Showing posts with label keberkatan sahur. Show all posts
Showing posts with label keberkatan sahur. Show all posts

 Jangan Lupa Bangun Sahur




===== 

1. Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, jangan kita terlepas bangun sahur. Ini kerana, terdapat beberapa kelebihan bagi orang yang bangun sahur seperti yang dinyatakan dinyatakan di dalam hadis Nabi iaitu:


a. Mendapat doa dari Allah dan para Malaikat. Sabda Rasulullah ﷺ :

فَإِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mendoakan buat mereka yang bangun sahur.” (HR Ahmad)


b. Membezakan di antara puasa kita dengan puasa agama lain. Sabda Rasulullah ﷺ:

إنَّ فَصْلَ مَا بَيْنَ صِيَامنَا وَصِيَام أَهْلِ الكِتَابِ أَكْلةُ السَّحورِ

“Perbezaan puasa kita dengan puasa Ahli Kitab adalah dengan makan sahur.” (HR al-Nasa’i)


c. Malah bangun sahur ini juga dari satu aspek memberikan peluang kepada seorang muslim untuk bertemu dengan waktu sepertiga akhir malam, iaitu waktu yang mudah dimakbulkan doa seseorang itu. Sabda Rasulullah ﷺ:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ


“Allah Tabaraka wa Taala turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir di setiap malam lantas berfirman: “Siapa yang berdoa kepada-Ku maka akan Aku jawab doanya, sesiapa yang meminta kepada-Ku maka akan Aku kabulkan permintaannya, dan sesiapa yang memohon ampunan kepada-Ku maka akan Aku ampuni dia.” (Sahih al-Bukhari)






Dapatkan buku 40 Hadis tentang Puasa dan Ramadan di sini:


https://s.shopee.com.my/9AAbPIEYdv

https://s.shopee.com.my/9AAbPIEYdv

https://s.shopee.com.my/9AAbPIEYdv


Semoga Allah membimbing kita.




Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Facebook

Telegram


 Dimanakah Keberkatan Sahur itu?




======

1. Rasulullah ﷺ sangat menggalakkan kita umat Islam agar bersahur. Dalam sebuah hadis yang sahih, Rasulullah ﷺ menyebutkan:


تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً


“Bersahurlah kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.” (HR al-Bukhari)


2. Timbul persoalan di sini, mengapa Rasulullah ﷺ menyifakan sebagai sahur itu memiliki keberkatan? Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam Ibn Daqiq al-Aid menjelaskan bahawa keberkatan sahur itu boleh dibahagikan kepada dua aspek. Dari aspek duniawinya sahur memberikan tenaga persiapan untuk orang yang berpuasa. Kata beliau:


قُوَّةِ الْبَدَنِ عَلَى الصَّوْمِ وَتَيْسِيرِهِ مِنْ غَيْرِ إِضْرَارٍ بِالصَّائِمِ


“(sahur) memberikan kekuatan badan buat yang berpuasa dan mempermudahkan urusan tubuh tanpa menggugat orang yang berpuasa.


3. Dari sudut akidah pula, sahur pada hakikatnya memberikan jatidiri yang jelas buat Muslim. Ini kerana sahur membezakan antara puasa kita dengan puasa agama lain. Perkara ini dijelaskan sendiri oleh Rasulullah dalam sabdanyna:


إنَّ فصلَ ما بين صيامِنا وصيامِ أهلِ الكتابِ ، أكلةُ السَّحورِ


“Perbezaan puasa kita dengan puasa ahli kitab adalah dengan kita makan ketika sahur.” (HR al-Nasa’i)


4. Sahur juga menjemput doa para malaikat. Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah menjelaskan:


فَإِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ


“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya mendoakan buat mereka yang bangun sahur.” (HR Ahmad)


Bayangkan andai kita menyedari bahawa perbuatan sunnah ini bukan sahaja mempersiapkan tubuh kita untuk melakukan ibadah, malah orang yang bersahur akan didoakan oleh Allah dan para malaikat! Maka apakah keberkatan yang lebih dicari berbanding reda Allah sendiri?


5. al-Imam Ibn Rajab menukilkan juga beberapa perkara yang menunjukkan akan keberkatan sahur seperti persiapan jiwa kita untuk bangun awal beribadah selain mempersiapkan kita untuk solat subuh berjemaah yang terkandung di dalamnya pahala yang tidak terhitung.


6. Oleh itu kita semua harusnya menyedari bahawa bersahur bukan sekadar makan dan minum tetapi persiapan diri untuk menyempurnakan ibadah puasa, ibadah yang Allah khususkan buat diriNya sendiri seperti yang disebutkan di dalam hadis.


7. Dapatkan buku 40 Hadis tentang Puasa dan Ramadan di sini:

https://s.shopee.com.my/7KipTIgepN 


Semoga Allah membimbing kita.



Dr. Ahmad Sanusi Azmi

FB: https://www.facebook.com/share/p/1BG6pH1rXW/

https://telegram.me/drahmadsanusiazmi












Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top