Showing posts with label ikimfm. Show all posts
Showing posts with label ikimfm. Show all posts





LAGU MENGGAMIT RINDU


Ku layangkan sebuah kenangan

Menatap wajah-wajah yang ditinggal pergi

Rindu itu teramat dalam

Jauh ke lubuk hati

Terlalu menghimpit


Masa yang telah berlalu

Tinggal dalam ingatanku

Meniti masa terindah

Saat yang paling kurindu

Kau yang mengajarkan erti kehidupan


Walau jalan ku lalui

Tanpamu ada di sisi

Namun kasih yang tercurah

Takkan luntur sampai mati


Walau jalan kulalui

Rasa pudar tak berseri

Namun kau tetap di hati ini


Belum puas kurasakan sayang

Masih ada yang tersimpan tak termiliki

Doaku padamu tuhan

Semoga kau tenang di negeri abadi











Lirik Lagu - "Hijrah Demi Ilahi"


Selamat datang teman Senyumlah semanisnya Sambutlah keikhlasan

Teguhkan ukhwah kita


Oh... indahnya

Wasilah yang terbina


Bertemu demi Allah

Berpisah demi Allah

Mengikut Rasulullah

Sesuci Quran Sunnah


Satu ikatan

Bahagia selamanya


Bermula kita dengan kasih

Bawa hati bersih

Dan mengalirkannya dengan jernih


Bagai permata bersinar

Umpama kuntuman yang mekar

Seperti udara yang segar

Dan mendamaikan


Hijrah insan yang berani

Fitrah memanggil jalan suci

Hijrah insan yang sejati Ke jalan llahi





Peringkat akhir Anugerah Nasyid 2017 ini akan berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam pada 13 Januari 2018. Mempertaruhkan 10 buah lagu yang telah bertanding pada peringkat separuh akhir yang lalu. Pertandingan separuh akhir tersebut telah disertai sebanyak 30 buah lagu yang mana kesemua itu adalah hasil undian pendengar IKIM.FM daripada segmen Carta Nasyid bermula Mac 2015 hingga Mei 2017 juga disiarkan secara langsung menerusi siaran TV Al-Hijrah dan radio IKIM.FM.

Kemasikini: Keputusan #AN17:
(Juri)
Juara: Fadzli (Far East) - Syahadah
Kedua: Lah Ahmad - Salam
Ketiga: Daqmie - Jalan Syahadah
Lirik Terbaik: Hafiz Hamidun (Penyelamat)
Persembahan dan vokal terbaik: Fadzli (Far East) - Syahadah

(Undian)
Video klip pilihan: Al-Manna ft Ustaz Elyas Ismail
(Ajarkan Aku Setia)
Penyanyi solo pilihan: Fadzli (Far East)
Penyanyi berkumpulan / duo pilihan: UNIC
Lagu pilihan:  Syamail Muhammadiah - UNIC

Tahniah kepada semua finalis!

Berikut adalah di antara lagu-lagunya, pada nama finalis di bawah saya sertakan pautan akaun instagram mereka dan lirik lagu (yang pautannya sama ada di blog orang lain / saya). Teruskan menyokong industri nasyid tempatan. Terima kasih.

1. Salam nyanyian Lah Ahmad  |  Lirik 



2. Penyelamat (Hafiz Hamidun) | Lirik



3. Syahadah (Fadzli Fareast) | Lirik



4. Jalan Syahadah (Daqmie) | Lirik



5. Kalah Dalam Menang (Mawi Feat Syamsul Yusof) | Lirik



6. Jangan Bimbang (Adeep Nahar, Altimet, Baba Andy, Erwan Muhibbain dan Dani Loka) | Lirik



7. Ana Muslim (Simfoni) | Lirik



8. Syamail Muhammadiah (UNIC) | Lirik



9. Jom Selawat (Heliza Helmi dan Hazwani Helmi) | Lirik



10. Dalam Aku (Rabbani Feat Black) | Lirik



SELAMAT MENONTON SIARAN LANGSUNG DI TV ALHIJRAH & MENDENGARKANNYA SECARA LANGSUNG DI IKIM FM JANUARI NANTI. INSYA-ALLAH! :)


Kredit:
Gambar logo: FB nasyidkini
Kesemua 30 lagu yang masuk bertanding: Youtube playlist oleh Ammar Faris



Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan / segmen agama yang disiarkan di televisyen / radio sepanjang November 2017. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.

- "Qada dan qadar " oleh Ustaz Hambali IKIM FM



Tanyalah Ustaz (Berhibur) - Ustaz Elyas.
  • Betulkan niat kita.
  • Jangan tinggal solat.
  • Patuh syariah.
  • Jangan melebih batas syarak.
  • Boleh. Jangan tinggalkan fardu. Hiburan ni asasnya harus.
Tanyalah Ustaz.
  • Was was:kalau ada sedikit najis bersihkan. Tak nampak, tak ada bau kena yakin tak ada.
  • Ikhlas 
  • Baca surah an-Nas.
Tanyalah Ustaz (Pelaris bisnes).
  • Niat dan cara betulkan.
  • Amalkan ar-Razak 100X
  • Wahab 100x, al-Fatihah dengan beberapa surah dan ayat lain.
Ehwal islam:

Ustaz Kazim -
Ulul albab ada 5
  • Buat apa-apa sebab Allah
  • Yang berfikir *ayat pertama iqra'
  • Bijaksana
  • Mereka yang berzikir *lihat penyu misalnya
Ustaz Izhar - gunakan pancaindera untuk kebaikan.

Lahirkan generasi Quran.

Dr. Muhaya (Tanyalah Ustazah)
  • Jaga solat
  • Jaga aurat
  • Tahu kelebihan dan kelemahan diri
  • Rasakan kehambaan nak elak ujub.
Taksub cyber - Tanyalah Ustaz: Ustaz Jafri dan Dai Fuad
  • Biar apa orang kata. Yang penting Allah tahu niat kita.
  • Gambar tak tutup aurat jaga. Biar simpan sendiri. Tak tahu bila mati. Jangan share.
  • Jangan taksub
  • Jadualkan waktu ibadah.
  • Jangan sebar aurat.
  • Tak elok sebar gambar jenazah. Letak gambar masa hidup jika nak didoakan.
  • Buat riadah supaya kurang.
  • Zikir. Baca Quran.
  • Sentiasa bertaubat. Takkan buat maksiat
  • Qanaah
  • Warak. Hati-hati
  • Orang buat maksiat atas kapasiti individu. Kita pula jadi penyambung fitnah. Kita buat orang lain berdosa. Kita pasti menanggung akibat. 
  • Hikmah bukan lembut. Tapi bijak. Sesuai.
  • Rasul ajar ada orang tegur direct. Ada tak.
  • Ambil yang bermanfaat, tinggalkan yang tak ada kena mengena dengan kita.
Ustaz Zulramli IKIM FM

"Tegur orang jadi baik boleh. Tapi jangan rasa diri baik."

Al-Kuliyyah (Aib) -  Ustaz Elyas

Kisah Umar yang rasa diri berdosa.

3 tanda dia sedar aib diri:
- Rasa dia serba kurang. Jangan rasa diri lebih baik
- Tak sibuk cakap aib / hal orang lain. Berdosa tanya bagi sakit hati. Tanya mesra lain.
- Bertaubat. Rasa liat rasalah seperti terbakar: bahang api neraka.

Yang boleh tegur aib kita:
- Cikgu.
- Mereka yang pakar. Cari yang bijak
- Orang yang sayang kita. Keluarga. Pasangan.
- Sahabat baik.
- Musuh. Walaupun orang tu tak betul, nasihat dia betul, ambil.
  • Buat benda benar kena sabar. Jangan ego terima teguran.
  • Paling susah nak nasihat keluarga sendiri. Keluarga sendiri tahu aib kita.
  • Jangan aibkan pasangan depan anak-anak. Nanti dia tak hormat.
  • Sahabat baik tegur benda dah lama jadi selamanya.
  • Jaga aib orang, Allah jaga aib dia.
  • Staff kena cover lindungi aib pekerja kita.
  • Moga kita ditutup aib oleh Allah.
Hadis 40
Perbezaan kita bukan berdasarkan apa kita buat tapi beza taqwa kita.
Kejadian manusia: Halaqah..(Surah al-Qaaf -ayat 44).

MHI

  • Sakit sikit banyak lagi sihat.
  • Kena ada marriage planner. Bukan sekadar wedding planner.
  • Kena ada ilmu. Kahwin bukan sekadar nafsu.
  • Kahwin bukan sebab cantik. Kena juga sebab baik.
  • Sakinah. Mawaddah. Rahmah.
  • Kena tahu tanggungjawab selain tuntut hak. Tahu untuk memberi.
  • Orang mudah kecil hati ni kurang keyakinan diri.
  • Bagi lelaki tolong tu tanda sayang. Bagi perempuan masa berbual tu yang mereka mahu.

Al-kulliyyah: Ustaz Jafri (Istighfar)

"Nak ditunaikan segala hajat dan berjaya di dunia dan akhirat, minta ampun kepada Tuhan. Selalu beristighfar. Sebab kadangkala doa kita terhalang disebabkan dosa."
"Orang tak rasa berdosa adalah orang yang tenggelam dalam dosanya. Dia tak mampu menangis disebabkan dosa itu." - Ustaz

/ Sambungan:
"Bertaubatlah, sungguh-sungguh. Tidak mustahil Allah nak ampunkan semua dosa-dosa kita. Walaupun dosa itu bertahun-tahun / berguni-guni. Itu hak Allah." - Ustaz Jafri.
  • Aib dia pun Allah tutup. Inikan pula setelah dia bertaubat.
  • Orang beriman dia meyakini syurga neraka dan dosa pahala.
  • "Jangan pandang dosa kecil itu terlalu kecil, sebab mungkin itu yang menyebabkan kemurkaan Allah. 
  • Dan jangan pandang perbuatan baik yang sedikit itu kecil, kerana mungkin itu yang menyebabkan seseorang itu masuk syurga." - Ustaz Jafri
  • Bertaubat.
  • Berhenti buat maksiat.
    Menyesal.
#Alkulliyyah

"Apabila terjaga pagi, beribadahlah."

Ustaz Ahmad Dusuki
Al-Ustaz: Nota Ajal Seorang Mukmin.
Himpitan kubur:
- Kurang syukur
- Tak nak bertaubat (Rasul SAW pun bertaubat banyak kali dalam hidup dia)
- Jangan kencing sambil berdiri

Tanyalah Ustaz

  • Orang yang bertaqwa pasti diuji.
  • Orang yang hebat pujian ataupun kejian tidak akan memberi kesan kepada mereka.
  • Orang mukmin ni hebat, dapat nikmat dia bersyukur. Sebab dia tau itu izin Allah. Jika dia diuji, dia sabar.
  • Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Lihat orang yang lebih teruk diuji daripada kita.

Ustaz Badli.

  • Kita kena jadi ahli sufi, bukan ahli selfie.
  • Jaga solat.

Hutang. TU. 30 November

  • "Adab hutang kena tulis. Catat. Rujuk al-Baqarah ayat 282."
  • "Jika berniat nak bayar balik hutang, Allah akan bantu kita. Kelapangan rezeki dan masa misalnya."
  • "Kalau bab bayar balik lebih, pemiutang tetapkan, ia jadi riba. Jika kita berhutang dan kita yang mahu bayar lebih, itu bukan riba."
  • Jika kita tahu orang tak mampu, bagi. Bagi setakat mana boleh. Jangan pinjamkan.
  • Kalau dah cerai. Ikut penama. Namun jika boleh bahagi.
  • Jika boleh waris selesaikan hutang.
  • Orang berhutang, perlu lebih berhati-hati.
  • Tentukan penerima dan jumlah daripada awal dalam bab kutu. Tak boleh tengah-tengah main tentukan, itu jadi judi.

*Syarat kena letak awal.

Adab kedua keperluan.
Adab ketiga hak. Tunaikan hak orang lain.


"Elaklah zina mata. Jangan hampiri zina" - Ustaz Adnin Tarbiyah sentap.

Bacaan lain:
Nota Al-kulliyyah:
Tentang "Pergi Buat Sementara".
Tentang Husnuzon
+ Mai di twitter @mye_mazlan -  tentang Mati


*****

Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.

Maaf dan terima kasih.


Saya mulakan perkongsian nota Ogos ini dengan ucapan takziah dan berkongsi rasa sedih akibat kejadian yang menimpa anak-anak dan guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung pada Khamis, 14 September 2017 lalu. Kebakaran yang mengorbankan 21 pelajar dan dua orang guru itu sangat menyentuh hati kita, seluruh rakyat Malaysia dan mendapat perhatian seluruh dunia. Moga hal ini bertemu jalan penyelesaiannya. Sama-samalah kita berdoa dan menyedekahkan al-Fatihah kepada mereka yang terlibat. Moga dirahmati. Salam Takziah buat seluruh keluarga mangsa.


Untuk nota kali ini (koleksi nota daripada beberapa rancangan / segmen agama yang disiarkan di televisyen / radio sepanjang Ogos 2017), jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.

Tanyalah Ustaz.

Ajar anak sejak kecil untuk:
  • Mentauhidkan Allah
  • Mengenali Nabi
  • Ibadah
  • Bezakan baik buruk
  • Cintakan ibu bapa
NLKO
"Nak dipermudahkan urusan rezeki ni, antaranya berniat nak bayar jika berhutang. Usaha dan doa kena ada juga." - Ustaz Norhisyam.
Kliknik DHijrah
  • Tengok orang lebih bawah daripada kita.
  • Jangan sombong dengan Tuhan.
  • Syaitan tidak pernah putus asa menipu manusia.
  • Jangan merugikan diri sendiri.
Tanyalah Ustaz

- Kita berusaha. Yang tentukan kita masuk syurga adalah Allah juga.
- Antaranya. Qanaah. Taat. Baca al-Kahfi untuk dapat redha Allah.

*
"Jika kita rasa suami / isteri kita teruk tapi orang lain lebih baik serba serbi (kita bandingkan), mungkin syaitan dah merasuk mata kita. Sampai tertutup kebaikan yang pasangan kita dah buat. Sedangkan banyak lagi kita tak tahu pasal orang lain tu." - Ustaz Amin.

Tanyalah Ustaz (Kedahsyatan Neraka).
  • Orang yang suka tanya tentang azab neraka tu ada iman di dalamnya. Sebab mahu menjauhi neraka.
  • Jika di akhirat kita boleh dapat syafaat daripada ahli keluarga yang soleh.
  • Lepas "majid" dalam tahiyyat akhir baca doa sebelum salam yang Nabi amal. 

  • Lepas subuh & maghrib baca "Allahuma arjni minnannar" 7 kali.
  • Rasulullah S.A.W juga bertaubat dan beristighfar banyak kali dalam sehari walaupun dia maksum (terhindar dosa). Sewajarnya kita lebih lagi istighfarnya.
  • Doalah kita termasuk dalam kelompok orang yang masuk syurga Allah.
  • Tuhan tak tanya kita lahir dengan agama apa. Tapi Dia tanya kita mati dalam agama apa.
  • Mengumpat lebih berdosa daripada zina. Sebab zina salah dengan Allah. Boleh bertaubat. Mengumpat pula perlu minta maaf dengan orang itu.
Halaqah.

"Tiada orang yang masuk syurga tanpa pasangan." - Ustaz.

*Siapa masuk syurga pasti akan ada temannya.

Klinik Dhijrah - Ustaz Badlishah.

"Orang tak solat ni di akhirat akan ketuk kepala dia dengan batu. Ulama tafsir mengatakan kerana kebanyakan orang tak solat ni bukannya tidak tahu, namun tidak mahu. Degil. "

Tanyalah Ustaz.

"Hidup ini kena ikhlas. Tak harap pujian. Penghargaan. Buat kerana Allah. "

Buku

"Belajar ilmu untuk menyuluh diri dulu. Bukan sibuk menyuluh orang namun terlupa menyuluh diri."

Hadith Open Mic
  • Kaya sebenar adalah kaya cinta. Disayang, dihormat dan diingat.
  • Cinta sewajarnya tidak buta. Ia patutnya menjadikan hidup kita lebih bercahaya.
  • Tuhan itu sentiasa ada. Namun kadangkala kita lupa.
Klinik Dhijrah - Ustaz Ebit Lew.

"Biarlah orang tak puji atau tak pedulikan kita. Cukuplah kita buat tu sebab nak Allah sayang kita."

Tanyalah Ustaz.

"Kita tak ada kuasa ubah hati orang. Kalau kita nasihat orang tak terima mungkin salah cara kita. Atau kita pun memang jenis tak terima nasihat."

Tanyalah Ustaz

Orang bagi kita sedikit sahaja kita dah terhutang budi bagai. Inikan pula Tuhan dah bagi nikmat dah begitu banyak pada kita.

Ikim FM - Cabaran menuntut ilmu
  • Siapa angkat diri, Allah akan jatuhkan dia. Jangan sombong dengan orang lama.
  • Elakkan ilmu segera. Kena banyak lagi belajar. Dalam lagi.
  • Kena lihat orang dengan sangka baik. Macam dia tu Nabi Khidir.
  • Dalam menuntut ilmu, cabaran pasti ada.
"Walaupun kita berbeza pendapat, boleh tak kita tetap jadi kawan?" - Imam Syafie (jawapannya apabila hadapi khilaf / beza pendapat).

*****

Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.

Maaf dan terima kasih.


Kisah benar satu: Kerana Sayang

Kisah ni di radio satu ketika dulu. Kisah benar. Seorang ustaz yang bertembung dengan seorang makcik.

***

Ustaz ni terjumpa seorang makcik sedang berjalan dalam gerimis berseorangan. Dia sudah berjalan 20 km, begitu anggarannya

Ustaz ni bertanyalah;"‘kenapa makcik tak naik bas?” Makcik tu diam sekejap sebelum menjawab.

"Makcik cuma bawa dua ringgit. Seringgit makcik dah bayar bil hospital, ambil ubat anak, tinggal seringgit ni mana cukup nak ambil bas," jawabnya sayu.

Ustaz tu sebak. Dia diberitahu ubat yang diambil tu ubat ketagihan. Allahu, Begitulah kasih seorang ibu, sanggup berjalan jauh untuk anak, walaupun anaknya begitu.

Emak memang begitu, dari kecil sehinggalah kita dewasa berusaha untuk menyenangkan kita.

Dan bayangkan Rasullullah S.A.W lebih sayang kita daripada Emak kita. Pernah sekali Nabi menangis tertunduk sedih. Lama. Allah sampai tak sanggup lihat.

Lantas Allah yang melihat Nabi bersedih itu, bertanya, “kenapa menangis begitu sekali kekasihku? Apa yang kamu mahu?”

Dan Nabi menjawab, “ampunkan dosa umatku, ampunkan dosa umatku, ampunkan dosa umatku."

Allah. Begitulah sayangnya Nabi S.A.W pada kita. Kita nak ikut sunnah Nabi pun hanya kadangkala :(


Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad.

***********


Kisah benar dua: Kuasa doa

Ini kisah benar tentang kuasa doa. Telah diceritakan oleh seorang ustaz.. Kisah seorang ibu yang kehilangan anak.
***

Pelbagai cara ibu itu buat untuk anaknya yang lari rumah kembali ke pangkuan. Semua usaha dah dia buat. Mana saja diberitahu anaknya ada, dia pergi .

Sehinggalah suatu hari, Si Ibu ni bertanya seorang ustaz.
“Apa perlu saya buat lagi? Semua saya dah buat, banyak tempat saya dah cari dia tak pulang juga.“

Lantas Ustaz itu bertanya, “Puan selalu berdoa dan solat hajat ? “
Dia menjawab, "Selalu, Sudah.”

Dan ustaz itu cadangkan, “Pilih satu pertiga malam, yang paling tenang, akak berdoa selepas solat dan cerita pada Allah apa yang akak rasa.”

Lantas tiba satu malam, ibu itu pun berdoa. Seakan bercerita kepada Tuhannya.

“Ya ALLAH, sampaikan ini pada anakku. Emak sayang benar kamu, Nak. Baliklah. Mak tak tidur, tak makan memikirkan kamu. Emak maafkan kamu. Baliklah Nak . Mak rindu.“

Menangis dia merayu, mengulang-ulang doa tadi. Dia benar berharap agar anaknya dipermudahkan untuk pulang. Sehingga tertidur dia dalam linangan air mata.

Esok dilalui seperti biasa, sehinggalah waktu Zohor tiba, riba-tiba ada bunyi ketukan dipintu. Ibu membuka pintu. Terkejut melihat anaknya berdiri di hadapannya.

Sambil menangis, si Anak berkata, “Emak, saya minta maaf mak. Saya pulang ni sebab saya tidak boleh tidur malam tadi. Terbayang emak cakap emak tak makan tak tidur rindu saya. Maafkan saya , Mak.“

Deras mengalir airmata si Ibu. MasyaAllah. Betapa dia tahu doanya sampai kepada Tuhannya. Bayangkan betapa terkesannya anak dia terhadap doanya itu.

*****



Demikianlah perkongsian dari dua orang ustaz yang saya dengar melalui radio ikim fm. Moga bermanfaat dan dapat kita ambil iktibar. InsyaAllah. Maaf jika ada sebarang kekhilafan dalam penulisan ini. Terima kasih sudi membaca.











Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top