Showing posts with label malas beribadah. Show all posts
Showing posts with label malas beribadah. Show all posts


Anda malas beribadah? Rasa penat dan susah sangat untuk mentaati Allah? Sedangkan anda tahu dunia ini hanya sementara dan ganjaran pahala serta syurganya sangat luas untuk mereka yang beriman. Malahan anda sedar semua nikmat yang kita ada ini Dia yang beri. Berikut adalah antara tips atau "ubat" untuk anda (dan kita semua) yang malas beribadah.

Sumber: Afaatun Ala Thariq oleh Dr. Sayyid Muhammad Nuh (dipetik daripada Majalah Jom: Isu 19).

  • Jauhkan diri daripada maksiat, besar / kecil (mampu gelapkan hati).
  • Istiqamah dalam amalan harian (seperti zikir, doa, istighfar, baca Quran).
  • Isi waktu-waktu yang afdhal dengan ketaatan. Terutamanya waktu subuh.
  • Menjauhi sikap berlebihan dalam agama. Bersederhana. (Allah cinta amalan yang berterusan walaupun sikit).
  • Bergabung dengan jemaah dan tak mengasingkan diri. Untuk elak berpecah belah.
  • Berkawan dengan orang soleh (yang buat kita mengingati Allah).
  • Selalu mengkaji sirah Nabi, sejarah islam dan biografi ulama. Belajar daripada itu.
  • Selalu hadir ke majlis ilmu. Kerana ilmu itu menghidupkan hati.
  • Hiburkan hati dengan perkara-perkara harus. Seperti bergurau, bercuti / melihat alam (untuk buang bosan & malas).
  • Sentiasa muhasabah diri. Kenal kelemahan, perbaiki dan bertaubat. Kita tak sempurna, adakalanya goyah dan lemah, maka perbaikilah amalan kita perlahan-lahan, sedikit demi sedikit. Insya-Allah kita boleh. Jangan mengalah untuk jadi lebih baik. Teruskan berusaha dan banyakkanlah berdoa.

Semoga kita terus menjadi istiqamah dan rajin untuk melakukan perkara-perkara baik. Insya-Allah.





Adakalanya kita bukan tidak mahu jadi baik, berhijrah dan berubah, cuma nak bergerak tu macam susah. Dah bergerak kadangkala malaslah pula. Nak istiqamah tu yang banyak cabarannya. Jadi apa cara nak beri rajin sedikit diri kita ni? Jika ada tips lain boleh saja anda kongsikan.

Artikel berkaitan: 

Tips ubat malas beribadah :

- Jauhi daripada maksiat , besar atau kecil
- Istiqamah dalam amalan ibadah harian
- Mengisi waktu afdhal dengan ketaatan
- Menjauhi sikap berlebihan dalam agama
- Bergabung dengan jemaah dan tidak asingkan diri dalam apa situasi pun
- Berkawan dengan orang soleh
- Selalu kaji sirah nabi, sejarah islam dan biografi ulama salaf
- Menghadiri majlis ilmu
- Hiburkan hati dengan perkara mubah (harus) - gurau misalnya
- Sentiasa muhasabah dan introspeksi diri

4 Ciri hamba pilihan Allah :
- Lemah lembut terhadap muslim lain
- Keras dan berpendirian terhadap orang kafir
- Berhijad di jalan Allah
- Tidak takut dengan celaan orang yang suka mencela

Bagaimana untuk ikhlas sesuatu:
- Ingat Allah akan beri ganjaran
- Sembunyi amalan
- Bimbang tak diterima-Nya
-Tak selesa dipuji amalnya
- Teliti dalam hati dulu
- Minta tergolong dalam orang yang berhati ikhlas
- Doa Abu Bakar

Menjaga hati daripada cinta dunia ;

- Zuhud terhadap dunia
- Mengingati mati
- Hidup seperti ghuraba ( menjadi terasing tak apa, asalkan kerana-Nya)
- Mensyukuri nikmat dan bersabar dengan ujian
- Sentiasa mengingatkan diri tentang akhirat yang kekal
- Mengenal pasti daruriyyat ( kepentingan asas ) , hajiyyat ( keperluan biasa ) dna tahsiniyyat ( kemewahan )
- Menjaga diri dari keburukan dunia

--

*Apa yang difikir tak semestinya benar. Kadangkala ia hanya sangkaan.

*Bersyukurlah dengan kejadian sendiri.

*Bersyukurlah, baru semua nampak sempurna.

Kita kena sedar hidup ini sekejap saja, dan bila-bila masa akan diambil-Nya. Jadi beramalllah sebaiknya, manfaatkan masa selagi ada. Kalau tak tahu, belajar. Kalau malas, kuatkan azam yang perkara baik tak datang selalu. Kuatlah demi diri sendiri dan masa depan di akhirat sana, insyaAllah kita semua boleh. Jom ke syurga ! Sama-sama. Selamat berjuang!









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top