FAQ “habiskan makanan sahur walaupun sudah azan subuh?”
Sumber asal:
https://x.com/Muzuzxck/status/1763417790202212656?t=vxkpvTkIl8ekhCzvmJbhaA&s=19
FAQ “habiskan makanan sahur walaupun sudah azan subuh?”
Sumber asal:
https://x.com/Muzuzxck/status/1763417790202212656?t=vxkpvTkIl8ekhCzvmJbhaA&s=19
Jangan Beritahu!!
Jangan Beritahu Orang Kita Doakan Mereka.
أُمُّ الدَّرْدَاءِ، قَالَتْ: حَدَّثَنِي سَيِّدِي أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:
Ummu Darda' radiallahu 'anha berkata:
Suami ku memberitahu ku bahawa dia mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam bersabda:
"مَنْ دَعَا لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ".
Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya tanpa diketahui saudaranya, malaikat yang bertugas untuk hal itu akan mengaminkan doa tersebut dan berkata "Untuk kamu jua (seperti yang kamu doakan kepada saudara kamu)".
[Sahih Muslim, Kitab Zikir, Doa, Taubat dan Istighfar. Bab Kelebihan Berdoa Kepada Kaum Muslimin Tanpa Pengetahuan Mereka.
Hadis no: 4920]
~~~~~~~
Imam an-Nawawi menakalkan dalam Syarah Sahih Muslim:
(ولو دعا لجملة المسلمين فالظاهر حصولها أيضا،
Seandainya seseorang itu berdoa untuk sekelompok kaum Muslimin, zahir hadis ini dia tetap akan memperolehinya jua (iaitu memperolehi fadhilat diaminkan doa dan didoakan oleh malaikat)
وكان بعض السلف إذا أراد أن يدعو لنفسه يدعو لأخيه المسلم بتلك الدعوة؛
Sebahagian ulama' salaf, apabila mereka mahu berdoa untuk diri mereka, mereka akan berdoa untuk saudara mereka dengan doa tersebut (iaitu hajat yang mereka mahu untuk diri mereka sendiri)
لأنها تستجاب، ويحصل له مثلها)
Ini kerana doa itu akan dimakbulkan Allah, dan dia akan memperolehi hal yang sama seperti yang dia doakan (kepada saudaranya).
#MMMR 20/8/1435.
Kata AAM:
Adab dan Fadhilat ini sudah hilang dari sebahagian orang kerana asyik dok cerita doa dia untuk saudaranya kepada Facebook.
Kembalilah beramal dengan SUNNAH doa ini agar kita dapat meraih pahala dan "amin" para Malaikat yang mulia.
#AAM, 11 Syawal 1441H- PKPB.
Sumber:
Ustaz Anas
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3643545175672090&id=124946954198614&set=a.1116969178329715
Mengikut kamus dewan edisi keempat - Definisi poligami : (Ant) amalan beristeri lebih drpd satu orang ada masa yang sama; berpoligami mengamalkan poligami, mempunyai lebih daripada seorang isteri pada masa yang sama: sekiranya dikhuatiri sukar berlaku adil, janganlah ~, kelak sukar hendak dijawab di akhirat nanti.
Manakala monogami pula bermaksud - amalan berkahwin dengan satu orang sahaja pada sesuatu masa.
Monogami & Poligami
Jawapan Dato Dr. Zulkifli al-Bakri berkaitan ChatGPT
Saya telah ditanyakan berkenaan ChatGPT. Berdasarkan penelitian, saya dapati buat masa ini, ia adalah sistem Kecerdasan Buatan (AI) yang amat baik dan luar biasa namun kurang sesuai sebagai rujukan dalam bidang agama Islam.
Benar kita boleh “mengajar” AI jika ia menjawab dengan jawapan yang salah, tetapi antara elemen utama yang tiada pada ChatGPT adalah kemampuan menilai isu-isu yang disoal, mentarjih setiap pandangan, dan menyampaikan jawapan yang sesuai dengan soalan si penanya.
Menjawab permasalahan agama memerlukan ilmu (bukan hanya maklumat), daya emosi yang baik, akal yang sihat dan pengalaman. Semua ini menentukan jawapan yang akan diberikan.
Dalam hal ini, ChatGPT dilihat masih “kaku” malah adakalanya memberikan jawapan yang jauh tersasar samada dalam bidang aqidah, fiqh, hadith, sirah, muamalat dan lain-lain.
ChatGPT sesuai sebagai panduan umum (tidak semestinya tepat) oleh mereka yang ada asas agama yang baik. Namun ia bukanlah ranah yang sesuai untuk diteroka oleh masyarakat awam yang menginginkan jawapan bagi persoalan agama.
Untuk persoalan-persoalan agama, Maktabah Al-Bakri sedia membantu.
Sumber:
Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri merupakan Mufti Wilayah Persekutuan yang baru dilantik bermula 23 Jun 2014 [1]. Beliau adalah Mufti Wilayah Persekutuan ke-7 selepas SS Tan Sri Dato' Sheikh Abdul Mohsein bin Hj. Salleh (1 Februari 1971 - 7 Februari 1984).
Ini contoh:.
0.99g x RM215/g (harga persatuan emas)= RM212.85.
Kalau nak sedekah RM215 pun boleh jugak. Seikhlas hati.
Bagi mengelakkan dan melindungi bayi terkena penyakit ‘ain, bacalah doa yang dibacakan oleh Nabi SAW kepada dua cucunya, Hassan dan Hussain:- Boeh juga amalkan Ruqyah. Untuk cuba elak penyakt 'ain ini. WALLAHUA'LAM.
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍMaksudnya: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada godaan syaitan, binatang berbisa dan daripada pandangan mata yang bersifat dengki.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 3371)