Cuti sekolah dan hari raya datang lagi! Maka mulalah kita risau siapa akan jaga kucing kita jika kita tinggalkan atau tak dapat bawa ke kampung atau berjalan-jalan sekali? Jadi di sini saya kongsikan beberapa iklan menerusi tweet Puan pelisahh berkenaan Petsitter (penjaga haiwan) yang boleh kita hubungi bertanyakan mengenai hal menjaga atau tengok-tengokkan kucing kita nanti. Terim kasih untuk yang berkongsi. Moga dipermudah!
Pahang
Johor Bahru
Ipoh, Perak
Perak
Lembah Klang
Cyber Jaya dan Ipoh
Selangor
Tambahan:
Sesiapa yang nak tinggalkan pets masa raya bolehlah try guna apps petbacker.com. Cuma perlu hati-hati dan teliti.
"Salahkah kita tak memaafkan orang lain, dan menuntut keadilan di akhirat?" - Baru-baru ini, penulis novel dan buku islamik, Saudara Hilal Asyraf telah menjawab soalan salah seorang pengguna twitter iaitu Saudari Mira.
Beliau mulakan dengan mengisahkan tentang perbuatan Sahabat. Saad bin Abi Waqqas RA pernah dianiaya dengan fitnah teruk. Maka membalas fitnah tersebut, Saad bin Abi Waqqas telah mendoakan pemfitnah dengan doa yang berat. Jom kita selusuri perkongsian beliau.
Kisah Saad bin Abi Waqqas RA
"Demi Allah, aku akan berdoa dengan tiga perkara:
Ya Allah, jika hamba-Mu ini pendusta, melakukan semua ini kerana mahu menunjuk-nunjuk, panjangkanlah umurnya, panjangkan kefakirannya, dan timpakan fitnah ke atas dirinya."
Doa ini akhirnya mustajab dan pemfitnah sengsara.
Peristiwa ini diriwayatkan di dalam Sohih Bukhari.
Wahsyi, pembunuh Hamzah Abdul Muttalib
Rasulullah SAW sendiri bila Wahsyi, pembunuh Hamzah Abdul Muttalib ketika peperangan Uhud, datang bertemu dengannya untuk memeluk Islam, baginda tidak mahu melihat lagi wajahnya.
"Ketika baginda melihat aku, baginda bertanya: Engkau Wahsyi? Aku menjawab: Ya. Baginda bertanya lagi: Engkau yang telah membunuh Hamzah? Aku menjawab: Apa yang berlaku ialah sebagaimana berita yang sampai kepadamu.
Baginda bersabda:
Bolehkah jika engkau jangan muncul di hadapanku?
Wahsyi berkata: Lalu saya keluar...."
Ini juga diriwayatkan dari hadith sohih Bukhari.
Dalam situasi Wahsyi, sudah pastilah Wahsyi itu diampunkan kerana beliau telah memeluk agama Islam. Pun begitu, dapat dilihat, sehebat-hebat Rasulullah SAW pun, tak dapat memadamkan kepedihan hati baginda atas tragedi yang ditimpakan orang.
Dalam situasi Saad bin Abi Waqqas jelas Saad bin Abi Waqqas tidak memaafkan kesalahan pemfitnah tersebut dan mendoakannya sesuatu yang perlu ditanggung sepanjang hayat.
Ini contoh-contoh di mana kita tak mesti perlu memaafkan orang yang bersalah ke atas kita. Apatah lagi melupakan, menerima dengan senang hati.
Allah SWT sendiri berfirman dalam Surah An-Nisa' ayat 148:
"Allah tak suka kepada perkataan-perkataan buruk yg dikatakan dengan berterus-terang, kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
Jelas di sini, ada kelonggaran terhadap orang-orang yang dizalimi, disakiti, dianiayai, untuk melepaskan kalimah-kalimah buruk ke atas orang-orang yang menzaliminya.
Kenapa Allah tak suruh maafkan sahaja terus?
Sebab Allah faham duka dan emosi jiwa manusia.
Tak dinafikan, MEMAAFKAN ITU YANG TERBAIK. Tetapi tak memaafkan salahkah? Menuntut keadilan di akhirat salahkah? TAK SALAH.
Bayangkan, apakah kita nak paksa mangsa rogol, lapang dada dan tenang dengan pemangsa yang merogolnya?
Bayangkan, apakah kita nak paksa keluarga mangsa bunuh, untuk sekadar lapang dada, terima sahaja dengan hati terbuka, pemangsa yang membunuh ahli keluarganya?
Islam tidak zalim sedemikian.
Kerana itu di sisi Islam, ada hukuman qisas. Bunuh balas bunuh. Meraikan fitrah insan.
Jadi konklusi, tak salah untuk seseorang tak memaafkan orang yang telah menzaliminya, melakukan kerosakan ke atas dirinya & keluarganya.
Allah Maha Adil.
Jika tiada manusia tidak mahu mengadilimu, tuntutlah keadilan Allah SWT.
Itu hak kamu.
Allah tidak akan sesekali zalim!
Tetapi, jika kita kuat nak mengejar tingkatan yang lebih tinggi, sudah semestinyalah, MEMAAFKAN ITU LEBIH BAIK.
"Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa." Surah An-Nisa' ayat 149.
Ingat, Allah Maha Adil.
Di dalam Islam, setakat saya belajarlah, benda paling busuk sekali ialah kezaliman.
Sebab Allah sendiri melarang diri-Nya berbuat zalim (rujukan hadith Qudsi).
Kemudian boleh lihat hadith muflis, besarnya balasan Allah ke atas penganiaya di akhirat kelak.
Sebab memang lumrah, orang teraniaya ni susah dapat pengadilan, simpan hati.
Tapi Allah Maha Adil.
"Dan akan disempurnakan segala urusan kamu di hari akhirat." Surah Ali-Imran ayat 185.
Entah apa yang susahnya.
Kita dizalimi, kita pula akan disusahkan Allah SWT?
Maha Suci Allah SWT dari sifat zalim.
"Wahai hamba-Ku, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku menjadikan kezaliman itu haram di antara kalian." Hadith Riwayat Muslim.
Bukankah lebih baik jika memaafkan?
Memang ya, beliau ulang, MEMAAFKAN ITU YANG TERBAIK. Ganjarannya pun besar. Keampunan Allah tu bukan kecil ya rakan-rakan.
Tapi tak mampu memaafkan bukan satu kehinaan dan kesalahan. Cuma bukanlah posisi yang TERBAIK.
Sebab cerita Saad Abi Waqqas ni, dia mendoakan pemfitnah, yang telah memfitnah dia bermasalah sebagai gabenor.
Rakyat telah buat fitnah politik ke atas Saad.
Penganiayaan dia ke atas kita, Allah akan adili. Taubat dia selepas itu, Allah juga akan adili. Dia nak minta maaf kepada kita pun, kita dah mati.
Satu benda kena percaya, tidak akan ada sesiapa dizalimi di hadapan Allah SWT.
Di syurga nanti sengsara tika di dunia adalah kecil.
Dosa zalim dan aniaya orang di dalam Islam sangat besar sampai kat akhirat nanti diancam dengan kemuflisan.
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab para sahabat: “Orang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”.
Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam ummatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, dalam masa yang sama dia memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang.
Lalu akan diberikanlah kepada orang ini dan itu(mangsa-mangsa) pahalanya. Jika pahala2nya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa mereka(mangsa-mangsa) dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka.” Hadith Riwayat Muslim.
Jadi, janganlah kita aniaya orang, zalimi orang.
Banyak mana pun kita beribadah, Allah tak nak pandang ibadah kita kalau kita kaki zalim ke orang. Allah ambil ibadah kita, pahalanya diberikan pula pada orang yang kita zalimi.
Tak cukup? Allah lempar pula dosa dia ke kita. Sekian. Wallahua'lam.
Selamat hari raya! Alhamdulillah, kita masih diizinkan-Nya menemui aidilfitri. Begitu banyak iklan raya / drama pendek raya yang diterbitkan pada tahun 2019 ini. Lebih 60! Ada yang sempat saya tonton, ada yang masih belum. Baiklah setakat saya tonton (ini playlist senarai iklan raya tahun 2019), di sini saya sertakan beberapa iklan pilihan saya. Mungkin anda ada pilihan lain, boleh tonton dan nilai sendiri. Mana menampilkan mesej yang baik, kita ambil sebagai pengajaran. Maaf zahir batin!
1- Iklan Maxis - Deria Takbir
2- Iklan Raya Rangkaian Televisyen Media Prima 2019 - Hero Setulus Ikhlas
3- Iklan TNB - Konvoi Epik Fantastik
4- Iklan Lebuhraya Plus - Tumpang
5- Iklan PruBSN - Team Raya Merah
6- Iklan Grab - Grab kembara masa dalam #BuangBalikRaya
7- Iklan JBR Bundle - PLAYBACK.
Lain-lain:
- Iklan Raya SAJI 2019 | Rendang Tok Mak (sedih tapi kelakar)
- Iklan Kuih Bangkit (Malam Filem) (seram sikit)
- Iklan Petronas - Rendang SoRaya (ini sayu)
- Iklan Kebenaran Raya - MONSTA
- Iklan TM - ATUK GAMER | #LebihUntukMu
- Iklan Yakult - Geng Sakat Raya 2
- Iklan Astro - Raya kuasa 7
- Iklan Raya - Syukor Kerbau (Raya di Hujung Tanduk)
Selamat bermaafan dan kunjung-mengunjung! Hati-hati di jalan raya, semua. Moga dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah. Ameen.
Alhamdulillah. Raya datang lagi! Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada ahli keluarga saya, semua saudara-mara yang mengenali dan tidak lupa buat sahabat-sahabat yang sudi di sisi selama ini. Juga buat yang sudi membaca blog saya ini. Berhati-hati dan jaga hati.
Ucapan raya untuk sahabat yang selalu di sisi;
Raya tiba lagi. Saya ingin memohon maaf jika pernah mengguris hati. Terima kasih kerana bertahan setiap inci. Moga di hari raya ini, kita semua diberkati.
Buat sahabat jauh, walaupun mungkin jarak memisahkan kita namun kasih sayang tidak pernah berjarak. Dalam ingatan, kamu tidak pernah kulupa. Moga terus baik-baik saja-saja. Berjodoh, nanti kita jumpa. Insya-Allah.
Buat sahabat yang diduga, kuatlah kerana kamu terpilih dan sangat disayang Dia Yang Maha Kuasa. Bertahanlah wahai sahabat yang tabah jiwanya. Ada ganjaran dalam setiap dugaan. Moga sentiasa dipeluk sabar dan dipermudahkan semua urusan.
Buat yang baru dikenali, moga nanti kita makin rapat dan berukhwah kerana Ilahi.
Buat semua, terima kasih dari hati. Di hari raya ini, ke manapun mohon hati-hati. Dan jaga diri.
Salam aidilfitri,
Anem Arnamee.
Nah, lagu untuk sahabat semua: Senandung Hari Raya Untukmu: Dayangku Intan
Banyak iklan raya tahun ini yang agak memikat. Seakan semuanya cuba untuk menghasilkan sesuatu yang paling dekat dan menyentuh (pastinya!). Walaupun kita mungkin tidak dapat lari daripada iklan sedih di hari raya, namun ada juga iklan yang kelakar dan seronok di samping banyak pengajaran (PSA) yang dapat diingat. Nah di sini iklan raya 2016 menarik yang menjadi pilihan saya. Anda ada pilihan lain? Mari berkongsi!
1. Telekom Malaysia (TM) - Rezeki Yang Dikongsi Lebih Diberkati
2. PETRONAS - Vroom Vroom
3.Malaysia Airlines Berhad (MAB) - #BolehAdikIkut
4. MYNIC - #bahuluemak
5. Tenaga Nasional Berhad (TNB) - #LepasTu
6. Maxis; SarikataHati.
7. MYDIN - #selaludihati
8. BSN: Pengacau Balik Raya
9. Astro Gempak - Kisah Benar Zika. #BerikanMasa
10. Iklan Raya Samsung
11. SkyWorld - The Missing Ingredient
12. EcoWorld - Syawal Dirai Keluarga Dihargai
13. Buku Ayah (Full) A Raya Web Short Film by I&P Group
14. Maghfirah
Ini antara pilihan peribadi saya. Selain di sini ada juga iklan menarik seperti yang dibuat Jabatan Imigresen dan Watson. Dan banyak lagi sebenarnya. Apa-pun, teruskan menyebarkan yang baik-baik dan selamat berhari raya! Terima kasih.
Alhamdulillah. Allah masih mengizinkan lagi kita menghirup udara di aidilfitri. Bersyukur kerana disempatkan kita menikmati bulan ramadhan, moga amalan kebaikan kita di bulan mulia penuh barakah itu akan dapat di bawa ke bulan-bulan yang lain, insyaAllah.
Cakap tentang raya, selain orang sibuk dengan persiapan pakaian, kuih, kasut dan rumah raya, ramai juga memperkatakan tentang beza raya dulu dan sekarang. Semuanya berevolusi, semua akan berubah, ada perkara yang kita perlu terima, tapi masih mampu untuk kita kekalkan tradisi lama.
Dan selain itu apabila berkumpul ramai-ramai ni, ada tiga perkara yang paling selalu disentuh:
- Elakkan tanya soalan sensitif, hari raya untuk bergembira, hormatilah perasaan orang lain seperti mana kita mahu dihormati.
- Belajar memaafkan, bukan semata untuk orang , tapi untuk hati kita tenang. Kalau orang belum sedia nak maafkan, kita doakan.
- Bab ziarah, jika boleh hormati yang datang dan hormati tuan rumah. Saling selesakan dan sederhana.
Di kesempatan ini, saya Anem Arnamee ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri untuk awak semua (ya, awak yang sudi baca tulisan Anem dan blog arnamee blogspot selama ini). Maaf jika ada tersalah kata, contoh dan mesej. Setiap sokongan kalian amat Anem hargai, moga dimurahkan rezeki. Hanya Allah sahaja mampu membalas setiap satunya. Terima kasih banyak-banyak diucapkan.
Jadi nah, terimalah lagu tema raya media prima yang agak menarik ini. Tadaa. Semoga terus tersenyum. :)
Lirik Lagu Syukur Selalu ; Black & Dayang Nurfaizah
Hari yang indah
Mulakan harimu dengan senyuman
Setahun berlalu tapi semua masih di ingatan
Memori silam kini hanyalah sekadar memori
Usah dikenangi bangkit kembali
Jalani hari-harimu dengan kesyukuran
Bersyukur kepada Tuhan atas nikmatNya
Syukur, syukurku selalu
Kerana Kau sempurnakanku
Dengan semua yang ku perlu
Syukur walau dugaan menimpa
Tiada apa yang tak bisa kita harungi oh...
Bila bersama
Jauh kulihat tiada yang kekal selamanya
Semua yang ku ada kan ku hargainya
Jalani hari-harimu dengan kesyukuran
Bersyukur kepada Tuhan atas nikmatNya
Syukur syukurku selalu
Kerana Kau sempurnakanku
Dengan semua yang ku perlu
Syukur walau dugaan menimpa
Tiada apa yang tak bisa kita harungi oh...
Bila bersama
Syukur selalu, syukur selalu, syukur selalu
Syukur selalu, syukur selalu, syukur selalu
Syukur selalu, syukur selalu, syukur selalu
Tak ku gusar menempuh dugaan
Kerana ku yakin ada Tuhan
Syukur, syukurku selalu
Kerana Kau sempurnakanku
Dengan semua yang ku perlu
Syukur walau dugaan menimpa
Tiada apa yang tak bisa kita harungi oh...
Syukur, syukurku selalu
Kerana Kau sempurnakanku
Dengan semua yang ku perlu
Syukur walau dugaan menimpa
Tiada apa yang tak bisa kita harungi oh...
Bila bersama oh...
Bila bersama...
---
Semoga bergembira di hari raya, dan buat apa-pun ke mana-mana pun , jaga kesihatan dan keselamatan semuanya. Semoga diberkati dan diterima amalan kita semua, insyaAllah!
Waktu raya dan puasa akan datang, kita akan saksikan orang lain pula menggantikan 'Atok' atau Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang telah menjadi kesayangan dan penantian seisi keluarga dan masyarakat islam di Malaysia, untuk membuat pengumuman, yang akan memberitahu kita bila kita kan beraya atau puasa mengikut anak bulan, atau rukyah itu.
Jadi : jangan lupa menyaksikan Dokumentari khas yang akan akan menemui penonton di TV1, pada 9 Januari, pukul 6 petang. Dokumentari ini sebagaisumbangsih bagi menghargai jasa Engku Tan Sri yang telah berkhidmat selama 22 tahundan bersara secara rasminya pada 7 Januari 2011.
Ingat lagi :
"Cepat-cepat Atok tu dah keluar!" Kelam kabut kami seisi keluarga, masing-masing mahu duduk depan.
"Kuatkan lagi, kuatkan! " Along minta Adik kuatkan volume tv sikit.
Semua merenung sampai tembus tv. Habis pengumuman mulalah masing-masing nak mengaku,
"kan dah kata tadi, raya lusa,!" Dan dan sambung kerja balik.
Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 79 tahun, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang telah berkhidmat selama 22 tahun. Mula menjawat jawatan itu pada 1 Januari 1989 menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof. Bersara secara rasmi pada 7 Januari 2011.
Terima kasih Atok Engku Tan Sri dari kami. UPDATE; BESUT . Disember 2012 - Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor Selasa kira-kira pukul 8.30 malam. Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi Rabu di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki. Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. (Sumber)
-- BERNAMA
Inalillahi wa inna ilaihi rojiun. Al-fatihah.
Manakala Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru ialah Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66 tahun yang akan mula mengambil alih tugas berkuat kuasa pada 10 Januari 2011 ini.
“Sesungguhnya Allah tidak menilai ke atas rupa kamu serta harta kekayaan kamu, akan tetapi Dia hanya menilai hati dan amal perbuatan kamu.” ( HR Muslim dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah).
"Ni soal diri dengan saudara mara lain tu, dengan kawan-kawan yang setakat tua dua tiga tahun tu, hah."
"Kalau dia tak pergi rumah kita, kenapa kita pula nak sibuk-sibuk?"
"Kadang-kadang yang muda pohon kemaafan panjang berjela, yang lebih tua tu cuma jawab, 'samalah kita, minta maaf juga, ya'"
"Bila kita tak pergi rumah dia, atau terlambat sedikit, dia mula mempersoalkan pula, walaupun kita lagi muda, kita ada hak juga sebagai manusiakan,?"
"Mula-mula ok. Ikhlas saja kita nak beralah walau selalu pun, namun siapa tak terasa jika dia dah mula pandai tak datang rumah kita da, raya pun tak,inikan hari lain, kan?"
"Yang tua dari kita tak salahkah? Kenapa yang muda kena minta maaf dulu?"
"Raya tahun ni datang rumah saya ya, nak tunggu saya datang sana, jauh la, tak reti sangat jalan dekat sana."
___________________
Bagi Anem, apa yang penting adalah keikhlasan dalam memberi dan menerima kemaafan. Tua atau muda, yang perlu kita ingat hidup hanya sementara.
Bermaafanlah kerana Tuhan. Demi mencari keredhaan. Rendahkan diri, kita akan tinggi disisi-NYA.
INSYA-ALLAH.
Hendak seribu daya, kan?
Indahkah hidup kalau diselimuti dengan pakaian keegoan?
Apa kata kali ni, kita bergaya pula dengan pakaian kerendahan, yang cantik di mata, yang turut cantik di hati.
Meminta maaf memang amalan mulia, namun alangkah indah jika kita dapat mengelak daripada keadaan yang memerlukan kita memohon kemaafan tu, kan?
opss.. maaf jika Anem tersilap bicara ya.
p/s: Cemburunya mata melihat BARAAN sepanjang perjalanan menuju ke kampung - serius!