Showing posts with label proses akad nikah. Show all posts
Showing posts with label proses akad nikah. Show all posts



Betul , jodoh ditangan Tuhan, Tapi untuk penulisan ni, Anem akan menulis secara peribadi berdasarkan pendapat dan pengalaman sekitar. Jadi kalau rasa "Tak setujulah, Anem !"- terus saja beri komen , Anem terima , bukan artikel ni saja, tapi secara keseluruhannya. Baik ,kita mulakan.
Separuh dari ibadah adalah dengan bernikah . Nikah , lafaz yang agung . Yang mampu buat perempuan menangis bila tok kadi atau hakim tanya sah ? Sah jawab saksi saksi balik.Ramai orang nak nikah , nak ada keluarga . Ye , ramai , bukan SEMUA . Sebab ada yang tidak meletakkan perkahwinan itu adalah satu perkara yang penting . Bagi mereka kahwin adalah perkara besar bagak , yang banyak hal kena settlekan dulu, then baru kahwin. Kena letak last - bagi sebahagian mereka. Wallahualam .


Ada kawan terdekat Anem , Anem bagi contoh, mereka belum lah sedia sangat nak buat kenduri bajet gini gini. Tapi niat nekad nak menghalalkan hubungan , jangan tak tahu, benda baik ni, cepat je ALLAH tolong, masa kenduri dipermudahkan , malah tiada masalah, dan duit orang sumbangkan , sedekah tu berganda dari bajet asal. Tak ke bahagia tu ? Syukur amat dia. Jadi, janganlah jadikan alasan duit tu terlalu sangat. Patutnya kalau diri tu tak bersedia, beritahu si dia, terus terang , masih suka ke idak, dan usahakan sedayanya dari segi persiapan emosi diri, rohani, fizikal selain material . Insyaallah , ada jalan - tak gitu ?

Dari Aisyah r.ha. sabda Nabi s.a.w., “Berkahwinlah kamu kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta dan boleh menjimatkan harta.”
(Riwayat Imam al-Bazzar)
Ok. Sebenarnya banyak sebab orang pilih untuk melambatkan kahwin. Jawapan popular pastinya soal kewangan , selain belum bertemu yang serasi bersama.

Alasan lain, ada yang memang taknak kahwin, selain pengalaman dilukakan , atau ada pengalaman keluarga yang mengecewakan , ada juga yang memang tidak mahu berkomitmen, merasakan boleh menjaga diri sendiri sudah mengindahkan hidup sendiri, jadi mereka tak memikirkan ini menjadi keutamaan . Paling selamba, kalau tiada yang menekan, saudara mara tak kata-kata, tak usik usik , family kurang perli perli, jadi lagi lah mereka rasa kahwin tak kahwin- sama je. Ada jodoh, ada, eh ! Siapa kata jodoh dah disiapkan , jadi kena tunggu je ? Salah tu .Kena usaha cari..
Sabda Nabi s.a.w.: “Sesiapa yang meninggalkan berkahwin kerana takut miskin, maka dia bukanlah daripada golonganku.” (Riwayat Abu Daud)
Then , ada juga yang  lambat kahwin, bukan sebab nak lambat . Tapi ada je halangan , family masih bergantung penuh ke dia lah, keadaan , si dia lah , timinglah . Kiranya nak nikah tu amatlah jauh jalan, ini pulak di namakan dugaan . Bukan sebab sengaja kan ? Jadi janganlah putus asa. Semua benda ada sebab. Jadi, redha dengan usaha, insyaallah ada jodoh , tetap di lorongkan. Walaupun macam macam pun rintangan. Betul, tak tipu.
“Barang siapa yang mampu, hendaklah dia berkahwin kerana dengan demikian dapat menundukkan penglihatan dan dapat memelihara kehormatannya. Dan barang siapa yang tidak mampu berkahwin, hendaklah ia berpuasa kerana puasa dapat menghalang keinginan nafsunya.” (Riwayat Ibn Mas’ud)

Jadi sekarang nak buat macamana ?  Fokus membentuk iman dulu , fokus menambah pendapatan dengan cara yang halal, insyaallah Tuhan akan permudahkan. Berdoalah , ni nak senang , tapi usaha kurang, doa pula jarang-jarang, macamana tuhan nak lapangkan ? Kan ? Jadi sendiri kena fikir siapa dan apa yang terbaik untuk diri. Renung renungkan .

Apa yang bestnya kahwin ni, selain sambung keturunan , nak mak ayah seronok ada cucu ni? Ia adalah sunnah Nabi , malahan kita dapat elak dosa yang tak patut. Boleh mengajar kita berdisplin dan seterusnya dapat memenuhi fitrah kita yang memerlukan perhatian dan kasih sayang. Jadinya, selamat pengantin baru kalian ! Semoga kekal ke akhir hayat, ameen :)

Bagaimana pula yang bujang atau berkahwin tapi tidak dikurniakan anak ?

Suatu hari dua sahabat Nabi s.a.w. datang bertemu Nabi mengadu anak-anak mereka mati ketika kecik. Maka Nabi bersabda ibu bapa yang anaknya mati kecik akan melalui titian sirat sepantas melafazkan sumpah sahaja..

Saidatina Aishah r.a. bertanya bagaimana pula dengan mereka yang bujang, berkahwin tetapi anak mereka tidak mati kecik atau pun berkahwin tetapi tidak dikurniakan anak? Jawab Nabi s.a.w.:"Aku yang akan menanti mereka di hadapan pintu syurga kelak"
*Senyum*


Terkadang bukan kita taknak cuma belum lagi :)


SUMBER GAMBAR : Diana amir & Dena Bahrin


Gambar: Izmer M.

Perkahwinan adalah satu ibadah . Banyak cabaran dan ujian yang bakal ditempuh sebelum, dan semasa penyatuan dua jiwa itu berlangsung. Apa yang pasti kita perlu mengutip ilmu sebayak-banyaknya sebelum ke gerbang yang lebih menekankan tanggungjawab dan amanah dari tuhan ini. Insyaallah semua akan dipermudahkan .

Proses perkahwinan :



[ Sumber gambar : Adlan Khalidi ]

PEMINANGAN

Untuk saling mengenali pasangan . Tidak boleh meminang tunangan orang atau yang dalam iddah rajii' (yang masih boleh dirujuk bekas suami) .
Sabda Rasullullah s. a.w : "Rasullullah s.a.w melarang seorang lelaki meminang di atas peminangan saudaranya yang lain , sehinggalah peminangan yang pertama membatalkan pinangannya atau mengizinkannya (untuk meinang sama)."Riwayat Ahmad.
Syarah sah peminangan
- wanita itu tidak berada dalam keadaan terlarang untuk dinikahi secara syariat serta mampu dan layak melakukan akad. Bukan muhram sementara , bukan muhram selama-lamanya , bukan dalam idah tala' rajii
- wanita itu belum terima lamaran orang lain  (kalau berkahwin juga , terjadi juga , ia seakan memotong peluang orang lain ) . Mempu menimbulkan permusuhan .

PERTUNANGAN

Tempoh untuk saling mengenali dan menimba ilmu tentang perkahwinan , tidak dibenarkan bergaul mesra .
Adab Pergaulan Ketika Bertunang
-    Benarkan lelaki lihat wnaita kerana:
-    Mengenalinya dengan lebih jelas
-    Mengetahui tahap pergaulan agamanya
-    Tahap pemikiran dan emosinya
-    Hal2 peribadi namun ada had

Batas: tidak boleh bersentuhan , pertemuan yang sopan, pertemuan itu ditemani muhram, tidak kerap

[ Rujukan : persiapan pertunangan ]

NAFKAH

Terpulang pada kemampuan suami dan dipersetujui bersama. Terutama makanan, pakaian dan tempat tinggal perlu dipenuhi .

NUSYUZ
Elak jadi isteri derhaka.
- Tidak boleh keluar tanpa izin suami
-Isteri yang tolak ajakan suami ke tempat tidur
-Isteri yang ingkar arahan suami yang tidak bercanggah agama
-Isteri yang kasar, kurang ajar dan melayan suami dengan tidak baik





EMPAT PERSEDIAAN UNTUK BERKAHWIN


  • ILMU 
  • AMALAN
  • EKONOMI
  • KESIHATAN


HIKMAH PERKAHWINAN

-Menyahut seruan fitrah
-Sunah para nabi dan rasul
-Mewujudkan perasaan tenang dan tenteram kerana ada keselamatan dan ketenangan
-Memelihara iman (penghalang maksiat)
-Mengikis rasa bimbang akan rezeki
Daripada Aisyah r.ha telah bersabda Rasullullah s.a.w m madhumnya , 'Berkahwinlah kamu kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta atau boleh menolong kamu menjimatkan harta ," (Riwayat Imam al-Bazzar)
-Mengembangkan keturunan
-Mewujudkan displin - ada peraturan dan fitrahnya, terutama jika ada nak-anak. Sarung cincin jadi haram apabila ada kepercayaan lain mengikut Sunah yang sering dilakukan setelah aqad nikah
- meletakkan tangan kepala isteri lalu berdoa - ALLAH , aku memohon kebaikkannya dan segala kebaikan segala yang engkau ciptakan pada dirinya .
- melakukan solat sunat dua rakaat berjemaah , suami isteri
- khutbah akad
-para hadirin membaca doa untuk pengantin
-bernikah pada hari jumaat
-mengumunkan berita mengenai majlis perkahwinan
- mengadakan kenduri perkahwinan  (walimah)

PROSES AQAD NIKAH

Secara asasnya perempuan tidak perlu berada dalam majlis itu pun xmengapa, cukup sekadar ada 4 orang lelaki :

- Bakal suami atau wakilnya
-Bapa pengantin perempuan atau wakilnya
- Saksi lelaki pertama
-Saksi lelaki kedua

Bapa pengantin akan ucapkan ijab , 'aku akan nikahkan anakku fulanah bin fulan "
kemudian bakal suami menjawab, 'saya terima nikahnya' atau lain2 sighah yang boleh difahamkan tanda setuju, maka pernikahan sah disisi syarak . Tenangkan hati, istighfar. Isikan diri dengan ilmu agama; asas secara sebaiknya perlu ada.


*Sesiapa yang haid boleh berada di kawasan yang di luar atau bukan kawasan larangan di masjid .


RUKUN NIKAH; 

1.                 Pengantin lelaki (Suami)
2.                 Pengantin perempuan (Isteri)
3.                 Wali
4.                 Dua orang saksi lelaki
5.                 Ijab dan kabul (akad nikah)

   * singkatan S.I.S.W.A.

NASIHAT DAN PANDUAN AKAD NIKAH DI MASJID
- Berpakaian menutup aurat dengan sempurna khususnya kepada wanita
-Niat iktikaf di dalam masjid
-Menghormati jemaah lain yang sedang beribadah di dalam masjid
-Mulakan dengan solat Tahiyatul Masjid dan solat sunat yang berkaitan
-Tidak bercampur gaul bebas lelaki dan perempuan
- Jika pengantin perempuan haid, tak dapat hadir ke masjid, wali boleh jemput jurunikah k e rumah terlebih dahuliu untuk proses wali meminta izin dan menyerahkan wakilnya kepada jurunikah .
-Pengantin perempuan yang haid boleh hadir ke masjid namun dinasihati tidak masuk ke dewan solat
- Barang-barang akad nikah boleh diserahkan selepas akad nikah di rumah pengantin perempuan
-Jika boleh, mas kahwin saja di bawa ke masjid dan ia boleh dilakukan di rumah pengantin perempuan.
- Jangan bergambar dan berposing secara melampau dimasjid

KAEDAH PERLAKSANAAN AKAD NIKAH DI MASJID .
- Mulakan dengan solat tahyatul masjid dan solat hajat .
- Niat i'tikaf
-Tidak bercampur perempuan lelaki
-bapa minta izin daripada anak
-wali menyerahkan wakalah kepad ajurunikah
- bapa nak nikahkan sendiri, minta izin pejabat agama
-pemilihan saksi
-baca khutbah nikah
-ijab qabul dijalankan
-membaca doa
-baca lafaz ta'lik
-sembahyang sunat nikah kahwin
-sujud syukur dan suami baca doa pada ubun ubun siteri
-serah tanggungjawab wali kepada menantu dan penerimaan
- pesanan ibu kepada perempuan dan terima kasih anak
-selawat marhaban ramai-ramai

cara sujud syukur
- berwuduk
-menutup aurat
-menghadap qiblat
-berdiri, terus takbir , angkat tangan ke telinga , niat "sahaja aku sujud syukur kerana ALLAH taala'.
- terus sujud sekali dan membaca - 'aku bersyukur dikurniakan suami/ isteri '. terus duduk dan beri salam
------

Boleh rujuk Checklist persiapan menjelang perkahwinan di blog: Mira Edora ini. Terima kasih.


Sekian saja perkongsian daripada Anem Arnamee. Boleh baca juga artikel :
HUKUM MENGADAKAN MAJLIS KENDURI KAHWIN


Antara sumber ; Ina Sukarno









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top