Showing posts with label cinta halal. Show all posts
Showing posts with label cinta halal. Show all posts



Cinta tak salah. Ingin disayangi dan ingin menyayangi adalah fitrah yang dicipta Allah. Kalau kita bermasalah dengan jodoh : cuba lihat hubungan dengan Allah dan hubungan dengan ibubapa. Betulkan balik jika rasa ada masalah.

Penulisan berkaitan dalam blog ini:

Cinta ada tiga :
  • Cinta Agung
  • Cinta Pertengahan
  • Cinta Hina

Ciri-ciri cinta sejati : - Kerana Allah. Tengok dia ingat Allah. - Terjaga batas pergaulan berdua. - Dapat restu ibubapa.

  Ciri-ciri cinta nafsu : - Buat lupa pada Allah, lupa solat. - Tak jaga batas pergaulan - Restu tak dapat. - Terjebak buat yang tidak tidak
  • Allah cipta semua berpasangan. Semua ada jodoh. Jika lihat ada insan yang tiada yang berjodoh di dunia. Insyaallah ada jodoh dia di syurga. Allah simpan.
  • Jodoh memang ada di syurga. Tapi janganlah sampai tak nak kahwin. Dan jangan putus asa, berusahalah terus sehingga hembusan nafas terakhir .
  • Bukan nak buat pilihan saja, nak buat apa-apa pun Nabi galakkan kita solat istikharah untuk dipermudah. Dan keputusannya bukanlah cepat.
  • Bab jodoh ni memang kena pilih. Niat baik , insyaallah akan dapat jodoh yang baik. Teruskan berdoa dan berusaha.

Tanda jawapan istikharah adalah berbeza bagi semua orang. 
Ada 4 tanda - Ketenangan hati - Kecenderungan - Ilham dari Allah - Dapat mimpi


Cara untuk menarik magnet jodoh ni ; 
- Jaga hubungan dengan Allah
- Jaga hubungan dengan ibubapa
- Jaga hubungan dengan manusia
- Perlu baiki diri kita juga
- Suka menolong orang
- Selalu bersihkan hati
- Buat Solat hajat
- Buat Puasa hajat (untuk hari lahir terutamanya)
- Suruh alim doa.
- Suruh saudara-mara doa.
- Sambung hubungan siraturrahim
- Dan usah putus asa.

 Tanda jodoh serasi
- Rasa bahagia
- Boleh bertolak ansur walau berbeza sikap
- Dengannya kita merasa tenang
- Dia selalu ada disisi terutama waktu susah
- Buat kita rasa selamat
- Dan perkahwinan dengannya akan menyebabkan makin dekat dengan Allah
 - Ketawa menangis bersama-sama
“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Tadi Ustazah minta amalkan ayat 39 Surah Taha & ayat 4 Surah Yusuf . Bagi orang sayang dengan kita. Tapi sikap kita pun kena perbaiki juga :)

 - rujuk ni untuk doa lain : aishahjoe.blogspot

 Nota : Buat adik-adik yang sekolah lagi , fokus. Jodoh tu kerja Allah. Kerja sekarang belajar. Sambil-sambil tu  tak jamin tapi ingatlah selalu harapan mak ayah. Mana kita perlu utamakan, utamakan. Ada jodoh tu, ada. Tak ke mana. Untuk semua, usaha dan doakanlah yang baik-baik. Terus.


gambar oleh brotherhood arts

Mahu mendapat cinta yang maha cinta bukanlah mudah . Perlu istiqamah dan terus penuh dengan rasa sayang yang ikhlas. Sebab tak kenal maka tak cinta, mari kita kenal Allah maka berusahalah mengejar cintaNya . Jom !

- Membaca , merenungi dan memahami makna Al-Quran. 
- Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah yang sunnah, setelah wajib. Kita bukan hanya mahu mendapatkan kecintaanNya dan bukan hanya sekadar pencinta.
- Terus- menerus mengingati Allah dalam setiap keadaan , dengan hati, lisan dan perbuatan. Bertambahnya kadar ingatan kita, bertambahnya kecintaan kita.
- Mendahulukan kecintaan terhadap Allah lebih daripada kecintaan dirinya sendiri
- Merenungi, memerhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah. Supaya makin mencintaiNya.
- Memerhatikan kebaikan, nikmat dan kurnia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat zahir dan batin.
- Menghadirkan hati secara keseluruhan tatkala melakukan ketaatan kepada Allah
- Menyendiri dengan Allah saat sepertiga malam. Bermunajat , baca Al-Quran,istighfar dan bertaubat padaNya.
-  Duduk bersama orang yang mencintai Allah dan orang yang benar, mengambil hikmah daripada mereka dan tidak mengeluarkan kata-kata kecuali yang akan menambah kemanfaatan baginya dan juga orang lain.
- Menjauhi segala sebab yang dapat menjad penghalang di antara dirinya dan Allah Taala

Semoga berjaya , jom soleh dan solehah sama-sama :)



Betul , jodoh ditangan Tuhan, Tapi untuk penulisan ni, Anem akan menulis secara peribadi berdasarkan pendapat dan pengalaman sekitar. Jadi kalau rasa "Tak setujulah, Anem !"- terus saja beri komen , Anem terima , bukan artikel ni saja, tapi secara keseluruhannya. Baik ,kita mulakan.
Separuh dari ibadah adalah dengan bernikah . Nikah , lafaz yang agung . Yang mampu buat perempuan menangis bila tok kadi atau hakim tanya sah ? Sah jawab saksi saksi balik.Ramai orang nak nikah , nak ada keluarga . Ye , ramai , bukan SEMUA . Sebab ada yang tidak meletakkan perkahwinan itu adalah satu perkara yang penting . Bagi mereka kahwin adalah perkara besar bagak , yang banyak hal kena settlekan dulu, then baru kahwin. Kena letak last - bagi sebahagian mereka. Wallahualam .


Ada kawan terdekat Anem , Anem bagi contoh, mereka belum lah sedia sangat nak buat kenduri bajet gini gini. Tapi niat nekad nak menghalalkan hubungan , jangan tak tahu, benda baik ni, cepat je ALLAH tolong, masa kenduri dipermudahkan , malah tiada masalah, dan duit orang sumbangkan , sedekah tu berganda dari bajet asal. Tak ke bahagia tu ? Syukur amat dia. Jadi, janganlah jadikan alasan duit tu terlalu sangat. Patutnya kalau diri tu tak bersedia, beritahu si dia, terus terang , masih suka ke idak, dan usahakan sedayanya dari segi persiapan emosi diri, rohani, fizikal selain material . Insyaallah , ada jalan - tak gitu ?

Dari Aisyah r.ha. sabda Nabi s.a.w., “Berkahwinlah kamu kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta dan boleh menjimatkan harta.”
(Riwayat Imam al-Bazzar)
Ok. Sebenarnya banyak sebab orang pilih untuk melambatkan kahwin. Jawapan popular pastinya soal kewangan , selain belum bertemu yang serasi bersama.

Alasan lain, ada yang memang taknak kahwin, selain pengalaman dilukakan , atau ada pengalaman keluarga yang mengecewakan , ada juga yang memang tidak mahu berkomitmen, merasakan boleh menjaga diri sendiri sudah mengindahkan hidup sendiri, jadi mereka tak memikirkan ini menjadi keutamaan . Paling selamba, kalau tiada yang menekan, saudara mara tak kata-kata, tak usik usik , family kurang perli perli, jadi lagi lah mereka rasa kahwin tak kahwin- sama je. Ada jodoh, ada, eh ! Siapa kata jodoh dah disiapkan , jadi kena tunggu je ? Salah tu .Kena usaha cari..
Sabda Nabi s.a.w.: “Sesiapa yang meninggalkan berkahwin kerana takut miskin, maka dia bukanlah daripada golonganku.” (Riwayat Abu Daud)
Then , ada juga yang  lambat kahwin, bukan sebab nak lambat . Tapi ada je halangan , family masih bergantung penuh ke dia lah, keadaan , si dia lah , timinglah . Kiranya nak nikah tu amatlah jauh jalan, ini pulak di namakan dugaan . Bukan sebab sengaja kan ? Jadi janganlah putus asa. Semua benda ada sebab. Jadi, redha dengan usaha, insyaallah ada jodoh , tetap di lorongkan. Walaupun macam macam pun rintangan. Betul, tak tipu.
“Barang siapa yang mampu, hendaklah dia berkahwin kerana dengan demikian dapat menundukkan penglihatan dan dapat memelihara kehormatannya. Dan barang siapa yang tidak mampu berkahwin, hendaklah ia berpuasa kerana puasa dapat menghalang keinginan nafsunya.” (Riwayat Ibn Mas’ud)

Jadi sekarang nak buat macamana ?  Fokus membentuk iman dulu , fokus menambah pendapatan dengan cara yang halal, insyaallah Tuhan akan permudahkan. Berdoalah , ni nak senang , tapi usaha kurang, doa pula jarang-jarang, macamana tuhan nak lapangkan ? Kan ? Jadi sendiri kena fikir siapa dan apa yang terbaik untuk diri. Renung renungkan .

Apa yang bestnya kahwin ni, selain sambung keturunan , nak mak ayah seronok ada cucu ni? Ia adalah sunnah Nabi , malahan kita dapat elak dosa yang tak patut. Boleh mengajar kita berdisplin dan seterusnya dapat memenuhi fitrah kita yang memerlukan perhatian dan kasih sayang. Jadinya, selamat pengantin baru kalian ! Semoga kekal ke akhir hayat, ameen :)

Bagaimana pula yang bujang atau berkahwin tapi tidak dikurniakan anak ?

Suatu hari dua sahabat Nabi s.a.w. datang bertemu Nabi mengadu anak-anak mereka mati ketika kecik. Maka Nabi bersabda ibu bapa yang anaknya mati kecik akan melalui titian sirat sepantas melafazkan sumpah sahaja..

Saidatina Aishah r.a. bertanya bagaimana pula dengan mereka yang bujang, berkahwin tetapi anak mereka tidak mati kecik atau pun berkahwin tetapi tidak dikurniakan anak? Jawab Nabi s.a.w.:"Aku yang akan menanti mereka di hadapan pintu syurga kelak"
*Senyum*


Terkadang bukan kita taknak cuma belum lagi :)


SUMBER GAMBAR : Diana amir & Dena Bahrin








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top