Showing posts with label membaca. Show all posts
Showing posts with label membaca. Show all posts

"Buku pertama Fixi saya baca ialah Kelabu!" Banyak kali saya bertembung ayat serupa begini dengan pembaca atau pengumpul Buku terbitan Fixi. Dan kemudian kami akan berbual tentang koleksi buku Fixi yang lain. Buat anda yang belum pernah baca buku terbitan Fixi, sebenarnya ayat-ayat yang digunakan dalam buku terbitan mereka adalah sangat santai, isinya sederhana walaupun mungkin kadangkala sedikit moden dan berani (tetap ada tapisan walaupun untuk pembaca matang), namun kebanyakan jalan cerita mereka agak dekat dengan khalayak (realiti) dan mudah difahami. Sedap pun sedap! Baik, kita sambung review...


Kali ini (2019), saya membaca novel baru Nadia Khan berjudul Nikina. Nikina kelihatan asasnya novel cinta dan kahwin tapi bukan klise. Sangat realisik dan dekat dengan kita (penuh jiwa dan sedikit urban). Mengenali gaya Nadia Khan, kita tahu kita tidak akan berdepan dengan cerita biasa. Plot twist, ilmu baru dan debaran tetap ada (apatah lagi endingnya), walaupun kelihatan bersahaja jalan ceritanya. Ya, tipulah cerita Nadia Khan tak ada elemen kejutan!

Watak seorang wanita bijak, berani dan kuat semangat bernama Kina mengenalkan kita dengan sikap tidak putus asa dan penyayangnya. Begitu juga dengan jejaka baik yang realistik juga sedikit lucu, Dini dan lelaki penulis kegemaran ramai namun sangat pemikir; Nik. Ini kita belum bertembung lagi dengan watak Huda yang tegas dan ramai lagi manusia yang turut menyumbang kepada jalan cerita hidup kedua-dua watak utama.
“It’s Nik and Kina. Time and space are irrelevant - diorang akan selalu rapat.” - Huda
Kita akan lihat bagaimana cinta monyet menjadi cinta manusia dan bagaimana penerimaan orang sekeliling serta perjalanan keduanya dalam menghadapi hakikat hidup yang tak mudah seperti disangka dan diangankan ya adik-adik! Cakap memang sedap, tapi tak semudah yang perlu dihadap.

Baik, jom saya memetik sedikit kata-kata (quotes) melalui buku ini:
 KINA
  • "Whatever problems we have, we'll say it out to each other. Kita cuba selesaikan sama-sama. Jangan simpan-simpan, pendam-pendam ni semua takmoh. Okay?"
  • "I feel that as long as we don't give up on each other, we can do this."
  • "Just because you handle things your own way, doesn't mean you're not doing anything, sayang."
  • "... Sometimes I don't get why you care so much about what people say --- but that doesn't mean you need to stop being who you are."
NIK
  • "I've learned long ago to never pick a fight with a woman... Because even if you win, you won't like how it feels."
NADIA KHAN
  • Dalam dunia yang ideal, anak perempuan sepatutnya terjaga; bukannya kena sentiasa berjaga-jaga.
  • Kehidupan mengajar Kina yang setiap hari punya kejutan tersendiri dan Kina tak lagi melihatnya sebagai kejutan baik mahupun buruk - hanya kejutan yang perlu ditangani dan cara kia menanganinya yang akan menentukan kebahagiaan. 
Jika nak baca review lain tentang Nikina: https://www.goodreads.com/book/show/44172934-nikina




Alhamdulillah. Selesai sudah saya membaca zines (/ziːn/ ZEEN; short for magazine or fanzine) kawan-kawan yang saya suka (dibeli menerusi Penerbitan Langit) ini. Zines tersebut terdiri daripada Masyarakat TV (Sue Emoqwin), Kau Kata Dadaku Adalah Sebuah Sajak (Finn Anuar), Kaca Mencari Ikan (Noraliff Awan), Lelaki Yang Kehilangan Bayang-Bayang (SederhanaIndah) dan Ketiadaan Yang Kunamakan Kebiasaan (Enol M). Di bawah ini saya kongsikan ulasan ringkas dan pautan karya lain penulis. Moga bermanfaat!

Masyarakat TV (Sue Emoqwin)

Gambar: goodreads.com
Banyak kritikan sosial, jujur dan kadangkala agak kontradiksi dalam Masyarakat TV ini. Penulis cerita yang sangat kreatif, dan di luar kotak. Plot twist dalam cerita-cerita Sue Emoqwin ini benar-benar mengikat saya. Membaca karya sedap begini rasanya jauh lagi saya nak jadi penulis prosa / cerpen yang baik. Sungguh, beliau bebas dan sangat menjadi diri sendiri dalam setiap cerita.

Karya pilihan:
- Memori Untuk Dijual (bayangkan jika ada kenangan yang kita tak nak dan kita boleh jual?)
- Perutku Balang Kaca Berisi Ikan Emas (Saya melihatnya tentang self-love & kasih sayang ayah)
- Antihero

Wattpad Sue Emoqwin: @emoqwin

Kau Kata Dadaku Adalah Sebuah Sajak (Finn Anuar)

Gambar: goodreads.com
Finn memang seorang yang puitis. Patah perkataan dalam Kau Kata Dadaku Adalah Sebuah Sajak yang dipilih kelihatan begitu berhati-hati dan romantis. Seolah terikat juga dengan kenangan, kita dapat berjalan bersama rasa yang wujud dalam puisi-puisi beliau.

Karya pilihan:
- Sajak Tidak Bertuan (Sajak sedap ini menyentuh tentang pilihan)
- Ada Doa Syurga Tumbuh Dari Rahimku (manis betul Finn buat catatan ni, untuk anak beliau)
- 9 11 2014 01309

Wattpad Finn Anuar: @FinnAnuar

Kaca Mencari Ikan (Noraliff Awan)

Gambar: goodreads.com
Penulisannya agak rebel dan kadangkala begitu berani dan jujur. Seolah begitu banyak yang terpempan dalam dadanya. Jiwa mudanya seakan tidak boleh lagi ditahan-tahan.

Masih banyak yang boleh dicantikkan lagi dalam Kaca Mencari Ikan ini namun tetap masih banyak yang menarik. Berbanding puisi, saya lebih suka beliau menulis cerita / prosa. Sedap! Teruskan menulis, Aliff apa pun!

Karya pilihan:
- Gadis dan Bulan (Menarik jalan ceritanya, Aliff ni benar-benar banyak idea dan kreatif)
- Awan Menelan Namaku (Ini tentang perjuangan; suka saya kalau awan terus suka apa dia suka)
- Teks di Lapangan

Wattpad Aliff Awan: @penaip_awan

Ketiadaan Yang Kunamakan Kebiasaan (Enol M.)


Menelusuri zine Ketiadaan Yang Kunamakan Kebiasaan (*KYKK) ini sahaja kita dapat melihat ketegasan dan sifat kelakar penulis (orangnya juga manis!). Tidak hanya berkongsi kisah lalu yang sedih, beliau juga menyelitkan beberapa kritikan (seperti  Tuhan di Arasy Twitter misalnya). Seorang yang sangat jujur dalam karya beliau, membawa saya sama mengingati beberapa kenangan diri sendiri.

Karya pilihan:
- Aku Akrab Denganmu Setelah Melihat Kau Menangis (pandangan pertama yang berjaya; sebab ini puisi pertama dalam zine ini, terus menangkap perhatian saya - untuk habiskan baca)
- Cuma Dahan (Terasa benar jiwa saya membacanya. Adakah saya seorang yang sendu?)
- Syaitan Yang Membeli Neraca

Wattpad Enol Ma: @enol_ma

(KEMASKINI: Zine Ketiadaan Yang Kunamakan Kebiasaan sudah ada di goodreads: https://www.goodreads.com/book/show/43729520-ketiadaan-yang-kunamakan-kebiasaan. Selain itu ada beberapa ulasan tentang zine ini melalui hasil carian di google dan twitter, juga pautan di google books). 

Lelaki Yang Kehilangan Bayang-Bayang (SederhanaIndah)

Gambar: goodreads.com
Seorang yang dikenali sebagai penulis sentimental yang positif dan berjiwa romantik, patah kata beliau membawa kita untuk sama mengimbau, namun banyak karya dalam Lelaki Yang Kehilangan Bayang-Bayang  ini mengingatkan kita untuk menerima dan move on. Penulisan beliau tenang dan begitu bersahaja.

Karya pilihan:
- Sesudah Tak Sehaluan (Santai tapi sampai, bahasanya tenang tapi rasanya ada)
- Pada Akhirnya (Mesejnya jelas tentang redha. Biar larut, jangan hanyut.)
- Usah KauDatang

Blog SederhanaIndah: https://anatomijiwa.blogspot.com/

*****

Sekian perkongsian. Jika mahu mendapatkan zine yang menarik seperti di atas ini boleh terus kunjungi sendiri profil Penerbitan Langit:

Facebook: Terbitan LANGIT
Instagram: @terbitanlangit
Twitter: @langitofficial



Menerbitkan zine & buku | Menyediakan perkhidmatan untuk mencetak zine & buku | Mengendalikan bengkel & acara.


PROGRAM BUKU AKAN DATANG (2019):

- Pesta Buku Selangor di Pusat Konvesyen Shah Alam pada 28 Februari - 10 Mac 2019 bermula jam 10 pagi - 9 malam (Sabtu dan Ahad berakhir 10.30 malam.)

- Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2019) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 29 Mac - 7 April 2019 bermula 10 pagi hingga 9 malam.


"Membaca bukan hobi tapi keperluan!" - Anem Arnamee



Melalui Majalah ISihat keluaran Mei 2017 terbitan Kumpulan Utusan, ada dikongsikan kelebihan membaca serta faedahnya kepada kanak-kanak. Jom kita lihat, dan moga bermanfaat!

Kelebihan membaca serta faedahnya:
  • Membaca dapat mengurangkan stres (membaca 6 minit dapat kurangkan stres sehingga 60%)
  • Membaca adalah peransang memori yang efektif
  • Menguragngkan risiko penyakit lupa
  • Meluaskan perbendaharaan kata
  • Membentuk kemahiran analitis
  • Risiko rendah demensia
  • Tingkatkan kemahiran komunikasi
  • Menigkatkan keupayaan fokus
  • Kebanyakan mereka yang suka membaca, mereka lebih berjaya
  • Menambah idea
"Buku yang hebat membantu anda faham, dan membantu anda berasa difahami." - John Green
Membaca dan kanak-kanak
- Kanak-kanak dapat ilmu perhubungan yang matang, nilai-nilai peribadi, budaya, keselamatan fizikal, pilihan estetik dan pelbagai lagi kemahiran dan ilmu.

Kelebihan membaca terhadap kanak-kanak;
  • Hubungan lebih rapat dengan ibu bapa
  • Membantu mereka berdepan dengan pergelutan sosial
  • Meningkatkan daya tumpuan dan displin
  • Menimba pengalaman baru
  • Kejayaan akademik awal
  • Asas kemahiran bertutur
  • Membaca dengan kuat ke anak dapat merangsang perkembangan otak
"Dari kecil lagi saya meletakkan kepercayaan tinggi, apabila kita buat berulang kali untuk sesuatu perkara, tidak dapat tidak, kita akan jadi cekap termasuk membaca buku." - Tun M
5 Tips kedudukan membaca (menurut sumber Times of India)

  • Duduk dengan selesa
  • Beri sokongan pada kaki
  • Sokongan pada belakang
  • Jarak mata
  • Rehat, jangan terus membaca

Trivia tentang buku

- Buku yang paling mahal di dunia adalah buku Leonardo da Vinci's Codex Leicester. Bill Gates sanggup membayar $30.8 juta untuk buku itu. Buku itu adalah manuskrip tulisan tangan asal disusun antara 1506 higga 1510 oleh artis dan pakar pelbagai bidang di zaman Renaissance. Menariknya kodeks / manuskrip lama yang dihasilkan dalam bentuk batu bersurat bersalut lilin ini, ia ditulis dari kanan ke kiri / tulisan cermin.

- Buku paling besar di dunia adalah bersaiz 700 tablet marmar (yang mana lebih lima kaki tinggi dan tiga setengah kaki lebar). Buku (batu bersurat yang dibina pada 1860 itu dipenuhi dakwat emas dan batu permata) itu telah dirompak dakwat dan permatanya akibat pencerobohan British pada 1880.

- Buku paling tebal di dunia adalah The Complete Miss Marple yang dikktiraf paling tebal dengan mempunya 4032 muka surat. Ia terhasil dengan gabungan 12 koleksi novel dan 20 cerpen oleh Agathe Christie. Buku ini seberat 8.02 kilogram hampir menyamai berat seekor anjng. 

- Buku paling panjang di dunia adalah Atarmene or Cyrus the Great, novel romantis abad 17 dihasilkan Madeleine de Scudery. Penjilidan 10 buku ini merangkumi 10000 muka surat dan 21 juta patah perkataan.

- Buku paling kecil di dunia adalah Teeny Ted from Turnip Town ditulis oleh Malcolm Douglas Chaplin.  Jika mahu membacanya perlu menggunakan mikroskop elekron. Ia dicetak menggunakan hablur silikon oleh abangnya, Robert. Mengandungi 30 muka surat berukuran 70 mikrometer per 100 mikrometer. Kecilnya menyamai sehelai rambut manusia. 

- Buku pertama yang dicetak di Amerika Syarikat adalah 'The Whole Books of Psalmes Faithfully Translated into English Metre" atau dikenali sebagai Psalm Book. Pada 2013 pula buku ini diiktiraf buku paling mahal yang pernah dijual lelong selepas berjaya dibeli dengan harga $14,165,000.
"Saya amat yakin sesuatu magis boleh terjadi apabila anda membaca buku yang baik." - JK Rowling
Jangan putus asa dan letih dalam berusaha untuk melakukan perkara yang betul. Moga dipermudahkan dan teruskan membaca! Membaca tangga kejayaan dan banyak kelebihan.



Semua orang yang suka membaca (bibliophile) akan ada favoritism sendiri. Ada penulis kesayangan. Penerbit kegemaran. Siri dan koleksi simpanan. Malah kalau jumpa dengan yang mempunyai minat sama, ia sangat mengujakan.

Ada minat bacaan dalam Bahasa Melayu, ada minat dalam Bahasa Inggeris, Jepun dan sebagainya. Ada minat novel, komik. Belum lagi masuk bab genre. Ada romantis, sedih, ngeri, lucu, dan sebagainya. Pelbagai.

Saya secara peribadinya tidak pula mempunyai penulis khusus yang digemarkan. Buku pun tak ada spesifik siri yang diminati. Cuma saya selesa dengan penulisan Zabrina, Dyan Sheldon, Aan Mansyur, Ramlee Awang Murshid, Pahrol Juoi , Hvolate, Nadia Khan, Fazleena, Riduan A.Dullah, Dr.Robiah, Cheryna, Muharikah dan ada beberapa nama lagi.

Genre yang saya suka selain berunsur kemanusiaan, inspirasi dan islamik, saya terima juga pembacaan yang kritis dan mungkin puisi atau antologi cerpen untuk bacaan tambahan. Walaupun novel cinta mungkin pilihan terakhir saya, tapi boleh dikatakan banyak juga plot novel yang telah masuk dalam koleksi ingatan.

Dan kepada yang tidak suka membaca, boleh memilih dengan tidak memilih. Mulakan membaca bacaan popular atau paling tidak, sesuatu yang sederhana. Mana tahu, selepas itu mungkin berminat menulis pula. Perancangan Dia semua di luar jangkaan kita. Tak terlambat nak memulakan apa pun.

Eh! Dulu saya tidaklah sebegini gila, namun semenjak rapat dengan orang yang memiliki akaun Goodreads dan ditemukan dengan sahabat-sahabat yang minat membaca juga (Ehem), hobi 'mengumpul’ buku telah benar-benar menjadi hobi ‘membaca’ buku. :)

Jadi, terima kasih kawan-kawan dan buat semua, teruskan membaca!

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّ‌حْمَـٰنِ الرَّ‌حِيمِ
اقْرَ‌أْ بِاسْمِ رَ‌بِّكَ الَّذِي خَلَقَ ﴿١﴾ خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ ﴿٢﴾ اقْرَ‌أْ وَرَ‌بُّكَ الْأَكْرَ‌مُ ﴿٣﴾ الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ ﴿٤﴾ عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ ﴿٥
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”- (Surah Al-Alaq, Ayat 1-5)








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top