Showing posts with label fidyah. Show all posts
Showing posts with label fidyah. Show all posts

Soal jawab berkaitan Puasa Ganti dan Fidyah



FAQ Ganti & FIdyah 











Soal Jawab Puasa ganti dan Puasa Qada'


1- Bolehkah puasa ganti hari jumaat? 

J: Puasa ganti pada hari jumaat adalah dibolehkan. Berbeza dengan puasa sunat, maka ini ada perbincangan yang lebih lanjut, saya ada tulis di sini: https://x.com/Muzuzxck/status/1660620647138230273?s=20


2- Bolehkah puasa ganti pada bulan Rejab & Sya'ban? 

J: Boleh dan mesti kita percepatkan ganti puasa itu sebelum tibanya Ramadan akan datang 


3- Adakah mesti diniatkan pada waktu malam atau waktu sahur untuk puasa ganti? 

J: Ya, dalam mazhab Shāfiʿī, niat bagi puasa yang wajib mesti diniatkan pada waktu malam atau sebelum masuknya waktu subuh. Puasa ganti termasuk dari puasa yang wajib, maka mesti diniatkan pada waktu malam sebelumnya, paling akhir adalah sebelum waktu subuh masuk. 

Berbeza dengan puasa sunat yang dibenarkan untuk kita berniat (jika masih belum buat perkara membatalkan) selagi masih belum masuk waktu zohor. 


4- Bolehkah gabung puasa ganti dengan puasa hari Isnin atau sunat-sunat yang lain? 

J: Boleh, namun lebih utama dan afdhal adalah DIASINGKAN antara puasa ganti dan sunat 


5- Bolehkah berbuka puasa tanpa keuzuran ketika puasa ganti? 

J: Tidak boleh berbuka puasa tanpa keuzuran ketika puasa ganti kerana termasuk puasa wajib, maka tidak boleh dibatalkan puasa wajib sewenangnya, bahkan dimasukkan dalam kategori dosa besar menurut Shaykh Zakariyyā al-Anṣārī.


6- Bolehkah puasa ganti selepas 15 Sya'ban? 

J: Boleh dan mesti dia puasa ganti walaupun setelah 15 Sya'ban, tiada halangan buatnya.


Wallahu a'lam. 


Rujukan dan pautan asal:

https://t.me/TheGardenofAlQuran









Berpuasa di bulan ramadhan adalah salah satu daripada rukun islam. Diwajibkan kepada semua umat islam (yang memenuhi syarat). Namun bagaimana pula jika wujud golongan yang dikatakan tidak boleh atau tidak wajib berpuasa itu? Jom kita semak (ulangkaji semula).

Syarat sah puasa:
- Beragama islam
- Berakal
- Tidak dalam haid, nifas, wiladah (darah ketika melahirkan anak bagi kaum wanita)
- Hari yang sah berpuasa

Syarat wajib puasa:
- Beragama Islam
- Baligh (telah mencapai umur dewasa)
- Berakal
- Berupaya untuk mengerjakannya
- Sihat
- Tidak Musafir


Mereka yang dibolehkan tidak berpuasa:

1. Golongan yang wajib qada' tanpa perlu bayar fidyah
- Haid, nifas, sakit, bermusafir, pengsan (tidak sedarkan diri)

2. Orang yang tidak perlu qada' tetapi wajib bayar fidyah
- Orang tua yang sudah tidak mampu berpuasa

3. Orang yang tidak perlu qada' mahupun fidyah
- Orang gila

4. Orang yang wajib qada' dan fidyah
- Wanita mengandung yang berbuka kerana bimbang keadaan anak
- Wanita yang menyusukan anak yang berbuka bimbang keadaan anak
- Orang yang ada puasa qada' tetapi tidak menggantikan sehingga memasuki ramadhan yang akan datang

Qada: gantikan puasa itu, niat saya ada kongsikan di artikel ini.
Fidyah bermaksud: Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan. Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk).

- Maksud fidyah dan cara kiraan: http://www.zakat.com.my/info-zakat/fidyah/

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183)

Jika ada soal-jawab keadaan tertentu batal puasa / tak boleh lihat sini: http://ummuzar.blogspot.my


Rujukan: Majalah Solusi 97, 
Pintar Fiqah, ms: 71.









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top