Showing posts with label nikmat. Show all posts
Showing posts with label nikmat. Show all posts


Alhamdulillah. Allah masih mengizinkan lagi kita menghirup udara di aidilfitri. Bersyukur kerana disempatkan kita menikmati bulan ramadhan, moga amalan kebaikan kita di bulan mulia penuh barakah itu akan dapat di bawa ke bulan-bulan yang lain, insyaAllah.

Cakap tentang raya, selain orang sibuk dengan persiapan pakaian, kuih, kasut dan rumah raya, ramai juga memperkatakan tentang beza raya dulu dan sekarang. Semuanya berevolusi, semua akan berubah, ada perkara yang kita perlu terima, tapi masih mampu untuk kita kekalkan tradisi lama.

Dan selain itu apabila berkumpul ramai-ramai ni, ada tiga perkara yang paling selalu disentuh:
- Elakkan tanya soalan sensitif, hari raya untuk bergembira, hormatilah perasaan orang lain seperti mana kita mahu dihormati.
- Belajar memaafkan, bukan semata untuk orang , tapi untuk hati kita tenang. Kalau orang belum sedia nak maafkan, kita doakan.
- Bab ziarah, jika boleh hormati yang datang dan hormati tuan rumah. Saling selesakan dan sederhana.

Di kesempatan ini, saya Anem Arnamee ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri untuk awak semua (ya, awak yang sudi baca tulisan Anem dan blog arnamee blogspot selama ini). Maaf jika ada tersalah kata, contoh dan mesej. Setiap sokongan kalian amat Anem hargai, moga dimurahkan rezeki. Hanya Allah sahaja mampu membalas setiap satunya. Terima kasih banyak-banyak diucapkan.
Jadi nah, terimalah lagu tema raya media prima yang agak menarik ini. Tadaa. Semoga terus tersenyum. :)





Lirik Lagu Syukur Selalu ; Black & Dayang Nurfaizah 

Hari yang indah
Mulakan harimu dengan senyuman
Setahun berlalu tapi semua masih di ingatan

Memori silam kini hanyalah sekadar memori
Usah dikenangi bangkit kembali

Jalani hari-harimu dengan kesyukuran
Bersyukur kepada Tuhan atas nikmatNya

Syukur, syukurku selalu
Kerana Kau sempurnakanku
Dengan semua yang ku perlu
Syukur walau dugaan menimpa
Tiada apa yang tak bisa kita harungi oh...
Bila bersama

Jauh kulihat tiada yang kekal selamanya
Semua yang ku ada kan ku hargainya

Jalani hari-harimu dengan kesyukuran
Bersyukur kepada Tuhan atas nikmatNya

Syukur syukurku selalu
Kerana Kau sempurnakanku
Dengan semua yang ku perlu
Syukur walau dugaan menimpa
Tiada apa yang tak bisa kita harungi oh...
Bila bersama

Syukur selalu, syukur selalu, syukur selalu
Syukur selalu, syukur selalu, syukur selalu
Syukur selalu, syukur selalu, syukur selalu

Tak ku gusar menempuh dugaan
Kerana ku yakin ada Tuhan

Syukur, syukurku selalu
Kerana Kau sempurnakanku
Dengan semua yang ku perlu
Syukur walau dugaan menimpa
Tiada apa yang tak bisa kita harungi oh...

Syukur, syukurku selalu
Kerana Kau sempurnakanku
Dengan semua yang ku perlu
Syukur walau dugaan menimpa
Tiada apa yang tak bisa kita harungi oh...
Bila bersama oh...
Bila bersama...

---

Semoga bergembira di hari raya, dan buat apa-pun ke mana-mana pun , jaga kesihatan dan keselamatan semuanya. Semoga diberkati dan diterima amalan kita semua, insyaAllah!



Rujukan lirik
Rujukan gambar




Terima kasih adalah perkataan yang sangat diperlukan namun amat sukar diperolehi zaman ini. Nampak macam remeh, sebenarnya dalam Islam, sekecil-kecil kebaikan itu juga dinilai. Begitu juga sebuah ucapan terima kasih.

Antara kelebihan berterima kasih: terima kasih dapat menyuntik semangat. Dapat membuatkan seseorang lebih bersemangat pada hari tersebut dan untuk terus berbuat baik.

- Orang barat menyebutnya state of gratitude. Kita menyebutnya sebagai rasa bersyukur. Banyak kajian mendapati rasa bersyukur dan menghargai ini dapat membuatkan seseorang bahagia. Dapat kurangkan stress dan membuatkan seseorang lebih bertenaga.

- Perasan atau tidak, sekian banyak doa Nabi ajar dimulakan dengan “Alhamdulillah.”. Bahkan sekurang-kurangnya 17 kali sehari kita meluahkan rasa syukur dalam solat.
Aisyah menceritakan: ‘Kebiasaan Nabi apabila datang sesuatu yang mengembirakannya, Baginda akan berkata: ‘Alhamdulillah dengan nikmat-Nya sempurna segala kebaikan.” Apabila datang sesuatu yang tidak disukainya, Baginda akan berkata; ‘ Alhamdulillah atas setiap keadaan.” - [ Riwayat al-Hakim ]
- Kajian juga mendapati orang yang memperolehi terima kasih daripada orang lain akan cenderung berterima kasih kepada orang, serta membuatkan orang lain berterima kasih pada yang lain juga.
Rasa berterima kasih mesti diluahkan,. “ Orang yang paling bersyukur dengan Allah ialah orang yang paling berterima kasih dengan manusia.” - [ Riwayat Ahmad ]
- Jazakallahu khairan.
Rasulullah berpesan: “ Sesiapa yang mendatangkan kebaikan untuk kamu, maka balaslah dia dengan semisal. Jika kamu tiada apa-apa untuk dibalas, maka berdoalah untuknya.” - [ Riwayat al-Tabarani ]
Pesan Nabi lagi:
‘ Sesiapa yang dibuat sesuatu kebaikan kepadanya lalu dia mengucapkan: Jazakallahu khairan. Maka dia telah cukup membalasnya - [ Riwayat al-Tirmizi ]
Maksudnya : “Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan.”

Saidina Umar pernah berkata: ‘Kalaulah kamu tahu ganjaran yang dia dapat daripada ucapan kepada saudaranya, ‘jazakallahu khaira’ , pasti kamu akan saling kerap mengucapkan antara satu sama lain.” - [ Riwayat Ibn Abi Syaibah ]

Nampak macam kecilkan terima kasih ni? Sebenarnya ia sangat besar nilainya di sisi Tuhan. Jadi biasakanlah ucap terima kasih. Cuba! Moga kita saling dapat manfaat, insyaAllah. Terima kasih.


[ Antara sumber : Ezy Dakwah, Solusi ]









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top