Showing posts with label ezy dakwah. Show all posts
Showing posts with label ezy dakwah. Show all posts


Baru-baru ini, sisipan majalah Solusi (Ezy Dakwah siri 41) ada berkongsi tentang beberapa doa pendek yang dimulai dengan "Rabbana". Jadi, saya turut ingin kongsikan di sini. Moga kita boleh jadikan panduan dan bacaan bersama, insya-Allah.

1. Doa dipermudahkan urusan

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami."

(Al-Kahfi 18:10)

*Doa ini diucapkan oleh para pemuda gua sewaktu melarikan diri ke gua.

2. Doa memohon kemenangan dan dapat keputusan terbaik.

رَبَّنَا ٱفْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِٱلْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ ٱلْفَٰتِحِينَ

"Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim."

(Al-A'raaf 7:89)

*Doa ini diucapkan oleh pengikut Nabi Syuaib tatkala diugut kaumnya sama ada kembali ke agama nenek moyang atau dihalau.

3. Doa agar diberi kekuatan dan kesabaran.

رَبَّنَآ أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَٰفِرِينَ

"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir."

(Al-Baqarah 2:250)

*Doa ini diucapkan oleh Talut dan tenteranya semasa bertempur dengan tentera jalut.

4. Doa berserah kepada Allah

رَّبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ ٱلْمَصِيرُ

"Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!

(Al-Mumtahanah 60:4)

*Doa in diucapkan oeh Nabi Ibrahim setelah habis segala cara berdakwah kaumnya.

5. Doa agar tidak termasuk golongan jahat

رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا مَعَ ٱلْقَوْمِ ٱلظَّٰلِمِينَ

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim".

(Al-A'raaf 7:47)

*Doa ini diucapkan oleh ashabul A'raf ketika melihat ahli neraka.

6. Doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat

رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى ٱلْءَاخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".

(Al-Baqarah 2:201)

Jom kita hafal sama-sama, pendek-pendek sahaja!

Antara rujukan:
- http://www.surah.my
http://quran.islamicevents.sg
https://hadithislam.wordpress.com



Melalui Ezy Dakwah Siri 40 (Majalah Solusi), ada perkongsian berkaitan Doa Keluarga Bahagia. Jadi saya kongsikan di sini untuk manfaat kita bersama. Insya-Allah.

1. Doa untuk menjadi keluarga terbaik.

.رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

"Wahai Tuhan kami, kurniailah kami pasangan dan zuriat yang menyejukkan mata dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Surah al-Furqan 25:74)

*Inilah doa wajib para hamba al-Rahman.

2. Doa agar ahli keluarga menjadi orang soleh

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ (٤٠)رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ 
(٤١)
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku." (Surah Ibrahim 14:40)

"Wahai Tuhan kami! Ampuni aku, kedua-dua ibu bapaku dan orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hari perhitungan (amal dan pembalasan)." (Surah Ibrahim 14:41)

*Ini doa Nabi Ibrahim sewaktu menziarahi anak dan isterinya yang ditinggalkan di Makkah.

3. Doa suami isteri

قَالَا رَبَّنَا ظَلَمۡنَاۤ اَنۡفُسَنَا وَاِنۡ لَّمۡ تَغۡفِرۡ لَـنَا وَتَرۡحَمۡنَا لَـنَكُوۡنَنَّ مِنَ الۡخٰسِرِيۡن
"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". (Surah al-A'raf 7:23)

*Doa Nabi Adam dan Hawa setelah terlanjur di dalam syurga sebelum diturunkan ke bumi. Suami isteri yang baik ialah mereka yang cenderung melihat kesalahan diri sendiri terlebih dahulu daripada melihat kesalahan pasangannya.

4. Doa agar tiada dendam sesama ahli keluarga

 رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَٰنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلْإِيمَٰنِ وَلَا تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Pelembut dna Pengasih". (Surah al-Hasy-r 59:10)




Moga keluarga kita semua akan bahagia, diberkati dan dilimpahi kasih sayang di dunia dan juga di akhirat. Insya-Allah. Ameen.


Antara sumber:
http://www.surah.my/
- http://www.faizalr.com/
- https://adinawas.com/
- http://islamicstudies.info
- https://alquran.pro




Hidup tidak dapat lari daripada berbuat dosa. Dalam usaha kita untuk menjadi yang lebih baik, nafsu diri dan godaan syaitan sentiasa kuat menguji. Cuma dengan ilmu, amal dan iman kita akan mampu mengawal diri dan memperbaiki hari-hari. Di sini, saya kongsikan intipati daripada Majalah Solusi (sisipan Ezy Dakwah): kesan dosa dan apa yang dimaksudkan dengan syirik.

KESAN DOSA (Ezy Dakwah: siri 30)

- Hati semakin mengeras
Maka ketika mereka menyeleweng (daripada kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (daripada mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik - derhaka. (As-Saff 61:5).

- Semakin meremehkan dosa
Wasiat yang kedua daripada Ibnu Mas’ud sebagaimana diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam shahihnya dan juga diriwayatkan oleh Imam Muslim namun ia tidak meriwayatkan lafaz perkataan Ibnu Mas’ud.

Ibnu Mas’ud berkata,

إن المؤمن يرى ذنوبه كأنه قاعد تحت جبل يخاف أن يقع عليه, وإن الفاجر يرى ذنوبه كذباب مر على أنفه فقال به هكذا فذبه عنه

((Sesungguhnya seorang mukmin memandang dosa-dosanya seakan-akan ia sedang duduk di bawah gunung dan ia takut gunung tersebut jatuh menimpanya. Dan seorang fajir memandang dosa-dosanya seperti seekor lalat yang lewat di hidungnya lalu ia berkata demikian (mengipaskan tangannya di atas hidungnya) untuk mengusir lalat tersebut))

Antara sumber: https://firanda.com

- Hati tak tenang
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. - (Al-An'aam 6:125)

- Payah mendapat ilmu
".... Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."- (Al-Baqarah 2:282)

- Gelap hati dan air muka
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. (Faatir 35:10)

Ibnu Abbas berkata ‘sesungguhnya amal kebaikan mencahayakan muka, nur dalam hati dan lapang rezeki, kuat badan dan menyebabkan orang suka kepadanya. Amal buruk pula menggelapkan muka, gelap dalam kubur dan hati, lemah badan, sempit rezeki dan membuatkan orang marah kepadanya’.


SYIRIK (Ezy Dakwah siri 23)

Pengertian syirik ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’alnya (perbuatannya)

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan Syariat-Nya). (An-Nisaa' 4:48)
Seorang sahabat bernama Abdullah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah? Jawab Baginda: “Engkau menjadi suatu yang lain sekutu bagi Allah sedangkan Dialah yang menjadikan kamu. Aku (Abdullah) berkata: Sesungguhnya ini suatu yang berat. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi dosa yang besar? Baginda menjawab: “Engkau membunuh anak kamu sendiri kerana takut fakir. Aku bertanya, kemudian apa lagi? Baginda menjawab: “Engkau berzina dengan isteri jiranmu sendiri.” – (Hadis riwayat Muslim)

Antara contoh syirik:

- DENGAN PERBUATAN
- Pakai tangkal / azimat
- Sujud dan sembelihan di kubur wali

- DENGAN LISAN
- Mengutamanakan makhluk dengan Allah dalam ucapan
- Bersumpah dengan selain Allah

- DENGAN HATI
- Mempercayai bomoh
- Percaya wali dan sheikh yang mati boleh uruskan alam dan menolongnya

Syirik kecil tetap dosa besar.
Jangan samakan Allah dengan nabi atau sesiapa. Dosa.

Masuk syurga sebab rahmatnya.


للَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ أَعْلَمُ

Allahumma innii a’uudzu bika an usyrika bika wa anaa a’lamu, wa astaghfiruka limaa laa a’lamu

“Yaa Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari berbuat kesyirikan ketika aku mengetahuinya dan aku memohon ampunan Mu ketika aku tidak mengetahuinya”. (HR. Bukhari dalam Adabul Mufrad).


Sekian. Semoga kita semua sentiasa mendapat petunjuk dan diberi kekuatan.



Sebelum ini, blog ini ada menulis tentang petua merawat sakit gigi, gusi dan bengkak. Kali ini melalui bacaan saya melalui Majalah Solusi ruangan Ezy Dakwah ada berkongsi tentang "Nabi Suka Gosok Gigi" (Waktu Bila) menerusi Ezy Dakwah 26 dan "Begini Nabi Gosok Gigi" (Cara) dalam Ezy Dakwah 28.

Apa itu siwak? Siwak (atau disebut juga miswak) merupakan kayu dari ranting pohon Aarak atau Peelu, yang lazim terdapat di jazirah Arab. Nama latinnya: Salvadora Persica. Siwak inilah yang biasa digunakan sebagai sikat gigi sekaligus pasta gigi yang terkenal di jazirah Arab.(Sumber)

Ada berdasarkan hadis lain Nabi pernah guna kayu lain ketika ketiadaan kayu araak. 


"Begini Nabi Gosok Gigi" (Cara), Ezy Dakwah 28.


Sunnahku amalanku.
  • Basuh berus dahulu
Aisyah radhiyallahu ‘anha mengkhabarkan,”Nabiyullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersiwak lalu memberiku siwak tersebut untuk kubasuh. Lalu aku menggunakan untukku dahulu, kemudian kubasuh semula, dan aku menyerahkan kembali kepadanya.” (Riwayat Abu Dawud).
  • Berus Lidah
Hadis Abu Burdah daripada bapanya, aku datang kepada Rasulullah s.a.w, kudapati Baginda s.a.w. sedang menggosok giginya dengan kayu siwak di tangannya dan berbunyi ugh! Ugh! Seolah-olah akan muntah.(kerana menggosok lidah) - (HR al-Bukhari)

Dalam riwayat lain menyebut, "...hujung siwak diletak pada lidah dan diberus...," (Riwayat Muslim)
  • Kanan ke kiri
Hendaklah bersiwak dengan menggosok bagian kanan gigi, setelah itu bahagian yang kiri. Hal ini sesuai dengan hadis ‘Aisyah.

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِيْ تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُوْرِهِ وَفِيْ شَاْنِهِ كُلِّهِ
“Adalah menyenangkan Rasulullah untuk memulai dengan yang kanan ketika memakai kasut, berjalan, ketika bersuci, dan dalam semua keadaan” [Hadits riwayat al-Bukhari]

  • Jika Tiada gigi (disunatkan juga. Boleh menggosok gusi, lidah dan lelangit. Faedah siwak ini bukan sahaja bersihkan gigi, tetapi turut kuatkan gusi dan menghalang pertumbuhan bakteria dalam mulut. Setidak-tidaknya akan dapat pahala mengikuti sunnah Rasulullah SAW).
  • Sangat suka berus gigi
“Dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘anha berkata: Abdurrahman bin Abu Bakar As-Sidik Radhiyallahu ‘anhu menemui Nabi. Abdurrahman Radhiyallahu ‘anhu membawa siwak yang basah yang dia gunakan untuk bersiwak. Dan Rasulullah memandang siwak tersebut (dengan pandangan yang lama).

Lalu aku berkata, "berikan kepadaku kayu siwak ini, wahai Abdul Rahman."

Beliau terus menyerahkannya kepadaku. Maka aku pun lalu mengambil siwak itu dan menggigitnya (untuk dibersihkan) lalu aku membaguskannya kemudian aku berikan siwak tersebut kepada Rasulullah, maka Baginda pun bersiwak dengannya sambil bersandar kepadaku. (Riwayat al-Bukhari).

"Nabi Suka Gosok Gigi" (Waktu Bila), Ezy Dakwah 26

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam (SAW) bersabda, “Bersiwak itu membersihkan mulut, menyukakan Tuhan.” (Riwayat Ahmad).

BUKAN DUA KALI SEHARI
  • Ketika hendak solat
Sabda Nabi, “Kalau bukan kerana akan memberatkan umatku, tentulah kuperintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali hendak solat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
  • Ketika hendak masuk rumah
Diriwayatkan dari Syuraih bin Hani, ia berkata: “Aku bertanya kepada Aisyah, 'Apa yang dilakukan pertama kali oleh Rasulullah SAW jika memasuki rumahnya?” Aisyah menjawab, “Bersiwak”. (Riwayat Muslim).
  • Ketika bangun tidur
Dan hadits dari Aisyah Radhiyallahu ‘anha, dia berkata.

“Artinya : Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak tidur pada malam hari atau siang hari kemudian beliau bangun melainkan beliau pasti bersiwak terlebih dahulu sebelum berwudhu.” [Hadits Riwayat Abu Daud no. 57 dan Lihat Shahih Abu Dawud I/14 no. 51] (sumber)
  • Ketika hendak baca al-Quran
Sayidina Ali pernah berkata, "Sesungguhnya mulut-mulut kamu lorong laluan bagi al-Quran. Justeru, wangikannya dengan bersiwak!" (al-Tahmid)

**
Ini mengisyaratkan bahawa seorang Muslim seharusnya dalam keadaan terbaik setiap masa.
"...Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. .." - (Al-Hasy-r 59:7).


Siapa tahu mungkin jalan yang kita redah setiap hari itu boleh menjadi penyebab kita dimasukkan ke dalam syurga? Ya, memperoleh syurga semudah itu. Selain menjaga ibadah, hubungan dengan Allah. Kita juga dituntut menjaga hubungan dengan manusia dan mahkluk lain. Jadi, jom!

MASUK SYURGA MUDAH MUDAHPUN TAK NAK? (EZY DAKWAH SOLUSI EDISI 19)

1- MENGALIHKAN SESUATU YANG MEIRNTANGI LALUAN
Pada satu hari ada seorang hamba Allah mendapati terdapat sebatang dahan pokok merentangi laluan orang ramai. Dia bertekad: "Demi Allah, aku akan mengalihkan supaya tidak menyakiti (mengganggu) orang Islam." Hasilnya, dia dimasukkan ke dalam syurga kerana perbuatannya. (Riwayat Muslim).

- AMAL BAIK TERINDAH
Sabdanya lagi yang bermaksud: "Diperlihatkan kepadaku perihal umatku berserta amalan mereka, sama ada yang baik mahupun buruk. Aku dapati amalan baik yang terindah mereka adalah perbuatan membuang sesuatu yang menyakitkan dari laluan orang ramai. Dan aku dapati amalan terburuk mereka ialah ludahan di masjid yang tidak dikambus!" (Riwayat Ahmad)

- DULU-DULU
Kalimah Arab dengan sebutan "aza" bermaksud perkara yang menyakitkan hati. Sebagaimana tubuh kita boleh dicederakan dan disakiti, begitu juga hati.

Pada zaman Nabi, pelepah-pelepah kering yang gugur atau ranting-ranting berduri kerap merintangi laluan orang ramai. Walaupun ia tidak mencederakan orang lain kerana dapat dielakkan, namun ia tetap menyusahkan orang yang lalu-lalang.

- SEKARANG
Pada hari ini, terdapat pelbagai bentuk "aza" di jalanan. jarang sekali kita tidak sakit hati semasa memandu di jalan raya. Ada sahaja insiden yang mengundang kemarahan kita. Sama ada di kota atau kampung, masing-masing ada kerenah tersendiri dan terhitung banyaknya.

Di kampung, lembu berkeliaran hingga di atas jalan raya. Mahluk Allah itu bukannya bayar cukai jalan pun. Namun, jalan raya itulah "port" lepak mereka pada waktu malam. Sungguh menyakitkan hati apabila berhadapan situasi begini dan bukannya satu atau dua kes kemalangan maut akibat terlanggar lembu.

- JANGAN PULA JADI PENYUMBANG
Abu Barzah pernah bertanya: "Wahai Rasulullah, beritahu kepadaku satu amalan yang aku akan mendapat faedah dengannya." Baginda menjawab, maksudnya: "Alihkanlah perkara yang menyakitkan dari laluan orang Islam." (Riwayat Ibn Hibban dan Ibn Majah).

- BUAT MUDAH DAPAT MEWAH
Hakikatnya, kita tidak tahu amalan mana yang menyebabkan kita masuk syurga. Mungkin amalan tersebut kecil bagi kita, tetapi tidak kepada Allah. Rasulullah S.A.W. pernah mengkhabarkan dengan maksudnya: "Ada seorang lelaki yang tidak pernah membuat kebaikan sedikit pun, kemudian dia mengalihkan duri dari satu laluan. Allah berterima kasih kepadanya lalu menempatkan di dalam syurga." (Riwayat Abu Daud)
Benarlah pesanan Baginda S.A.W. yang bermaksud:
"Jangan sekali-kali menganggap remeh perbuatan baik biar sekecil mana pun ia." (Riwayat Muslim).

2. 4 DALAM 1
Pada Tahun ke 13 kenabian, Rasulullah Shalallohu’alaihi wasallam hijrah ke Madinah. Tiba di Madinah, Beliau kumpulkan kaum muhajirin dan ansar, lantas beliau bersabda:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلاَمَ ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ ، وَصِلُوا الأَرْحَامَ ، وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ ، تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلاَمٍ. (رواه ابن ماجة : قال الشيخ الألباني : صحيح)
Wahai sekalian manusia, sebarkan salam di antara kalian, saling memberi makan, sambung silaturahim dan solat tahajud di malam hari ketika manusia tidur, kalian semua akan masuk surga dengan selamat. (Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abdullah bin Salam Radhiyallohu’anhu dan Syekh Al Bani menshohihkannya).

3- MENGGEMBIRAKAN SUAMI
Daripada Ummu Salamah R.ha katanya, sabda Rasulullah SAW, “Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha terhadapnya nescaya dia akan masuk ke syurga”. Riwayat: at-Tirmizi katanya ini hadis Hasan.

4- BERI MINUM ANJING KEHAUSAN
Dari Abu Hurairah ra. lagi bahawa Rasulullah saw. bersabda:
Pada suatu ketika ada seorang laki-laki berjalan di suatu jalan, ia sangat kehausan, lalu ia menemukan sebuah sumur, kemudian turun di dalamnya lalu minum. Setelah itu iapun keluar. Tiba-tiba ada seekor anjing mengulur-ulurkan lidahnya sambil makan tanah kerana hausnya, Orang itu berkata dalam hati; sungguh anjing ini telah kehausan sebagaimana yang saya alami tadi. ia pun turun lagi ke dalam sumur lalu memenuhi sepatu khufnya dengan air, kemudian memegang sepatu itu pada mulutnya, sehingga ia keluar dari sumur tadi, terus memberi minum pada anjing tersebut. Allah berterima kasih pada orang tadi dan memberikan pengampunan padanya.

Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apakah sebenarnya kita juga memperoleh pahala dengan sebab memberi makan minum pada binatang?Beliau saw. menjawab:
Dalam setiap makhluk yang memiliki hati yang basah ada pahalanya.
(Muttafaq 'alaih)

5-.. 4 DALAM 1 (2)
Diriwayatkan dari Abu Hurairah , ia berkata, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

"Siapa di antara kalian yang berpuasa di pagi ini?"
Abu Bakar menjawab, "aku."

Beliau bertanya, "Siapa di antara kalian yang sudah menjenguk orang sakit hari ini?"
Abu Bakar menjawab, "aku."

Beliau bertanya lagi, "Siapa di antara kalian yang telah menhantarkan jenazah hari ini?"
Abu Bakar menjawab, "aku."

Beliau bertanya lagi, "Siapa di antara kalian yang telah memberi makan orang miskin hari ini?
Abu Bakar menjawab, "aku".

Kemudian Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Tidaklah semua ini terkumpul dalam diri seseorang melainkan ia pasti masuk surga." (H.R; Muslim, no: 1028).

6- MARILAH KITA TIDAK PUTUS-PUTUS BERBUAT BAIK SEHINGGA DILIHAT SEBAGAI ORANG BAIK-BAIK.

Dari Umar Bin Al- Khatab R.a, bahawa Nabi Muhammad Sa.w: "Mana- mana orang Islam (yang mati, lelaki atau perempuan) yang diakui kebaikannya oleh empat orang (dari kalangan masyarakatnya), nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga.."
(Hadis Sahih- Riwayat Bukhari dan lain- lainnya)

Hadis ini ada sambungan dihujungnya iaitu: mendengarkan sabda yang tersebut, salah seorang daripada sahabat- sahabat baginda bertanya:
"Bagaimana pula kalau orang- orang (yang menjadi saksi mengakui kebaikan si mati) itu hanya tiga orang?"

Baginda menjawab: " Tiga orang pun mencukupi (untuk diterima pengakuannya)."

Sahabat Baginda bertanya lagi: "Kalau mereka dua orang sahaja, bagaimana pula?"

Baginda menjawab: "Dua orang juga mencukupi."

Antara sumber lain:

JIKA YANG MUDAH INI BOLEH MEMASUKKAN KITA KE SYURGA. APA LAGI AMALAN PENTING LAIN. JADI,  JOM TERUS AMALKAN YANG BAIK-BAIK. 


Tanda sayangnya kita pada seseorang adalah dengan mengikut apa yang disuruh dan menghormati serta tidak melupakan pesanannya. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam (SAW) adalah kecintaan seluruh umat islam, yang mengorbankan seluruh hidupnya kerana Allah untuk menyampaikan mukjizat dan agama islam kepada kita; umat yang disayangi seluruh jiwa raganya. Melalui Majalah Solusi, bahagian Ezy Dakwah, di sini saya kongsikan sebahagiannya kesukaan Nabi yang kita sayang, doa Nabi-Nabi lain juga serta adab makan Rasulullah SAW. Selamat membaca! 
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
“Dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada rasul, supaya kamu diberi rahmat.” [An-Nuur: 56]
INI NABI SUKA 
(EZY DAKWAH 16)

MENCINTAI RASULULLAH DENGAN MENYUKAI APA YANG BAGINDA SUKA.

1- SOLAT SUNAT SEBELUM SUBUH
Aisyah RA meriwayatkan daripada Nabi SAW, beliau bersabda: "Dua rakaat (sebelum) fajar (solat subuh) lebih baik (nilainya) daripada dunia dan seisinya." (HR. Muslim dan Tirmidzi).

2- SOLAT BERJEMAAH
Menurut riwayat al-Baihaqi:"Kalau aku dapat solat subuh berjemaah, nescaya lebih aku sukai daripada aku solat sunat sepanjang malam. Dan kalau aku dapat solat isyak berjemaah, nescaya lebih aku sukai daripada aku solat separuh malam."

3- BANTU SAUDARA MUSLIM
Sabda Nabi SAW: Maksudnya:"Seorang yang berjalan bersama saudaraku yang muslim untuk memenuhi keperluannya lebih aku suka daripada beriktikaf selama sebulan di masjid." (Riwayat al-Tabarani)

4- SOLAT SUNAT DI RUMAH

أفضل صلاتكم في بيوتكم إلا المكتوبة
“ Sebaik-baik solat kamu adalah di rumah kamu melainkan solat fardu.” (Riwayat Ibn Majah).

*AMALKAN DOA NABI DAWUD
Rasulullah SAW bersabda: “Di antara doa Nabi Daud AS ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan aku memohon kepada-Mu perbuatan yang dapat menghantarku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah SAW mengingat Nabi Daud AS beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)
***
DOA-DOA NABI 
( EZY DAKWAH 18)

DOA NABI MUSA
Doa Diselamatkan Daripada Kaum Yang Zalim (Doa Nabi Musa)

رَبِّ نَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

"Ya Tuhanku, selamatkanlah aku dari orang-orang yang zalim itu" - (QS.Al Qasas 28: 21)

DOA NABI SULAIMAN
Syukur Nabi Sulaiman saat dipuncak dicurahkan dalam sebuah doa Nabi Sulaiman:

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
"Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh". (Al-Naml: 27:19)

DOA NABI YUNUS
Firman Allah SWT :

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya:"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim".(Surah al-Anbiya'- 21: ayat 87)

DOA NABI IBRAHIM
. رَبِّ هَبْ لى حُكْماً وَأَلْحِقْنى‏ بِالصَّالِحينَ * وَاجْعَلْ لى‏ لِسانَ صِدْقٍ فى‏ الآخِرينَ * وَاجْعَلْنى‏ مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعيمِ
(Ibrahim berdoa): Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku ilmu agama dan jadikanlah aku bersama golongan orang yang soleh. Dan jadikanlah aku sebutan yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian. Dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mewarisi syurga al-Na'im.” (QS. Asy-Syu’ara 26: 83-85).

Dan menurut keterangan ahli tafsir do’a ini juga yang selalu diucapkan oleh Nabi Ibrahim AS.
”Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku (seorang anak) dari anak-anak yang soleh.”
Menurut keterangan ahli tafsir, Nabi Ibrahim memohon dengan doa ini sebelum memperoleh anaknya Ismail.

DOA NABI ZAKARIA
رَبِّ هَبْ لى‏ مِنْ لَدُنْكَ ذُرِيَّةً طَيِّبَةً اِنَّكَ سَميعُ الدُّعاء
“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang zuriat yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.[Ali' Imran - 3:38)]

DOA NABI MUSA DAN DOA NABI HARUN

قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ
”Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri, Jika Engkau tidak mengampuni kami dan merahmatkan kami, pasti kami menjadi orang yang rugi.” (Al A'raf  7: 23)


Antara blog yang dirujuk:

***
ADAB MAKAN BERSAMA NABI 
( EZY DAKWAH 22)

- Mula dengan bismillah

بِسْمِ اللهِ أوَّلَهُ وَ اخِرَهُ
(Dengan menyebut nama Allah pada awalnya dan pada akhirnya)’.” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi, dia berkata, “Hadits hasan shahih”)

Umaiyah bin Makhsyi melaporkan,
"Pada suatu hari Rasulullah sedang duduk-duduk. Ketika itu ada seorang lelaki yang sedang makan dan dia tidak membaca bismillah ketika mula makan. Dia terus makan sehingga tinggal sedikit sahaja makanan di dalam bekas makanannya itu. Tiba-tiba lelaki itu membaca,Bismillah awwalahu wa akhirahu. Nabi Muhammad tersenyum melihat gelagat lelaki itu. Lalu beliau berkata,'Syaitan bersama-sama dengan orang itu ketika dia makan,kerana dia lupa menyebut nama Allah. Apabila orang itu menyebut nama Allah,syaitan pun termuntah'."
(Direkodkan oleh Abu Daud dan Nasa'i)

- Makan dan minum dengan tangan kanan
“Dari Aisyah ia berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasalam menyukai sebelah kanan, mengambil dengan tangan kanannya, memberi dengan tangan kanannya dan menyukai sebelah kanan dalam semua urusannya.” (HR. Nasa’i No 5059),
bacalah “bismilillah”, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang ada di hadapanmu.” Maka seperti itulah gaya makanku setelah itu. (HR. Bukhari no. 5376 dan Muslim no. 2022)

- Tidak mengutuk makanan
"Kalau beliau menyukainya, maka akan beliau makan. Dan jika tidak menyukainya, beliau meninggalkannya." [HR al-Bukhâri dan Muslim].

- Tidak lupa sebut alhamdulillah
Dari Anas bin Malik, “Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah redha terhadap seorang hamba yang menikmati makanan lalu memuji Allah sesudahnya atau meneguk minuman lalu memuji Allah sesudahnya.” (HR Muslim no. 2734)


Antara blog yang dirujuk: 

***
Jika ada pembetulan ada penambahan boleh beri komen di bawah, terima kasih. Dan selalulah berselawat dan mengikut sunnah Nabi, tanda kita menyayangi dan mengingatinya. Insya-Allah kita akan beroleh kebaikan yang banyak dan mudah-mudahan mendapat syafaatnya di akhirat kelak, Ameen.

Allahumma solli 'ala muhammad wa'ala ali muhammad.



Muslim sebenar suka menolong. Mereka tidak tenang melihat orang lain dalam kesusahan. Dan jika dia suka membantu, insya-Allah, Allah akan membantunya pula. Masya-Allah, hebat bukan? Jadi jom kita terus bantu-membantu. Kita jaga hubungan kita dengan Tuhan dan kita jaga hubungan kita dengan insan, insya-Allah hidup kita akan dipermudahkan.

MAHU DIBANTU ALLAH 


- Tolong orang, Allah akan tolong kita
Rasulullah SAW bersabda: “Allah akan sentiasa menolong hamba-Nya, selagi hamba tersebut menolong saudaranya.” (Hadis riwayat al-Bukhari). Ini janji Allah. Pastinya Allah tidak akan memungkiri janji.

- Ringankan beban orang, Allah akan ringankan beban kita di akhirat
“Sesiapa yang menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan seorang mukmin di antara kesusahan-kesusahannya di dunia, maka Allah akan menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan di antara kesusahan-kesusahannya pada Hari Kiamat. “ (Hadis riwayat al-Bukhari).

- Berikan yang di dunia, akan dapat syurga
“Seorang mukmin yang memberi makan mukmin yang lapar, kelak Allah akan memberi makan kepadanya daripada buah-buahan syurga, dan barang siapa yang memberi minum seorang mukmin, maka kelak Allah akan memberi air minum dari syurga; rahiq makhtum.” (Hadis Tirmidzi)

- Makin banyak menolong, makin Allah suka
*Daripada Ibnu Umar bahawa seorang lelaki mendatangi Nabi SAW dan berkata,”Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling dicintai Allah dan amal apakah yang paling dicintai Allah SWT?” Rasulullah SAW menjawab,”Orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat buat manusia dan amal yang paling dicintai Allah adalah kebahagiaan yang engkau masukkan ke dalam diri seorang muslim atau engkau menghilangkan suatu kesusahan atau engkau melangsaikan hutang atau menghilangkan kelaparannya. Dan sesungguhnya aku berjalan bersama saudara seislamku untuk (menunaikan) hajatnya lebih aku sukai daripada aku beritikaf di masjid ini—yaitu Masjid Madinah—selama satu bulan. (Riwayat Thabrani)

*Hadis ini dihasankan oleh Syeikh al Albani didalam kitab “at Targhib wa at Tarhib” (2623)

Jadi, jom tambahkan amal dengan ikhlas membantu yang lain. Insya-Allah ganjarannya besar!


7 Tempat Berdoa dalam Solat

Solat itu sendiri bermaksud doa. Maka sepanjang solat, kita sepatutnya dalam mood sedang meminta dan berharap kepada Allah. Itulah erti khusyuk.

Sekalipun tudak mampu khusyuk pada setiap saat, apa kata kita usahakannya di paling kurang TUJUH masa tersebut. Caranya dengan berdoa pada saat itu.

1. Selepas takbiratul ihram sebelum al-Fatihah.
(Ya Allah, jauhkanlah antara aku & kesalahanku sebagaimana Engkau menjauhkan antara timur & barat. Ya Allah, sucikanlah kesalahanku sebagaimana pakaian yang putih disucikan daripada kotoran. Ya Allah, cucilah kesalahanku dengan salji, air dan kesejukan)." (HR. Al-Bukhari no. 744 dan Muslim no. 598)
2. Dalam al-Fatihah. (Surah ini sendiri adalah doa).
3. Dalam rukuk.
Dari Aisyah ra berkata:”Adalah Nabi SAW ketika ruku’ dan sujud membaca bacaan:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْلِى
“Maha Suci Engkau ya Allah Tuhan kami , segala puji hanya bagi-Mu, maka ampunilah aku.”( HR Bukhari I:207)
4. Ketika iktidal. (Selalu sewaktu inilah kita membaca qunut nazilah. Dibaca ketika malapetaka menimpa umat islam.)
5. Dalam sujud. (Doalah sebanyak-banyak dalam hati. Waktu inilah paling dekat kita sebagai hamba dengan Allah.)
6. Ketika antara dua sujud. (Bacaan ketika itu juga merupakan doa.)
7. Selepas tasyahud sebelum salam.

Gambar: Shafiqolbu
SEMOGA KITA TERUS BERSUNGGUH DAN IKHLAS DALAM BERIBADAH DAN BERDOA. SERTA DIBERI KEKUATAN DAN KEMUDAHAN. INSYA-ALLAH. APAPUN JANGAN PUTUS ASA ! TUHAN MENILAI SEMUANYA. 

SEKIAN PERKONGSIAN. TERIMA KASIH.


Rujukan: 
Ezy Dakwah, siri 24 dan siri 25 








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top