Ini adalah hasil perkongsian IG story saya menggunakan aplikasi Canva di instagram @arnamee. Background ada gambar yang diambil oleh saya sendiri, dapat dari tumblr, kawan-kawan dan ada yang percuma melalui aplikasi itu sendiri. Saya izinkan anda menyimpannya sebagai wallpaper, gambar ketika lock screen atau hendak kongsikan semula di media sosial anda. Silakan!
"Not much people enjoy work but when it's for the sake of Allah and you built it with your heart and soul purely for the sake of Allah you smile from ear to ear." - Ali Banat.
Ali Banat
Ali Banat, berusia 36 tahun (lahir 16 Februari 1982) berasal dari Sydney, Australia. Isterinya bernama Irina Moises.
Pada Julai 2015, ketika minum teh beliau nampak sesuatu pada lidahnya. Beliau telah berjuma doktor dan beliau disahkan menghidap kanser ACC (Adenoid Cystic Carcinoma), kanser kelenjar air liur tahap 4. Hidupnya berubah. Daripada seorang pemuda kaya, ada rumah dan kereta mewah serta perniagaan yang hebat, beliau mendedikasikan seluruh hidupnya utuk membantu orang lain. Pada asalnya beliau terkejut. Namun itu tidak lama. Beliau tidak melihat sakitnya sebagai alasan utuk beliau terus jatuh, namun bangkit pula untuk membantu dan menggembirakan orang lain.
Baginya sakit adalah "hadiah" daripada Allah.
Ali Banat; Gifted with cancer
Beliau menggantikan semua kemewahan dunia dengan akhirat. Beliau telah menjual perniagaannya dan menggembara ke Afrika. Di sana beliau telah membina masjid bersama dengan sekolah untuk anak-anak yatim. Ali Banat juga telah membangun dan mengasaskan projek Muslims Around The World (MATW). Moga pengorbanan dan amal beliau diberkati Allah.
Doktor menjangkakan hayatnya 7 bulan sahaja, namun beliau hidup lebih 2 tahun daripada tempoh itu. Pada 29 Mei 2018 yang lalu, beliau telah meninggal dunia, satu dunia mendoakan beliau. Mudah-mudahan kitapun mati dalam keadaan husnul khatimah (kematian yang baik). Insya-Allah.
Manakala Razan Ashraf Najjar pula, seorang pegawai perubatan yang manis; berumur 21 tahun terbunuh akibat ditembak di dada oleh sniper rejim Zionis Israel ketika memberikan bantuan perubatan di perkampungan Khuza'a.
Razan pernah berkata, "Boleh sahaja jika saya hanya bekerja di hospital. Tetapi saya lebih suka untuk berada di barisan hadapan bersama-sama para sahabat saya di lapangan."
"Setiap hari akan ada yang gugur syahid di Gaza dan mereka itu lebih mulia dari saya. Saya mengharapkan saya juga syahid seperti mereka."
Tanggal 1 Jun, Allah memakbulkan doanya. Beliau gugur sebagai seorang paramedik, seorang hero yang menyelamatkan nyawa orang lain dan seorang pejuang yang ingin membebaskan tanah air tercinta. - (Sumber: Facebook Aqsa Syarif)
*****
Salah satu cara, jika mahu derma untuk Palestin:
Salurkan sumbangan anda atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’
Ustaz Pahrol Mohd Juoi memang dikenali dengan ceramah dan penulisannya yang sangat memberi inspirasi. Buku-buku beliau juga sangat mendapat tempat di hati ramai (bestseller). Saya semakin dekat dengan penulisan beliau menerusi majalah Solusi dan medium facebook beliau. Di sini saya kongsikan kata-kata menarik (quotes) yang saya ambil selepas membaca buku berjudul "Allah Dekat Tiada Gawat" penulisan beliau ini.
"Usaha untuk menjadi baik adalah perjuangan nafas panjang."
"Sesiapa yang memandang (perkara) yang baik-baik, akan mendapat kebaikan dan (insya-Allah) menjadi orang baik."
"Untuk yang telah tiada, kita banyakkan istighfar buatnya. Mohon yang terbaik. Kerana ingatan kita kepadanya tidak bermusim dan bertempat."
"Jika hati mempunyai iman, kita tidak akan menzalimi orang lain apatah lagi menzalimi diri sendiri. Iman itu aman."
"Jangan jadi abid yang plastik. Kuat ibadah tetapi bersifat individualistik dan materialistik."
"Kejahilan mesti diperangi dengan ilmu."
"Berilah maaf kepada insan untuk mendapat keampunan Tuhan."
"Hiduplah berbekal tawakal. Berusaha itu perintah Allah. Berserah kepada Allah juga adalah perintah-Nya."
"Pemarah akan selalu kalah."
"Orang yang mampu mengawal marah sahaja mampu mengawal diri. Jika marah dapat dikawal, semuanya dalam kawalan."
"Akal manusia tidak pernah sempurna."
"Menegur (biarlah) bukan kerana benci, (tapi) kerana sayang."
"Kaya atau miskin hakikatnya sama. Kedua-duanya sebagai ujian daripada Allah."
"Jangan dibiarkan nikmat berlalu tanpa disyukuri. Usah dialpakan sengsara untuk disabarkan. Inilah didikan Allah dalam kehidupan."
"Jangan hanya melihat nikmat, tetapi Pemberinya dipinggirkan. Jangan hanya melihat ujian tetapi Allah yang menurunkan ujian itu dilupakan."
"Tidak akan ada sesiapa yang dapat menghalang sekiranya Allah sudah menurunkan bantuan-Nya. When God is your friend, who is your enemy?"
"Kita hakikatnya sama, yakni sama-sama masih berperang dengan hawa nafsu dan godaan syaitan."
"Ingat mati akan menghidupkan jiwa kita untuk maju, bersatu dan berusaha."
"Insya-Allah, besarkan Allah dalam diri dan kehidupan, maka akan mengecillah semua musuh Allah yang sedang mencengkam kita."
"Istikharah lambang kelemahan di sisi Tuhan, tetapi sumber kekuatan kita untuk menghadapi karenah manusia dan kehidupan."
"Gantunglah cita-citamu setinggi syurga, bukan sebarang syurga, tetapi syurga yang paling tinggi, syurga Firdaus."
"Cinta Allah itu tujuan, cinta Rasul itu jalan."
"Jika benar cinta Allah, ingatlah Dia dalam senang dan susah."
Jika berminat, boleh mendapatkan buku ini di laman web: telagabiru
Sekian petikan tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi yang saya ambil daripada buku ini. Banyak lagi yang menarik sebenarnya. Kena baca sendiri! Semoga sama-sama dapat ambil manfaat. Insya-Allah.