Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts

 7 Adab Ketika Menziarahi Rumah Orang




1. Maklumkan kepada tuan rumah sebelum bertandang


2. Tidak meminta-minta hidangan


3. Makan dengan segera jika dihidangkan


4. Elakkan perbuatan yang menyusahkan tuan rumah


5. Sunat bagi tetamu mendoakan kebaikan tuan 

rumah


6. Tidak duduk dan singgah terlalu lama


7. Memilih waktu yang sesuai untuk datang bertandang


Sumber : @jabatanmuftiwp

 Beberapa Sunnah Di Hari Raya




=========

Terdapat beberapa sunnah yang boleh dilaksanakan oleh kita sebagai orang Islam pada hari raya ini. Antaranya ialah:


1. Menzahirkan kegembiraan. Berdasarkan hadis, pada hari perayaan ini Rasulullah membiarkan orang-orang Sudan mempamerkan permainan senjata mereka sebagai tanda kegembiraan. Malah Baginda membiarkan kanak-kanak perempuan menyanyi. Perkara ini direkodkan oleh al-Imam al-Bukhari yang menyebutkan:


وَكَانَ يَوْمَ عِيدٍ يَلْعَبُ السُّودَانُ بِالدَّرَقِ وَالْحِرَابِ


“Pada hari perayaan, orang-orang Sudan bermain (mempamerkan perlawanan) perisau dan senjata mereka.” (Sahih al-Bukhari)


1.1 Dengan sebab itu al-Imam Ibn Hajar menyebutkan:


إِظْهَار السُّرُورِ فِي الْأَعْيَادِ مِنْ شِعَارِ الدِّينِ


“Menzahirkan kegembiraan pada hari raya adalah salah satu daripada syi’ar agama.” (Fath al-Bari)


2. Memakai Pakaian Yang Terbaik. Menurut al-Imam Ibn al-Qayyim, Rasulullah dikatakan memakai pakaian terbaik ketika hari raya. Saidina al-Hasan pernah menyebutkan:


أَمَرَنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَلْبَسَ أَجْوَدَ مَا نَجِدُ


“Rasulullah mengajak kami memakai pakaian yang terbaik yang ada di sisi kami.” (HR al-Tabrani dan al-Hakim)


3. Makan Sebelum Menunaikan Solat Raya. Kita disunatkan untuk makan dahulu sebelum menunaikan Solat Hari Raya. Saidina Anas pernah meriwayatkan hadis yang menyebutkan:


كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يَغْدُو يَوْمَ الفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ


“Sesungguhnya Nabi SAW tidak akan keluar pada Hari Raya AidilFitri sehinggalah beliau makan terlebih dahulu beberapa biji tamar.”


4. Bertakbir Ketika Keluar Menunaikan Solat. Menurut al-Imam al-Zuhri, Rasulullah ﷺ bertakbir sepanjang perjalanan menuju ke tempat solat AidilFitri. Kata beliau:


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ، فَيُكَبِّرُ حَتَّى يَأْتِيَ الْمُصَلَّى


Sesungguhnya Rasulullah SAW keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri dan Baginda bertakbir sehingga sampai ke tempat solat.


5. Berjalan Kaki Ke Tempat Solat. Sekiranya kita mampu, sebaiknya kita hendaklah berjalan kaki ke tempat solat raya kerana Baginda Nabi ﷺ sentiasa melakukan sedemikian. Kata Saidina Abdullah bin Umar:


أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ إِلَى الْعِيدِ مَاشِيًا، وَيَرْجِعُ مَاشِيًا


Sesungguhnya Nabi SAW keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri dalam keadaan berjalan kaki dan pulang juga berjalan kaki.


6. Pulang Solat Melalui Jalan Berbeza. Salah satu sunnah Rasulullah ﷺ juga adalah menggunakan jalan yang berbeza ketika pulang dari solat sunat hari raya. Saidina Jabir menceritakan:


كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ


“Sesungguhnya Nabi SAW pergi dan pulang dari menunaikan Solat Aidilfitri menggunakan jalan yang berbeza.”


Semoga Allah membimbing kita.


Dr. Ahmad Sanusi Azmi

https://40hadithsanusi.wordpress.com/2025/03/29/beberapa-sunnah-di-hari-raya/


Artikel: Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

https://t.me/drahmadsanusiazmi


Gambar: https://x.com/bernamadotcom/status/1905959597028114655?t=mc3zfx2BmMS3wrFD7lJOiQ&s=19







Untuk makluman, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2025 akan dibayar dalam minggu ini.

Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan dan terus dijadikan pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi. 

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2025 mula disalurkan pada 27 Mac 2025 kepada penjawat awam dan pesara kerajaan.



Sumber: https://x.com/MOFmalaysia










Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan disalurkan mulai 24 Mac 2025 (Isnin), seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Hampir 9 juta penerima yang terdiri daripada 60% rakyat dewasa Malaysia bakal mendapat bantuan sehingga RM650.

Semak status kelayakan STR dan rujuk soalan lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR 

🔗 bantuantunai.hasil.gov.my

SIARAN MEDIA MOF BERKENAAN 8.5 JUTA BAKAL MENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 2 SEBELUM AIDILFITRI




Sumber:

https://x.com/MOFmalaysia/















Fiqh solat di R&R ketika musim cuti. Amalkan fiqh awlawiyyat (priority) jika orang ramai/sesak.

1. Wuduk ringan. 3 kali basuhan hukumnya sunat, bukan wajib. Biasakan ambil wuduk secara ringan terutama bila musafir di tempat sesak atau kurang air.

2. Jangan panjangkan bacaan solat apatah lagi kalau jadi imam. Janganlah waktu macam ni nak baca surah panjang atau flex suara sedap. Tak kena tempat dan keadaan. Ringkaskan solat supaya orang lain dapat solat pula.

3. Zikir selepas solat dan doa itu sunat. Kalau nampak orang ramai menunggu, sebaiknya terus bangun dan beri laluan untuk orang lain solat. Kalau nak zikir dan doa, ringkas sahaja. Jangan waktu itulah nak berzikir dan doa panjang-panjang terutama di akhir waktu solat. Zikir dan doa itu sunat tapi sengaja buat orang lain terlepas waktu solat itu haram.

Inilah sebahagian contoh aplikasi yang disebutkan sebagai fiqh awlawiyat. Mengutamakan prioriti terutama bila melibatkan maslahat orang ramai. Kalau kita faham dan amalkan, akan terlihat nilai cerdik dalam beragama. Sama-sama kita cuba amalkan.


Tambahan di komen:

- Untuk wanita; pakai baju yang sesuai solat terus. Jimat masa bersalin telekung.

Remove make up awal atau ambil wudhu awal. Jimat masa & ruang berlonggok di surau sempit.

- Letak batas solat (sutrah), supaya orang mudah lalu lalang waktu kita solat. 

- Jangan berbual lama, jika sesak beri ruang pada orang baru datang untuk sembahyang. 

- Jika parking elak block orang, pastikan tidak berlama. Bagi memudahkan pergerakan kenderaan lain juga. 


Sumber:

https://twitter.com/addien90s/






Gambar pexels

Cuti sekolah dan hari raya datang lagi! Maka mulalah kita risau siapa akan jaga kucing kita jika kita tinggalkan atau tak dapat bawa ke kampung atau berjalan-jalan sekali? Jadi di sini saya kongsikan beberapa iklan menerusi tweet Puan pelisahh berkenaan Petsitter (penjaga haiwan) yang boleh kita hubungi bertanyakan mengenai hal menjaga atau tengok-tengokkan kucing kita nanti. Terim kasih untuk yang berkongsi. Moga dipermudah! 


Pahang

Johor Bahru

Ipoh, Perak

Perak

Lembah Klang

Cyber Jaya dan Ipoh

Selangor


Tambahan:

Sesiapa yang nak tinggalkan pets masa raya bolehlah try guna apps petbacker.com. Cuma perlu hati-hati dan teliti. 






 





 


"Buat yang terbaik untuk diri sendiri dulu. Yang lain akan datang kemudian dengan sendirinya."

Suka tengok iklan raya (drama pendek) Astro #RayaSLK arahan Razaisyam Rashid (pelakon utamanya Nadhir Nassar). Selain sinematografi yang cantik dan isunya dekat dengan masyarakat kita, ia penuh pengajaran dan falsafah. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.
 

 

Sinopsis iklan: Kisah Emil yang terkesan pandemik pilih naik basikal balik kampung + bawa kucing dari KL-Perlis lepas capai target RT di twitter. Banyak yang dia belajar daripada perjalanan itu.

"Kau kena percaya dengan takdir. Tak ada dalam hidup manusia ini kebetulan. Kau kena ingat, semua ini dah ketentuan."

 


 Instagram: @Razaisyam

 Instagram: @NadhirNasar_


"Salahkah kita tak memaafkan orang lain, dan menuntut keadilan di akhirat?" - Baru-baru ini, penulis novel dan buku islamik, Saudara Hilal Asyraf telah menjawab soalan salah seorang pengguna twitter iaitu Saudari Mira. 

Beliau mulakan dengan mengisahkan tentang perbuatan Sahabat. Saad bin Abi Waqqas RA pernah dianiaya dengan fitnah teruk. Maka membalas fitnah tersebut, Saad bin Abi Waqqas telah mendoakan pemfitnah dengan doa yang berat. Jom kita selusuri perkongsian beliau.

Kisah Saad bin Abi Waqqas RA

"Demi Allah, aku akan berdoa dengan tiga perkara:

Ya Allah, jika hamba-Mu ini pendusta, melakukan semua ini kerana mahu menunjuk-nunjuk, panjangkanlah umurnya, panjangkan kefakirannya, dan timpakan fitnah ke atas dirinya."

Doa ini akhirnya mustajab dan pemfitnah sengsara.

Peristiwa ini diriwayatkan di dalam Sohih Bukhari.
 
 Wahsyi, pembunuh Hamzah Abdul Muttalib

Rasulullah SAW sendiri bila Wahsyi, pembunuh Hamzah Abdul Muttalib ketika peperangan Uhud, datang bertemu dengannya untuk memeluk Islam, baginda tidak mahu melihat lagi wajahnya.

"Ketika baginda melihat aku, baginda bertanya: Engkau Wahsyi? Aku menjawab: Ya. Baginda bertanya lagi: Engkau yang telah membunuh Hamzah? Aku menjawab: Apa yang berlaku ialah sebagaimana berita yang sampai kepadamu. 

Baginda bersabda:

Bolehkah jika engkau jangan muncul di hadapanku?

Wahsyi berkata: Lalu saya keluar...."

Ini juga diriwayatkan dari hadith sohih Bukhari.

Dalam situasi Wahsyi, sudah pastilah Wahsyi itu diampunkan kerana beliau telah memeluk agama Islam. Pun begitu, dapat dilihat, sehebat-hebat Rasulullah SAW pun, tak dapat memadamkan kepedihan hati baginda atas tragedi yang ditimpakan orang.

Dalam situasi Saad bin Abi Waqqas jelas Saad bin Abi Waqqas tidak memaafkan kesalahan pemfitnah tersebut dan mendoakannya sesuatu yang perlu ditanggung sepanjang hayat.

Ini contoh-contoh di mana kita tak mesti perlu memaafkan orang yang bersalah ke atas kita. Apatah lagi melupakan, menerima dengan senang hati.

Allah SWT sendiri berfirman dalam Surah An-Nisa' ayat 148:

"Allah tak suka kepada perkataan-perkataan buruk yg dikatakan dengan berterus-terang, kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

Jelas di sini, ada kelonggaran terhadap orang-orang yang dizalimi, disakiti, dianiayai, untuk melepaskan kalimah-kalimah buruk ke atas orang-orang yang menzaliminya.

Kenapa Allah tak suruh maafkan sahaja terus?

Sebab Allah faham duka dan emosi jiwa manusia.

Tak dinafikan, MEMAAFKAN ITU YANG TERBAIK. Tetapi tak memaafkan salahkah? Menuntut keadilan di akhirat salahkah? TAK SALAH.

Bayangkan, apakah kita nak paksa mangsa rogol, lapang dada dan tenang dengan pemangsa yang merogolnya?

Bayangkan, apakah kita nak paksa keluarga mangsa bunuh, untuk sekadar lapang dada, terima sahaja dengan hati terbuka, pemangsa yang membunuh ahli keluarganya?

Islam tidak zalim sedemikian.

Kerana itu di sisi Islam, ada hukuman qisas. Bunuh balas bunuh. Meraikan fitrah insan.

Jadi konklusi, tak salah untuk seseorang tak memaafkan orang yang telah menzaliminya, melakukan kerosakan ke atas dirinya & keluarganya.

Allah Maha Adil.

Jika tiada manusia tidak mahu mengadilimu, tuntutlah keadilan Allah SWT.

Itu hak kamu.

Allah tidak akan sesekali zalim!

Tetapi, jika kita kuat nak mengejar tingkatan yang lebih tinggi, sudah semestinyalah, MEMAAFKAN ITU LEBIH BAIK.

"Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa." Surah An-Nisa' ayat 149.
 



Ingat, Allah Maha Adil. 


Di dalam Islam, setakat saya belajarlah, benda paling busuk sekali ialah kezaliman.

Sebab Allah sendiri melarang diri-Nya berbuat zalim (rujukan hadith Qudsi).

Kemudian boleh lihat hadith muflis, besarnya balasan Allah ke atas penganiaya di akhirat kelak.

Sebab memang lumrah, orang teraniaya ni susah dapat pengadilan, simpan hati.

Tapi Allah Maha Adil.

"Dan akan disempurnakan segala urusan kamu di hari akhirat." Surah Ali-Imran ayat 185.

Entah apa yang susahnya.
Kita dizalimi, kita pula akan disusahkan Allah SWT?

Maha Suci Allah SWT dari sifat zalim.

"Wahai hamba-Ku, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku menjadikan kezaliman itu haram di antara kalian." Hadith Riwayat Muslim.
 

Bukankah lebih baik jika memaafkan?

 

Memang ya, beliau ulang, MEMAAFKAN ITU YANG TERBAIK. Ganjarannya pun besar. Keampunan Allah tu bukan kecil ya rakan-rakan.

Tapi tak mampu memaafkan bukan satu kehinaan dan kesalahan. Cuma bukanlah posisi yang TERBAIK.

Sebab cerita Saad Abi Waqqas ni, dia mendoakan pemfitnah, yang telah memfitnah dia bermasalah sebagai gabenor.

Rakyat telah buat fitnah politik ke atas Saad.

Penganiayaan dia ke atas kita, Allah akan adili. Taubat dia selepas itu, Allah juga akan adili. Dia nak minta maaf kepada kita pun, kita dah mati.

Satu benda kena percaya, tidak akan ada sesiapa dizalimi di hadapan Allah SWT.

Di syurga nanti sengsara tika di dunia adalah kecil.

Dosa zalim dan aniaya orang di dalam Islam sangat besar sampai kat akhirat nanti diancam dengan kemuflisan.
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab para sahabat: “Orang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”.

Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam ummatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, dalam masa yang sama dia memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang.

Lalu akan diberikanlah kepada orang ini dan itu(mangsa-mangsa) pahalanya. Jika pahala2nya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa mereka(mangsa-mangsa) dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka.” Hadith Riwayat Muslim.
Jadi, janganlah kita aniaya orang, zalimi orang.

Banyak mana pun kita beribadah, Allah tak nak pandang ibadah kita kalau kita kaki zalim ke orang. Allah ambil ibadah kita, pahalanya diberikan pula pada orang yang kita zalimi.

Tak cukup? Allah lempar pula dosa dia ke kita. Sekian. Wallahua'lam.
 
 
 
*****
Saudara Hilal Asyraf adalah seorang penulis dan penerbit (Hilal Asyraf Resources) semenjak 2016.
 
Facebook rasmi saudara Hilal Asyraf: HilalAsyrafOfficial
Buku beliau boleh didapati di: https://shopee.com.my/hilalasyrafresources



Selamat hari raya! Alhamdulillah, kita masih diizinkan-Nya menemui aidilfitri. Begitu banyak iklan raya / drama pendek raya yang diterbitkan pada tahun 2019 ini. Lebih 60! Ada yang sempat saya tonton, ada yang masih belum. Baiklah setakat saya tonton (ini playlist senarai iklan raya tahun 2019), di sini saya sertakan beberapa iklan pilihan saya. Mungkin anda ada pilihan lain, boleh tonton dan nilai sendiri. Mana menampilkan mesej yang baik, kita ambil sebagai pengajaran. Maaf zahir batin!

1- Iklan Maxis - Deria Takbir



2- Iklan Raya Rangkaian Televisyen Media Prima 2019 - Hero Setulus Ikhlas



3- Iklan TNB - Konvoi Epik Fantastik



4- Iklan Lebuhraya Plus - Tumpang



5- Iklan PruBSN - Team Raya Merah



6- Iklan Grab - Grab kembara masa dalam #BuangBalikRaya



7- Iklan JBR Bundle - PLAYBACK.



Lain-lain:
- Iklan Raya SAJI 2019 | Rendang Tok Mak (sedih tapi kelakar)
- Iklan Kuih Bangkit (Malam Filem) (seram sikit)
- Iklan Petronas - Rendang SoRaya (ini sayu)
- Iklan Kebenaran Raya - MONSTA
- Iklan TM - ATUK GAMER | #LebihUntukMu
- Iklan Yakult - Geng Sakat Raya 2
- Iklan Astro - Raya kuasa 7
- Iklan Raya - Syukor Kerbau (Raya di Hujung Tanduk)

Selamat bermaafan dan kunjung-mengunjung! Hati-hati di jalan raya, semua. Moga dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah. Ameen.





Alhamdulillah. Raya datang lagi! Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada ahli keluarga saya, semua saudara-mara yang mengenali dan tidak lupa buat sahabat-sahabat yang sudi di sisi selama ini. Juga buat yang sudi membaca blog saya ini. Berhati-hati dan jaga hati.

Ucapan raya untuk sahabat yang selalu di sisi;

Raya tiba lagi. Saya ingin memohon maaf jika pernah mengguris hati. Terima kasih kerana bertahan setiap inci. Moga di hari raya ini, kita semua diberkati.

Buat sahabat jauh, walaupun mungkin jarak memisahkan kita namun kasih sayang tidak pernah berjarak. Dalam ingatan, kamu tidak pernah kulupa. Moga terus baik-baik saja-saja. Berjodoh, nanti kita jumpa. Insya-Allah.

Buat sahabat yang diduga, kuatlah kerana kamu terpilih dan sangat disayang Dia Yang Maha Kuasa. Bertahanlah wahai sahabat yang tabah jiwanya. Ada ganjaran dalam setiap dugaan. Moga sentiasa dipeluk sabar dan dipermudahkan semua urusan.

Buat yang baru dikenali, moga nanti kita makin rapat dan berukhwah kerana Ilahi.

Buat semua, terima kasih dari hati. Di hari raya ini, ke manapun mohon hati-hati. Dan jaga diri.

Salam aidilfitri,
Anem Arnamee.


Nah, lagu untuk sahabat semua: Senandung Hari Raya Untukmu: Dayangku Intan



Untuk pelbagai mesej dan pantun raya menarik: https://theinspirasi.my/pantun-dan-ucapan-hari-raya-aidilfitri/
 


Sekali lagi meriah iklan raya terbaik tahun ini. Walaupun kita mungkin tidak dapat lari daripada iklan sedih di hari raya, namun ada juga iklan yang kelakar dan seronok di samping banyak pengajaran (PSA) yang dapat diingat. Nah di sini iklan raya 2017 menarik yang menjadi pilihan saya. Anda ada pilihan lain? Mari berkongsi!

1. Iklan Raya TNB: Dugaan Raya Aida #DugaanRaya



2. Iklan Raya TM Net (Kampung Batu 311 Diselubungi Misteri... #KeajaibanRamadhan)



3. Iklan Raya UDA: Misi Hari Raya



4. Iklan Raya Malaysia Airlines 2017 | #RayaAroundTheWorld



5. Iklan Raya Astro: Kisah Benar Adli & Luqman: Dari Hati Ayah



6. Iklan Hari Raya Pelaburan MARA 2017 - Ikhlas



7 - Filem Pendek Raya CIMB: Linah



8. Iklan Raya KFC: Joget Abah



9. Iklan Raya RHB 2017 - Apa ditunggu-tunggu setiap kali Raya?



10. Iklan Raya Maxis: Wayang Sayang



11. Iklan Raya FELDA 2017 - #KampungPower



12. Iklan Raya Pos Malaysia: Tepung Pelita Untuk Abah



13. Iklan Raya Oppo: Gambar Yang Tersimpan



14. Iklan Raya Hypp TV: Pengorbanan Ayah



15. Iklan Raya YES: Dilema Aira



16. Iklan Raya AKPK: Sahabat Raya



17. Iklan Raya Petronas: Donut ke Karipap?



18. Iklan Raya Digi: Kasih Sayang Duit Raya Terbaik


19. Iklan BSN: Filem Hari Raya 2017 : Selamat-kan Hari Raya



20. Iklan Raya Yeo's 2017 - Diari Ramadan Opah



21. Iklan Raya Celcom: Letters from Mak



22. Iklan Raya Umobile: Maafkan Kami (Kyoto Protokol)



23. Iklan Raya TV3: #TerimaKasih



24. Iklan Raya Seram: Man Nak Balik Raya



25. Iklan Raya Mah Sing: Our Unsung Heroes



Banyak lagi sebenarnya iklan yang menarik. Lain-lain iklan boleh lihat di playlist ini: youtubeUntuk semua, selamat hari raya! Hati-hati di jalan raya. Terima kasih.




Banyak iklan raya tahun ini yang agak memikat. Seakan semuanya cuba untuk menghasilkan sesuatu yang paling dekat dan menyentuh (pastinya!). Walaupun kita mungkin tidak dapat lari daripada iklan sedih di hari raya, namun ada juga iklan yang kelakar dan seronok di samping banyak pengajaran (PSA) yang dapat diingat. Nah di sini iklan raya 2016 menarik yang menjadi pilihan saya. Anda ada pilihan lain? Mari berkongsi!

1. Telekom Malaysia (TM) - Rezeki Yang Dikongsi Lebih Diberkati




2. PETRONAS - Vroom Vroom




3.Malaysia Airlines Berhad (MAB) - #BolehAdikIkut




4. MYNIC - #bahuluemak




5. Tenaga Nasional Berhad (TNB) - #LepasTu




6. Maxis; SarikataHati.




7. MYDIN - #selaludihati



8. BSN: Pengacau Balik Raya



9. Astro Gempak - Kisah Benar Zika. #BerikanMasa



10. Iklan Raya Samsung



11. SkyWorld - The Missing Ingredient



12. EcoWorld - Syawal Dirai Keluarga Dihargai



13. Buku Ayah (Full) A Raya Web Short Film by I&P Group



14. Maghfirah




Ini antara pilihan peribadi saya. Selain di sini ada juga iklan menarik seperti yang dibuat Jabatan Imigresen dan Watson. Dan banyak lagi sebenarnya. Apa-pun, teruskan menyebarkan yang baik-baik dan selamat berhari raya! Terima kasih.


Antara sumber lain: Senarai iklan raya menarik 2016
Lain-lain video raya: FB PlastikHitam || Foto








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top