Showing posts with label twitter. Show all posts
Showing posts with label twitter. Show all posts

Photo

Disisi Mazhab Syafie, penduduk negara yang siang atau malamnya terlalu pendek boleh mengikut waktu solat negara terdekatnya yang lebih baik. Norway boleh ikut UK atau Sweden. [Hasyiah al-Bujairimi 1/394]

Sebahagian ulama moden pula berpendapat bahawa negara yang siang atau malamnya terlalu pendek/panjang boleh ikut waktu solat di Makkah kerana Makkah adalah kiblat solat dan rujukan paling awla dalam urusan solat. Ringkasnya begitulah.

So nak ikut yang mana? Terpulang mana yang anda rasa sesuai, yakin dan memudahkan. Saya hanya membuka jalan dan menunjukkan keluasan fiqah Islam. Kalau mampu ikut sela waktu 4-5 minit tanpa rasa terbeban, silakan. Kalau mahu ikut alternatif lain, ya ilmu fiqah mazhab tersedia. 

Semua ini ada perbahasannya. Halus dan detail sekali. Sebab itu usul fiqh penting. Memahami kehendak syariat ni kena rujuk fatwa dan ahlinya. Bukan ikut rasa-rasa dan best sahaja.



Sumber:

https://twitter.com/addien90s/




Selepas 17 tahun, Twitter mengucapkan selamat tinggal kepada logo burung biru ikoniknya apabila melancarkan logo baru dengan simbol X.

Tema gelap akan menjadi default dan pengguna masih diberi pilihan untuk tukar ke mod terang.

𝕏 juga dah tukar terma:

Tweet - Post

Retweet - Repost

Quote Tweet - Quote


Twitter sebelum ini telah hadkan perkataan yang dibaca pada awal Julai lalu. 

Musk, yang mengambil alih Twitter pada Oktober selepas membelinya dengan harga AS$44 bilion, mengumumkan pada Sabtu bahawa akaun yang disahkan telah dihadkan untuk membaca hanya 6,000 hantaran sehari, lapor agensi berita Jerman

Akaun yang tidak disahkan hanya boleh membaca 600 hantaran sehari, manakala akaun baharu yang belum disahkan terhad kepada hanya 300 hantaran, katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX itu berkata Twitter melaksanakan tindakan itu untuk mengatasi tahap 'data scraping' dan manipulasi sistem yang melampau."


Sumber: https://www.hmetro.com.my/itmetro/2023/07/983442/twitter-hadkan-jumlah-tweets-boleh-dibaca-sehari

https://twitter.com/tech_lagi/status/1685961569249931264?t=CCLqg1-4uSfgFLu1sr2dyw&s=19


"Salahkah kita tak memaafkan orang lain, dan menuntut keadilan di akhirat?" - Baru-baru ini, penulis novel dan buku islamik, Saudara Hilal Asyraf telah menjawab soalan salah seorang pengguna twitter iaitu Saudari Mira. 

Beliau mulakan dengan mengisahkan tentang perbuatan Sahabat. Saad bin Abi Waqqas RA pernah dianiaya dengan fitnah teruk. Maka membalas fitnah tersebut, Saad bin Abi Waqqas telah mendoakan pemfitnah dengan doa yang berat. Jom kita selusuri perkongsian beliau.

Kisah Saad bin Abi Waqqas RA

"Demi Allah, aku akan berdoa dengan tiga perkara:

Ya Allah, jika hamba-Mu ini pendusta, melakukan semua ini kerana mahu menunjuk-nunjuk, panjangkanlah umurnya, panjangkan kefakirannya, dan timpakan fitnah ke atas dirinya."

Doa ini akhirnya mustajab dan pemfitnah sengsara.

Peristiwa ini diriwayatkan di dalam Sohih Bukhari.
 
 Wahsyi, pembunuh Hamzah Abdul Muttalib

Rasulullah SAW sendiri bila Wahsyi, pembunuh Hamzah Abdul Muttalib ketika peperangan Uhud, datang bertemu dengannya untuk memeluk Islam, baginda tidak mahu melihat lagi wajahnya.

"Ketika baginda melihat aku, baginda bertanya: Engkau Wahsyi? Aku menjawab: Ya. Baginda bertanya lagi: Engkau yang telah membunuh Hamzah? Aku menjawab: Apa yang berlaku ialah sebagaimana berita yang sampai kepadamu. 

Baginda bersabda:

Bolehkah jika engkau jangan muncul di hadapanku?

Wahsyi berkata: Lalu saya keluar...."

Ini juga diriwayatkan dari hadith sohih Bukhari.

Dalam situasi Wahsyi, sudah pastilah Wahsyi itu diampunkan kerana beliau telah memeluk agama Islam. Pun begitu, dapat dilihat, sehebat-hebat Rasulullah SAW pun, tak dapat memadamkan kepedihan hati baginda atas tragedi yang ditimpakan orang.

Dalam situasi Saad bin Abi Waqqas jelas Saad bin Abi Waqqas tidak memaafkan kesalahan pemfitnah tersebut dan mendoakannya sesuatu yang perlu ditanggung sepanjang hayat.

Ini contoh-contoh di mana kita tak mesti perlu memaafkan orang yang bersalah ke atas kita. Apatah lagi melupakan, menerima dengan senang hati.

Allah SWT sendiri berfirman dalam Surah An-Nisa' ayat 148:

"Allah tak suka kepada perkataan-perkataan buruk yg dikatakan dengan berterus-terang, kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

Jelas di sini, ada kelonggaran terhadap orang-orang yang dizalimi, disakiti, dianiayai, untuk melepaskan kalimah-kalimah buruk ke atas orang-orang yang menzaliminya.

Kenapa Allah tak suruh maafkan sahaja terus?

Sebab Allah faham duka dan emosi jiwa manusia.

Tak dinafikan, MEMAAFKAN ITU YANG TERBAIK. Tetapi tak memaafkan salahkah? Menuntut keadilan di akhirat salahkah? TAK SALAH.

Bayangkan, apakah kita nak paksa mangsa rogol, lapang dada dan tenang dengan pemangsa yang merogolnya?

Bayangkan, apakah kita nak paksa keluarga mangsa bunuh, untuk sekadar lapang dada, terima sahaja dengan hati terbuka, pemangsa yang membunuh ahli keluarganya?

Islam tidak zalim sedemikian.

Kerana itu di sisi Islam, ada hukuman qisas. Bunuh balas bunuh. Meraikan fitrah insan.

Jadi konklusi, tak salah untuk seseorang tak memaafkan orang yang telah menzaliminya, melakukan kerosakan ke atas dirinya & keluarganya.

Allah Maha Adil.

Jika tiada manusia tidak mahu mengadilimu, tuntutlah keadilan Allah SWT.

Itu hak kamu.

Allah tidak akan sesekali zalim!

Tetapi, jika kita kuat nak mengejar tingkatan yang lebih tinggi, sudah semestinyalah, MEMAAFKAN ITU LEBIH BAIK.

"Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa." Surah An-Nisa' ayat 149.
 



Ingat, Allah Maha Adil. 


Di dalam Islam, setakat saya belajarlah, benda paling busuk sekali ialah kezaliman.

Sebab Allah sendiri melarang diri-Nya berbuat zalim (rujukan hadith Qudsi).

Kemudian boleh lihat hadith muflis, besarnya balasan Allah ke atas penganiaya di akhirat kelak.

Sebab memang lumrah, orang teraniaya ni susah dapat pengadilan, simpan hati.

Tapi Allah Maha Adil.

"Dan akan disempurnakan segala urusan kamu di hari akhirat." Surah Ali-Imran ayat 185.

Entah apa yang susahnya.
Kita dizalimi, kita pula akan disusahkan Allah SWT?

Maha Suci Allah SWT dari sifat zalim.

"Wahai hamba-Ku, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku menjadikan kezaliman itu haram di antara kalian." Hadith Riwayat Muslim.
 

Bukankah lebih baik jika memaafkan?

 

Memang ya, beliau ulang, MEMAAFKAN ITU YANG TERBAIK. Ganjarannya pun besar. Keampunan Allah tu bukan kecil ya rakan-rakan.

Tapi tak mampu memaafkan bukan satu kehinaan dan kesalahan. Cuma bukanlah posisi yang TERBAIK.

Sebab cerita Saad Abi Waqqas ni, dia mendoakan pemfitnah, yang telah memfitnah dia bermasalah sebagai gabenor.

Rakyat telah buat fitnah politik ke atas Saad.

Penganiayaan dia ke atas kita, Allah akan adili. Taubat dia selepas itu, Allah juga akan adili. Dia nak minta maaf kepada kita pun, kita dah mati.

Satu benda kena percaya, tidak akan ada sesiapa dizalimi di hadapan Allah SWT.

Di syurga nanti sengsara tika di dunia adalah kecil.

Dosa zalim dan aniaya orang di dalam Islam sangat besar sampai kat akhirat nanti diancam dengan kemuflisan.
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab para sahabat: “Orang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”.

Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam ummatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, dalam masa yang sama dia memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang.

Lalu akan diberikanlah kepada orang ini dan itu(mangsa-mangsa) pahalanya. Jika pahala2nya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa mereka(mangsa-mangsa) dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka.” Hadith Riwayat Muslim.
Jadi, janganlah kita aniaya orang, zalimi orang.

Banyak mana pun kita beribadah, Allah tak nak pandang ibadah kita kalau kita kaki zalim ke orang. Allah ambil ibadah kita, pahalanya diberikan pula pada orang yang kita zalimi.

Tak cukup? Allah lempar pula dosa dia ke kita. Sekian. Wallahua'lam.
 
 
 
*****
Saudara Hilal Asyraf adalah seorang penulis dan penerbit (Hilal Asyraf Resources) semenjak 2016.
 
Facebook rasmi saudara Hilal Asyraf: HilalAsyrafOfficial
Buku beliau boleh didapati di: https://shopee.com.my/hilalasyrafresources


Mula saya terbaca nama saudari Iman Abdul Rahim ini bukanlah tentang tips penjagaan kulit wajah, namun ketika saya mencari tentang tips resume yang saya rujuk daripada tweet beliau. Beliau lahir pada tahun 1992 di Kuala Lumpur, Malaysia. Sudah berkahwin pada 2015. Merupakan isteri kepada Ahmad Marwan dan mempunyai seorang anak comel bernama Imaan Maysaa. Saudari Iman adalah lulusan Bachelor of Electronics & Computer Information Engineering dari UIA.

Beliau yang cantik dan manis orangnya serta sangat berpengetahuan ini bagaimanapun ada memberitahu melalui blognya (imanabdulrahim.com), bahawa dia berkongsi pengetahuan dan segala pendapat dan nasihat mengenai penjagaan kulit dan kecantikan adalah sebagai seorang kawan dan kakak kepada orang ramai (beliau tidak ada latar belakang berkaitan). Namun ramai yang mengikuti tips beliau sangat berterima kasih kerana banyak tips yang bersesuaian dan berguna. Alhamdulillah.



Ini antara pautan (link) dia berkongsi tentang tips penjagaan kulit dan kecantikan di blog beliau. Contohnya, antara soalan yang diajukan kepada saudari Iman Abdul Rahim ini:

Skincare routine:
Lain-lain:
Iman Abdul Rahim bersama suami dan anak
Gambar: https://imanabdulrahim.blogspot.my

(Instagram Iman Abdul Rahim - @imanabdulrahim)

*****

SENARAI BLOG / LAMAN WEB KECANTIKAN LAIN:

BLOG:
Sabrina Tajudin 
- Coklateyes.my (Innanie Ariffin) 
Sabby Prue
Plusizekitten.com (Tammy) 
- Chency Ccy

LAMAN WEB:
- Makeupsuperb.com
- Ricedolls.com
- Naccosmeticshq.com

*****

TWITTER

Oh ya, di twitter, saudari Iman ini ada kongsikan, jika nak lihat tentang apa yang sesuai untuk kulit kita, boleh cuba pergi skincarisma.com dan jika nak tahu bahan itu tentang apa boleh pergi ke laman web Ingredient Dictionary.

Jika di twitter, selain @ImanAbdulRahim, kita juga boleh ikut twitter @HajarQasturi@MaisarahMahmud @AikaG, @hannabunnyb, @MissFarahSawa, @iffahs_ dan juga Lily Zahani untuk pelbagai tips penjagaan kulit dan kecantikan. Dan baru-baru ini Misya (@msyamsrhs) (pekerja Skin Valet Bangi) ada juga berkongsi tentang cara penjagaan kulit muka dan kebersihan. Juga @chizubunny turut berkongsi.







Lain-lain akaun twitter yang boleh dijadikan panduan : @twt_kecantikann@twt_makeupmy@twtkecantikann

Tambahan: 
Ini pula doktor perubatan dalam bidang ini- Dr Aris Fadzillah. Jika anda ada twitter, boleh bertanya terus padanya (@drarisfadzillah) tentang hal berkaitan.



Sekian. Cantik di wajah, cantik di hati. Jika ada pembetulan dan penambahan maklumat sangat dialu-alukan. Terima kasih. 



Cerita ini disiarkan tahun 2011. Bagi saya ia satu telemovie yang agak comel, segar dan sangat mesra. Dengan shot, warna, plot , skrip dan persekitarannya. Dari segi lakonan jangan cerita. Nampak sangat selamba. Semua pelakon tak nampak berlakon. Walaupun jalan ceritanya agak ringkas dan bersahaja, tak berat, takdelah terlalu jenaka, tapi ceritanya benar-benar dekat dengan remaja.

Masukkan elemen laman sosial, remaja suka bergaya dan popular, sedikit tentang cinta , tudung, tentang kehidupan di universiti, hubungan persahabatan Semananjung - Sabah Sarawak (Sabah yang dihighlight) , eleman fotografi dan teknologi telefon, drama ini saya mahu puji sikit. Walaupun twitter jadi twitjer dan facebook jadi facebag , sekurang-kurang Emak dekat rumah faham apa anak mereka sedang gilakan sekarang. Dan bagaimana perkara itu sedikit merangsang , mengganggu atau membantu remaja macam kita pada hari ini.


Liyana Jasmay nampak comel bertudung (memegang watak sebagai Zubaidah). Terutama bila bergaya fesyen tudung ala Hana Tajima dan ber turban ala Yuna . Serius cute. Ini adalah drama pertama terbitan pertama Liyana dan akaknya Adriana Jasmay . Dan idea juga datang dari mereka. Tidak terasa diperkecilkan, Saya yang bertudung ini akan menantikan idea dan perkembangan drama seterusnya dari si cilik ini.

Sinopsis Drama si Tudung Tweet :


Kisahnya mengenai gadis kampung yang obses dengan twitter dan lupa diri sekejap. Namun akhirnya dia insaf semula.

Si Tudung Tweet berkisar kehidupan pelajar kolej yang inginkan perhatian. Zubaidah (Liyana Jasmay) seorang pelajar kolej yang sanggup membuat apa sahaja supaya mendapat perhatian ramai. Dia berasa iri hati terhadap Marissa (Juliana Evans) yang dianggap saingannya.

Pelbagai perubahan dilakukan Zubaidah untuk menyaingi Marissa sehinggalah suatu hari, Zubaidah melakukan sesuatu yang tidak diduga semasa menghadiri kuliah pengajian Islam dan mendapat perhatian ramai.
______


All the best untuk the next next project, Liyana.
"Sembahyang jangan tinggal, tudung jangan tanggal" - petikan ayat ayah Zubaidah dalam drama ni. Simpan . 

Gara-gara #SiTudungTweet @LiyanaJasmay : Zubaidah & Juliana Evans - jadi trending kat twitter ! <3








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top