Showing posts with label puisi arnamee. Show all posts
Showing posts with label puisi arnamee. Show all posts


Awan cerah mengiringi penulisan yang nipis ini. Untuk sahabat yang seorang ini, moga-moga penulisan bergenre puisi  ini dapat disudi hadam dan disenangi . Terima kasih kerana sudi menerima lantas memberi .

TERIMA KASIH :)




---

Kamu, dengan rasa gembira aku meraikan hari minggu ini dengan penuh berlagu  - sempena dua dekad ulang tahun kelahiranmu .

Kamu, dengan menginjak usia kukirimkan engkau khabar suka yang aku akan sentiasa ada- untuk temani kamu waktu ria dan lara .

Kamu, dengan hatiku yang masih biru, aku dengan malu-malu tetap mendoakan kamu itu sentiasa dipelihara Tuhan yang satu .

Kamu, dengan rasa syukur terpaling dalam, aku berterima kasih kerana Tuhan hadiahkan aku seorang sahabat yang sudi dekat menemani hatiku disaat terang dan kelam

Kamu, moga-moga kamu bahagia sentiasa,  apapun kamu , ku tetap terima seadanya , semoga kita bersahabat selamanya , moga kau berjaya dunia dan akhirat juga- insyaallah .


PASTI :)




Insyaallah ada jodoh kita bertemu - sayang selalu  :)


p/s:  http://instagram.com/arnamee 








Aku ini sering memahu
Untuk segagah dia yang tahan kantuknya
Berpagi berdiri menyiap segala

Aku ini sering memimpi
Untuk sepersis dia menepis sedih luka
Diganti hidangan dengan senyuman bercahaya

Aku ini sering mengingini
Untuk seperkasa dia bertulang besi
mengemas, membersih teratak keluarga

Aku ini, yang sering bermimpi harap ini,
Akan terus berlari -
menjadi harapan dia yang tinggi
menjadi tongkat dia di sisi ,

Walau :
Sampai mati pun takkan terbalas budi
dan semua jasanya sang bidadari
Akan tetap kucuba menjahit cita-cita dihati
- semoga dia beroleh suka di hati

Walau :
Berjuta wajah hadir bertamu
Takkan dapat tergantikan dia -
kerana dia satu ,
pemilik sayangku yang takkan hilang


SELAMAT HARI LAHIR BUAT BONDA 
pada 10 September .


p/s: Along sayang Emak sangat. Semoga dipermudahkan dunia akhirat .
Alhamdulillah untuk semua nikmat . 

Puisi kata lalu ini di kedepankan kerana hati seakan mengalami frasa ulangan.



Satu satu aku duduk depankan.
Kenangan lurus, tragedi senget dan luka semalam
Aku susun carik-carik kecil ditelapak tangan .

Aku mahu semua.
Tolong jangan tertinggalkan .
Aku mahu yang himesfera,
yang segi-segi,
yang berkaca - SEMUA kan aku kata?

Lagak macam ku terfahamkan .
Gaya macam ku memilikkan .
Konon sajalah .

Mahu tidak dilepas
Tarik tidak, sorong pun tidak
Aku cop mana-mana yang mahu - beri - minta

Pendam diam saja di sana,
simpan dalam lagilah di sini,
tak terkesiankan mereka?
Aku sorok rasa
Pasti kuterperasankan.

Tapi ku diam.
Tetap.
Walau tahu salah.

Buat diri, jangan cicir apa yang dikendong ,
kelak yang tinggal hanya bebayang , tahu !

Yalah, dasar manusia nafsu tertamakkan
kasih semua orang .

Sedarlah wahai diri .
Kau tak hebat mana - berangan saja lebih .


p/s:

buat diri sendiri ,jangan tamak .

maaf.








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top