Showing posts with label kenangan sekolah. Show all posts
Showing posts with label kenangan sekolah. Show all posts



"Sayang bola! Sayang bola!" Laungan ini dalam perlawanan bola jaring mengingatkan saya pada sebuah kenangan. Zaman sekolah. Hampir semua kita ini ada kenangan manis, lucu, sedih dan gila-gila. Masa muda dan remaja banyak perkara yang kita terjah dan teruja melakukannya tanpa memikirkan sebab dan akibat. Namun itu semua kenangan yang mendewasakan. 

Zaman sekolah menengah; yang mana tengah rancak 'berangkat-angkat'. Sejak dahulu saya memang sangat meminati Siti Nordiana (Nana). Jadi, semasa saya diberi peluang mewakili sekolah dalam acara badminton, saya begitu mahu mendekati pemain bola jaring sekolah seorang ini (persis Nana waktu remaja wajahnya) cukup saya gelarkannya Kak A. Muka dia buat saya rasa Nana dekat sahaja (tak dapat jumpa Nana, muka macam dia pun okay. Haha. Punyalah minat). Dan Kak A ni memang cekap dalam setiap perlawanan. Bersemangat!

Entah bagaimana tidak lama selepas itu, berlaku sedikit salah faham. Saya terkena tempiasnya. Saya dimarahi oleh Kak A. Mungkin ada salah saya juga. Sejak itu dia dingin dengan saya. Kami dah tak saling bercakap. Sebagai "adiknya" ketika itu, saya kecewalah sedikit. Musnah rasa seronok nak ada kakak atlet yang muka macam artis (mungkin niat asal saya tak begitu ikhlas sewaktu mahu kenal dengan dia dahulu). Padan muka saya.

Namun benarlah yang dikata, setiap kehilangan akan diganti dengan perkara yang lain; yang pastinya lebih baik. Ya. Ada seorang kakak (Kak Z) yang muka persis Misha Omar nak berkawan pula dengan saya. Allah. Punyalah seronok rasa nak terbang, almaklumlah budak lagi waktu tu. Mestilah seronok ada kakak angkat baru (Hahaha. Lucu pula bila ingat balik). Cantik tau kak Z ni. Bijak pula tu. Dan alhamdulillah kini setelah bertahun-tahun, kami masih lagi kekal berhubung.

Kak Z ni masa sekolah sangat cemerlang dalam pelajaran, dan kini saya lihat dia begitu cemerlang dalam kehidupan; kerjaya dan keluarganya (kini dia mempunyai ramai anak-anak yang comel). Alhamdulillah. Jangan tak tahu, dia juga pemain bola jaring sekolah (satu team dengan kak A) dahulu dan aktif orangnya.

Begitulah. Tuhan tak beri apa kita nak, tapi Dia beri apa yang kita perlu. Kak Z bukan saja menginspirasi orangnya dan ada membantu saya dalam pelajaran, namun beri saya nasihat yang sampai sekarang saya ingat;
"Hidup ni jangan manja sangat dengan orang. Jangan harapkan orang untuk selalu ada. Kita kena belajar berdikari." - Kak Z.
Untuk Kak A; maaf untuk semua perkara lalu, buat Kak Z; terima kasih untuk semuanya dan buat kawan-kawan kakak berdua, moga terus berjaya dalam apapun yang kalian lakukan! Doa saya sentiasa ada untuk kakak semua.

Sekian cerita tentang kenangan. Jauh pula terimbaunya. Sekali lagi tahniah untuk pasukan bola jaring Malaysia. Seronok lihat pasukan kita main. Laju dan penuh semangat. Tahniah juga untuk semua atlet yang mengambil bahagian dalam Sukan Sea KL 2017 kali ini.

Alhamdulillah ala kulli nikmah. Malaysia memang boleh! Insya-Allah. ❤ 🏀


Anem, ex-SAMJ
21 Ogos 2017.
Kenangan ini ditulis sehari selepas kemenangan Malaysia dalam sukan bola jaring dan ragbi di Sukan Sea yang lalu.



*Baru berkesempatan nak kongsi. Asalnya nak kongsi di status FB tapi tak jadi.
*Cerita tentang zaman sekolah ini: ini antara kenangan dulu-dulu yang lucu ramai tak boleh lupa.



Hati ini runtuh tatkala melihat tangan terketar-terketar mengangkat sayur dari dalam bekas itu. Perlahan-lahan jalan membongkok, dia tidak larat pun mengangkat kaki. Diseret-seret selipar koyak duduk perlahan di tepi meja . Dia membuka mulut , menggigil melepas lelah lapar dengan nasi separuh dan sayur yang sedikitnya itu. Pakaian kerjanya - apron didada tak dibuka. Rutinnya sebagai pencuci pinggan di kedai sebelah membenarkan aku menanam kasihan acap kali menatap wajah lelaki tua cina itu .

Rambut putihnya di usap perlahan, mata kecilnya lihat tidak lihat jalan. Entah jelas tidak pandangannya. Waktu alas perutnya sama waktu denganku. Melihat dia membuatkan ku berfikir si ayah atau datuk kepada cucu ini masih menyara diri kerana tidak mahu berehat duduk saja di rumah atau memang anak-anaknya entah ke mana. Aku tak kan sebarang menelah, nanti tidak berpahala. Cukuplah kusedar keringat tua itu wajar didoakan agar terus kuat menandatangi hari-hari akhir tuanya.

Itulah ,antara ribuan kisah- sedikit, sempat ku kongsi kali ini .

Penghijrahan dari Selayang, Selangor ke Teluk Intan, Perak setelah hampir sebulan ini , banyak membuat diriku mensyukuri nikmat dan rahmat dari tuhan - yang sering aku lupakan dan kadangkala aku lawankan . Memang aku insan- sering kealpaan . Hakikat hidup penuh ketidakpandaian.

Maafkan aku, tuhan.


Salam. Entah , mula dari matrik, sampai U, sampai la ni, ada yang xpercaya bila Anem cakap Anem dulu bersekolah agama. Kenapa? Sebab Anem ni agak gila-gila sedikit ke? Atau sebab dress up mahupun cara cakap Anem? Kadang-kadang tu wujud juga pelbagai pandangan skeptikal lain yang kurang menyenangkan . Mereka memang harap yang baik-baik sahaja sebab budak sekolah agama ni bawa nama agama (memang tanggungjawab agak lebih di situ), tapi, bukan ke yang tak sekolah agama pun dah memang bawa nama agama semenjak lahir . Wallahua'lam. Maaf . Hurm..Nah gambar tahun 2003 ,masa Anem  form 5.

Ginilah, dulu Anem bersekolah di Sekolah Agama Menengah Jeram [SAMJ] , sebuah sekolah asrama harian yang terletak di tepi jalan  Daerah Kuala Selangor [laluan Klang-Teluk Intan]. Mari Anem kongsi apa yang menarik di sana dulu:

7 kenangan peribadi yang Anem tak boleh lupa sepanjang Anem belajar di SAMJ sesi 1999-2003 :

* Mengajar mendidik jiwa dengan solat berjemaah, berusrah, mengaji al-quran dan lebih berdisplin. Paling nakal pun salin jawapan homework add math Julia dengan Rafeah time tu, nasib baik exam lulus owh. Hihi.

*Ustaz ustazah sangat tegas . Paling tak dapat lupa, pastinya Ustaz Hafiz, dia akan marah atau menghukum sesiapa yang nampak sangat tak serius dalam kelas Bahasa Arabnya! Anem paling tak dapat lupa bila Ros Faizah [Jaja] suka bebeno memanggil nama Anem untuk terjemah bahasa arab kat depan time kelas BA ustaz Hafiz tu, kesannya Anem dapat A2 Bahasa Arab tinggi , SPM. Tak jadi nak marah Jaja tau bila tengok result ! :)

*Lagi best sedare mara Anem : Raja Mahadi [Kini di Cairo], Raja Mohd Taufiq, Raja Aklema, Raja Najwa Munira Ashikin, Raja Idham Shahrul - semua sekolah sama juga ! Kami pergi sekolah naik basikal ramai-ramai taw!

*Pernah salah faham dengan Akak kelas Al-Farabi time tu, kebetulan Anem minat nak jadikan dia akak angkat, muka sebijik macam Siti Nordiana time tu, entah macam mana ada saudara anem xsengaja terguna nama Anem kacau sepupu akak tu yang sekolah situ juga, dah tu Anem yang kena marah depan lebih 10 orang kawan kakak tu kat depan kelas dia . Anem paling tak dapat lupa ayat dia , "Kau cakap betul-betul, kau jangan nak tipu aku "- Anem senyum je bila ingat balik. Kenangan yang mematangkan- tapi Anem tak marah sedare Anem tu pun, apatah lagi nak marah kakak tu, hidup kena saling memaafkan, happy2 , beb ! :)


*Ok, bab tak boleh blah bila wujud perbandingan . Dengar cerita ada tag team : Budak Asrama vs budak luar, Budak yang cikgu selalu sebut vs dengan yang biasa-biasa je , tapi Alhamdulillah lah, Anem rasa kawan-kawan Anem time tu semua best, baik yang asrama ke,luar ke, dalam list ke, tak ke - semua cool gila!

*Macam biasalah ramai budak-budak ,time kat sekolah menengah lah mula dah syok sendiri, utus surat, mula belajar sayang-menyayang, main-main kirim salam, akak angkat, adik angkat, gaduh-gaduh sayang, tapi ia agak terkawal, sekolah kain hijau katakan- time tu ! Tapi best bila dengar Ibnu Hubain kahwin dengan kawan kitorang jugak : Afiah [rujuk artikel lama ;sini] , satu SAMJ tu !


* Last tapi tak berapa last, bila hubungan Anem dengan kawan-kawan SAMJ berpanjangan : macam Anem dengan Hidayatul Haslin dan Siti Norimani, kami sampai ditakdirkan dapat matrik sama tau lepas tu , dah lah masa form 4 dengan form 5 duduk satu baris :). Dan bila akak angkat pertama Anem : Zurayani M.Shahari masih tak lost contact dengan Anem sampai sekarang .Kira dah 7 tahun dah kami keep in touch each other :) - alhamdulillah .

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu ( yang bertelingkah ) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. "
(Surah Al-Hujuraat ayat 10)
Memandangkan ada FB, lagi memudahkan perhubungan sekarang. Tapi Anem segan kalau diorang nak buat reunion,just imagine, semua dah senang sekarang,dah kahwin, Anem jauh ketinggalan. Tapi sangat rindu ni. Wallahua'lam.

Link Facebook  : SAMJ

P/S: Insyaallah, sedang dalam proses memperbaiki dan mencari diri,jom usaha sama-sama !







Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top