Showing posts with label maybank2u. Show all posts
Showing posts with label maybank2u. Show all posts


Mulai Oktober 2022, ciri Secure2u pada aplikasi MAE juga akan dinaik taraf dengan ciri keselamatan tambahan, iaitu tempoh pengaktifan 12 jam apabila anda mengaktifkan Secure2u pada peranti lain. Ini sebagai langkah untuk mengelakkan kelulusan transaksi tanpa kebenaran. 

Untuk makluman, Secure2u pada MAE kini adalah satu-satunya kaedah untuk meluluskan transaksi MAE/M2U. Oleh itu. lebih banyak transaksi yang memerlukan pengesahan melalui Secure2u pada MAE.

Cara aktifkan Secure2u MAE maybank - pada bahagian depan dashboard apps MAE itu ada Secure2u, klik. Verify device dan masukkan code dapat dekat SMS. Setelah verified device, baru baru boleh buat transaction (ada tempohnya sebelum boleh guna transaksi semula). 

Namun baru-baru ini, ada sedikit kesilapan - jika tanpa anda minta pun, diberi secure2u atau password, anda dikehendaki berhati-hati. Terutamanya apabila pop-up begini keluar. 


Bagaimanapun aplikasi MAE yang menggantikan sepenuhnya Maybank2U ini adalah lebih baik dari segi interface dan kemudahan menggunakannya. 

*****


Sumber:

https://wiser.my/pelanggan-maybank2u-kini-tidak-lagi-boleh-luluskan-transaksi-melalui-aplikasi-m2u-my


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0tDAPbN1zhpVy4uUvz9NZpPm1jt2BWwmogVrBEhcYHgoBqiPHdtmixx2mTACMFcbUl&id=100080327328677&mibextid=Nif5oz




Semua kita kreatif dengan cara masing-masing. Namun apa pula yang dikatakan menderma secara kreatif? Di sini saya kongsikan (yang saya dapat melalui perkongsian orang lain juga) cara menderma mudah, dengan hanya serendah RM1 melalui bank kita pun, kita masih boleh berkongsi rezeki. Moga apa sahaja kita buat ini diberkati. Insya-Allah.

Maybank

- Log in ke Maybank2u
- Pilih bill payment
- Pilih make one off payment
- Pilih zakat dan charity
- Pilihlah mana-mana badan kebajikan yang kita mahu menderma.
- Dan teruskan langkah untuk mengesahkannya  (macam beli barang tu).
- Sekian. Selesai.

CIMBClicks

- Log in ke CIMBclicks
- Pilih Pay --> Bills
- From pilih akaun kita
- Di ruangan "to": taip kebajikan



- Di situ akan ada banyak pilihan badan kebajikan yang kita mahu menderma
- Dan teruskan langkah untuk mengesahkannya (macam beli barang tu).
- Sekian. Selesai.

*Bank-bank lain pun boleh, ada caranya, boleh cari dan rujuk semula. Terima kasih.

Selamat menderma. Jika kita memberi, insya-Allah kita akan lebih banyak menerima. Bersyukurlah, Tuhan akan tambah lagi rezeki. :)





Baiklah. Penulisan kali ini tentang 2 cara bayar PTPTN online (lebih kurang saja sebenarnya). Cuma jika bayar melalui JOMPAY cas RM 1.06 tidak dikenakan. Jika mahu buat cara biasa (maybank2u / cimb clicks) ada saya kongsikan juga, boleh scroll post ini sehingga habis.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah bertujuan menguruskan dana dan tabung pendidikan bagi tujuan pinjaman pendidikan tinggi serta menyediakan simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi serta fungsi-fungsi lain yang diberikan kepada mereka oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Bila bermulanya wajib bayar balik PTPTN?
6 bulan selepas bergraduat. Jika belum bekerja lagi harus menghubungi pihak PTPTN untuk memberitahu situasi kita sebagai peminjam.

Jika mahu cek baki kali pertama boleh ke sini -- https://www.ptptn.gov.my/gateway/

Bagaimana nak cek baki PTPTN online (konvesional)? -- Di Penyata Pinjaman

Bayar PTPTN dengan JOMPAY (tanpa cas RM1.06)
- Perkongsian oleh Aare Adha (FB)

Laman untuk semakan Biller Code, Reference No. 1, Reference No. 2


Setelah isi maklumat di laman web JomPAY PTPTN di atas, laman seperti berikut akan dipaparkan. Jadi melalui laman web ini boleh tahu Biller Code JOMPAY dan Reference No. 1. Reference No. 2 ialah No. Telefon.


JomPAY juga boleh digunakan untuk bayaran bil lain seperti bil air, elektrik, dan lain-lain. Bolehlah berjinak-jinak dengan online banking ini.


Untuk pengguna Maybank2u


1. Log In Maybank2u
2. Pergi ke Account > Banking Bill Payment > JomPAY > Make A One-Off Payment
3. Masukkan semua maklumat. Request  TAC (nombor akan dihantar ke telefon).
4. Masukkan nombor TAC. Kemudian selesai.

Nota:
1. Sekiranya nak buat pembayaran lagi, boleh set transaksi ni kepada Favorite Biller. Untuk transaksi akan datang tak perlu lagi untuk isi semula segala perkara.

2. Untuk set kepada auto debit, tekan "Click Here". Sebelum tu kena set biller / transaksi ni kepada favourite dahulu. Bila dah set kepada Favourite, baru boleh set kepada auto debit. Dan pastikan anda pilih MONTHLY. Kemudian boleh pilih nak buat berapa kali. Sekiranya anda pilih 12, bank akan tolak secara automatic setiap bulan pada tarikh yang telah anda tetapkan. Selepas 12 kali penolakan, tiada lagi transaksi yang akan berlaku.


Untuk pengguna CIMB Clicks


1. Log In CIMB Clicks
2. Pergi ke tab Pay > Bills > Pay Bills
3. Pilih akaun anda
3. Pilih pilihan ke-3, JomPAY
4. Masukkan Biller Code, kemudian Submit
5. Masukkan Reference No. 1
6. Masukkan Reference No. 2 (No. Telefon)
7. Masukkan amaun yang ingin dibayar
8. kemudian request TAC number. Selepas dihantar ke telefon, isikan nombor TAC ruang tersebut. Klik confirm. Selesai.

Nota: Lebih mudah lepas buat transaksi, terus set biller code tu sebagai Favourite. Senang lepas ni tak payah dah nak key-in semula semua step dekat atas.

Untuk pengguna PBe Bank

1. Log In PBe Bank Online Banking
2. Pilih Payment > JomPAY > To Other Bill (sekiranya belum set to Favourite)
3. Pilih akaun
4. Masukkan Biller Code
5. Masukkan Reference No. 1
6. Masukkan Reference No. 2
7. Masukkan amaun
8. Tekan Accept (skrin seterusnya akan minta PAC, masukkan no. PAC dan Submit)

Nota: Setkan Biller Code kepada Favourite. Lepas ni tak payah nak masukkan balik semua maklumat balik semula. Selain daripada tiga cara bank-bank tersebut. Ada juga bank-bank lain yang juga terlibat.

Laman web rujukan:
1. Untuk tahu lebih lanjut berkenaan JomPAY (PTPTN to be highlighted)
https://www.ptptn.gov.my/web/guest/soalan_lazim_jompay
2. Semakan biller code dan reference JomPAY
http://semakanonline.ptptn.gov.my/jompay/index.php
3. Senarai bank untuk buat transaksi JomPAY PTPTN
http://www.jompay.com.my/making-a-payment.html#banks


*****

Jika mahu membayar tanpa menggunakan JOMPAY

Cara mudah membuat bayaran balik pinjaman PTPTN melalui Maybank2u:

- Pergi ke laman web http://www.maybank2u.com.my/ dan masukkan login ID dan password
- Pilih Accounts & Banking
- Kemudian pilih Bill Payment


- Kemudian pilih Education & Education Loans, klik continue


- Seterusnya (ini paling penting), pilih PTPTN- Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan, dan klik continue


- Kemudian masukkan maklumat kita dan klik continue
- Pastikan bayaran mesti kepada bayaran balik PTPTN kemudian request TAC number.
- Selepas dihantar ke telefon, isikan TAC di ruang tersebut. Klik confirm.
- Cetak resit dan simpan untuk bukti pembayaran. (Simpan sendiri, jika perlu baru tunjuk kelak.)

> Rujukan

*****

Cara mudah membuat bayaran balik pinjaman PTPTN melalui Cimbclicks:

- Pergi ke laman web https://www.cimbclicks.com.my/ibk/ dan masukkan login ID dan password
- Pilih Pay dan klik Bills
- Kemudian klik From, pilih saving account


- Kemudian CIMB Clicks, taip PTPTN ada 3 pilihan dipaparkan


- Kemudian pilih PTPTN- Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan


- Kemudian masukkan maklumat kita dan klik continue
- Kemudian klik pada add this biller to my favourites untuk memudahkan bayar lagi akan datang.
- Klik proceed to payment
- Semak. Pastikan memang bayaran untuk pinjaman balik PTPTN
- Pastikan bayaran mesti kepada bayaran balik PTPTN kemudian request TAC number.
- Selepas dihantar ke telefon, isikan nombor TAC ruang tersebut. Klik confirm.
- Cetak resit dan simpan untuk bukti pembayaran. (Simpan sendiri, jika perlu baru tunjuk kelak.)

> Rujukan

-- http://www.ptptn.gov.my/web/guest/bayaran-secara-online

Bayar PTPTN guna KWSP (akaun 2)

Jika ingin membayar PTPTN menggunakan KWSP (akaun 2), boleh bertanya di 03-89226000 (pusat panggilan KWSP) dan boleh juga rujuk penerangan penuh di blog ini: Bagaimana Membayar Hutang PTPTN Menggunakan Wang KWSP

*Kalau bayar melalui jompay separuh daripada baki keseluruhan, masih boleh dapat diskaun 10%. Boleh berhubung dengan Careline PTPTN (03-2193 3000) selepas bayaran dibuat bagi memastikan hal tersebut.

*****

Jika ingin tahu ada tunggakan berapa, ingin membayar penuh (lump sump) atau ingin memeriksa belum atau telah disenarai hitam, boleh berunding dulu dengan pihak PTPTN. Telefon atau pergi ke cawangan yang terdekat. Terima kasih.


PTPTN Hotline: 03-2193 3000

Untuk sebarang pertanyaan dan aduan boleh merujuk sini:











Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top