangkan stres sehingga 60%)
  • Membaca adalah peransang memori yang efektif
  • Menguragngkan risiko penyakit lupa
  • Meluaskan perbendaharaan kata
  • Membentuk kemahiran analitis
  • Risiko rendah demensia
  • Tingkatkan kemahiran komunikasi
  • Menigkatkan keupayaan fokus
  • Kebanyakan mereka yang suka membaca, mereka lebih berjaya
  • Menambah idea
"Buku yang hebat membantu anda faham, dan membantu anda berasa difahami." - John Green
Membaca dan kanak-kanak
- Kanak-kanak dapat ilmu perhubungan yang matang, nilai-nilai peribadi, budaya, keselamatan fizikal, pilihan estetik dan pelbagai lagi kemahiran dan ilmu.

Kelebihan membaca terhadap kanak-kanak;
  • Hubungan lebih rapat dengan ibu bapa
  • Membantu mereka berdepan dengan pergelutan sosial
  • Meningkatkan daya tumpuan dan displin
  • Menimba pengalaman baru
  • Kejayaan akademik awal
  • Asas kemahiran bertutur
  • Membaca dengan kuat ke anak dapat merangsang perkembangan otak
"Dari kecil lagi saya meletakkan kepercayaan tinggi, apabila kita buat berulang kali untuk sesuatu perkara, tidak dapat tidak, kita akan jadi cekap termasuk membaca buku." - Tun M
5 Tips kedudukan membaca (menurut sumber Times of India)

  • Duduk dengan selesa
  • Beri sokongan pada kaki
  • Sokongan pada belakang
  • Jarak mata
  • Rehat, jangan terus membaca

Trivia tentang buku

- Buku yang paling mahal di dunia adalah buku Leonardo da Vinci's Codex Leicester. Bill Gates sanggup membayar $30.8 juta untuk buku itu. Buku itu adalah manuskrip tulisan tangan asal disusun antara 1506 higga 1510 oleh artis dan pakar pelbagai bidang di zaman Renaissance. Menariknya kodeks / manuskrip lama yang dihasilkan dalam bentuk batu bersurat bersalut lilin ini, ia ditulis dari kanan ke kiri / tulisan cermin.

- Buku paling besar di dunia adalah bersaiz 700 tablet marmar (yang mana lebih lima kaki tinggi dan tiga setengah kaki lebar). Buku (batu bersurat yang dibina pada 1860 itu dipenuhi dakwat emas dan batu permata) itu telah dirompak dakwat dan permatanya akibat pencerobohan British pada 1880.

- Buku paling tebal di dunia adalah The Complete Miss Marple yang dikktiraf paling tebal dengan mempunya 4032 muka surat. Ia terhasil dengan gabungan 12 koleksi novel dan 20 cerpen oleh Agathe Christie. Buku ini seberat 8.02 kilogram hampir menyamai berat seekor anjng. 

- Buku paling panjang di dunia adalah Atarmene or Cyrus the Great, novel romantis abad 17 dihasilkan Madeleine de Scudery. Penjilidan 10 buku ini merangkumi 10000 muka surat dan 21 juta patah perkataan.

- Buku paling kecil di dunia adalah Teeny Ted from Turnip Town ditulis oleh Malcolm Douglas Chaplin.  Jika mahu membacanya perlu menggunakan mikroskop elekron. Ia dicetak menggunakan hablur silikon oleh abangnya, Robert. Mengandungi 30 muka surat berukuran 70 mikrometer per 100 mikrometer. Kecilnya menyamai sehelai rambut manusia. 

- Buku pertama yang dicetak di Amerika Syarikat adalah 'The Whole Books of Psalmes Faithfully Translated into English Metre" atau dikenali sebagai Psalm Book. Pada 2013 pula buku ini diiktiraf buku paling mahal yang pernah dijual lelong selepas berjaya dibeli dengan harga $14,165,000.
"Saya amat yakin sesuatu magis boleh terjadi apabila anda membaca buku yang baik." - JK Rowling
Jangan putus asa dan letih dalam berusaha untuk melakukan perkara yang betul. Moga dipermudahkan dan teruskan membaca! Membaca tangga kejayaan dan banyak kelebihan.



Semua orang yang suka membaca (bibliophile) akan ada favoritism sendiri. Ada penulis kesayangan. Penerbit kegemaran. Siri dan koleksi simpanan. Malah kalau jumpa dengan yang mempunyai minat sama, ia sangat mengujakan.

Ada minat bacaan dalam Bahasa Melayu, ada minat dalam Bahasa Inggeris, Jepun dan sebagainya. Ada minat novel, komik. Belum lagi masuk bab genre. Ada romantis, sedih, ngeri, lucu, dan sebagainya. Pelbagai.

Saya secara peribadinya tidak pula mempunyai penulis khusus yang digemarkan. Buku pun tak ada spesifik siri yang diminati. Cuma saya selesa dengan penulisan Zabrina, Dyan Sheldon, Aan Mansyur, Ramlee Awang Murshid, Pahrol Juoi , Hvolate, Nadia Khan, Fazleena, Riduan A.Dullah, Dr.Robiah, Cheryna, Muharikah dan ada beberapa nama lagi.

Genre yang saya suka selain berunsur kemanusiaan, inspirasi dan islamik, saya terima juga pembacaan yang kritis dan mungkin puisi atau antologi cerpen untuk bacaan tambahan. Walaupun novel cinta mungkin pilihan terakhir saya, tapi boleh dikatakan banyak juga plot novel yang telah masuk dalam koleksi ingatan.

Dan kepada yang tidak suka membaca, boleh memilih dengan tidak memilih. Mulakan membaca bacaan popular atau paling tidak, sesuatu yang sederhana. Mana tahu, selepas itu mungkin berminat menulis pula. Perancangan Dia semua di luar jangkaan kita. Tak terlambat nak memulakan apa pun.

Eh! Dulu saya tidaklah sebegini gila, namun semenjak rapat dengan orang yang memiliki akaun Goodreads dan ditemukan dengan sahabat-sahabat yang minat membaca juga (Ehem), hobi 'mengumpul’ buku telah benar-benar menjadi hobi ‘membaca’ buku. :)

Jadi, terima kasih kawan-kawan dan buat semua, teruskan membaca!

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّ‌حْمَـٰنِ الرَّ‌حِيمِ
اقْرَ‌أْ بِاسْمِ رَ‌بِّكَ الَّذِي خَلَقَ ﴿١﴾ خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ ﴿٢﴾ اقْرَ‌أْ وَرَ‌بُّكَ الْأَكْرَ‌مُ ﴿٣﴾ الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ ﴿٤﴾ عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ ﴿٥
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”- (Surah Al-Alaq, Ayat 1-5)








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top