Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts



Agak sukar untuk aksara itu terluah . Mahu mencari senyum pun rasa tak larat . Lupa entah letak di mana. Suasana tegang dalam jiwa itu cuba didiamkan.

"Anem ok?

"Ayat Anem ke ni?"

"Ada masalah, share tau"

Dua tiga sahabat mahu meminjamkan bahu. Jeda kata seketika. Berhari baru bibir berani melontar kata.

"Ini rasa hati, tentang perasaan,"

Coretan-coretan amukan dan luahan kebudakan di facebook itu, Anem buang jauh jauh. Segan pula bila orang lihat kita jatuh . Lagi segan pada orang yang ditujukan, sedangkan dia dipihak baik yang tidak mahu mainkan perasaan . Hanya berbekal kejujuran, Anem melabel dia dengan pelbagai sangkaan . Diri sendiri memang selalu khilaf . Malu jika terkenangkan :(

Belek-belek blog sendiri , tinta lama Anem, rindu pula pada diri sendiri yang optimis, positif itu.

Ye Anem, awak boleh! Awak kuat !
La tahzan !

Kekhilafan peribadi akhirnya memakan diri. Ikhlasnya, jika diberi peluang sekali lagi, Anem mahu mengubah keadaan. Anem sedar Anem punyai banyak kelemahan , seringkali melakukan kesilapan. Anem mahu cuba perbetulkan, mahu menjadikan semuanya lebih baik. Apapun Anem sedar ,  kini cuma tinggal hanya doa dan harapan . Selain usaha berterusan. Maafkan silap salah Anem, ya?


P/S: JANJI untuk tidak lagi emo emo di status facebook terbuka :(

.


Sesekali cuba nak taip status indah . Satu. sedih sangat . dua . marah sangat. tiga. sayang sangat . empat benci sangat . Kalau dengan semua sangat sangat , bukan di situ . Bukan ditempat orang bertepuk lihat kita jatuh dan layu . Bukan ditempat orang suka api-apikan rasa yang kuat menyala itu.

Bukan .

Walau mungkin ada yang sudi pinjam bahu, namun berapa keratnya yang benar mampu dan mahu ?

Habis tu . Untuk apa tempat itu ? Habis semua tak boleh, apa yang boleh ? Habis, kalau bukan disitu, di mana lagi ? Habis tu engkau saja betul, engkau saja ok ? Habis tu . Habislah .

Kalau bukan untuk rasa yang SANGAT. Silakan. Jika mahu menaip aksara, biar hati kita rasional dan terarah . Bukan waktu dan masa yang salah . Nanti apa yang terkeluar semua mengarut dan kelak, buat hati sendiri rasa menyampah .

Ada kawan kata - kau ada tuhan - jangan semua mengadu dekat insan .
Ada kawan kata - tak semua benda untuk di kongsi bersama, ada disimpan untuk diri sendiri juga.
Ada kawan kata - tak semua faham kita, tapi ramai yang buat-buat faham dan persoal kita semula.
Ada kawan kata - mereka FRIEND tapi tak semua benar-benar memaknakan FRIEND , kawan .

Itu semua kawan kata. Benar atau iya , itu mereka yang rasa. Kita yang dengar belum tentu terima .   Walau mereka ikhlas berkongsi kata .

Ya, FACEBOOK bukan tuhan , FACEBOOK bukan segala-galanya . Betul . 

Memang  aib tak wajar dilondehkan . Tak baik. Kita pun tidak mahu buruk aib kita disebar orang , jika ada yang buat kat kita pula , nasihatilah cara sebaik baiknya, dan jika tidak, undang-undang itu ada- namun yang paling kuat doa seikhlasnya dari jiwa.  Kuatkan hati, Tuhan kan ada.

Dan hakikatnya tak semua orang suka dan terima apa yang kita perkatakan. Tapi sebagai wadah perbincangan , sekadar satu tempat untuk menahan kesedihan, dalam keterbatasan - FACEBOOK mampu jadi peneman. FACEBOOK mampu jadi KAWAN - untuk mereka yang faham apa maksud TIDAK BERLEBIHAN . 

Gunakanlah ia di waktu kita rasa kita dalam pertimbangan . :)


p/s : Hampir kenyataan :  Facebook adalah kawan kepada hampir semua ahli perniagaan . Tak semua. Hampir saja.


Ya! Anem ingat nama dia, tiba-tiba mengaitkan status Anem di facebook dalam soal agama. Niat dia, insyaallah baik. Yelah, kita manusia biasa, masakan dapat menelah niat orang. Lagipun, Anem tahu, dalam islam yang penting apa yang diperkatakan , bukan siapa yang memperkatakan. Dalam erti kata lain -yang baik, jadikan pegangan, yang buruk, jadikan sempadan. Lagipun dia cakap benda yang betul. Yang nampak Anem ego dan tiba-tiba emo, kenapa dia tegur di status yang dah di 'like' orang,yang dah di komen orang, kenapa perlu di khalayak ramai. Kenapa tak mesej, jika tak, di wall pun, Anem sudi berbincang cara baik. Yelah , benda baik, kan. PERSOALANNYA- Kenapa di situ?.Hurm...

Allah berfirman,yang bermaksud, "Jika kamu kasar dan keras nescaya orang akan lari dari kamu." [Surah Ali 'Imran 3:159]

Niat dakwah, itu sangat bagus, cuma dalam menasihati orang pun ada adabnya.Maaflah mungkin cara Anem menerimanya, salah. Anem pun belum cukup matang menilai orang.Masih banyak Anem perlu belajar. Itu yang jadi lain hujung ceritanya. Tapi jika boleh tidak mahu lah bergaduh atau wujud salah faham, mahupun bermasam muka di laman sosial tersebut,kan. Pendek kata, yang memberi kena tahu caranya, yang menerima pula kena tahu tempatnya.

Imam Al-Baihaqi dalam sanadnya hingga kepada tokoh tasawuf besar di Mesir bernama Zun Nun al-Misri ,katanya - "Sesungguhnya ALLAH menyimpan 3 perkara dalam 3 perkara . ALLAH menyimpan kemurkaan dalam kemaksiatan , menyimpan keredhaan dalam ketaatan dan menyimpan walinya di antara sekalian manusia. Maka janganlah engkau meremehkan maksiat walau sekecil apa pun, sebab siapa tahu dalamnya terdapat murka ALLAH. Janganlah engkau meremehkan ketaatan walau sekecil apa pun, sebab siapa tahu dalamnya terdapat redha ALLAH. Janganlah engkau menghina hamba ALLAH, walau seorang pun, sebab siapa tahu, entah-entah dia wali ALLAH ."

Maaflah, kadang-kadang orang bagi kita tak hargai,kan? Tapi kalau bagi tu biarlah dengan cara yang betul, insyaallah semuanya akan okkay punya!:-)

p/s:  Terima kasih, tolong, minta maaf - tiga perkara kecil yang ramai orang lupa.

Ini Artikel lama . [ Repost ]







Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top