Showing posts with label taqwa. Show all posts
Showing posts with label taqwa. Show all posts


Daripada Abu Hurairah beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:

رُبَّ أشعثَ أغبَرَ مدفوعٍ بالأبواب، لو أقسَمَ على الله لَأَبَرَّهُ

“Boleh jadi orang yang rambutnya kusut masai, penuh debu, dan sering dihalau di pintu-pintu, sekiranya dia bersumpah atas nama Allah, Allah pasti memakbulkannya." (Riwayat Muslim).

Maksud madfu’ bi al-abwab dalam hadis di atas adalah dia sering dihalau di pintu-pintu kerana tiada kedudukan atau pengaruh di mata manusia.

Hadis ini menggambarkan seseorang yang miskin dan tidak dipedulikan oleh masyarakat kerana penampilannya yang tidak terurus dan kedudukannya yang rendah. Namun, di sisi Allah SWT, dia memiliki kedudukan yang tinggi kerana ketaqwaannya.

Sekiranya dia bersumpah atas nama Allah untuk sesuatu perkara, Allah akan memenuhi sumpahnya. Sekiranya dia berdoa, pasti Allah makbulkan. Hal ini kerana keikhlasannya, kedudukannya di sisi Allah, dan amalannya yang selari dengan keredaan Allah.

Apa jua kedudukan seseorang samada penjual “es teh” atau jutawan, tiada yang membezakan keduanya kecuali taqwa kepada Allah.


*Tahniah dan terima kasih juga untuk yang sudi membantu, dan mendoakan mangsa banjir di Malaysia ini. 

وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ


“..dan Allah sentiasa menolong hamba-Nya selama mana dia menolong sesamanya” [HR Ahmad] 



Habluminallah Habluminannas. 

Sumber:

https://x.com/drzul_albakri/

Gambar:- @/alfinrizalisme





Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan agama yang disiarkan di televisyen sepanjang Disember 2016. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. (Rancangan Nasi Lemak Kopi O)
  • Rezeki murah jika berpagi.
  • Bukan keberadaan binatang murah rezeki. Tapi sebab kita jaga makhluk Allah.
  • Ayam berkokok nampak malaikat. Doalah. Jika malam anjing menyalak memalam dia nampak makhluk halus. Taawuz.
Rezeki nak berkat:
- Niat baik
- Jalankan tanggungjawab sebagai hamba.
- Rasa kekayaan hati.
- Zakat.
- Sedekah.
  • Tak apa terima daripada bukan muslim.
  • Jangan beli patung untuk memuliakan. Kanak-kanak lain. Beli dia main. Campak.

Tanyalah Ustaz.

- Jangan zalimi binatang
- Serah pada yang ada ilmunya.
- Yang graduate dalam bidang hadis belum tentu muhadis. Yang tak graduate mungkin muhadis.

--- Berbalik pada Dia.

Klinik Dhijrah

  • Anak istimewa kenalkan pada saudara. Biar faham.
  • Sabar mendidik isteri.

- Kena step by step.
- Sabar memang penting.
- Manusia pelupa perlu diperingatkan.

Nak didik cara Nabi ikut sunnah.
- Kena banyakkan membaca (hadis)
- Baca sirah

  • Saling tolong dalam menjadi orang bertaqwa.
  • Taat dengan suami selagi tak buat dosa. Memang penat sikit tapi akan masuk syurga.
  • Buat apa yang Allah suruh. Suami tunjuk contoh yang baik.
  • Sedangkan lidah lagi tergigit. Kena hormat.
  • Cakap baik-baik. Terus-terang. Sabar. Kawal emosi. Elak gaduh. Dan cuba faham.

Kena ada tolak-ansur.
- Berbincang.
- Banyakkan berzikir
- Jangan lari.

  • Biasa dengar dan baca Al-Quran.
  • Dari awal. Lelaki kena ada prinsip.

Allah Maha Suci. Bebas daripada kecacatan dan kekurangan.

Klinik Dhijrah (Taqwa)

  • Baca Quran ketika kita baca, ibarat dia sedang berbicara dengan kita.
  • Baca kaya pahala. Nak kaya betul kena usaha dan tahu apa yang diutamakan.
  • Jangan kufur.

Tanyalah Ustaz (Murah Rezeki)

Bila ada ilmu, amal. Lepas amal, kena ikhlas.

Klinik Dhijrah (remeh temeh masyarakat majmuk)

  • Kalau kita pemimpin kitalah yang jangan mulakan salam dengan bukan mahram.
  • Kalau kita yang akan disalam siap ambil wuduk atau pakai sarung tangan.
  • Hormat al-Quran.
  • Nak bagi bukan islam baca elok baca tafsir.
  • Peluang dakwah jangan lepaskan.
  • Elak pegang ayat di skrin. Jaga-jaga.
  • Cuti perayaan bukan sambut pergi. Cuti sahaja.
  • Bersama-sama sambut tak boleh. Tak boleh samakan agama.
  • Permudahkan Nabi suruh. Sebab mereka tak faham.
  • Teknik cerita kena betul.
  • Ada pilihan kedai islam tak. Pilih yang takdak berhala. Harus berdandan dengan bukan islam takdak masalah.
  • Bukan islam pun ada hak sebagai jiran.

Tanyalah ustaz. (Siraturrahim)

  • Allah muliakan Fatimah dengan dia tak pernah haid.
  • Nabi pesan pada Fatimah maafkan semua orang. Hutang perlu dibayar. Cuma nak tenang dah dimaafkan.
  • Panjang umur.
  • Ahsanti -bagus kamu.
  • Buat baik dengan orang.
  • Bagi hadiah. Sambung siraturrahim.
  • Siapalah kita untuk tak memaafkan.
  • Allah bagi ilmu.

--Tutur kata kita.
--Nasihat juga sedekah.

Tanyalah ustaz (jujur dan amanah)
  • Banyakkan ilmu
  • Jaga kesihatan
  • Jaga kebersihan
  • Masukkan sifat mahmudah dalam hati.
  • Kena tanggungjawab isteri kepada suami. Suami kepada isteri.
- Jujur bertempat.
- Pilih perkataan yang baik-baik.
- Melihat kepentingan suasana yang ada. Jangan marah depan orang.
- Dengan siapa kita bercakap.
  • Tipu boleh untuk elak orang bertelagah.
  • Kena senyum.
  • Kadangkala orang tak jujur ni sebab dia jahil. Tak tahu benda ni tipu.

Klinik dihijrah (Indahnya Bersama Allah)
  • Manusia kena dipandu.
  • Orang kenal Allah, makin tunduk dia dalam ibadah.
  • Awal agama, mengenal Allah.
  • Motivasi.
  • Melakukan ketaatan kepada Allah.
  • Ibadah adalah solusi kepada keisauan, keresahan.
  • Sebut kalimah touyibah. La ila ha illallah.
  • Yang perlu diimani dalam diri kita, Allah wujud. Dan berkuasa mencipta apapun.
  • Dia Maha Hebat.
  • 6 hari cipta langit dan bumi sebab dia bijaksana. Santun dan lemah lembut. Dia ada peraturan.
  • Dia bukan saja mencipta. Tapi Dia penuh kelembutan. Ada displinnya. Sunnah alam.
  • Nabi beribadah sebab dia juga seorang hamba. Hamba yang bersyukur.
  • Kehendak Allah nak jadikan sesuatu. Ikut Dia. Makhluk dengan sifat makhluknya.

Bahruddin Bekri menulis

Tahu sebab apa Allah tak beri kemenangan sekarang?"

"Sebab Allah mahu beri kemenangan yang lebih besar!"


***

Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.

Maaf dan terima kasih.



Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan agama yang disiarkan di televisyen sepanjang Jun 2016. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.


NIAT

Amalan tak lepas dari:
- Riak.
- Ikhlas.
- Ibadah campur riak. (Kerja tapi pengharapan).

Syarat:
- Pastikan tak langgar syariat
- Jangan menidakkan hak orang
- Niat
- Qanaah (rendah hati). Orang paling berguna pada manusia. Banyak beri daripada meminta.
Nabi sentiasa memuaskan hati orang.

Kita tak boleh paksa orang untuk selesa dengan kita / sayang kita. Tapi kita boleh berusaha dan berdoa untuk itu.

Kalau kita ikhlas buat kerana Allah. Allah akan buka hati manusia. :)

MAHRAM

Kalau seseorang anak sedara itu jadi anak sedara sebab wujudnya suami / isteri maka mereka bukan mahram. Boleh kahwin lepas pasangan takdak. Anak adik-beradik boleh salam. Tapi anak kepada ex-ipar tak boleh.

Kalau lama tak jumpa ayah berpisah. Cari di internet, polis dan media tak jumpa hari nak dekat nikah, tu baru boleh jatuh kepada adik beradik walinya dan baru kepada hakim.

USAHA, DAKWAH & AKHIRAT

Kita perlu usaha. Teruskan tanggungjawab kita ajar dan sebagai penyampai. Yang tentukan terima dan berjaya, buka hati ni bukan kita, tapi Tuhan.

* Tiada lagi pusingan U
  • Ingat Allah
  • Baca Quran
  • Ingat Mati
**
  • Dunia ini persinggahan, bukan tujuan..
  • Kita warga akhirat.
  • Mati dan hidup wujud sebab nak tunjuk semua ada permulaan dan akhir.
  • Hidup dua kali. Satu lagi di akhirat. Mati tu pemisah dunia dan akhirat.
  • Dunia tempat bercucuk tanam. Tuai hasil di akhirat.
  • Allah nak tengok siapa yang taat dengan Dia. Tuhan tak tengok siapa yang berceramah paling banyak. Bukan yang paling banyak ajar orang. Tak. Tuhan tengok siapa paling banyak beramal.
  • Yang buat, jangan hina orang tak buat maulid.
  • Kalau orang ikhlas, dia akan buat sesuatu kerana Allah. Kalau dia tak buat sesuatu pun kerana Allah.
  • Buat amal kerana orang, salah. Itu syirik. Tinggalkan amalan kerana orang salah, itu riak.

Mati mulia.
- Mati mengucap kalimah syahadah.
- Dahinya berpeluh. Pertama kerana dia malu kepada Allah. Kerana menanggung kepayahan nak mati.
- Sedang beramal soleh.
  • Elak menjerit jerit meratap bila orang meninggal.
  • Berkawan dengan orang baik-baik. Orang yang benar.
  • Rupa malaikat maut mencabut nyawa orang baik boleh lihat dia dalam keadaan baik. Jangan bimbang malaikat kata.
  • Doa- Minta berlindung daripada fitnah dajjal.
  • Amalkan zikir pagi dan petang (ada dalam maksurat).
  • Hadiah orang beriman adalah beriman. Sebab kekasih dia orang beriman.

KAYA HARTA, KAYA PAHALA.
  • Kita ni kadang sibuk sangat nak cakap bismillah pun kita lupa. Tak sempat.
  • Gunakan masa sebaik mungkin.
  • Kekayaan ni Tuhan bagi pinjam. Bila-bila dia boleh ambil.
  • Kejar akhirat, kejarlah. Tapi jangan sampai lupa nasib di dunia.
  • Tinggalkan dunia ni maksudnya tinggalkan mengejar benda yang menyesatkan dan melalaikan. Bukan tak fikir dunia langsung.
  • Pahala tak boleh kongsi. Tapi hasil perbuatan. Nak kongsi pahala, dengar ada orang susah; tolong sama-sama.
Jika mahu jadi jutawan pahala.:
- Melawat orang sakit.
- Buat orang gembira.

Sentiasa saling menegur. Agama itu nasihat. Menegur dengan kasih sayang.

Kaya juga ujian.

SOLAT
  • Gementar apabila menyebut nama Allah.Dia khusyuk.
  • Lalai. Masuk neraka jenis lalai. Sukahati nak solat tak solat.
  • Solat tapi mengata. Sewajarnya solat berjaya bentuk diri dia. Perkara lain mungkin dia ada buat. Solat itu ada masalah. Buat dia menjauh. Tidak menambah.
  • Baik macamana pun perangai, solat tetap perlu solat.
  • Dunia tempat menuai.
  • Sumber makanan. 
  • Atau riak.
Solat diterima:
  • Sendirian pun buat.
  • Solat sebab rasa rendah diri.
  • Dia tak sombong.
  • Tak ulang. Jangan buka balik pekung. Biarlah. Mana ada manusia yang tidak berdosa. Biarlah antara kita dengan Allah. Manusia tak boleh beri apa. Allah yang Maha Pengampun. Yang mengata dia dapat dosa dia.
  • Orang munafik selalu tinggal solat subuh dan isyak.
  • Solat terawih bermaksud rehat. Buat laju-laju bukan bermaksud rehat.
  • Solat yang baik akan dapatkan ketenangan. Jika laju di mana tenangnya.
  • Tuhan beri yang terbaik.
  • Tuhan beri sebelum kita minta.
  • Tuhan beri kemaafan.
  • Niat solat perlu bersama-sama dengan takbir. Mukoronah. Namun kalau lafaz lain, niat betul ikut niat.
  • Kalau takut elak was was niat pendek pun okay.
  • Tangan di dada mazhab berbeza.
  • Ada kain di tangan tak apa perempuan.
  • Beradab dengan Tuhan. Kurang pahala kalau tak kusyuk solat.
  • Tengok tempat sujud.
RAMADHAN
  • Orang bersyukur ni, dia menghargai apa dia ada.
  • Nak mandi, mandilah sebelum ramadhan pada maghrib. Cuma jangan membazir dan minum waktu mandi.
  • Menjaga nikmat Tuhan. Syukur dan hargai. Serta guna untuk ke arah baik-baik.
  • Allah beri kita ruang beribadah.
  • Tenang solat. Jangan tergesa-gesa. Biar lama dalam solat bersama Allah tu.
  • Allah berselawat : Dia beri rahmat. Malaikat pula dia minta didoakan kebaikan.
  • Jangan sunnah menjadi punah.
  • Jangan buat benda yang mudarat banyak berbanding kelebihan.
  • Jangan banyak tidur waktu ramadhan.
  • Agama suruh tidur awal.
  • Makan beramai-ramai sunnah Nabi. Bukan dalam talam ja sunnah nabi.
  • Jangan tanya berapa kita nak dapat, cuma berapa kita beri.
  • 2,4,6,8. Tak larat 2 pun boleh. (Terawih)
  • Dalam hadis Nabi baca apa yang Nabi nak baca.
  • Tv adalah pencuri waktu paling hebat.
  • Masa kita ada satu saat ja. Kejap lagi belum tentu.
  • Banyakkan istighfar.
  • Mukjizat pada Al-Quran.
  • Puasa membentuk kita ikhlas. Sebab orang tak tahu kita puasa ke dak.
  • Elak sum'ah. Jangan cerita benda baik kita buat.
  • Jangan cakap takdak masa untuk beribadah. Sebab masa Allah bagi sama rata.
  • Taqwa; Tuhan bagi rezeki dan rasa nak buat baik dalam diri dia.
  • "Jika rasa bersalah, mintalah maaf. Ni bulan ramadhan, minta ja maaf, tak perlu tunggu raya. Jangan dijamak dosa setahun." - Ustaz Syamsul Debat.
  • 107-110 al-kahfi baca sebelum tidur.
  • Pada sahur ada sunnah Nabi.

BERSYUKUR & SEDEKAH  (USTAZ IZHAR)

Niat kita syukur sebab orang islam berjaya.
  • Lafaz syukur
  • Doa
  • Menghargai dengan sedekah.
  • Sedekah Tuhan gandakan 10.
  • 1-1 = 10. Ramadhan dilipat ganda jadi 70.
  • 9 syarat untuk dapat rezeki Allah.
  • - Yakin. (8) Berusaha yang ke (9).
  • Ramai orang berdoa tak yakin.
  • Dia rasa yang daripada Allah semua baik saja.
  • Tuhan beri rezeki yang tak disangka-sangka.
  • Tuhan ganti dalam bentuk yang lain. Rezeki ni luas maknanya. Berbeza-beza.
  • Sedekah bukti keimanan.
  • Beri sedekah jangan ditanya apa yang akan dibalas. Allah janji akan balas. Ikhlaskanlah.
  • Beri terbaik, akan dapat baik-baik.
  • "Nasihatkan buat benda baik itu okay. Bagus. Tapi jangan duk sibuk amal orang. Orang buat / beri banyak mana ikutlah ikhlas dia." - Ustaz.
  • Sedekah yang terbaik:
*Sedekah besar dalam bulan ramadhan.

*Sedekah di kala sihat dan diwaktu sayang nak memberi.

*Sedekah dalam terang atau sembunyi. Digalakkan sembunyi.
  • Jangan tunggu kaya baru nak bagi.
  • Kau tak habis pun semua kalau nak kedekut sangat.
  • Sedekahlah sebelum Tuhan ambil nyawa kita.
  • Pahala sedekah boleh jadi rosak jika mengungkit dan sakitkan hati penerima.
  • Ikhlas. Jangan ungkit. Jangan hina dan herdik.

Sekian. Sampaikan walau satu ayat. Jika ada penambahan atau kesalahan, boleh komen di bawah. Terima kasih.










Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top