Kenangan semalam ditinggal pergi.
Kini melangkah ke depan kerana Ilahi.
Harus kuat lagi. Tuhan, izinkan.
Tema maal hijrah 1446 hijrah (2024) -
Al-Falah Pemacu Malaysia Madani
Al-Falah Pemacu Malaysia Madani
Salam maal hijrah untuk semua sahabat, pembaca dan kawan-kawan .Yang lalu
jadikan pedoman, hadapi hari depan dengan keazaman dan penambahbaikan. Semoga
kita dipermudahkan. Insyaallah.
----------- -
Di bawah ini perkongsian artikel anem dapat dari sumber
adaa-inspiration.com
MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada
asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT
melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan
ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca
pada akhir waktu Asar 1446 Hijrah atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan
Zulhijjah.
Dengan izin Allah, moga sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan
Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta diampun dosa-dosanya.
Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW,
ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara
yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya
di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau
mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu
semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah
aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau
menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha
Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan
harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas
penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan
mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1446.
Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW,
ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas
kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru
yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang
tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga
pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang
mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan
Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas
penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan
sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
[klik / tekan gambar untuk lebih jelas ]
Gambar doa pula Anem dapat dari laman web http://rezwati.blogspot.com
sumber gambar :
[ via
islamic-quotes.com ]