Showing posts with label teluk intan. Show all posts
Showing posts with label teluk intan. Show all posts

Tahukah anda, sebelum kejadian anak gajah dilanggar lori semalam, 131 tahun dahulu pernah ada kejadian serupa berlaku di Teluk Anson (kini Teluk Intan) yang melibatkan keretapi dengan gajah.



Pada petang 17 September 1894, sebuah kereta api wap milik Perak Railways sedang dalam perjalanan dari Tapah Road ke Teluk Anson. Kereta api itu membawa tiga gerabak penumpang, kebanyakannya terdiri daripada saudagar dan tauke lombong yang baru selesai meninjau kawasan perlombongan di Perak.


Dipandu oleh seorang pemandu berbangsa Inggeris, kereta api itu meluncur laju pada kelajuan 40–50 batu sejam, suatu kelajuan yang agak pantas bagi teknologi enjin wap pada masa itu. Tanpa disangka, sekumpulan gajah liar telah menunggu di tengah-tengah landasan, diketuai oleh seekor gajah jantan yang besar.


Menurut saksi penduduk kampung, gajah jantan itu telah merencanakan serangan sebagai tindakan balas dendam. Beberapa minggu sebelumnya, anak gajahnya dilaporkan mati dilanggar kereta api di kawasan yang sama. Dalam keadaan marah dan “naik minyak,” gajah jantan itu menyerang kereta api secara berdepan dengan kekuatan penuh.


Dengan tenaga yang luar biasa, gajah jantan itu merempuh lokomotif sehingga mengakibatkan kereta api tergelincir dari landasan. Beberapa gerabak rosak teruk, dan dua pekerja kereta api berbangsa India dilaporkan maut akibat kecederaan parah. Tiada penumpang yang cedera dalam kejadian itu, tetapi mereka terpaksa berjalan kaki sejauh hampir tiga batu ke Stesen Kereta Api Teluk Anson.


Jom baca dengan lebih lanjut berkenaan peristiwa ini dan usaha daripada Team Orang Perak sendiri untuk menyelamatkan Memorial Pelanggaran Gajah Teluk Intan pada tahun 2018 melalui artikel di ruangan komen di bawah..











FESTIVAL KRAF PERAK 2024

Pelbagai pameran, jualan, pertandingan dan aktiviti berkaitan kraftangan akan diadakan. Semua dijemput hadir! 


📆 23 Ogos sehingga 1 September 2024

⏰ 10.00 pagi - 10.00 malam

📍 Dataran Menara Condong, Teluk Intan, Perak


Moh ler kita!! 


Sumber:

https://x.com/MyMOTAC/







Hati ini runtuh tatkala melihat tangan terketar-terketar mengangkat sayur dari dalam bekas itu. Perlahan-lahan jalan membongkok, dia tidak larat pun mengangkat kaki. Diseret-seret selipar koyak duduk perlahan di tepi meja . Dia membuka mulut , menggigil melepas lelah lapar dengan nasi separuh dan sayur yang sedikitnya itu. Pakaian kerjanya - apron didada tak dibuka. Rutinnya sebagai pencuci pinggan di kedai sebelah membenarkan aku menanam kasihan acap kali menatap wajah lelaki tua cina itu .

Rambut putihnya di usap perlahan, mata kecilnya lihat tidak lihat jalan. Entah jelas tidak pandangannya. Waktu alas perutnya sama waktu denganku. Melihat dia membuatkan ku berfikir si ayah atau datuk kepada cucu ini masih menyara diri kerana tidak mahu berehat duduk saja di rumah atau memang anak-anaknya entah ke mana. Aku tak kan sebarang menelah, nanti tidak berpahala. Cukuplah kusedar keringat tua itu wajar didoakan agar terus kuat menandatangi hari-hari akhir tuanya.

Itulah ,antara ribuan kisah- sedikit, sempat ku kongsi kali ini .

Penghijrahan dari Selayang, Selangor ke Teluk Intan, Perak setelah hampir sebulan ini , banyak membuat diriku mensyukuri nikmat dan rahmat dari tuhan - yang sering aku lupakan dan kadangkala aku lawankan . Memang aku insan- sering kealpaan . Hakikat hidup penuh ketidakpandaian.

Maafkan aku, tuhan.








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top