Anda malas beribadah? Rasa penat dan susah sangat untuk mentaati Allah? Sedangkan anda tahu dunia ini hanya sementara dan ganjaran pahala serta syurganya sangat luas untuk mereka yang beriman. Malahan anda sedar semua nikmat yang kita ada ini Dia yang beri. Berikut adalah antara tips atau "ubat" untuk anda (dan kita semua) yang malas beribadah.
Sumber: Afaatun Ala Thariq oleh Dr. Sayyid Muhammad Nuh (dipetik daripada Majalah Jom: Isu 19).
- Jauhkan diri daripada maksiat, besar / kecil (mampu gelapkan hati).
- Istiqamah dalam amalan harian (seperti zikir, doa, istighfar, baca Quran).
- Isi waktu-waktu yang afdhal dengan ketaatan. Terutamanya waktu subuh.
- Menjauhi sikap berlebihan dalam agama. Bersederhana. (Allah cinta amalan yang berterusan walaupun sikit).
- Bergabung dengan jemaah dan tak mengasingkan diri. Untuk elak berpecah belah.
- Berkawan dengan orang soleh (yang buat kita mengingati Allah).
- Selalu mengkaji sirah Nabi, sejarah islam dan biografi ulama. Belajar daripada itu.
- Selalu hadir ke majlis ilmu. Kerana ilmu itu menghidupkan hati.
- Hiburkan hati dengan perkara-perkara harus. Seperti bergurau, bercuti / melihat alam (untuk buang bosan & malas).
- Sentiasa muhasabah diri. Kenal kelemahan, perbaiki dan bertaubat. Kita tak sempurna, adakalanya goyah dan lemah, maka perbaikilah amalan kita perlahan-lahan, sedikit demi sedikit. Insya-Allah kita boleh. Jangan mengalah untuk jadi lebih baik. Teruskan berusaha dan banyakkanlah berdoa.
Semoga kita terus menjadi istiqamah dan rajin untuk melakukan perkara-perkara baik. Insya-Allah.
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.