Showing posts with label menghargai orang lain. Show all posts
Showing posts with label menghargai orang lain. Show all posts


Terima kasih adalah perkataan yang sangat diperlukan namun amat sukar diperolehi zaman ini. Nampak macam remeh, sebenarnya dalam Islam, sekecil-kecil kebaikan itu juga dinilai. Begitu juga sebuah ucapan terima kasih.

Antara kelebihan berterima kasih: terima kasih dapat menyuntik semangat. Dapat membuatkan seseorang lebih bersemangat pada hari tersebut dan untuk terus berbuat baik.

- Orang barat menyebutnya state of gratitude. Kita menyebutnya sebagai rasa bersyukur. Banyak kajian mendapati rasa bersyukur dan menghargai ini dapat membuatkan seseorang bahagia. Dapat kurangkan stress dan membuatkan seseorang lebih bertenaga.

- Perasan atau tidak, sekian banyak doa Nabi ajar dimulakan dengan “Alhamdulillah.”. Bahkan sekurang-kurangnya 17 kali sehari kita meluahkan rasa syukur dalam solat.
Aisyah menceritakan: ‘Kebiasaan Nabi apabila datang sesuatu yang mengembirakannya, Baginda akan berkata: ‘Alhamdulillah dengan nikmat-Nya sempurna segala kebaikan.” Apabila datang sesuatu yang tidak disukainya, Baginda akan berkata; ‘ Alhamdulillah atas setiap keadaan.” - [ Riwayat al-Hakim ]
- Kajian juga mendapati orang yang memperolehi terima kasih daripada orang lain akan cenderung berterima kasih kepada orang, serta membuatkan orang lain berterima kasih pada yang lain juga.
Rasa berterima kasih mesti diluahkan,. “ Orang yang paling bersyukur dengan Allah ialah orang yang paling berterima kasih dengan manusia.” - [ Riwayat Ahmad ]
- Jazakallahu khairan.
Rasulullah berpesan: “ Sesiapa yang mendatangkan kebaikan untuk kamu, maka balaslah dia dengan semisal. Jika kamu tiada apa-apa untuk dibalas, maka berdoalah untuknya.” - [ Riwayat al-Tabarani ]
Pesan Nabi lagi:
‘ Sesiapa yang dibuat sesuatu kebaikan kepadanya lalu dia mengucapkan: Jazakallahu khairan. Maka dia telah cukup membalasnya - [ Riwayat al-Tirmizi ]
Maksudnya : “Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan.”

Saidina Umar pernah berkata: ‘Kalaulah kamu tahu ganjaran yang dia dapat daripada ucapan kepada saudaranya, ‘jazakallahu khaira’ , pasti kamu akan saling kerap mengucapkan antara satu sama lain.” - [ Riwayat Ibn Abi Syaibah ]

Nampak macam kecilkan terima kasih ni? Sebenarnya ia sangat besar nilainya di sisi Tuhan. Jadi biasakanlah ucap terima kasih. Cuba! Moga kita saling dapat manfaat, insyaAllah. Terima kasih.


[ Antara sumber : Ezy Dakwah, Solusi ]



Satu sms masuk,
"Kaumbuatapa?", jawabku, "di rumah, tengok tv."
"Iturumahorangkamupergi?", jawabku "taklah, hari ni duduk rumah."

Mulai hari pertemuan terakhir kami, setiap minggu pasti dia akan hantar sms. Malah dialah insan pertama call untuk mengucapkan selamat hari raya."Ai ling kakak, selamat hari rayaa!" Jeritnya sambil ketawa kecil.

Kisah Dia bermula begini,

Satu: Bising di bangunan depan ni, ada pergaduhan kecil mereka cakap. Anem memang tak ambil port sangat. Seorang tu, menangis, seorang tenang saja. Malam tu hal diorang settle. Tapi tak habis lagi, esok, yang menangis malam tadi sambung berdiri menangis kat luar, habis semua orang dengar, blok lain pun. Belum hal-hal lain yang ikut fahaman dia dan kesukaan dia lagi.

Dua:  Tak lama tu lepas dia mengadu ramai tak suka dia, salah faham dengan kawan-kawan yang rapat dengan dia, sampai la ni, tak tahu apa kesudahannya.

"Dia , kalau tanya suka ulang-ulang meh, dah tanya, tanya lagi."
"Kalau dia itu salah, dia minta maaf harini, esok buat lagi, tidak faham juga."
        Complain teman-temannya.

Tiga:  Hari tu, dalam satu aktiviti, kira klimakslah cerita kat situ, sampai buat orang tension dengan perangai dia, dia buat sesuatu yang tak wajar dibuat dengan sengaja, kira sakit hatilah kalau orang mengalaminya. Tapi dia yang istimewa tu, tanpa sedar itu satu kesilapan, menangis dimarah, dan baru tahu itu salah. Tapi dah memang dia istimewa. Dia bukan kisah orang marah dia, dia bukan ingat apa salah dia, esok buat lagi dan lusa dia minta maaf. Demikianlah seterusnya, ulang-ulang.

Itulah insan bergelar Mee Yieng, masa dengan dia mengingatkan Anem pada Adik Anem yang istimewa, Hafiz. Bila ada insan yang ambil serius dengan akhlak dia, Anem dengan emo jugak cakap, "korang, janganlah macam tu, nak ke anak ke, adik korang macam dia?"

Yes! Emo lebihkan Anem. Tapi teringat ayat sorang dak tu, masa bas dia nak gerak haritu, dak tu cakap, "Mee Yieng! Maaf selalu kutuk kau" - sebab lepas ni mungkin akan susah sesama mereka ini nak jumpa another Mee Yieng, diorang kata, "harap-harap takkan jumpa!" Dalam hati Anem, "Ish, korang ni!"
Rasullullah SAW Bersabda: "Sayangilah orang-orang yang ada di bumi, nescaya kamu disayangi oleh orang yang dilangit [yakni para malaikat]."- Hadis Riwayat At-Thabrani 
Mee Yieng, tak semua faham kamu, dik! Akak pun.
Maaflah, akak pun bukan baik sangat.

 Take care. Rindu.

End.









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top