Showing posts with label Quotes. Show all posts
Showing posts with label Quotes. Show all posts

Paling tersentuh ketika menonton siri K-Drama Thirty Nine episod akhir di Netflix ini bukanlah waktu perpisahan itu benar berlaku (mungkin watak dan penonton pun dah sedia untuk itu), tapi fasa selepasnya. Fasa rindu yang tak habis-habis dan kenangan yang tak akan pernah hilang.

Chan Young siap sediakan video ucapan dan kata-kata semangat ya (memang sangat kenal dah, tahu kurang lemah masing-masing), jika sahabatnya nanti (Mi-Jo) stuggle/breakdown sewaktu fasa awal ketiadaannya di dunia.

Benarlah cinta itu adalah di mana hati kita berada.

Move on bukanlah tentang melupakan, tapi tentang sejauh mana kita terbiasa dengan hal yang dulu ada tiba-tiba tiada.

Watak-watak dalam KDrama Thirty Nine ini:
  • JeonMiDo 
  • KimJiHyun 
  • SonYeJin

Di bawah adalah quotes (petikan atau kutipan dialog serta skrip drama ini).

Mak dan Mijo:

-"You're old enough to know that life isn't all peachy. Everyone has a story.
- As I grew older, I realized no matter how tough life may be and no matter your story, you should never abondon your child."

Chanyoung 
- "Everyone dies. But I don't know what will happen to me once I die, and I think that's what scares me. "

Mijo
"- This is about the things we have lost. This is about you who we'll be losing. 
- This is about the things that won't come back. This is about our moments. "


#ThirtyNineEp11
#ThirtyNine #서른아홉

/

"Some days were clear and sunny, while some days were very overcast."

"To me, you are you're a very close friend and you're very precious to me. What I mean is you are also very dear to me."

"Do you think we'll get used to your absence? I dont think that day will ever come. "

#ThirtyNineEp12 #ThirtyNineFinal
#ThirtyNine #서른아홉

- I thought of various possibilities before meeting her. 
- Right. You studied natural science.
- What does that have to do with this? Focus, will you? 
- Calculating probabilities, that's math.  
- Let's listen to her.

"My heart belongs to me. And Seon-u's belong to him. You can't blame us for falling in love. Likewise I don't blame you for being bothered by the fact that I was adopted." - Mijo

- "Mi-jo, remember what you said the stars, were so pretty that it made you sad?" 
- Yes
- I think I understand. 

#ThirtyNineEp9
#ThirtyNine #서른아홉


Episod 10

" When there's a lot on your mind, it's better to tire yourself out and get a good night's sleep."

"'He who dance must pay the piper - It means whoever create a mess should be the one to clean up."

#ThirtyNineEp10
#ThirtyNine #서른아홉

/

My favourite K-Drama lines/quotes (#ThirtyNine) --- a thread:

#AnemTonton📺
#Kdrama: #서른아홉
#JeonMiDo 
#KimJiHyun
#SonYeJin

“Some of us had a new beginning and some faced an end when we were thirty-nine.” – Cha Mijo

“Instead of worrying about the future, think about the good memories you had with her.” – Cha Mijo’s doctor

/

"I want you to be the happiest terminally ill person the world has ever seen.” – Cha Mijo

“I want to live the rest of my life as if I’m not sick and go when it’s time.” – Chanyoung


/

“Life is so capricious.” – Cha Mijo
“Let’s live in the present.” – Kim Seonu

“Instead of looking back, let’s just do everything that we’ve always wanted to do.” – Cha Mijo

/

"It’s not her fault. We’re just different.” – Hyunjoon

"Letting each other do whatever they want is respecting each other.” – Mijo’s father

“A true friend lets you know what’s right and wrong.” – Cha Mijo

/

“It’s always like this with parents and children. They fight like cats and dogs, but all it takes is a simple meal to reconcile.” – Seonu’s dad

#ThirtyNine #서른아홉

/

“Although you never grew inside my belly, I cared for you as if you did. That’s pretty much the same thing. Whether or not I was pregnant with you doesn’t really matter.” – Mijo’s mom

#ThirtyNine 
#서른아홉





Ini antara 34 mutiara kata Ustaz Dato' Ismail Kamus yang dapat saya (Zaim Zin) kumpulkan pagi ini.

Bacalah. Semoga ada yang memberi manfaat pada kita sebagai rantai pahala beliau.

1. "Dalam perjuangan, penat akan hilang, tetapi pahala akan berpanjangan"

2. "Memang baik menjadi orang penting. Tetapi lebih penting menjadi orang baik"

3. "Kita bukan gila kuasa. Tetapi kita mahu mengambil kuasa daripada orang gila"

4. "Bukan kematian itu yang harus ditakuti. Tetapi kehidupan setelah kematian itu lah yang harus ditakuti"

5. "Sedekah itu tabung akhirat. Jangan kita anggap yang sedikit tu sedikit. Walhal orang yang tidak memberi tu, lagi memiliki sedikit"

6. "Jangan jadi macam burung unta. Burung bukan, unta pun bukan. Sama macam manusia, nak kata islam pun bukan, bukan islam pun bukan. Waktu nikah islam, mati pun ikut islam. Tapi, masa hidup tak nak ikut islam"

7. "Dunia bukan tempat berehat, tetapi tempat beribadah"

8. "Boleh makan semua yang halal, tetapi jangan berlebihan"

9. "Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda"

10. “Bila kita tidur, jantung kita jalan. Bila kita berlari, jantung kita jalan. Bila kita berhenti, jantung kita jalan. Bila jantung kita berhenti, kita jalan"

11. “Kalau seksa neraka boleh dilihat dengan mata, masjid 16 tingkat pun takkan muat untuk jemaah untuk tunaikan solat”

12. "Azan bermula dengan Allahuakhbar untuk menyatakan pada kita bahawa yang sebenarnya Allah lah yang Maha Besar. Diikuti dengan pengakuan tuhan yang wajib disembah ialah Allah dan akui nabi Muhammad sebagai nabi Allah. Lepas tu baru laungan ajak solat"

13. "Ketika azan subuh kedengaran, berapa ramai yang hatinya tersentak untuk solat berjemaah? Berapa ramai yang melihat jemputan bilal tu sebagai jemputan akhirat?"

14. "Solat adalah kerehatan. Pasal ketika solat sepatutnya kita lupakan keresahan, kerisauan dan kepenatan dunia ni"

15. "Barangsiapa menanam padi, lalang akan tumbuh. Barangsiapa menanam lalang, padi tak akan tumbuh. Kalau cari akhirat, dunia akan dapat tetapi kalau cari dunia, akhirat tak akan dapat"

16. "Kita sedia maklum bahawa masa yang diperuntukkan oleh Allah kepada kita ada 3 sahaja. Iaitu, semalam, besok dan, hari ini. Yang semalam dah tak ada, yang besok belum tahu lagi, yang tentu ada sekarang. Maka kita gunakan masa yang sangat sedikit itu untuk mendekatkan diri kepada Allah"

17. "Ibadat jangan tunggu masa lapang. Kita yang melapangkan masa untuk ibadat"

18. "Amalkan setiap hari, solat berserta solat sunat. Baca AlQuran (pagi Yasin, malam pula AlMulk, AsSajadah, dan AlWaqiah). Zikir Allah (100 kali), tahlil (300 kali), selawat (100-1000 kali), istighfar (100 kali) dan sedekah"

19. "Tuntutlah ilmu kerana 3 tujuan.
1. menghilangkan kejahilan,
2. beramalah dengan ilmu tersebut; dan
3. mengajarkan orang dengan ilmu yg ada"

20. "Janganlah pula setelah berilmu, kita memperbodoh-bodohkan org lain"

21. "Jagalah hati sampai mati"

22. "Orang berakal wajib solat. Orang gila tak wajib solat. Orang tak solat orang gila"

23. "Yang suka asap ni, jin je"

24. "Jangan dipandang kepada berapa besar dosa yg dibuat tetapi pandanglah kepada siapa kita berbuat dosa itu"

25. "Sebenarnya duit yg kita derma itulah bahagian kita punya. Yang simpan dlm poket tu belum tentu lagi. Boleh jadi pomen punya, boleh jadi klinik punya, yg semestinya waris punya. Kita punya yg mana? Yg kita sedekah itulah yg kita punya"

26. "Dibimbangi maksiat kita membuatkan Allah murka kepada kita, walaupun maksiat itu kecil. Bimbang kita tak sempat bertaubat"

27. "Tidur itu mati sementara. Mati itu mati selama-lamanya"

28. "Cinta dan sayang pada Ulama’ kerana Ulama’ adalah pewaris Nabi"

29. "Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat"

30. Al fulusu fik Dunia, walmamfus fil ahirah... (gurau beliau yang ditujukan kepada yg suka rasuah)

31. "Naik sampan kecil pun laut berombak, naik kapal besar pun tetap laut itu berombak. Adakah kita mengelak ombak Tuan-tuan? Tidak, kita tetap belayar lautan berombak itu. Begitulah juga dalam perkahwinan, ada masalah jangan lari, lalui ombak yang tetap berombak itu"

32. "Beruk atas pokok, kalau angin ribut kencang lagi kuat dia peluk pokok tu. Tapi kalau angin sepoi-sepoi, boleh tertidur dan silap-silap jatuh beruk dari atas pokok. Dalam perkahwinan, jangan keras-keras, cakap kena lemah lembut. Para suami, ingat falsafah beruk ni"

33. "Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

34. "Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam AlQuran sebulan dua kali"

Beliau pergi pada hari yang mulia dalam bulan mulia.

Kaset dan CD ceramah beliau laku keras. Penampilan beliau dalam Forum Perdana Ehwal Islam dinantikan. Teknik ceramah beliau menjadi rujukan ramai penceramah dan orang baik-baik. Bersahaja, tetapi tegas.

Terima kasih. Semoga rohmu tenang di sana.

Bacakan AlFatihah buat beliau.

Selain saudara Zaim Zin, kata-kata ini juga diperolehi melalui sumber Facebook Bagan Datuk Kini.

"Buku pertama Fixi saya baca ialah Kelabu!" Banyak kali saya bertembung ayat serupa begini dengan pembaca atau pengumpul Buku terbitan Fixi. Dan kemudian kami akan berbual tentang koleksi buku Fixi yang lain. Buat anda yang belum pernah baca buku terbitan Fixi, sebenarnya ayat-ayat yang digunakan dalam buku terbitan mereka adalah sangat santai, isinya sederhana walaupun mungkin kadangkala sedikit moden dan berani (tetap ada tapisan walaupun untuk pembaca matang), namun kebanyakan jalan cerita mereka agak dekat dengan khalayak (realiti) dan mudah difahami. Sedap pun sedap! Baik, kita sambung review...


Kali ini (2019), saya membaca novel baru Nadia Khan berjudul Nikina. Nikina kelihatan asasnya novel cinta dan kahwin tapi bukan klise. Sangat realisik dan dekat dengan kita (penuh jiwa dan sedikit urban). Mengenali gaya Nadia Khan, kita tahu kita tidak akan berdepan dengan cerita biasa. Plot twist, ilmu baru dan debaran tetap ada (apatah lagi endingnya), walaupun kelihatan bersahaja jalan ceritanya. Ya, tipulah cerita Nadia Khan tak ada elemen kejutan!

Watak seorang wanita bijak, berani dan kuat semangat bernama Kina mengenalkan kita dengan sikap tidak putus asa dan penyayangnya. Begitu juga dengan jejaka baik yang realistik juga sedikit lucu, Dini dan lelaki penulis kegemaran ramai namun sangat pemikir; Nik. Ini kita belum bertembung lagi dengan watak Huda yang tegas dan ramai lagi manusia yang turut menyumbang kepada jalan cerita hidup kedua-dua watak utama.
“It’s Nik and Kina. Time and space are irrelevant - diorang akan selalu rapat.” - Huda
Kita akan lihat bagaimana cinta monyet menjadi cinta manusia dan bagaimana penerimaan orang sekeliling serta perjalanan keduanya dalam menghadapi hakikat hidup yang tak mudah seperti disangka dan diangankan ya adik-adik! Cakap memang sedap, tapi tak semudah yang perlu dihadap.

Baik, jom saya memetik sedikit kata-kata (quotes) melalui buku ini:
 KINA
  • "Whatever problems we have, we'll say it out to each other. Kita cuba selesaikan sama-sama. Jangan simpan-simpan, pendam-pendam ni semua takmoh. Okay?"
  • "I feel that as long as we don't give up on each other, we can do this."
  • "Just because you handle things your own way, doesn't mean you're not doing anything, sayang."
  • "... Sometimes I don't get why you care so much about what people say --- but that doesn't mean you need to stop being who you are."
NIK
  • "I've learned long ago to never pick a fight with a woman... Because even if you win, you won't like how it feels."
NADIA KHAN
  • Dalam dunia yang ideal, anak perempuan sepatutnya terjaga; bukannya kena sentiasa berjaga-jaga.
  • Kehidupan mengajar Kina yang setiap hari punya kejutan tersendiri dan Kina tak lagi melihatnya sebagai kejutan baik mahupun buruk - hanya kejutan yang perlu ditangani dan cara kia menanganinya yang akan menentukan kebahagiaan. 
Jika nak baca review lain tentang Nikina: https://www.goodreads.com/book/show/44172934-nikina



Ini adalah hasil perkongsian IG story saya menggunakan aplikasi Canva di instagram @arnamee. Background ada gambar yang diambil oleh saya sendiri, dapat dari tumblr, kawan-kawan dan ada yang percuma melalui aplikasi itu sendiri. Saya izinkan anda menyimpannya sebagai wallpaper, gambar ketika lock screen atau hendak kongsikan semula di media sosial anda. Silakan!

Download aplikasi Canva:










Antara sumber wallpaper: https://twitter.com/AmiraShahera/

Moga bermanfaat. Insya-Allah.
 


Review Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck | Pertama sekali saya memohon maaf untuk yang belum membaca buku mahupun menonton filemnya, kerana ada spoiler melalui ulasan di bawah. Teruja dan rasa saya begitu banyak yang diperolehi melalui karya yang satu ini. Terima kasih untuk kesudian kalian membaca catatan saya ini. Buku yang saya baca adalah terbitan Gema Insani, cetakan 2017, saya beli melalui Jejak Tarbiah.

Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (TKVDW); sebuah novel fenomena karya Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA) yang mendahului zaman. Buya Hamka begitu berani melawan arus terbitan pada ketika itu. Menghasilkan karya romantis walaupun beliau dikenali sebagai ulama. Bahasa buku ini sangat mudah difahami dan begitu bersahaja. Novel ini bukan sahaja mengkritik adat (sistem matrilineal) yang terlalu dilebihkan serta manusia dibezakan akibat jurang ekonomi namun Buya Hamka juga penentang kahwin paksa. Baginya cinta itu terlalu murni. Seperti itulah watak Zainuddin, beliau tidak setuju jika manusia membelenggu sesama manusia. 

Sesi membalas surat dalam TKVDW adalah perkara yang paling memikat bagi saya. Buku ini bukan tentang menyalahkan sesiapa, namun lebih kepada tentang jiwa dan rasa orang muda yang bercinta di zaman adat sangat ditekankan. Hamka melalui buku ini percaya, cinta orang yang ingin menempuh perkahwinan tidak perlu dipaksa, kerana ia akan mematahkan kemekaran bunga kenang-kenangan buat zaman yang akan datang. Namun agama tetap perlu didahulukan. 

Buku ini juga ada memetik karya Alexander Dumas melalui buku Graaf de Monte Cristo, bagaimana jika cinta itu tidak berhasil menjadi perkahwinan, maka akan jadi persaudaraan yang kekal sampai tua menjunjung uban.

TKVDW mengisahkan Zainuddin, pemuda yang berdarah Minang dari ayah dan berdarah Bugis dari ibu ini sering dianggap asing walau di mana sahaja beliau berada.  Namun susah hati dan kepayahan dalam hidupnya diganti kenyamanan semenjak kehadiran cinta hati bernama Hayati. Mereka begitu saling berkasih dengan cara sendiri.

Watak Zainuddin sangat dekat dengan pembaca kerana kesederhanaannya mewakili orang biasa. Wujud rasa cinta dalam hati, melalui detik jatuh bangun dalam hidup malah pernah berada di luar kawalan diri. Namun kelebihan beliau menyelamatkan diri sendiri selain mempunyai sahabat yang luar biasa bernama Muluk.

Menariknya, dalam buku ini menunjukkan betapa sokongan / support system begitu memainkan penting dan peranan penting dalam watak-watak utama (di kalangan ahli keluarga / kawan) dan kita dapat lihat bagaimana Mamak dan Muluk yang sentiasa di sisi. 

Antara persoalan dan luahan Muluk yang mungkit terkesan:
"Hai Guru Muda! Mana pertahanan kehormatan yang ada pada tiap-tiap laki-laki?"
"Mana kegagahanmu Guru, rasa tangungjawab atas dirimu?"
"Mengapa dalam hal yang sepasal ini, Guru mundur dan kalah?"
Jika mahu baca ulasan lain novel Kapal Van Der Wijck, boleh baca di Goodreads
MENEMUKAN CINTA
Kisah manis mereka ini dimulakan dengan Zainuddin yang sanggup berbasah demi melindung seorang gadis daripada kehujanan. Namun beliau merendah hati merasakan itu cuma hal kecil. Bagi Hayati dan keluarganya, hal budi itu hal yang besar ertinya. Kemudian bermulalah rasa kasihan dan kekerapan Hayati bercerita tentang Zainuddin kepada sahabatnya Khadijah. Apabila Zainuddin bermula membalas surat Hayati dan dibalas kembali serta melalui beberapa pertemuan, hati mereka telah saling mengikat. Namun isi surat tetap sopan dan penuh beradat.

Zainuddin tetap rendah hati. Bagaimana dia yang sentiasa diuji sedih merasa hidupnya bercahaya setelah bertemu seorang sahabat. Dia jujur untuk berterus-terang siapa dirinya dan mula percayakan Hayati. 

"Tapi, saya tidak akan mengganggu adatmu, tak akan menyentuh kebesaran dan susunan rasam basi orang Minangkabau. Saya tahu dan insaf siapa saya. Saya kirimkan surat ini tidaklah minta dibalas, hanyalah semata-mata mengadukan hal."
"Cinta adalah iradah Tuhan, dikirimkannya ke dunia supaya tumbuh. Kalau dia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Kalau dia datang kepada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, dia akan membawa kerusakan. Tetapi jika dia hinggap kepada hati yang suci, dia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan, dan ketaaan kepada Ilahi." - Zainuddin.
ZAINUDDIN

Junot. Gambar: kapanlagi.com
“Demikianlah perempuan, ia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya walau pun kecil dan ia lupa kekejamannya sendiri pada orang lain padahal begitu besarnya.”

Ya, saya tahu benar quotes popular Zainuddin yang muncul kerana kecewa dengan keputusan Hayati selain daripada tidak menepati janji. Memang Hayati salah kerana memungkiri. Namun sebagai wanita pada zamannya (juga wanita zaman kini), Hayati berhak buat pilihan untuk dirinya dan masa depan. Malahan adat dan keluarga juga adalah keutamaan.  Cuma pilihan yang dibuat ketika itu diuji dengan keadaan yang dia sendiri tidak jangka. Siapalah kita hendak menolak takdir (cuma wataknya ketika itu masih boleh buat pilihan, namun yang dipilihnya bukanlah Zainuddin, jadi fahamlah kita kenapa Zainuddin begitu kecewa).  Bagi Zainuddin pula, dia perlu sabar dan tawakal jika permintaan tidak dikabulkan.

Kehilangan demi kehilangan
Beliau kehilangan ibu ayah semenjak kecil. Ayah Zainuddin begitu menyayanginya, "Hanya ada dua mengubati hati, Base. Pertama membaca Al-Quran di tengah malam. Kedua, membuaikan si Udin dengan nyanyian negeri sendiri, negeri Padang, Base."

Kemudian Mak angkatnya, Mak Base pula pergi.  Setelah itu, pinangan pula ditolak melalui surat Datuk Garang.

HAYATI
Beliau sebenarnya begitu pemalu dan awalnya penuh rasa ragu untuk menerima cinta Zainuddin (kerana adat). Walaupun kesungguhan, kejernihan hati dan perilaku Zainuddin begitu menambatnya (lihat sahaja isi surat  pertamanya kepada Zainuddin, beliau begitu terhutang budi kerana sebuah payung dan pengorbanan).

"Bukan begitu, Tuan Zainuddin. Bukan saya benci kepada Tuan kerana saya kenal budi baik Tuan. Saya merasa kasihan di atas segala penanggungan yang menimpa Pundak Tuan.  Tapi Tuan, sebuah yang saya takutkan, yaitu saya takut akan bercinta-cintaan." 

"... Saya ingat kekerasan adat di sini, saya ingat kecenderungan mata orang banyak, akan banyak halangannya jika kita bercinta-cintaan. Saya takut bahaya dan kesukaran yang akan kita temui jika jalan ini kita tempuh." - Hayati.

Mereka kemudiannya hanya memilih bersahabat. Namun melihatkan kesusahan hati yang ditanggung Zainuddin dan perasaan yang dialami Hayati sendiri, mereka kembali berhubungan walaupun terpaksa berjauhan.
"Cinta bukan melemahkan, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sali sedan. Tetapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan menempuh onak dan duri penghidupan. Berangkatlah! Dan biarlah Tuhan memberi perlindungan bagi kita."- Hayati
Cinta membuatkan mereka bertambah berani serta saling menyokong dan menguatkan. Dalam bab 9, jelas nampak kerinduan dan bertambah eratnya kasih sayang antara mereka berdua melalui surat yang dikirim walaupun jarak tinggal semakin menjauh. Lihat bagaimana dia berusaha bertemu muka dan mempertahankan Zainuddin ketika berbual / berjumpa dengan Khatijah.

"Pendapatmu tak betul, cinta tak bergantung kepada uang. Kalau dua orang yang bercinta dapat bertemu, kesenangan dan ketenteraman pikirannya, itulah uang, itulah dia kekayaan, lebih dari gelang mas, dokoh berlian, pakaian cukup. Itulah kesenangan yang tak lekang dek panas, tak lapuk di hujan." - Hayati.

PERPISAHAN
Bab yang paling mengecewakan, pastinya Bab 14 - Pengharapan Yang Putus. Bagaimana alasan Hayati yang menyatakan dia miskin, Zainuddin pula melarat (pastinya mereka berdua belum bersedia berumah tangga katanya - dan harus insaf bahawa perkahwinan mereka mustahil), maka dia telah membuat keputusan dan meminta agar Zainuddin segera melupakan dirinya dan mencari gadis lain.

Namun 'kekejaman' Hayati itu dijawab tenang melalui surat dan kita akan rasa kasihan dan bertambah hormat pada Zainuddin, "cuma saya doakan, moga-moga pergaulan dan penghidupan sahabat beruntung sampai akhirnya.." Tapi sepertimana kata Buya Hamka, itulah perempuan, dia kerap kali sampai membunuh orang dengan perbuatannya yang tiada tersengaja.


KHADIJAH
Khadijah adalah watak yang paling antagonis bagi saya. Beliau tidaklah jahat, seorang yang realistik, berniat baik dan berfikiran jauh sebenarnya. Namun apabila melibatkan cinta sahabatnya, beliau telah menjadi watak lawan kepada hubungan manis Zainuddin dan Hayati. 

"Engkau puji-puji kebaikan Zainuddin, saya memuji pula kebaikannya. Tetapi orang yang demikian, di zaman sebagai sekarang ini tak dapat dipakai. Kehidupan zaman sekarang berkehendak kepada uang dan harta cukup. Jika berniaga, perniagaannya maju, jika makan gaji, gajinya cukup. Cinta walaupun bagaimana sucinya, semua bergantung kepada uang."

Di bab 11, jelas nampak penonjolan pengaruh watak ini. Terutama suratnya di muka surat 108. Kata-katanya untuk seorang wanita keliru dan mudah ragu sepert Hayati, begitu memainkan peranan. Mungkin kerana latar belakangnya  serta  melibatkan perkara yang terkait saudaranya sendiri, kita akan dapati beliau agak mementingkan diri.

ADAT
Hal ini masih wujud sebenarnya pada zaman sekarang, namun bagaimana sebenarnya menghormati dan mengawal rasa diri juga mampu memperbaiki sesuatu. Antara kesilapan Zainuddin pada awalnya adalah tidak menghantar pinangan mengikut adat selain mungkin sedikit lambat bertindak. Namun berbanding ini, sikap egonya yang tidak memaafkan Hayati di kemuncak cerita lebih memakan diri.

Bacaan lain: Kenapa Zainuddin, Hayati dan Aziz Dipilih Sebagai Watak Oleh HAMKA?

MULUK

Randy Danistha / Randy Nidji sebagai Muluk
Dikelilingi manusia baik juga adalah rezeki. Walaupun sering diuji, Tuhan tidak pernah membiarkan Zainuddin sendiri. Dihantarnya Muluk dan Mamak sebagai ganti. Bayangkan kesetiaan dan kebaikan diri Muluk yang begitu membantu Zainuddin bangkit dan begitu berjaya.
"Di sini Guru menangis tersedu-sedu, meratap terisak-isak mengatakan Guru kehilangan nikmat, kehilangan permata; padahal di pihak lain perempuan itu dengan senyum gembira menyandarkan kepalanya ke atas pangkuan suaminya; tidak teringat lagi olehnya diri kita, dilupakan, dibuangkan, setelah dibuang diinjakkannya pula." - Muluk
Bacaan lainBang Muluk – Hero Yang Tidak Didendang

QUOTES / PETIKAN /KATA-KATA DALAM Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck 


Gambar: https://pts.com.my
"Cinta yang demikian namanya kekejaman, dia menganiaya bukan mengasihi mementingkan kesenangan seseorang. Dan itu bukan budi dan cinta, tetapi nafsu yang serendah-rendahnya. Bukan begitu jalan yang ditempuh budiman. Jika hatinya dikecewakan, dia selalu mencari usaha menunjukkan di hadapan perempuan itu, bahwa dia tidak mati lantaran dibunuhnya. Dia masih idup dan masih sanggup tegak." - Muluk
Muluk juga berkongsi:
Orang yang bercela dalam dunia ini ada tiga:
- Orang dengki yang selalu merasa sakit hati melihat orang diberi Allah nikmat.
- Orang yang tamak dan haloba, yang sentiasa merasa tidak cukup.
- Orang berdosa yang terlepas dari tangan hakim kerana mencuri atau pembunuhan kerana perkosaan anak bini orang.

Mereka begini, walaupun terlepas hukuman dunia, tidak akan merasa nikmat di hatinya.
"Engkau seorang laki-laki, Zainuddin. Sakitmu ini hari, bolehlah engkau obat besok dan lusa. Tetapi seorang perempuan... seorang perempuan mau binasa kalau menahan hati." - Engku.
"Sekarang kau menangis dan nanti kau akan insaf sendiri." - Mamak.
"Ketahuilah, bahwasanya orang yang akan menyukai kecantikanmu dalam dunia ini akan banyak bertemu. Orang yang menambah kemulianmu dengan harta bendanya bukan sedikit. Tetapi yang akan cinta kepadamu sebagai cintaku, sungguh engkau tak akan bertemu, percayalah perkataanku, percyaalah!" - Zainuddin

ZAINUDDIN BANGKIT
Lihat saja bagaimana kata-kata Muluk (dengan izin Tuhan) memberi sedar pada Zainuddin. Beliau yang memiliki jiwa pengarang, bangkit mengangkat potensi diri dan kemudian namanya mengharum sebagai orang berjaya dan disenangi. 

"Saya lihat Guru pandai mengarang. Banyak buku-buku terletak di atas meja Guru, banyak karangan-karangan dan hikaya-thikayat. Mengapa itu tidak Guru teruskan?" - Muluk
"...Kata orang ketika ditimpa hal-hal yang seperti inilah tebuk pikiran membuat karangan." - Muluk
Bagaimana Zainuddin menggunakan kelebihannya untuk merubah hidup. Kita mampu berjaya apabila melihat dan menghargai apa yang kita sedang ada dan elakkan terlalu mencari dan membanding dengan apa yang kita tiada. Zainuddin boleh, kita juga boleh.

KEMAAFAN / BERANI MENGAKU SALAH
Begitulah Hayati yang berani. Walaupun kesilapannya memakan diri, beliau sudah menerima ujian tersendiri. Namun membawa hati sekali dengan kapal TKVDW adalah lebih menyebalkan. Malahan Zainuddin juga sesal di penghujung cerita, tapi jika sesuatu itu ditakdirkan Tuhan demikian, siapalah kita dapat menolaknya.

Reza Rahadian sebagai Aziz dalam filem TKVDW
Aziz juga telah datang memohon maaf pada Zainuddin untuk hal-hal sudah (seperti dinyatakan pada bab 21). Malahan ketika Aziz dan Hayati susah, Zainuddin kembali membantu mereka tanpa berkira, dianggapnya sebagai saudara (kebetulan pula dirantau), wajib saling membela. Merasakan diri malang, telah menemukan kehancuran diri di akhir hayat Aziz. Malah Hayati dilepaskan melalui surat kepada Zainuddin. Walaupun Hayati telah insaf dan tahu peritnya Zainuddin ketika ditinggalkan serta rasa sayang Zainuddin yang tinggi tetap ingat padanya, namun Zainuddin tetap merajuk dan masih berdendam. 

TENGGELAM KAPAL 
Setelah Muluk menghantarkan Hayati pulang, kemudian tidak lama Zainuddin sedar kekhilafan dan amarahnya yang keterlaluan. Melalui surat terakhir Hayati, dia pun mahu berangkat. Namun apakan daya, cita-cita manusia tidak dapat melawan kehendak takdir. Kapal dinaiki Hayati tenggelam. Namun Hayati dan Zainuddin sempat berjumpa dan berbicara, cuma tidak mampu disatukan lagi. Begitulah takdir jodoh mereka berdua ini.

Kesimpulannya (pengajaran dari novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck) ini:
Kita semua berbeza mengikut cara masing-masing dan boleh berubah mengikut keadaan. Walaupun kadangkala cinta tidak semestinya bersatu namun cinta mampu menemukan diri kita sendiri. Di akhirnya Tuhan yang sentiasa ada untuk kita. Bersederhanalah dan jadilah pemaaf (elakkan berdendam), serta melangkahlah dengan kudrat sendiri.


Tertarik saya dengan rancangan kembara buku terbitan Jejak Tarbiah bertajuk Menjejak Hamka di Astro Oasis lalu. Bukan saja 'membedah' buku, pengacaranya yang juga pelakon; Zahiril Adzim pergi ke lokasi yang ada dalam beberapa buku Hamka di Indonesia dan juga menemui orang yang kenal dan tahu siapa itu Hamka. Terima kasih buat semua yang sudi berkongsi ilmu. 




Lain-lain pautan:
- https://www.imdb.com/title/tt3418604/








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top