Showing posts with label hubungan dengan Allah. Show all posts
Showing posts with label hubungan dengan Allah. Show all posts


Daripada Abu Hurairah beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:

رُبَّ أشعثَ أغبَرَ مدفوعٍ بالأبواب، لو أقسَمَ على الله لَأَبَرَّهُ

“Boleh jadi orang yang rambutnya kusut masai, penuh debu, dan sering dihalau di pintu-pintu, sekiranya dia bersumpah atas nama Allah, Allah pasti memakbulkannya." (Riwayat Muslim).

Maksud madfu’ bi al-abwab dalam hadis di atas adalah dia sering dihalau di pintu-pintu kerana tiada kedudukan atau pengaruh di mata manusia.

Hadis ini menggambarkan seseorang yang miskin dan tidak dipedulikan oleh masyarakat kerana penampilannya yang tidak terurus dan kedudukannya yang rendah. Namun, di sisi Allah SWT, dia memiliki kedudukan yang tinggi kerana ketaqwaannya.

Sekiranya dia bersumpah atas nama Allah untuk sesuatu perkara, Allah akan memenuhi sumpahnya. Sekiranya dia berdoa, pasti Allah makbulkan. Hal ini kerana keikhlasannya, kedudukannya di sisi Allah, dan amalannya yang selari dengan keredaan Allah.

Apa jua kedudukan seseorang samada penjual “es teh” atau jutawan, tiada yang membezakan keduanya kecuali taqwa kepada Allah.


*Tahniah dan terima kasih juga untuk yang sudi membantu, dan mendoakan mangsa banjir di Malaysia ini. 

وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ


“..dan Allah sentiasa menolong hamba-Nya selama mana dia menolong sesamanya” [HR Ahmad] 



Habluminallah Habluminannas. 

Sumber:

https://x.com/drzul_albakri/

Gambar:- @/alfinrizalisme




gambar oleh brotherhood arts

Mahu mendapat cinta yang maha cinta bukanlah mudah . Perlu istiqamah dan terus penuh dengan rasa sayang yang ikhlas. Sebab tak kenal maka tak cinta, mari kita kenal Allah maka berusahalah mengejar cintaNya . Jom !

- Membaca , merenungi dan memahami makna Al-Quran. 
- Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah yang sunnah, setelah wajib. Kita bukan hanya mahu mendapatkan kecintaanNya dan bukan hanya sekadar pencinta.
- Terus- menerus mengingati Allah dalam setiap keadaan , dengan hati, lisan dan perbuatan. Bertambahnya kadar ingatan kita, bertambahnya kecintaan kita.
- Mendahulukan kecintaan terhadap Allah lebih daripada kecintaan dirinya sendiri
- Merenungi, memerhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah. Supaya makin mencintaiNya.
- Memerhatikan kebaikan, nikmat dan kurnia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat zahir dan batin.
- Menghadirkan hati secara keseluruhan tatkala melakukan ketaatan kepada Allah
- Menyendiri dengan Allah saat sepertiga malam. Bermunajat , baca Al-Quran,istighfar dan bertaubat padaNya.
-  Duduk bersama orang yang mencintai Allah dan orang yang benar, mengambil hikmah daripada mereka dan tidak mengeluarkan kata-kata kecuali yang akan menambah kemanfaatan baginya dan juga orang lain.
- Menjauhi segala sebab yang dapat menjad penghalang di antara dirinya dan Allah Taala

Semoga berjaya , jom soleh dan solehah sama-sama :)







Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top