Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Puisi kata lalu ini di kedepankan kerana hati seakan mengalami frasa ulangan.



Satu satu aku duduk depankan.
Kenangan lurus, tragedi senget dan luka semalam
Aku susun carik-carik kecil ditelapak tangan .

Aku mahu semua.
Tolong jangan tertinggalkan .
Aku mahu yang himesfera,
yang segi-segi,
yang berkaca - SEMUA kan aku kata?

Lagak macam ku terfahamkan .
Gaya macam ku memilikkan .
Konon sajalah .

Mahu tidak dilepas
Tarik tidak, sorong pun tidak
Aku cop mana-mana yang mahu - beri - minta

Pendam diam saja di sana,
simpan dalam lagilah di sini,
tak terkesiankan mereka?
Aku sorok rasa
Pasti kuterperasankan.

Tapi ku diam.
Tetap.
Walau tahu salah.

Buat diri, jangan cicir apa yang dikendong ,
kelak yang tinggal hanya bebayang , tahu !

Yalah, dasar manusia nafsu tertamakkan
kasih semua orang .

Sedarlah wahai diri .
Kau tak hebat mana - berangan saja lebih .


p/s:

buat diri sendiri ,jangan tamak .

maaf.



Agak sukar untuk aksara itu terluah . Mahu mencari senyum pun rasa tak larat . Lupa entah letak di mana. Suasana tegang dalam jiwa itu cuba didiamkan.

"Anem ok?

"Ayat Anem ke ni?"

"Ada masalah, share tau"

Dua tiga sahabat mahu meminjamkan bahu. Jeda kata seketika. Berhari baru bibir berani melontar kata.

"Ini rasa hati, tentang perasaan,"

Coretan-coretan amukan dan luahan kebudakan di facebook itu, Anem buang jauh jauh. Segan pula bila orang lihat kita jatuh . Lagi segan pada orang yang ditujukan, sedangkan dia dipihak baik yang tidak mahu mainkan perasaan . Hanya berbekal kejujuran, Anem melabel dia dengan pelbagai sangkaan . Diri sendiri memang selalu khilaf . Malu jika terkenangkan :(

Belek-belek blog sendiri , tinta lama Anem, rindu pula pada diri sendiri yang optimis, positif itu.

Ye Anem, awak boleh! Awak kuat !
La tahzan !

Kekhilafan peribadi akhirnya memakan diri. Ikhlasnya, jika diberi peluang sekali lagi, Anem mahu mengubah keadaan. Anem sedar Anem punyai banyak kelemahan , seringkali melakukan kesilapan. Anem mahu cuba perbetulkan, mahu menjadikan semuanya lebih baik. Apapun Anem sedar ,  kini cuma tinggal hanya doa dan harapan . Selain usaha berterusan. Maafkan silap salah Anem, ya?


P/S: JANJI untuk tidak lagi emo emo di status facebook terbuka :(

.


Hari lalu seperti biasa diri menemani ibu dan adik ke rumah itu .Dan diri pun menunggu diluar. Masa mula duduk termenggu di sudut tepi buaian lagi diri mulai senyap . Hati jadi kelam dan sepi . Terjeda lagi . Diri melihat diri yang terkadang mengeluh . Alahai hanya sedikit terjatuh . Dan dia - sakit parahnya masih sudi hulur senyum .Sementelah kulihat lagi seorang yang tak berapa cukupnya menegur semua yang dijumpa. Yang jawab macam terima ikhlas tidaknya . Ya,  sesedih itu ku memikir. Tak cukupkah diriku yang sihat ? Ada anggotanya , ada hidupnya , yang masih berpeluang layan apa aku suka, malah masih ada yang sudi mendengar apa aku rasa ?

Tapi - aku memang tak sedar diri lagaknya - tak bersyukur apa aku ada.
Gila ke apa - tak perasan diri tak mampu hidup selamanya !


Diri , di tempat yang orang lain kita tertunduk tengok ke bawah, dan kita pula berdiri megah - kita patut sedar,  bila-bila masa kita mampu rebah .Beringatlah ..




p/s : AL-fatihah untuk ramainya jiwa yang telah pergi tahun ini.
 Semoga semuanya dirahmati dan dipermudahkan . 
Insyaallah, Amin .


Harapan peribadi - semua orang ada. Semua insan ada harap dalam jiwa. Ada yang mula berharap, ada yang masih berharap pada yang tak sudi. , ada dah berhenti berharap, ada yang jangan haraplah. Harap macam-macam .

Untuk semuanya, kerana pengalaman dan rasa hati kita yang suka dan mahu lagi cuba , harapan masih disandarkan. Bila memilih berhenti saja berharap, semuanya terpadam.Cukuplah, doa dan segala usaha.

Untuk yang kuat, teruslah berjuang dalam pengharapan.  Untuk semua sahabat, ucapan dan kata selamat ini Anem hadiahkan : selamat bertemu, selamat berdua *bertiga juga* , serta selamat untuk semuanya. Pada yang menyarung cincin, mahupun akan berpelamin *mungkin sudah* - selamat selamat.

Semoga kita semua terselamat daripada terjatuh ke satu hubungan pendek, Semoga selamat hati-hati kita dalam mencari jalan yang lebih baik.

Sahabat, maaf untuk semua jiwa kecil yang pernah terasa.
Sahabat,semoga kamu masih tak unfriend diri dalam sanubari raga.
Sahabat , terima kasih kerana buat ku rasa hebat. *kadangkala*

Sekali sahabat, selamanya sahabat.(InsyaALLAH). Semoga semua jiwa berbahagia.

Nota : Susah nak jumpa kawan yang ikhlas mahu kita dapat kebaikan, kalau jumpa, sila simpan . 

*Ini entri tentang RINDU. *



Ini kisah bukan ahmad albab yang punya. Coretan dasar dalam persegi ini dari hati untuk insan yang bijak mencuri. Mencuri rasa diri. Diri wajar dipersalahkan jika gagal untuk menjadi insan yang menghargai apa di depan mata, untuk terus merasa apa yang ada di dalam jiwa.

Sudah tertamat pada Mei lalu.Segalanya akan dikenang dalam kalbu.Terima kasih buat Kamu  :)

Bermula.

Sendu aku di simpang sayu itu , dilayan dia.
Dia dengar dan beri kata untuk kuatkan raga.

Katanya kena kuat harungi segala,
sentiasa dia ada, walau teman melawan kata.

Hmmm..

Kalau ikut jiwa dan rasa hati,
aku mahu dia tahu aku terlalu menyayangi..

Kalau ikut jiwa dan rasa hati,
Aku mahu perkenalkan dia pada semua isi bumi..

Kalau ikut jiwa dan rasa hati,
Aku mahu dia disini, teman aku di sisi..

Kalau ikut jiwa dan rasa hati,
aku mahu peluk dia dan tak mahu lepas lari..

Tapi semua itu kalau aku ikutkan jiwa dan rasa hati,
kerana aku sering mengingatkan diri, jangan terlalu dalam berkehendaki,
Jangan! Namun dia tetap bertahan dengan segala isi hati,
Untuk terus menyentuh sanubari..

Katanya lagi, yang dalam hati biar dalam hati..

Untuk dia yang baca ini :

Terima kasih untuk dua juta lima puluh kali .
Sayang kamu yang sangat sayang diri ini.
Dan akhir sekali,selamat hari disambut kebumi ! ;D

T_T

p/s: Alah ! Coretan ni, tak sehebat helaian Cinta peribadi -  tulisan comot Fynn Jamal itu ;D







Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top