Yeah! Boleh dah
upload foto daripada komputer kita terus ke instagram. Melalui artikel ini ada cara yang boleh digunakan hanya dengan melalui *
firefox atau chrome. Satu ketika dulu mungkin (jika ada) yang pernah guna laman web pihak ketiga seperti gramblr atau deksgram (sumber:
https://ihitthebutton.com). Kali ini kita hanya perlu menggunakan browser yang kita ada.
Saya kongsikan 2 cara untuk chrome, dan dua cara untuk firefox. Jika semua cara tak berjaya, mungkin akaun anda memang belum boleh ada setting ni. Selamat mencuba!
Upload gambar daripada pc ke instagram menggunakan google chrome.
Cara satu: Tanpa plugin tambahan.
2. Klik top menu View, kemudian pergi ke Developer & Developer Tools (shorcut ke sini: klik Ctrl-Shift-I)
3. Klik pada ikon '
Toggle device toolbar' di hujung kiri bawah, dan set kepada
mod iPhone mana kita nak contohnya.
4. Tekan ikon kamera
di tengah
5. Upload seperti biasa
Cara dua: Kalau cara pertama di atas tak boleh, gunakan ini; dengan plugin tambahan.
3. Pilih iPhone 6. Anda boleh kembali kepada asal dengan memilih Chrome > Default bila-bila masa.
4. Log in
instagram.com dan lihat! Sama macam di telefon, jadi
uploadlah seperti biasa.
Upload gambar daripada pc ke instagram menggunakan firefox
Cara satu: Tanpa plugin tambahan.
1. Log in dulu
instagram.com.
1. Klik
Ctrl+ Shift + M (Untuk ke Responsive Design Mode). Namun
waktu ini selain pilih saiz untuk view, anda akan dapati belum keluar lagi
fungsi
upload.
2. Cari
user agent ni:
https://developer.chrome.com/multidevice/user-agent
3. Pilih
Chrome for Android -> Phone UA, copy kod di situ
dan kemudian dekat laman web instagram, atas tu ada
ruang kosong perkataan user agent,
paste di situ kod tadi,
enter dan klik tempat lain (dalam page sama), tadaaa! Ada fungsi
upload dah, nah boleh
upload macam biasa.
Cara dua: Kalau cara pertama di atas tak boleh, gunakan ini; dengan plugin tambahan.
1. Kena install add-on
User Agent Switcher. Klik pada add to firefox.
2. Kemudian di belah kanan atas pilih apple.
3. Dan
log in instagram.com. Lihat sudah ada simbol untuk muat naik (pilih ikon bawah
page yang di tengah).
4. Selepas memilih gambar klik saja
pada next (tak dapat
crop di pc), jadi terlihat ruangan caption. Tulislah apa kita nak seperti biasa. Selepas itu dah boleh
update!
5. Jangan lupa klik pada ikon atas kiri tu (rujuk nombor 2) untuk kembali ke keadaan asal laman web.
Cara begini sangatlah memudahkan jurugambar atau ahli
perniagaan, sekurang-kurangnya, tidaklah perlu buat kerja dua kali jika
mahu gambar yang diambil melalui kamera kemudian bawa ke telefon untuk dikongsi di instagram.
Nota: Cara semua di atas ini hanya boleh upload dan letak caption sahaja. Fungsi editing tidak ada. Jadi semak semula betul-betul caption sebelum kongsi, namun jika mahu edit juga perlu buka aplikasi instagram di telefon kemudian.
*Mungkin browser lain boleh juga. Boleh cari dan cuba.
// Perkongsian: Nah, jika di telefon tidak mahu
install instagram (berat misalnya), dah boleh terus
log in dengan
browser yang ada di telefon. -
https://amanz.my/. Sekian.