"Pleaselah beb, maafkan pun aku susah, inikan pula nak lupakan semua yang dah berlaku! Sampai mati pun aku tak boleh lupa!" - Dialog sebuah drama.
____
Betul, bukan mudah nak memaafkan orang, jika parutnya masih berbekas, kata-katanya buat hati luka bernanah. Tipulah kalau senang, sebab kita sedar yang diri kita bukan terdiri daripada golongan insan mulia yang tinggi kesabarannya. Bukan yang terlalu kuat iman untuk meredhakan semuanya.
Lupakanlah. Ambil yang jernih - cakap memang mudah. Indahnya. Manis lemak berkrim, nak buat ? Payah. Sangat payah.
Kita tahu, malah kita sedar dan kita faham bila orang cakap, islam tak ajar berdendam, islam suruh kita bermaafan dan berukhwah. Sangat kita jelas maksudnya. Tapi kesabaran kita pun ada hadnya. Tapi tinggi kesabaran kita, tinggi lagi ego kita, bukan? Akhir zaman, lagilah perasaan jahat kuat menyelinap dalam diri. Benda baik pula berebut-rebut nak keluar. Astagfirullahala'zim.
Tahu tak, jika kita memberi kemaafan, kita bukan sahaja beroleh ketenangan, lebih disayang Tuhan, malah dapat kemuliaan tinggi darjat. Tinggi mana? Itulah, cerita dalam hati orang tak nampak, macam itu juga cerita akhirat, kita tak nampak dengan mata kasar, tapi kita boleh rasa.
Punca kita baran, marah atau susah nak maafkan orang ni, kita kena kaji balik. Kalau kita, kita nak tak orang marah kita, dendam dan tak maafkan kita sampai tahap ni? Haa. Itu kita kena fikirkan baik-baik. Sedang kita mahu Tuhan ampunkan dosa-dosa kita. Sedang Nabi orang buat pelbagai perkara ke dia, dia maafkan. Sollu 'alan nabi.
Nah, Anem kongsi sikit, tips bagaimana hendak menjadi seorang pemaaf:
- Tidak perlu menang setiap masa. Adatlah ada ketikanya kita betul, adanya kita salah dan kalah.
- Memikirkan orang lain juga ada juga masalah mereka, bukan kita saja.
- Allah akan angkat darjat orang yang memaafkan orang lain dan cuba meminta maaf. Ingat tu.
- Berdoa supaya diberi kesabaran
- Bersangka baik-cubalah, insya-Allah banyak manfaatnya
- Memikirkan kebaikan orang yang kita nak marah, nak dendam tu. Mungkin dia pernah tolong kita.
ALLAH juga berfirman bermaksud, " Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan [ perasaan si Penerima]. ALLAH maha kaya lagi maha penyantun ." - (Surah al-Baqarah 2 : 263)
-- Salam maal hijrah!
**Aku Bukan Rabiatul.