Showing posts with label punca sakit kepala. Show all posts
Showing posts with label punca sakit kepala. Show all posts

 




Sering Sakit Kepala? Kenali 4 Jenis Utama dan Bila Harus ke Doktor. Perkongsian asal adalah oleh Public Health Malaysia. 


Terdapat lebih daripada 150 jenis sakit kepala yang mempunyai karakteristik, punca, dan rawatan yang berbeza. Di bawah ini, kita akan melihat 4 jenis sakit kepala yang paling umum:


Migrain

Migrain dicirikan oleh sakit kepala berdenyut yang biasanya terjadi di satu bahagian kepala. Ia sering diiringi oleh loya, muntah, dan sensitiviti terhadap cahaya dan bunyi. Penghidap migrain mungkin mengalami gangguan penglihatan yang dikenali sebagai aura sebelum serangan sakit kepala bermula.


Sakit Kepala Tegang (Tension Headache)

Sakit kepala tegang adalah yang paling biasa berlaku dan dirasai seperti tekanan atau ketegangan di sekitar kepala. Ia sering disebabkan oleh tekanan atau ketegangan otot di leher dan bahu. Sakit kepala ini biasanya tidak disertai dengan gejala lain seperti loya.


Sakit Kepala Kluster (Cluster Headache)

Sakit kepala kluster adalah jenis sakit kepala yang sangat menyakitkan dan sering digambarkan sebagai rasa terbakar atau menikam di satu bahagian kepala, biasanya sekitar mata. Gejalanya mungkin termasuk mata merah, berair, dan hidung tersumbat pada bahagian yang sakit. Serangan sakit kepala kluster boleh berlaku beberapa kali sehari dalam tempoh berminggu-minggu atau berbulan-bulan.


Sakit Kepala Sinus (Sinus Headache)

Sakit kepala sinus disebabkan oleh keradangan atau jangkitan pada sinus. Gejalanya termasuk sakit di wajah, hidung tersumbat, dan kadangkala demam. Kesakitan ini sering bertambah teruk apabila anda menundukkan kepala atau bangun dari tidur.


Bila Harus Berjumpa Doktor?

Anda perlu mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala berikut:


Sakit kepala yang tiba-tiba dan sangat teruk.

Kanak-kanak yang sering mengadu sakit kepala.

Sakit kepala disertai dengan gangguan penglihatan, kekeliruan, hilang keseimbangan, atau masalah pertuturan.

Sakit kepala dengan rasa kebas atau lemah.

Sakit kepala yang disertai demam, sawan, atau pengsan.

Sakit kepala dengan ketegangan di tengkuk dan ruam.



Migrain ini yang alami sahaja tahu. Selain mengikuti nasihat doktor, kita perlu kenal potensi diri dan cara menjaga diri. Jom, berusaha dan doa yang baik-baik! Moga kuat dan sihat semuanya, insya-Allah.

Tanda-tanda migrain
- Rasa ngeri ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata .
- Kesakitan teramat sangat dan berdenyut2.
-Pandangan silau, kabur dan kadangkala menjadi gelap.
- Tekak berasa loya, muntah dan kadangkala tangan dan kaki menjadi sejuk.
-Pesakit akan menjadi sensitif pada sebarang bunyi dan suara .
-Serangan selalunya berakhir dalam tempoh 4-72 jam.
-Sesetengah pesakit akan mengalami pengumpulan cecair dalam badan seperti bengkak bengkak dan membesar di bahagian tertentu anggota badan .

Gambar: Yu

Cara elak migrain :HINDARKAN:

-Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
- Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
-elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
-Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
-Stress dan tekanan
-Jadual tidur yang tak tetap
-Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama .

Doktor @AmiraRaup cakap tentang jenis migrain:  





Boleh tanya doktor tersebut untuk perkara berkaitan.

Cara rawat migrain / mengubati migrain: Ikut tips seperti hindar sakit kepala:
KLIK :
 Ikut sunnah, ikat kepala dengan kain / serban , berbekam atau berinai di kepala . 

Apa yang penting , makan ubat , atau jika tidak mahu bergantung dengan ubat amalkan pemakanan sihat , hidup yang terurus dan jiwa yang sentiasa mendekati tuhan bila dilanda sebarang dugaan. Semoga semua sihat ya, kawan-kawan . 

Dalam Kitab as-shahih sewaktu menjelang wafat, Rasullullah mengaduh katanya, "Aduh, kepalaku"Lalu Baginda mengikat kepalanya untuk menahan sakit (Hadis ditakhrij oleh an-Nasa'i, ibn Majah dan Ahmad]

Model gambar utama: *adik saya.









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top