Showing posts with label dari hati. Show all posts
Showing posts with label dari hati. Show all posts

Puisi kata lalu ini di kedepankan kerana hati seakan mengalami frasa ulangan.



Satu satu aku duduk depankan.
Kenangan lurus, tragedi senget dan luka semalam
Aku susun carik-carik kecil ditelapak tangan .

Aku mahu semua.
Tolong jangan tertinggalkan .
Aku mahu yang himesfera,
yang segi-segi,
yang berkaca - SEMUA kan aku kata?

Lagak macam ku terfahamkan .
Gaya macam ku memilikkan .
Konon sajalah .

Mahu tidak dilepas
Tarik tidak, sorong pun tidak
Aku cop mana-mana yang mahu - beri - minta

Pendam diam saja di sana,
simpan dalam lagilah di sini,
tak terkesiankan mereka?
Aku sorok rasa
Pasti kuterperasankan.

Tapi ku diam.
Tetap.
Walau tahu salah.

Buat diri, jangan cicir apa yang dikendong ,
kelak yang tinggal hanya bebayang , tahu !

Yalah, dasar manusia nafsu tertamakkan
kasih semua orang .

Sedarlah wahai diri .
Kau tak hebat mana - berangan saja lebih .


p/s:

buat diri sendiri ,jangan tamak .

maaf.


Mula rasa macam tertakdir tak bersua bila katanya ada kelas.
"Akak , akak ada sini berapa lama? kita ada kelas sampai petang ".
Sms nan satu itu buat hati kelabu semula. Encik hajat macam jauh .

Bermesej satu dua lagi . Dan berselang seli dengan panggilan ,
akhirnya tanpa diri yang pada mulanya perlu masuk menjengah menara itu ,
dia kata akan jumpa juga dalam kekangan masa antara satu dengan satu waktu .

Diri duduk tepi meja dekat tempat makan itu , keluarga memberi ruang meninggalkan si along. Nah ! datang dah mereka. Dengan benda beroda dua. Dia dengan kawannya . Ya, kenal juga dia. Kawan pada 'dia.

Dia hadiahkan senyuman dan pautkan kenangan pada waktu terhad itu .
Kami berbual dalam kerangka cerita yang dekat dekat saja.
Semoga hari itu turut menjadi sesuatu untuk adik saya yang seorang ini,

Nursyifaa izzati bt abd.aziz.
[ juga peminat buku dan puisi ]

Adik, maaf untuk semua yang lalu.
Dan terima kasih untuk saat itu .
Dan saat lain yang kamu ada selalu.

Dan terima kasih sudi berkawan dengan akak lagi :D

Oh ya , sila kuat hadapi apa juga dugaan yang mendatang .
Semua perkara ada sebab , dan sebabnya hanya ALLAH yang tahu .
Pandang depan, sila jangan jatuh . Biar rapuh tapi jangan hancur . Kuat !  :)
---
Teluk Kenangan di medan selera ( sebelah UMT )

Minda masih hijau lagi
Waktu dah mula menjeling
Harap tertakdirlah
Harap dengan segala rasa mahu

Mula sebelum sesuatu
kucuba cungkil rasa berkaca
mencari alasan utuh
untuk sebuah pertemuan dengan insan
yang lebih muda 5 angka

Alhamdulillah, dasar orang bersabar
dan mahu kerana Dia yang satu
syukur aku ditemukan dengan sicomel-kecil
yang terlihatkan mulanya tersipu-sipu
namun lamanya aku yang kaku

Teluk kenangan terpaku dikalbu.
Indah pada 23 Oktober 2012 yang lalu.
Semoga sudi bertemu di lain kali  :)

*senyum*

terima kasih syifa.
 terima kasih juga buat zzy yang melorongkan ukhwah kita. 
semoga ukhwah sampai ke syurga  :)


Ini penulisan khas untuk dua sahabat akrab Anem. Namun jika mahu baca tentang nota pertunangan, pernikahan dan perkahwinan ada ditulis: sini.

Selamat bertemu pemilik rusuk kamu . Bisik hati dari kejauhan sementelah mengetahui perkhabaran penukaran status single kepada double tidak lama dulu . Barakallah  . Alhamdulillah , gembira untuk awak semua , sayang .

Lagu untuk pengantin baru : Barakallah Maher Zain.

Azianty & Muhaymin , KL [ 4 Mac 2012 ]


* Pada awalnya memang terkejut menerima panggilan Yan ni . Suara comel yang lama tidak mengusik itu menerjah ruang telefon . Tahniah yan .Maaf datang lewat . Maaf tak belikan apa-apa . Maaf juga kerana tidak bertahan lama menunggu di sana . Datang dalam kelam kabut dan tanpa rancangan , hanya sempat singgah sebentar - berminit je rasa . Apapun ,semoga berbahagia ke akhirnya, yan comel  :)

- yan roomate kolej matrikulasi melaka 2004-2005 .

---

Noorhafizah Musa &Mohd Zulriduwan [ 10 Mac 2012 ]
Fizah & Ewan , Kg. Tok Jiring , Terengganu .

* Selamat pengantin baru akak sayang . Maaf sebab sahabat dan adik akak yang mengaku sayangkan akaknya teramat ini tidak dapat hadir ke majlis penuh bahagia akak :(. Rasa sedih dan kesal juga tidak dapat hadir di hari indah akak . Yang Anem mampu layangkan doa dan doa yang tidak putus semoga akak dan suami dilimpahi keberkatan buat selamanya dunia, dan akhirat sana. Tabahlah hadapi dugaan . Insyaallah , Tuhan akan permudahkan :)



- Kak iza yang cantik, sahabat Usm semenjak hujung 2006 - kini . Ilysm sis  :)


*ini serius jealous:p
---


HIKMAH PERKAHWINAN 

-Menyahut seruan fitrah
-Sunah para nabi dan rasul
-Mewujudkan perasaan tenang dan tenteram kerana ada keselamatan dan ketenangan
-Memelihara iman (penghalang maksiat)
-Mengikis rasa bimbang akan rezeki
Daripada Aisyah r.ha telah bersabda Rasullullah s.a.w m madhumnya ,
 'Berkahwinlah kamu kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta atau boleh menolong kamu menjimatkan harta ," (Riwayat Imam al-Bazzar)
-Mengembangkan keturunan
-Mewujudkan displin - ada peraturan dan fitrahnya, terutama jika ada anak-anak.

Rujuk panjang lebar di sini : Mengapa perlu berkahwin ? –
---

Nota : Sebenarnya ramai kawan Anem yang nikah tahun 2012 ni , tak termasuk tahun lepas . Kesimpulannya ramai - kawan sekolah terutamanya . Jadi Anem nak menulis nama, takut juga terlepas "kenapa tak tulis nama kita pun , Nem "- Jadi Anem ucapkan SELAMAT untuk semua yang telah , terutama yang baru nikah . Semoga korang bahagia selalu, insyaallah , amin. Terima kasih sudi jemput RSVP di Facebook event dan yang sudi juga menghantar kad dan sms . Maaf jika tidak berkesempatan pergi . Maaf sangat2 , kawan-kawan sayang :( . Semoga terus melakar indah ke syurga . :)









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top