Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

 GANTI SOLAT



 FAQ Qadha Solat


*boleh juga ganti dengan rawak, ini hanya cadangan.


*bagi noktah 1, bukanlah bererti solat yang tidak sengaja tidak wajib diganti. Solat yang tidak sengaja ditinggalkan juga wajib diganti. 


Wallahu a’lam.













Rajutan 🧵


#FawaidJawab "Saya nak ganti solat tapi lupa berapa bilangannya" 


1- Hukum ganti solat adalah wajib mengikut 4 mazhab seperti yang telah disebutkan sebelum ini. 


2- Cara untuk ganti adalah kita ganti SEDIKIT LEBIH dari anggaran waktu yang kita telah tinggalkan sebelum ini. Saya nukilkan dari kitab Nihāyat al-Muḥtāj (lihat gambar-garisan merah) yang menyebutkan pandangan lebih sahih adalah sepertimana disebutkan oleh al-Qāḍī al-Ḥusayn. 


Iaitu kita gantikan sedikit lebih dari apa yang kita telah tinggalkan.


3- Buat anggaran berapa lama kita tinggal solat, sama ada mengikut hari, minggu, bulan atau tahun. Jika keliru juga, maka kita boleh gunakan kaedah umur baligh. 


Contoh: Kita tak pernah solat sejak baligh, maka kita kirakan berapakah umur kita ketika baligh, hingga sekarang.


4- Allah akan membalas segala perkara yang kita usahakan termasuklah usaha kita untuk mengganti solat. 


Wallahu a'lam.


X Ustaz Muzuza:

https://x.com/Muzuzxck/status/1751437549489520841?t=LXypf3XHStr8o22ZGMgk5Q&s=19


- Telegram Ustaz Muzuza




 

✍️ JOM SOLAT LYRICS : 





Ingatlah ibu ayah selalu berpesan 

Solat jangan pernah ditinggalkan 

AI…jom solat, AI…jom Zohor, AI…jom Asar, Maghrib, ‘Isya dan Subuh 


Orang solat Allah suka 

Orang malas Allah murka 

Lima waktu bukanlah beban 

Janganlah cari alasan 


Rabighfirli warhamni wajburni,

Warfa’ni warzuqni wahdini wa‘afini waqfuanni


Rasul utusan bawa berkat 

Islam datang bersama rahmat 

Untuk selamat dunia akhirat 

Solat jangan tak buat 


Rabighfirli warhamni wajburni,

Warfa’ni warzuqni wahdini wa‘afini waqfuanni


Ya! Tuhanku 

Ampuniku kasihiku 

Tutuplah aibku 

Angkatlah darjatku 

Kurniakanku rezeki 

Berikan pentunjuk

Juga kesihatanku






Adakah wajib ganti solat yang ditinggalkan? 

1- Ganti solat jika tertidur atau terlupa adalah wajib, ini sepakat para ulama' mengikut hadith: 


مَنْ نسِيَ صلاةً، أو نام عنها، فكفَّارتُها أن يُصلِّيها إذا ذكَرَها.


"Barangsiapa terlupa solat atau tertidur sehingga tertinggal solat maka kifaratnya adalah dia solat semula apabila dia ingat." [HR Muslim]


2- Cuma persoalan yang ditimbulkan kini adalah "jika sengaja tinggal solat, adakah wajib ganti solat?". Ulama' dari 4 mazhab menyatakan WAJIB ganti solat jika sengaja tinggal.


Maka, jumhur ulama' menyatakan WAJIB ganti, melainkan ulama' seperti Imam Ibn Hazm. Imam Nawawi menyatakan bahawa pandangan Imam Ibn Hazm ini merupakan pandangan yang batil dan menyalahi ijma'.


Teks dari al-Majmu': 


أَجْمَعَ الْعُلَمَاءُ الَّذِينَ يُعْتَدُّ بِهِمْ عَلَى أَنَّ مَنْ تَرَكَ صَلَاةً عَمْدًا لَزِمَهُ قضاؤها وخالفهم أبو محمد على ابن حزم فقالا لَا يَقْدِرُ عَلَى قَضَائِهَا أَبَدًا وَلَا يَصِحُّ فِعْلُهَا أَبَدًا قَالَ بَلْ يُكْثِرُ مِنْ فِعْلِ الْخَيْرِ ...


 [al-Majmu' Syarh Muhazzab 3/71]




Sumber Ustaz Muzuza:

https://x.com/Muzuzxck/



Gambar: Photo by Haydan As-soendawy: https://www.pexels.com/photo/photo-of-people-gathering-near-kaaba-mecca-saudi-arabia-2895295/


 RAPATKAN SAF 




Meluruskan saf termasuk di dalam adab-adab solat berjemaah. 

Disunatkan juga, bagi setiap yang hadir (di dalam saf) meminta agar disempurnakan saf jika terlihat terdapat kecacatan pada saf tersebut.


Sumber:

https://twitter.com/MyJAKIM/




 

Bagaimana mahu atasi malas untuk solat?


1- Belajar mengenai fiqh dan makna solat
2- Banyakkan bersama orang yang rajin dan mendorong kita untuk solat
3- Belajar tentang makna bacaan dalam solat
4- Jangan tinggal solat dari awal iaitu waktu subuh
5- Jangan lengahkan dari mengganti solat yang tertinggal
6- Berdoa supaya Allah jadikan kita orang yang rajin solat iaitu ayat 40 surah Ibrahim
7- Kawal makan dan tidur supaya tidak terlalu banyak atau sikit
8- Pergi ke masjid
9- Kurangkan hiburan
10- Membaiki kualiti solat dari masa ke masa
11- Sentiasa kuatkan diri untuk berzikir pagi dan petang
12- Ajar diri kita untuk solat pada awal waktu
13- Jawab azan dan iqamah
14- Paksa diri untuk bangun dan solat kerana tips yang banyak tidaklah bermakna tanpa usaha kita mengubah diri kita.




Mengapa Lupa Rakaat Dalam Solat?

==========

1. Perasan atau tidak, kita lebih mudah ingat barang yang kita lupa ketika melaksanakan solat? Sedangkan diluar solat kita tidak ingat tentang perkara itu? Sehingga menyebabkan kita terlupa berapa rakaat yang telah kita tunaikan.


2. Fenomena "ingat barang" dalam solat ini pada hakikatnya telah disebutkan dalam hadis Nabi. Rasulullah membayangkan kepada kita bahawa syaitan sering mengganggu seseorang dalam solatnya sehingga mengingatkan kepadanya perkara yang dia terlupa diluar solat. Sabda Rasulullah:


إِذَا قُضِيَ التَّثْوِيبُ أَقْبَلَ حَتَّى يَخْطُرَ بَيْنَ الْمَرْءِ وَنَفْسِهِ يَقُولُ لَهُ اذْكُرْ كَذَا وَاذْكُرْ كَذَا لِمَا لَمْ يَكُنْ يَذْكُرُ مِنْ قَبْلُ حَتَّى يَظَلَّ الرَّجُلُ مَا يَدْرِي كَمْ صَلَّى


“Sehinggalah iqamah itu telah selesai, maka syaitan akan kembali (mengganggu) hingga mengingatkan seseorang dalam dirinya. Syaitan berbisik: "Ingat demikian, ingat demikian" untuk sesuatu yang tidak dia ingat sebelumnya hingga seorang lelaki itu tidak mengetahui berapa rakaat dia telah solat.” (Sahih Muslim)


3. Atas dasar itu kita sering dinasihatkan agar memohon perlindungan Allah dari gangguan syaitan sebelum solat. Seorang sahabat Nabi bernama Usman bin Abi al-As pernah mengadu kepada Rasulullah dia sering tidak khusyuk dan diganggu. Maka Rasulullah berpesan:


ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خَنْزَبٌ فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْهُ


“(Yang memngganggu kamu) itu ialah gangguan syaitan yang dinamakan Khanzab. Oleh itu apabila kamu rasa diganggunya, maka segeralah mohon perlindungan kepada Allah dari godaannya” (Sahih Muslim)


4. Oleh itu andai kita sering terganggu dalam solat, mohonlah perlindungan dari Allah dengan isti’azah (bacaan A’uzubillahi Minasy Syaitan) dan berdoalah agar Allah membantu kita khusyuk dalam solat.


Semoga Allah membimbing kita.


Dr. Ahmad Sanusi Azmi

https://telegram.me/drahmadsanusiazmi


Sumber:

https://t.me/drahmadsanusiazmi










Photo

Disisi Mazhab Syafie, penduduk negara yang siang atau malamnya terlalu pendek boleh mengikut waktu solat negara terdekatnya yang lebih baik. Norway boleh ikut UK atau Sweden. [Hasyiah al-Bujairimi 1/394]

Sebahagian ulama moden pula berpendapat bahawa negara yang siang atau malamnya terlalu pendek/panjang boleh ikut waktu solat di Makkah kerana Makkah adalah kiblat solat dan rujukan paling awla dalam urusan solat. Ringkasnya begitulah.

So nak ikut yang mana? Terpulang mana yang anda rasa sesuai, yakin dan memudahkan. Saya hanya membuka jalan dan menunjukkan keluasan fiqah Islam. Kalau mampu ikut sela waktu 4-5 minit tanpa rasa terbeban, silakan. Kalau mahu ikut alternatif lain, ya ilmu fiqah mazhab tersedia. 

Semua ini ada perbahasannya. Halus dan detail sekali. Sebab itu usul fiqh penting. Memahami kehendak syariat ni kena rujuk fatwa dan ahlinya. Bukan ikut rasa-rasa dan best sahaja.



Sumber:

https://twitter.com/addien90s/






Tanweer [redha] - Ustaz haryanto.

- Elak jika boleh sebelum mencegah.

- Mulakan solat sunat.

--ilmu--

Faham itu rezeki. Rezeki kita tak sama. Setiap orang faham berbeza. Jadi doakanlah agar kita diberi kefahaman.

Rezeki berkat.

Orang berpaling dari rahmat Allah akan :

-Susah beribadah
-Tak malu buat jahat
-Tak ada selera buat ibadah
-Tertutup rasa nak buat ibadah

Jika takut jauh dari rahmat Allah kerana rasa selalu buat dosa, taubat & beristighfarlah.

Orang beriman hargai ilmu

Istighfar diringi taubat.

Istighfar bukan hanya di mulut. Bukan disalahguna atau disalah erti. Patut buat makin insaf dan dekat dengan Allah.

Hati diservis dengan ilmu.
Lihat wajah mak ayah.
Bersedekah.
Duduk dengan orang soleh.

Beristighfar di mana saja berada. Sebab tak tahu bila pengampunan Allah turun.

Lazimi istighfar.

Azzariyat ; 18.

Semakin tengah malam, makin banyak cabaran.

Allah angkat darjat hambaNya yang masuk syurga. Hamba itu bertanya; kerana istighfar anakmu untukmu.

Kelebihan istighfar;
- Jauh dari siksaan Allah.
- Mendapat rezeki melimpah ruah dan anak. [Nuh: 10-12]
- Mendapat kekuatan daripada Allah. [ Hud : 52 ]

Penghulu istighfar. [ Ada dalam mahturat ] Orang yang beramal dengan penghulu istighfar, akan dapat keampunan dan syurga.

Akhiri apa kita buat dengan beristighfar.

Sedikit mencukupkan. Banyak menyenangkan semua.

Dosa luaran dan dalaman.

-- Saf --

Tanda dapat taufiq hidayah
- Jaga ibadah
- Tak ada selera dengan maksiat. Leave group yang tak baik
- Nampak kelemahan diri

Bersatu itu rahmat. Berpecah itu azab.

Paling penting kualiti hati.

Tuhan hapuskan dosa mereka yang bertasbih.

Anak solat jemaah senang dengar nasihat.

Kalau saf tak sama bukan masalah kaki, tapi masalah hati.

Al-a'raf 31

Nak malaikat doakan ada di saf pertama.

Rapat saf;
- bahu. - kaki -

Imam kena fakih.

Kenapa luruskan saf
- Allah kasih mereka yang berada dalam saf (tersusun). Ibarat bangunan kukuh.
- Lambang kesungguhan dalam berjemaah.
- Melatih displin, boleh tegur
- Mendidik hati tawaduk , rendah hati. Fikir orang lain
- Seimbangkan cas.

Dalam perhubungan pertama adalah pemahaman; faham tanggungjawab sendiri. Dan baru persefahaman itu datang. - Ustaz Don (Tanweer). 

Solat--

Solat untuk bersihkan hati. Solat itu kewajipan. Bab lain orang tu tak buat, itu kurang dia yang perlu didoakan. Biarlah Tuhan yang menilai.

Solat adalah sujud & pengharapan kita kepada Tuhan. Kerana kita memerlukan Dia. 1 waktu solat umpama sekali mandi sungai.

Solat beri ketenangan. Jika tak tenang, masalahnya adalah kita. Perbaiki & minta, mohon selalu agar dapat tenang, kusyuk & istiqamah.

#TanyalahUstazah

Ketika musim hujan dan banjir baru-baru ini, ada orang bertanyakan perihal solat ketika banjir dengan Ustaz Muzuza di twitter. Berikut adalah jawapan beliau.
Sumber tweet asal dengan kebenaran: https://twitter.com/Muzuzxck/status/1472744248566968320?s=20&t=2DnhxSx9ZYFbCdqfEN9ddg

1- Air banjir boleh digunakan untuk berwudhu’ kerana kuantiti yang banyak. Jika dapati ada najis atau bangkai, boleh pergi jauh sikit untuk guna air yang lebih jauh. Hukumnya tidak najis

2- Solat jamak adalah dibenarkan

jika keadaan mendesak seperti selamatkan diri, mangsa atau harta benda ketika banjir. Yang utama adalah solat jamak taqdim. Tidak boleh qasar kerana qasar khusus buat yang bermusafir sahaja.

(+) 
Sesiapa yang merasakan ada kesukaran pada diri dia dlm melaksanakan solat tamam (seperti biasa) sekarang, maka dia layak utk Jama' solat. Samada dia mangsa atau volunteers.

Sumber: Nazriyatul Ibahah Inda Usuliyyin wal Fuqaha (Abdul Salam Madkur)

(+) 

Satu lagi ustaz, kalau keadaan agak sukar untuk solat. Boleh jamak suri dalam keadaan macam ni. Jamak suri ini melambat kan solat di akhir waktu dan solat lain pada awal waktu. 

Contoh : solat zohor di akhir waktu, dan terus solat asar diawal waktu jika dah masuk.

(+)



BERJALAN, BERJALAN JUGAK. SOLAT JANGAN LUPA TAU! ☝
.
Sekarang ni dah takde alasan untuk tinggal solat even dalam perjalanan yang jauh sebab kat highway pun dah banyak R&R yang menyediakan ruang untuk kita mendirikan solat. 
.
Dan even dalam Islam sendiri, dah disyariatkan satu bentuk kemudahan iaitu 'rukhsah' yang meringankan urusan kita untuk menunaikan solat, dengan syarat:
.
[✔] Bermusafir dengan tujuan yang baik dan bukan untuk melakukan maksiat.
[✔] Destinasi yang dituju mesti melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM)
[✔] Mengetahui destinasi yang dituju (tahu jalannya, tidak tersesat)
.
Solat Jamak bermaksud mengumpul / menghimpunkan dua solat dalam satu waktu dan terbahagi kepada 2 iaitu:
.
[✔] Jamak Taqdim - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Contohnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

[✔] Jamak Ta'khir - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Contohnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.
.
Solat Qasar pula bermaksud memendekkan atau meringkaskan solat Fardhu yang empat rakaat (Zohor, Asar dan Isyak) menjadi dua rakaat sahaja. Manakala solat fardhu Subuh dan Maghrib tidak boleh diqasarkan tau! :D
.
Lafaz niat paling mudah adalah bila kita niatkan dalam bahasa Melayu. Insha-Allah, mudah hafal, mudah juga kita amalkan! 




Sumber: NSNhometuition


Dalam perkembangan isu virus Covid-19 ini, ada beberapa persoalan yang timbul. 3 ini antara dua persoalan yang popular. Kesemuanya di jawab oleh menteri di jabatan perdana menteri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

1. Apa hukum solat pakai face mask?

Rey Canotona bertanya boleh kah jika saya mengerjakan solat di masjid menggunakan topeng muka (mask)? Kerana struktur mask tu dalam keadaan boleh menghalang hidung bersentuhan ketika sujud?

Jawapan ustaz Mufti:

Secara asasnya, makruh di sisi mazhab Syafie utk solat dgn memakai face mask. Boleh jika ada keperluan sebagaimana dinukilkan oleh Ibn al Qudamah dlm al-Mughni. Namun, jika saudara ada simptom tersebut, dinasihatkan untuk solat di rumah.


2. Hukum solat Jumaat dalam suasana Covid-19?


Berdasarkan kepada nas dan pandangan ulama’, kami bahagikan isu ini kepada dua keadaan:

Pertama: Dalam keadaan wabak COVID-19 masih terkawal menurut Kementerian Kesihatan Malaysia

Dalam keadaan ini, solat Jumaat hendaklah diteruskan dengan beberapa syarat seperti:
  • Khutbah dipendekkan
  • Orang ramai berwuduk di rumah
  • Mereka yang ada simptom COVID-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit
  • Pihak masjid atau jemaah juga wajib menyediakan hand sanitizer dan penutup mulut sebagai langkah pencegahan dan keselamatan
Kedua: Dalam keadaan wabak COVID-19 merebak tanpa terkawal (menurut KKM)

Dalam keadaan ini, solat Jumaat boleh untuk tidak dilakukan, tetapi wajib diganti dengan solat Zohor di rumah masing-masing. Dalam hal ini, terdapat beberapa dawabit:
  • Larangan tersebut dengan nasihat pihak yang berautoriti seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • Larangan tersebut adalah termasuk juga sebarang bentuk acara dan perhimpunan sama ada rasmi atau tidak.
  • Wabak sudah menunjukkan kesannya dan ramai individu telah disahkan positif COVID-19 di tempat tersebut.
Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita dalam melaksanakan segala titah perintah-Nya. Amin

Lain-lain: COVID-19: FATWA-FATWA TERKINI BERKAITAN PENANGGUHAN SOLAT JUMAAT DAN SOLAT BERJEMAAH

3. Apakah hukum pakai sanitizer beralkohol ketika solat?

Nurr_ bertanya batalkah wuduk jika guna hand sanitizers 70% alcohol ? Sedikit konfius.

 Jawapan ustaz Mufti: Tidak batal.


Kemunculan penularan virus Covid-19 telah melanda negara kita, oleh itu perlaksanaan menjaga kebersihan merupakan faktor utama bagi mengurangkan risiko dalam jangkitan virus ini. Justeru, timbul persoalan berkenaan dengan penggunaan hand sanitizer (Pencuci Tangan) semasa melakukan solat adakah ia dikira sebagai najis kerana kandungan alkohol di dalamnya

Berbalik kepada persoalan yang diajukan dan pendapat ulama yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa hand sanitizer (pencuci tangan) adalah tidak najis dan boleh digunakannya ketika hendak melakukan sembahyang serta tidak dikira menanggung najis. Ini jelas seperti yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa fatwa Majlis Kebangsaan iaitu Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agama-Nya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’atNya dengan sebaiknya.

PERSOALAN-PERSOALAN LAIN:







- HUKUM SOLAT JAMAK BAGI PETUGAS COVID-19
- PENAMBAHAN LAFAZ AZAN KETIKA ARAHAN SOLAT DI RUMAH
- HUKUM HAKAM LAIN BERKAITAN COVID-1





Jaga diri dan jaga semuanya, baik-baik. Moga diberi kesembuhan, kekuatan dan jalan keluar untuk setiap permasalahan. Insya-Allah. Kita doakan untuk sama-sama, untuk semua.
ANTARA DOA YANG BOLEH DIAMALKAN.


Ini perkongsian soal jawab hukum berkaitan ibadah solat yang dikongsikan melalui facebook Mufti Wilayah Persekutuan (Mufti Wilayah Persekutuan).
Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri merupakan Mufti Wilayah Persekutuan yang baru dilantik bermula 23 Jun 2014 [1]. Beliau adalah Mufti Wilayah Persekutuan ke-7 selepas SS Tan Sri Dato' Sheikh Abdul Mohsein bin Hj. Salleh (1 Februari 1971 - 7 Februari 1984).
Jom kita  ulangkaji sama-sama.

Hukum tidak dapat membaca al-fatihah dengan baik di dalam solat


Hukum tidur selepas solat Subuh


Perkiraan hari dalam hukum solat musafir


Cara qadha solat yang tertinggal sewaktu musafir


Hukum solat di dalam kereta


Adakah darah yang sedikit membatalkan solat

 

Hukum terkena percikan air kencing


Hukum qadha solat sunat



 Hukum sendawa dalam solat

 

Hukum solat memakai singlet tanpa lengan



WANITA

Hukum wanita haid meninggalkan tawaf wada'


Bolehkah wanita istihadhah beriktikaf?


Sahkah solat seorang wanita tanpa memakai telekung?


Adakah kaki wanita aurat?

 

SOLAT BERJEMAAH

Banyak imam di Surau R&R dalam satu masa

 

Bilakah saf perlu dibentuk?

 

Bolehkah membaca al-Fatihah ketika imam sedang membacanya?


Wujudkah doa selepas iqamah?


Perlukah mengikut Imam Sujud Sahwi?


Makmum terlupa al-Fatihah ketika berjemaah


Solat fardu berimamkan solat sunat


Hukum solat Jumaat jika hari raya Eidulfitri berlaku pada hari Jumaat


Solat sunat Tahiyatul Masjid ketika imam mula solat fardhu


Makna lagha dalam khutbah Jumaat


Rujukan lain: Kisah Zakat Malaysia

Moga bermanfaat. Boleh rujuk di laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan untuk lebih maklumat.

Laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan: http://www.muftiwp.gov.my/ms/
Album Infografik pelbagai hukum dan fatwa: http://bit.ly/albumphf 

Lain-lain: https://ms.wikipedia.org/wiki/Zulkifli_Mohamad_Al-Bakri









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top