Showing posts with label patriotik. Show all posts
Showing posts with label patriotik. Show all posts

 Pelajar Sekolah Wajib Pakai Lencana Jalur Gemilang! πŸ‡²πŸ‡Ύ



Mulai 21 April 2025, semua murid sekolah di bawah Kementerian Pendidikan wajib memakai Lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam.

Keputusan ini dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 Tahun 2025.  


πŸ”Ή Kenapa perlu pakai?

✅ Pupuk semangat patriotisme  

✅ Eratkan perpaduan & identiti kebangsaan  

✅ Timbulkan rasa bangga & hormat pada negara  


πŸ”Ή Siapa yang terlibat?

✔️ Murid sekolah kerajaan & bantuan kerajaan  

✔️ Pelajar Kolej Matrikulasi  

✔️ Institut Pendidikan Guru Malaysia  


πŸ”Ή Cara pakai?

πŸ“Œ Sebelah kanan dada, selari dengan tanda nama  

πŸ“Œ Mesti bersih, kemas dan tak rosak  

πŸ“Œ Tak boleh ubah saiz, bentuk atau warna  


Sebarkan info ini kepada ibu bapa, guru & murid! Jom sama-sama pupuk semangat patriotisme di sekolah! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯






Arahan kuat kuasa itu bermula 21 April ini bagi mengingatkan murid kepentingan perpaduan dilambangkan melalui elemen-elemen dalam bendera.


πŸ“Œ Rujuk berita

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1377461/pemakaian-lencana-jalur-gemilang-setiap-pelajar-dapat-2-percuma


πŸ“Œ Rujuk garis panduan rasmi KPM: https://drive.google.com/file/d/1FA85VRgQq7LNaXJsZGv-z-gTAyCqW8HW/view?usp=drivesdk


KPM beri 2 lencana Jalur Gemilang percuma dua untuk semua pelajar sekolah!

Cara ini bagus untuk mak ayah tak perlu keluar duit dan boleh memupuk semangat patriotik anak-anak.



Sumber:- https://x.com/TheRedz_/






Dah sediakah nak berkain batik dan berkain pelekat naik keretapi semua? Ayuh, hias diri cantik-cantik dan klasik di Hari Malaysia nanti!

Untuk update boleh lihat di:

Twitter Locco

Instagram Locco


Laluan dan stesen pemula:


Tema Keretapi Sarong 2023 kali ini:





Nak join tapi tak tahu nak pakai apa? Jom lihat throwback event Keretapi Sarong yang lepas:

https://www.therakyatpost.com/fun/2023/08/23/its-back-get-on-board-loccos-2023-keretapi-sarong-this-malaysia-day/?s=09

Lirik lagu This Is Malaysia - Izzue Islam | Izzue Islam muncul dengan lagu baru berunsur patriotik berjudul This Is Malaysia. Lagu dan lirik sepenuhya oleh IIAN.


Lirik lagu This Is Malaysia - Izzue Islam

Bermula di sini
Jatuh dan bangkit lagi
Walaupun musuh datang menghampiri

Lihatlah wahai dunia
Padamu kuberaksi
Setiaku padamu
Tak akan mati

Siap sedia aku
Bahar darah juangku
Genggam bara api
Sampai jadi abu

Teduh kita bawah Payung Negara
Sama-sama laungkan..

Mara! Maju kehadapan!
Menang! This is Malaysia!

Teduh kita bawah Payung Negara
Sama-sama laungkan..

Mara! Maju ke hadapan!
Menang! This is Malaysia!

Ini negara kau dan aku
Ini Malaysia
Tanah Tumpah Darahku
Ku takkan undur
Walau musuh memburu
Biarkan jasadku
Berlabuh di situ
Tiga satu
Tarikh keramat
Masih di minda tak pernah tamat
Tetap membanting empat kerat
Kalau berani Meh cuba dekat!
Alang-alang kau di situ
Dengar-dengar aku bagitahu
Satu-satu kami bersatu
Diam-diam kami gempur

Bro
This is Malaysia

Mara! Maju ke hadapan!
Menang! This is Malaysia!


Mara! Maju ke hadapan!
Menang! This is Malaysia!





 


Faizal Tahir yang memang dikenali sebagai penyanyi lagu-lagu bertemakan kemanusiaan dan bersemangat seperti "Gemuruh", "Negaraku" (bersama Joe Flizzow, Altimet & SonaOne) kembali dengan lagu bertajuk "Malaysia", satu lagu dedikasi kepada tanah airnya yang tercinta. Mari kita dengarkan!



Lirik lagu Malaysia - Faizal Tahir:

VERSE 1
Aku pertahan sepenuh jiwa dan raga oh tanah airku
Aku berikan semua dan sesungguhnya oh tanah airku

CHORUS
Ku Malaysia
Malaysia
Ku pertahan sepenuhnya Malaysia

VERSE 2
Selamat datang semua
Ini masa kita
Tunduk berhemah
Bukannya lemah

Selamat datang semua
Ini masa kita
Di mata dunia
luar biasa

BRIDGE
Malaysia Malaysia
Padamu kusetia
Tetap di hati selamanya
Malaysia Malaysia
Padamu kusetia
Tetap di hati selamanya

POSTCHORUS
Aku pertahan sepenuh jiwa dan raga oh tanah airku
Aku berikan semua dan sesungguhnya oh tanah airku






Alhamdulillah untuk semuanya. Satu buku dengan Sri Diah, Yatim Ahmad, Chua Pei Yong, Malim Ghozali PK dan Dr. Lim Swee Tin serta ramai lagi penyair dan penulis hebat lain adalah sesuatu yang selalu menjadi impian saya.

Dahulu, saya pernah putus asa untuk menulis puisi sebab pernah berhadapan beberapa penolakan. Namun terlihat iklan mencari karya di facebook, saya katakan pada diri, 'cuba yang ini, jika tak dapat, ini yang terakhir kali!' Kononlah. Mahu tapi rajuk masih berbaki. Lantas saya menghantar 4 puisi. Pastinya saya tidak meletakkan jangkaan yang begitu tinggi.

"Jika diterima satu pun jadi..." Berharap jugalah dalam hati. Masih! Kita sudah berusaha menulis dan menghantarnya, bukan? Begitulah saya fikir-fikir sendiri. Namun keempat-empatnya terpilih (serasa saya, puisi saya yang paling banyak dalam buku ini. Ya! Juga antara yang paling pendek; *ada juga puisi lain yang pendek dan menarik). Rasa syukur saya tidak cukup untuk menggambarkan betapa gembira saya dengan peluang ini. Alhamdulillah.

Antologi puisi kemerdekaan Bianglala Melukis Syurga: melibatkan 140 orang penulis (termasuk saya) serta mengandungi 168 puisi (bianglala bermaksud pelangi).
Dengan Penyelenggaranya terdiri daripada Mohamad Saleeh Rahamad dan Rozlan Mohamed Noor, diharap anda semua tidak melepaskan peluang memiliki buku terbitan PENA yang penuh rasa dan berwarna-warni ini. Belilah, jika bukan untuk puisi saya, banyak lagi puisi hebat dan penulis lagenda di dalamnya! Rugi jika tidak memiliki.

Mingguan Malaysia (12 November 2017) - Kredit gambar Nazhatulshima Nolan
Antara penulis lain yang berkongsi tentang buku Bianglala Melukis Syurga di blog mereka:
Chai Loon Guan

Boleh baca beberapa perkongsian penulis lain tentang buku ini (banyak sebenarnya, boleh merujuk tanda pagar (hashtag) #BianglalaMelukisSyurga di facebook), maaf jika ada yang saya terlepas pandang namun ini antaranya:


[Video deklamasi salah satu puisi dalam buku ini oleh penulisnya sendiri: Adiwangsa Sukma Ismail Ahmed]


[Video temubual radio mengenai buku ini]

[Video deklamasi puisi berkaitan buku ini, di USM]

Marilah kita sama-sama mencipta syurga sendiri! Teruskan membaca buku, jangan berhenti. Semua terjadi dengan izin-Nya pastinya berhikmah. Jadi, sekali lagi alhamdulillah.
*Jika mahu  memiliki, masih ada stok dalam simpanan saya lagi. Terima kasih. :)










Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top