Showing posts with label kewangan. Show all posts
Showing posts with label kewangan. Show all posts


Rasuah adalah perbuatan yang diharamkan dalam Islam kerana ia membawa kepada kemudaratan dan ketidakadilan dalam masyarakat. Al-Quran dan Hadis dengan jelas menegaskan larangan ini.

Jangan biarkan rasuah merosakkan integriti kita sebagai umat Islam dan masyarakat yang berwibawa.





Mulai Oktober 2022, ciri Secure2u pada aplikasi MAE juga akan dinaik taraf dengan ciri keselamatan tambahan, iaitu tempoh pengaktifan 12 jam apabila anda mengaktifkan Secure2u pada peranti lain. Ini sebagai langkah untuk mengelakkan kelulusan transaksi tanpa kebenaran. 

Untuk makluman, Secure2u pada MAE kini adalah satu-satunya kaedah untuk meluluskan transaksi MAE/M2U. Oleh itu. lebih banyak transaksi yang memerlukan pengesahan melalui Secure2u pada MAE.

Cara aktifkan Secure2u MAE maybank - pada bahagian depan dashboard apps MAE itu ada Secure2u, klik. Verify device dan masukkan code dapat dekat SMS. Setelah verified device, baru baru boleh buat transaction (ada tempohnya sebelum boleh guna transaksi semula). 

Namun baru-baru ini, ada sedikit kesilapan - jika tanpa anda minta pun, diberi secure2u atau password, anda dikehendaki berhati-hati. Terutamanya apabila pop-up begini keluar. 


Bagaimanapun aplikasi MAE yang menggantikan sepenuhnya Maybank2U ini adalah lebih baik dari segi interface dan kemudahan menggunakannya. 

*****


Sumber:

https://wiser.my/pelanggan-maybank2u-kini-tidak-lagi-boleh-luluskan-transaksi-melalui-aplikasi-m2u-my


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0tDAPbN1zhpVy4uUvz9NZpPm1jt2BWwmogVrBEhcYHgoBqiPHdtmixx2mTACMFcbUl&id=100080327328677&mibextid=Nif5oz



WTD merupakan sejumlah wang milik mana-mana individu atau syarikat sama ada dalam bentuk simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf atau sebagainya.

Wang ini tidak dituntut oleh pemiliknya dalam satu tempoh yang telah ditetapkan.


Langkah semak wang yang tak dituntut online:

Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/

Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian. Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal.

Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan sementara yang diemel. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu.

Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna. 

Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)

Untuk fasa awal, eGUMIS hanya mengandungi rekod WTD dari tahun 2006 sehingga sekarang.

Sistem ini hanya membenarkan carian sebanyak 2 kali sehari.

*****

Proses Tuntutan WTD

Jika ada jumlah Wang Tak Dituntut, boleh buat Permohonan untuk dimasukkan ke dalam akaun bank kita yang terkini.

Permohonan tuntutan WTD layak untuk pihak-pihak berikut:

  • Empunya/pemilik WTD sendiri; 
  • Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;
  • pelikuidasi yang mewakili syarikat/firma yang sedang dalam proses penggulungan 
  • Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap
  • Setelah membuat tuntutan, wang anda akan diproses dan biasanya mengambil masa lebih kurang 1 bulan untuk dikreditkan ke akaun bank yang dinyatakan dalam borang tuntutan.










Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top