Ini adalah pengalaman saya mengambil lesen D (kereta). Sebelum kita sentuh format baru (sekarang) yang saya ada sertakan di bawah, saya ingin kongsikan juga pengalaman saya ambil lesen kereta sekitar tahun 2010. Tak jauh beza, samanya ada ujian komputer, dan ujian jalan raya dan bukit. Cuma sekarang lain sikit sebab ada RPK, RSM, S, Z semua itu. Oh ya, sebelum itu kalau tips atau cara saya kongsi di sini lain apa anda belajar, jangan ikut sangat. Tanya cikgu dulu, ikut cara cikgu anda. Baiklah kita mulakan.

PENGALAMAN SAYA

Saya ambil masa 2 tahun dan berbelas jam belajar dalam usaha untuk mendapatkan lesen P. Saya sampai melibatkan 2 sekolah memandu. 2 cikgu. Beberapa kali test JPJ hanya kerana saya gagal bahagian bukit 5 kali! Setiap kali ulang, akan ambil pra-ujian lagi, dan setiap kali itu abah suruh belajar lagi (pastinya akan perlukan duit lagi). Ya, itu bahagian sedih yang tak boleh saya lupakan. Banyak perlu dikeluarkan untuk saya. Mujur lulus juga akhirnya. Alhamdulillah. Terima kasih untuk mak dan abah serta semua cikgu-cikgu yang sabar dengan saya. Terutama Institut Memandu Intan (IMI), Teluk Intan.

Kenapa sampai 2 kali? Sebab kebetulan keluarga saya berpindah tempat tinggal. Selangor ke Perak. Setelah gagal di Selangor, berbulan juga saya mula ambil kelas semula di Perak. Nak dapat keyakinan balik. Gitu.

Semasa di Selangor, cikgu yang mengajarnya adalah lelaki muda yang sangat tegas dan yakin dengan saya. Dia pernah cerita, kepentingan dan semangat seorang makcik ini, yang dah kehilangan suami baru mula belajar bawa kereta, dia ulang 50 kali ujian! Dan akhirnya berjaya. Ada dia cerita lain, ada warga emas sekali saja lulus ujian jalan raya, sebab kesungguhannya mahu lulus.

Memang dia sangat suka bercerita. Semangat-semangat itu memang saya ambil, cuma dekat bahagian bukit saya gugup pula. Allah. Punya yakin jejaka muda ini, dia siap tertidur (saya rasa dia acah saja) masa perjalanan saya dari Selayang ke Puchong (dari rumah ke sekolah memandu) dahlah waktu tu memang pengalaman bawa kereta tak berapa nak ada (Abah pernah ajar saya dengan sabar, namun tetaplah saya tak mahir) selain kelemahan saya adalah mengingat jalan. Keyakinan cikgu muda tu antara semangat buat saya lulus di jalan raya! (Jalan raya sajalah tapi..hmm)

Di Perak, saya diajar cikgu lelaki lebih kurang usia abah saya, sangat lembut, tenang dan penyabar. Dia ajar macam anak-anak. Alhamdulillah untuk kedua-dua peluang berguru dengan mereka tersebut.

Tapi seperti yang kita tahu, gagal salah satu bahagian TIDAK akan gagal semua, cuma saya gagal bukit di Selangor, saya kena ULANG sebab dah berbulan, baru saya mula balik ambil lesen ujian di Perak. Apapun alhamdulillah akhirnya berjaya juga.

Perkongsian @imraaannnnn melalui twitter ini bagus. Cuma untuk rekod: saya dapat anggota JPJ perempuan, alhamdulillah beliau okay! Boleh klik lanjut pada perkongsian beliau di twitter untuk baca mereka pendapat yang lain juga.


*****

KEADAAN TELAH BERUBAH

Format masa zaman saya dulu: Hadiri ceramah + Ujian berkomputer (untuk dapat lesen L) + Ujian jalan raya: bukit, litar & 3 penjuru (Lulus baru dapat lesen P)

Format sekarang: Hadiri ceramah + Ujian berkomputer (untuk dapat lesen L) + RPK, RSM, Jalan raya: (Bukit, Parking, Sisi 3, Z & S). - (Lulus baru dapat lesen P)

(Mungkin nota anda tak sama dengan senarai seperti dalam gambar di bawah, rujuk pada nota asal anda.)

Nota RPK (Klik gambar untuk lebih jelas)
Nota RSM Kereta (Klik gambar untuk lebih jelas)

Nah! Ini blog yang berguna untuk tips, soalan dan apa sahaja berkaitan lesen memandu oleh Cikgu Yap: http://driving-school.com.my

Daftar, ceramah & Ujian berkomputer
Saya daftar dengan sekolah memandu itu sendiri.  KPP 01: kenalah dengar ceramah (dengar ja baik-baik, dapat penceramah lucu, memang seronok, tak ngantuk). Seronok juga jika jumpa kawan baru. Dan kemudian ujian berkomputer (ini kalau baca, ingat dan faham mudah saja. Ulang saja banyak kali baca, cuba fahamkan, sebut (sendiri, bagi ingat), buat latihan, insya-Allah boleh). Soalan ujian ini selalu berulang, cuma kena teliti berbalik-baliknya itu. Terutama bab sistem kejara itu. Pusing-pusing tang tu juga.

-- Ujian komputer lesen memandu (latihan): http://jpjkpptest.com/

Kelas memandu
Adalah normal kalau dapat cikgu yang bising, berleter atau sesekali marah. Untuk kepentingan kita juga. Dan matlamatnya sama dengan kita, nak kita lulus. Ya, kita memang ada hak nak tukar, jadual pun, cuma kalau boleh belajar terima arahan dulu. Dengar cakap cikgu ni berkat. Macam saya, memang cikgu itu akan ambil dan hantar ke tempat belajar. Balik pun. Pengalaman saya, cikgu itu hantar semula ke tempat kerja (sebab saya sudah bekerja waktu itu). Tiada masalah. Mereka baik-baik saja. Alhamdulillah untuk semuanya.

Cikgu suka sebut benda yang pelajar lain selalu gagal. Cikgu pertama dulu dia suka sebut:

"Kita kena perasan apa berlaku di sekeliling kita. Depan. Belakang. Tepi. Nampak tak orang depan buat apa? Kalau dia brek (lampu brek mereka nyala), kita brek / sedia nak brek. Sedia nak brek maksudnya perlahankan kereta."

Cikgu kedua saya pula, dia tahu kelemahan saya bukit, itulah latihan dia duk suruh saya ulang-ulang. Pusing-pusing. Dia siap tanya saya boleh atau tak. Penyabar betul.

Kalau rasa tak yakin atau tak cukup kelas, mohonlah tambah (kena tambah duit juga). Tapi lebih baik tambah kelas, berbanding tak cukup latihan dan gagal. Sakitnya tu di sini (daripada pengalaman saya ni).

QT1 (Latihan amali / pra-ujian)
Kena kalau orang dah biasa bawa, mungkin dia tak ambil pun. Jimat. QT1 Cikgu akan menilai kita ala-ala ujian sebenar. Kira trial namanya. Saya ambil dan waktu itulah kita tahu kelemahan kita apa. Mungkin kita gopoh sangat, ada terlupa atau nervous sangat. Paling penting jangan over confident, elakkan riak. Insya-Allah okay punya!
Nota:
*Sebelum menghidupkan enjin pastikan gear kereta berada dalam keadaan free gear. Kemudian hidupkan enjin.
*Jangan amalkan pengunaan gear 2 semasa kereta baru nak bergerak atau bergerak terlalu perlahan. Boleh juga guna tapi lining clutch cepat rosak sebab masa kereta begerak terlalu perlahan anda guna gear 2 anda terpaksa guna clutch bagi mengelakkan mati enjin.
Tips naik bukit:
1. Kena pandai seimbangkan minyak dan cluctch. Sampai bukit, minyak kene tekan sampai 2000 rpm atau jarum meter tu at least kat angka 3, baru turunkan handbrake, dan bergeraklah perlahan-lahan.  

Atau- Naik bukit sesuai guna gear apa? Paling sesuai adalah gear 3 tapi kena pecut dari bawahlah, bila RPM dah drop tukar ke gear 2, bila makin semput sebab mendaki bukit guna enjin kancil boleh drop ke gear 1. (Antara sumber: Cara memandu kereta manual)

Ujian JPJ
Bermulalah saat-saat mendebarkan, daftar kehadiran, ambil nombor giliran. Dia akan panggil kita. Jadi kita bersedialah untuk menaiki kenderaan. Kenalkan diri dan kena check kereta. (Masa saya dulu tiada RPK, jadi kami terus masuk kereta dan sebut satu-satu macam yang dipanggil RSM sekarang ni.)

Pengalaman saya masa dengan JPJ Lelaki, encik ini lebih tenang dan sukar diduga. Berbanding JPJ perempuan, dia selesa cara pemanduan atau tak, dia akan nampak di muka. Saya selalu diperdengarkan yang pegawai lelaki kita kena ambil hatilah, perempuan kadang garanglah. Tapi dengan saya alhamdulillah, encik itu sangat profesional. Yang perempuan pun sama, malah bertolak-ansur pula memberi markah. Saya tak mahir berbual, jadi dalam kereta memang senyap sunyi sahaja. Cukuplah kita menghulurkan senyum dan menghormati mereka.

Berdebar juga kalau dia tiba-tiba disuruh berhenti tepi, maksudnya kita gagal. Tapi alhamdulillah selesai. Bila teringat balik, macam robot pun ada! Tegak dan buat saja macam dalam kelas memandu, bayangkan punya berdebar! Haha.

Masa parking saya memang ambil masa lama, terutama bab nak pusing stereng berapa darjah, mujurlah ingat tapi tetaplah lama. Pengawai yang bertugas memang baik hati. Saya lebih beberapa saat, dia pertimbangkan lagi. Sedikit senang mestilah 3 penjuru. Dekat bukit saya gagal sebab asyik melebihi garisan belakang bila berundur. Kerana saya lambat tekan minyak. Tak yakin agaknya. Padahal kaki kena pandai balancekan antara clutch dan minyak. Bagi bunyi enjin sedap. Ada yang saya gagal bukit, sebab mati enjin. Kena relaks, tapi itu yang saya kurang waktu itu. Kalau tak relaks dan fokus kita akan mudah lepaskan kaki, itu kena pandai kawal emosi.

Apapun yang penting yakin. Litar tak sama dengan ujian komputer, mana boleh guna teknik hafaz ni.

Selepas selesai, kita akan ke litar. Jangan lupa, turun kereta pun ada etikanya. Jangan lepas selesai semua terus ja keluar dahlah. Cakap terima kasih dekat pegawai.



REZEKI 

Akhirnya kata, rezeki itu kita semua ada. Cuma bahagian saja berbeza. tiada jalan mudah untuk berjaya dan diredhai-Nya. Jika kita lulus, bersyukurlah dan jadilah pemandu yang baik. Alhamdulillah. Dan jika gagal, jangan putus asa kerana kita manusia yang tak akan mudah mengalah mencuba. Kadangkala lambat sedikit, bukannya belum berjaya. Jadi sabar. Cuba lagi. Adalah tu hikmahnya. Selamat maju jaya dan semoga berjaya!

Perkongsian:

KPP02:
Mengenal kereta iaitu belajar RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) & RSM(Rutin Selamat Memandu)


Ujian kpp 02: Litar Kereta:




Link: Pengalaman-pengalaman menarik yang boleh dibaca:
- Praktikal bahagian 2 - PPC AMSA
- Alin Alina untuk Nota RPK & RSM
- Pengalaman ini agak lengkap (bab ujian di litar) : fatihahsyam.blogspot.my
- Ulangkaji parking sisi, 3 penjuru, Z, S & Bukit: airia98.blogspot.my
- Cerita Ujian JPJ - nineteencapri.blogspot.my
- dotdotmissme.blogspot.com (Lebih kurang tahun saya).
- fa-hanana.blogspot.my (Kata-kata semangat nak ambil lesen).
Tips lulus ujian memandu JPJ / ambil lesen: - Baca untuk bahagian kena ingat, jangan hafal, baca sampai habis dan fahamkan. Jika boleh buat latihan sendiri dulu di rumah (berlatih): kalau sekarang RPK & RSM tu, haa buat. Berlatih dulu.
- Kalau memandu, belajar sungguh, fokus cikgu ajar insya-Allah berkat. Jangan lupa baca doa penerang hati sebelum ujian dan yakin dengan diri.
- Minta restu mak ayah / ahli keluarga. Jangan baca atau dengar banyak pengalaman gagal (maaf kalau dah terbaca ni), kalau baca pun jangan cepat jatuh, sebab pengalaman kita semua berbeza sebab kelebihan kita dan cikgu mengajar kita lain-lain. Kita pasti ada kekuatan kita sendiri. Kadang orang cuma usik saja, biarlah. Yang penting apa dalam hati kita. Kita nak berjaya.
- Buat yang terbaik dan jangan terlalu yakin namun jangan terlalu takut. Tiada apa yang nak ditakutkan. Di jalan, berserahlah. Ahli keluarga kita dan kawan-kawan mampu bawa kereta dengan baik. Mesti kita juga boleh!
- Dan pegawai JPJ tidaklah menakutkan. Muka acah garang dan bagi kita serius. Namun mereka tak makan orang. Saja tu. Cukuplah kita menghormati mereka. Tenang-tenang saja, insya-Allah boleh. Mulakan dengan bismillah.
Akhir kata, mesti seronok nanti dapat bawa kereta sendiri dan tak susahkan sesiapakan? Boleh bawa yang tersayang jalan-jalan. Jadi, bersemangatlah. Insya-Allah boleh! Jika tidak, jangan pernah berhenti jadi berani! Cubalah sampai berjaya nanti. 
Kalau tips atau cara saya kongsi di sini lain apa anda belajar, jangan ikut sangat. Tanya cikgu dulu, ikut cara cikgu anda. 
Sekian, selamat berjuang semuanya! Moga dipermudahkan. Insya-Allah. 


Hmm saya ni, pernah gagal pun nak bagi tips, tapi itulah kalau boleh kita nak semua orang lulus dan tak ulang silap sama, tenang-tenang saja, insya-Allah boleh tu. :)


Gambar daripada pixabay.com

Tahun ini banyak juga filem animasi yang menanti untuk ditayangkan. Setelah filem  The Lego Batman Movie, bakal menyusul adalah filem-filem yang saya senaraikan di bawah ini. Menarik dan comel betul! Selain filem bergenre animasi, banyak juga filem seram, aksi, penggembaraan yang juga bakal / sedang  ditayangkan antaranya Kanang Anak Langkau (The Iban Warrior), Sedang tayang juga, Kizumonogatari Part 3: Reiketsu (Anime). Akan datang Spider-Man: Homecoming, Transformers: The Last Knight, Fast And Furious 8  dan banyak lagi. Untuk melihat senarai filem yang akan ditayangkan di Malaysia, boleh lihat di cinema.com.my.

The Boss Baby

Sinopsis The Boss Baby: Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dalam misi mendapatkan kembali kasih sayang kedua-dua ibu bapanya. Apabila dia mendapati rahsia jahat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Puppy Co yang membabitkan adiknya, kedua-dua mereka perlu bersatu untuk menyelamatkan ibu bapa mereka dan menyelamatkan dunia. (Trailer)

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 30 Mac 2017
Genre: Animasi
Durasi: 1 Jam 37 Minit
Pengedar: 20th Century Fox
Pelakon: Alec Baldwin, Kevin Spacey, Will Arnett
Pengarah: Tom McGrath
Format: 2D

Smurfs: The Lost Village

Sinopsis Smurfs: The Lost VillageFilem animasi ini mengisahkan tentang Smurfette bersama-sama dengan adik-beradiknya yang merentasi kawasan Enchanted Forest untuk mencari perkampungan Smurfs sebelum musuh mereka, Gargamel the Evil Wizard, menjumpainya terlebih dahulu. Sepanjang filem ini akan menyaksikan asal usul dan kehidupan makhluk berwarna biru ini yang tinggal di rumah berbentuk cendawan, termasuk sebab mengapa mereka mempunyai 99 lelaki dan hanya seorang perempuan.(Trailer)

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 6 April 2017
Genre: Animasi
Durasi: NA
Pengedar: Sony Pictures Releasing International
Pelakon: Demi Lovato, Mandy Patinkin, Jack McBrayer, Danny Pudi, Joe Manganiello, Rainn Wilson
Pengarah: Kelly Asbury
Format: 2D, 3D

The Nut Job 2: Nutty By Nature

Sinopsis The Nut Job 2: Nutty By Nature: Surly dan rakan-rakan haiwannya yang tinggal di sebuah taman perlu bekerjasama bagi menghalang datuk bandar Oakton City yang korup daripada memusnahkan taman mereka dan menggantikannya dengan pembinaan taman hiburan yang bahaya. (Trailer)

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 18 Mei 2017
Genre: Animasi
Durasi: NA
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: Will Arnett, Gabriel Iglesias, Jeff Dunham, Katherine Heigl, Maya Rudolph, Jackie Chan
Pengarah: Cal Brunker
Format: 2D

Despicable Me 3

Sinopsis Despicable Me 3: Gru, Lucy dan anak-anak perempuan mereka Margo, Edith dan Agnes kembali dengan pengembaraan baru yang turut disertai oleh pengikutnya yang berwarna kuning, Minions, dalam filem ketiga ini. (Trailer)

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 15 Jun 2017
Genre: Animasi
Durasi: NA
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Steve Carell, Trey Parker, Kristen Wiig, Miranda Cosgrove, Dana Gaier, Russell Brand
Pengarah: Pierre Coffin, Kyle Balda
Format: 2D

The Son Of Bigfoot

Sinopsis The Son Of Bigfoot: Seorang remaja bernama Adam keluar untuk mencari bapanya yang sudah lama hilang, tetapi kemudian dia mendapati bapanya sebenarnya adalah Bigfoot, yang telah bersembunyi di hutan untuk beberapa tahun demi melindungi dirinya dan keluarga daripad HairCo, sebuah organisasi yang mahu menggunakan DNA-nya untuk melakukan eksperimen saintifik. Apabila bapa dan anak mula berhubung semula, HairCo mula menjejaki mereka.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 10 Ogos 2017
Genre: Animasi
Durasi: NA
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon:
Pengarah:
Format: 2D

The Emoji Movie

Sinopsis The Emoji Movie: Emoji menjalani kehidupan di dunia rahsia mereka dalam aplikasi telefon. Salah satu daripada mereka, Gene, sepatutnya mempunyai rupa `meh` sama seperti kedua ibu bapanya tetapi gangguan telah menyebabkan dia tidak dapat mengawal ekspresinya, menjadikan dirinya mampu melakukan lebih daripada ekspresi `meh`. Mahu menjadi `normal`, dia perlu cari jalan untuk membaiki gangguan tersebut. (Trailer)

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 17 Ogos 2017
Genre: Animasi / Komedi
Durasi: NA
Pengedar: Sony Pictures Releasing International
Pelakon: T.J. Miller, Ilana Glazer, James Corden
Pengarah: Tony Leondis
Format: 2D

Cars 3
Sinopsis Cars 3: Owen Wilson kembali menyumbang suara sebagai Lightning McQueen dalam filem ketiga "Cars". Watak lain yang bakal kembali adalah Luigi, Mater, Sally dan ramai lagi. (Trailer)

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 24 Ogos 2017
Genre: Animasi / Komedi
Durasi: NA
Pengedar: Walt Disney Pictures
Pelakon: Owen Wilson, Larry The Cable Guy, Bonnie Hunt, Cheech Marin
Pengarah: Brian Fee
Format: 2D

The Lego Ninjago Movie

Sinopsis The Lego Ninjago Movie: Diinspirasikan dari permainan Lego, ia mengisahkan tentang enam ninja muda yang ditugaskan untuk melindungi kepulauan rumah mereka yang digelar Ninjago. Pada waktu malam, mereka adalah pahlawan yang hebat dengan skil yang menakjubkan menentang kejahatan dan raksasa. Namun pada waktu siang, mereka adalah remaja biasa yang bergelut dengan musuh utama mereka iaitu sekolah tinggi. (Trailer)

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 21 September 2017
Genre: Aksi / Animasi / Komedi
Durasi: NA
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Dave Franco, Michael Pena, Fred Armisen, Kumail Nanjiani, Zach Woods, Abbi Jacobson, Jackie Chan, Justin Theroux, Olivia Munn
Pengarah: Charlie Bean

The Star

Sinopsis The Star: Bo adalah seekor keldai kecil tetapi berani yang inginkan kehidupan yang hebat dan mahu lari dari hari-hari biasanya di kilang kampung. Satu hari dia mendapat keberanian untuk meloloskan diri untuk mengembara. Dalam perjalanan, dia disertai oleh biri-biri yang tersesat selepas berpisah dari kumpulannya, seekor burung merpati dan binatang lain. Bersama dengan rakan-rakannya, Bo mengikut bintang di langit dan menjadi wira tak disanjung pada hari pertama Krismas.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 9 November 2017
Genre: Animasi
Durasi: NA
Pengedar: Sony Pictures Releasing International
Pelakon:
Pengarah:
Format: 2D

Coco

Sinopsis Coco: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun bernama Miguel datang daripada sebuah keluarga besar di pendalaman Mexico. Dia telah menemui misteri berkurun lamanya pada malam Dia de los Muertos atau Hari Kematian. Penemuan itu akan mengubah hidupnya buat selama-lamanya. (Trailer)

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 23 November 2017
Genre: Animasi
Durasi: NA
Pengedar: Walt Disney Pictures
Pelakon:
Pengarah: Lee Unkrich
Format: 2D

Paddington 2
Sinopsis Paddington 2: Paddington, kini bahagia menetap dengan keluarga Brown dan ahli popular masyarakat setempat, membuat satu siri kerja untuk membeli hadiah yang sesuai untuk hari jadi ke-100 Mak Cik Lucy, hanya kerana hadiahnya yang telah dicuri. (Trailer)

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 23 November 2017
Genre: Animasi / Komedi / Kekeluargaan
Durasi: NA
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon:
Pengarah: Paul King
Format: 2D





Sekian, selamat menonton! 


Gambar-gambar poster: imdb.com 






Tahun 2017 ini menyaksikan Aizat Amdan muncul dengan lagu baru, "Jangan Menangis." Lagu ini adalah garapan daripada pengalaman Aizat melihat penderitaan orang-orang di Syria dan selebihnya mengenai peribadinya yang kebetulan waktu itu juga beliau sedang hendak berpindah rumah buat pertama kalinya (menerusi lagu ini, beliau cuba sampaikan kepada keluarganya bahawa beliau mampu hidup sendiri dan berdikari).

"Namun lagu ini akan berubah mengikut situasi seseorang juga kerana ia sangat universal kepada sesiapa sahaja yang melalui perasaan seperti itu mengikut pengalaman hidup masing-masing," - Aizat Amdan. (Sumber: AG)



Lirik lagu Jangan Menangis - Aizat Amdan

Percaya padaku tak akan kulupakanmu
Walaupun kujauh ku sentiasa milikmu
Andainya kau rasa perluku
Luah saja setiaku mendengar

Jangan menangis ini semua ketentuannya
Jangan berduka kukan selalu ada untukmu

Hanya satu kupinta percaya pada diriku
Hatiku hatimu serahkan pada Yang Satu
Andai bersalah maafkanku
Sesungguhnya tiada yang sempurna

Jangan menangis ini semua ketentuannya
Jangan berduka ku kan selalu ada untukmu

Bertahan, walau apa, tak kira apa saja
Bertahan, walau apa
Bersama selamanya.....

Jangan menangis

Jangan menangis ini semua ketentuannya
Jangan berduka ku kan selalu ada untukmu

Dan aku mohon agar semua sempurna untukmu selamanya
Kukan selalu ada untukmu


Lirik & Lagu: Aizat Amdan / Faizal Tahir / Mike Chan
Diterbitkan oleh: Faizal Tahir / Bobby (Faithful Music) edaran bersama KGE & Warner Music Malaysia

Khas buat peminat Aizat Amdan, lagu ‘Jangan Menangis’ edaran Warner Music (M) Sdn Bhd ini boleh dimuat turun di semua platform digital mulai 10hb Mac 2017. (SM)





Setelah muncul dengan lagu Pesanan Teragung (2016) setelah menjuarai Gegar Vaganza pada 2015, kini Siti Nordiana muncul dengan lagu baru: Terus Mencintai. Kembali dengan signature (pengenalan) seperti lagu-lagunya sebelum ini: "Leman" (lagu jenis jiwang 90an), suara Nana kelihatan begitu serasi dengan lagu dan lirik ciptaannya sendiri ini. Juga lagu ini dikatakan ditulis berdasarkan pengalaman sendiri. Semoga terus maju jaya, Nana!


Muzik video Terus Mencintaimu (penampilan khas Alif Satar)

Lirik Terus Mencintai - Siti Nordiana

Oh kasihku takkan hilang
Bila kau ingat kepadaku
Oh cintaku tak akan pudar
Bila kau selalu di sampingku

Rasa rinduku melayang-layang
Mengingatkan engkau seorang
Menyemai kasih di dahan cinta
Haruskah aku terus menangis

Mengapa rindumu padaku
Tak sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa cintamu padaku
Tak bisa seluas lautan

Rasa rinduku melayang-layang
Mengingatkan engkau seorang
Menyemai kasih di dahan cinta
Haruskah aku terus menangis

Mengapa rindumu padaku
Tak sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa cintamu padaku
Tak bisa seluas lautan

Sungguh, sungguh kutak bisa
menahan besarnya rinduku padamu
Sungguh, sungguh kutak bisa
Memaksa dirimu mencintaiku

Mengapa rindumu padaku
Tak sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa cintamu padaku
Tak bisa seluas lautan
Tak bisa seluas lautan

*****

Petikan Harian Metro daripada IG Siti Nordiana.
Video lirik:



Terus Mencintai  oleh Siti Nordiana
Ciptaan: Nana Alias
Lirik: Nana Alias
Hakcipta: SND SOUL ENTERTAIMENT

Instagram- @sitinordiana
Facebook - SITI NORDIANA
Twitter - @nanarayyan

Nota: Sebelum ini Nana pernah juga menulis lirik lagu sendiri dalam albumnya, antaranya Seribu Setia.





Hidup tidak dapat lari daripada berbuat dosa. Dalam usaha kita untuk menjadi yang lebih baik, nafsu diri dan godaan syaitan sentiasa kuat menguji. Cuma dengan ilmu, amal dan iman kita akan mampu mengawal diri dan memperbaiki hari-hari. Di sini, saya kongsikan intipati daripada Majalah Solusi (sisipan Ezy Dakwah): kesan dosa dan apa yang dimaksudkan dengan syirik.

KESAN DOSA (Ezy Dakwah: siri 30)

- Hati semakin mengeras
Maka ketika mereka menyeleweng (daripada kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (daripada mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik - derhaka. (As-Saff 61:5).

- Semakin meremehkan dosa
Wasiat yang kedua daripada Ibnu Mas’ud sebagaimana diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam shahihnya dan juga diriwayatkan oleh Imam Muslim namun ia tidak meriwayatkan lafaz perkataan Ibnu Mas’ud.

Ibnu Mas’ud berkata,

إن المؤمن يرى ذنوبه كأنه قاعد تحت جبل يخاف أن يقع عليه, وإن الفاجر يرى ذنوبه كذباب مر على أنفه فقال به هكذا فذبه عنه

((Sesungguhnya seorang mukmin memandang dosa-dosanya seakan-akan ia sedang duduk di bawah gunung dan ia takut gunung tersebut jatuh menimpanya. Dan seorang fajir memandang dosa-dosanya seperti seekor lalat yang lewat di hidungnya lalu ia berkata demikian (mengipaskan tangannya di atas hidungnya) untuk mengusir lalat tersebut))

Antara sumber: https://firanda.com

- Hati tak tenang
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. - (Al-An'aam 6:125)

- Payah mendapat ilmu
".... Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."- (Al-Baqarah 2:282)

- Gelap hati dan air muka
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. (Faatir 35:10)

Ibnu Abbas berkata ‘sesungguhnya amal kebaikan mencahayakan muka, nur dalam hati dan lapang rezeki, kuat badan dan menyebabkan orang suka kepadanya. Amal buruk pula menggelapkan muka, gelap dalam kubur dan hati, lemah badan, sempit rezeki dan membuatkan orang marah kepadanya’.


SYIRIK (Ezy Dakwah siri 23)

Pengertian syirik ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’alnya (perbuatannya)

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan Syariat-Nya). (An-Nisaa' 4:48)
Seorang sahabat bernama Abdullah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah? Jawab Baginda: “Engkau menjadi suatu yang lain sekutu bagi Allah sedangkan Dialah yang menjadikan kamu. Aku (Abdullah) berkata: Sesungguhnya ini suatu yang berat. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi dosa yang besar? Baginda menjawab: “Engkau membunuh anak kamu sendiri kerana takut fakir. Aku bertanya, kemudian apa lagi? Baginda menjawab: “Engkau berzina dengan isteri jiranmu sendiri.” – (Hadis riwayat Muslim)

Antara contoh syirik:

- DENGAN PERBUATAN
- Pakai tangkal / azimat
- Sujud dan sembelihan di kubur wali

- DENGAN LISAN
- Mengutamanakan makhluk dengan Allah dalam ucapan
- Bersumpah dengan selain Allah

- DENGAN HATI
- Mempercayai bomoh
- Percaya wali dan sheikh yang mati boleh uruskan alam dan menolongnya

Syirik kecil tetap dosa besar.
Jangan samakan Allah dengan nabi atau sesiapa. Dosa.

Masuk syurga sebab rahmatnya.


للَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ أَعْلَمُ

Allahumma innii a’uudzu bika an usyrika bika wa anaa a’lamu, wa astaghfiruka limaa laa a’lamu

“Yaa Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari berbuat kesyirikan ketika aku mengetahuinya dan aku memohon ampunan Mu ketika aku tidak mengetahuinya”. (HR. Bukhari dalam Adabul Mufrad).


Sekian. Semoga kita semua sentiasa mendapat petunjuk dan diberi kekuatan.




Assalamualaikum semua!

Comel betul. Digital Durian yang memperkenalkan Didi & Friends kini tampil dengan kartun kanak-kanak islam terbaru bernama Omar dan Hana! Akan datang banyak lagi lagu akan dibuat. Namun, terimalah lagu pertama mereka dahulu, Alhamdulillah! :)

Saya sertakan gambar dan biodata Omar dan Hana. Jika mahu lihat watak-watak lain seperti mama, papa, faris dan ayah boleh ke facebook mereka!

Jom kenali Omar!

Omar berumur 6 tahun. Omar seorang yang bijak dan mempunyai sifat ingin tahu serta berkeyakinan tinggi.


Hana pula: Berumur 4 tahun. Seorang yang aktif, berani dan periang!



Jom ikuti Omar & Hana di laman sosial:
Youtube Omar & Hana: https://www.youtube.com/channel/UCiZL26ScfRZDdEAkkPJgJbA/videos
Facebook Omar & Hana: https://www.facebook.com/OmarDanHana/
Instagram Omar & Hana: https://www.instagram.com/omardanhana
Twitter Omar & Hana: https://twitter.com/omardanhana



[LIRIK Alhamdulillah - Omar dan Hana]

Mari sebut Alhamdulillah
Saya makan Alhamdulillah
Saya kenyang Alhamdulillah
Puji dan syukur kepada Allah
Alhamdulillah~

Sampai sekolah Alhamdulillah
Jumpa kawan Alhamdulillah
Main bersama Alhamdulillah
Puji dan syukur kepada Allah
Alhamdulillah~

Sayang Mama Alhamdulillah
Sayang Papa Alhamdulillah
Sayang keluarga Alhamdulillah
Puji dan syukur kepada Allah

Alhamdulillah~
Alhamdulillah~




[ Lirik Main sama-sama - Omar dan Hana ]

Wahai Omar Hana
Mainlah bersama
Kongsikan mainan yang ada
Kita akan gembira

Omar ada mainan
Main bersama Hana
Kita berkongsi semua
Seronok main bersama

Mari semua semua
Main bersama-sama
Bila kita baik hati
Allah sayang kita

Wahai Faris Sara
Mainlah bersama
Kongsikan mainan yang ada
Kita akan gembira

Faris ada mainan
Main bersama Sara
Kita berkongsi semua
Seronok main bersama

Mari semua semua
Main bersama-sama
Bila kita baik hati
Allah sayang kita

Bila kita baik hati……..
Allah... sayang... kita….

*****

Lagu lain Omar & Hana ada banyak lagi, antaranya Terima Kasih Cikgu dan Seronoknya Puasa.

*Omar & Hana merupakan sebuah karya dari produksi yang menghasilkan Didi & Friends.
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu" (Surah Ibrahim : ayat 7)


Pelbagai rancangan realiti televisyen yang disiarkan buat tontonan. Dan kali ini Mentor Milenia muncul dengan fenomena protegenya Saiful (atau nama Mentornya (Hazama) panggil, Usop). Selain beliau yang lain juga tidak kurang hebatnya juga, seperti Along misalnya. Manakala Maharaja Lawak Mega kali ini kelihatan lain sedikit dengan kemasukan Dzawin (comedian dari Indonesia) yang menampilkan komedi berunsur agama. Di sini saya kongsikan biodata mereka. 


Biodata Saiful (Usop) Mentor Milenia 2017 

Nama Penuh : Muhammad Saiful Naim Muhd Noor
Nama Komersial : Saiful @ Usop
Umur : 20 tahun (2017)
Asal : Lunas, Kedah
Program Realiti : Mentor Milenia 2017.



Akaun media sosial:
Instagram Usop Mentor: @usopofficial
Facebook Usop Mentor: https://www.facebook.com/ucopmentor/



Biodata Dzawin Maharaja Lawak Mega dari Indonesia

Nama Penuh : Dzawin Nur Ikram
Nama Komersial : Dzawinur
Tarikh lahir: 22 Ogos 1991
Asal : Bogor, Indonesia
Lulusan: Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta
Pencapaian: Juara 3 Suci 4 (SUCI: Stand Up Comedy Indonesia)
Program Realiti : Suci 4 (Indonesia), Maharaja Lawak Mega 2017 (Malaysia)
Kelab peminat: DzawinRangers




Akaun media sosial:
Instagram: @dzawin_nur)
Twitter Dzawin: @dzawinur
Blog: http://www.dzawinur.net/
Youtube Dzawin: https://www.youtube.com/channel/UCnrlTmgYcvQLa-m02kLf8gQ



Web lain: Ramenpedas.com


Apapun minat kita, apa kita lakukan, ikhlas ikhlaskanlah. Semoga berjaya semuanya! 



Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan / segmen agama yang disiarkan di televisyen sepanjang Februari 2017. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.

Tanyalah Ustazah (Ustazah NorHafizah Musa)

"Minta maaf dengan mak ayah bukan masa hari raya saja. Dan tolong hargai adik-beradik kita."

Tanyalah Ustaz (kaya jiwa)

Kaya jiwa hati baik. Tak sombong misalnya. Kaya budi baik dengan orang misalnya.

Untung:
- ALLAH redha. Manusia suka.
- Kaya jiwa ni bentuk amalan. Orang yang kaya jiwa terus istiqamah.

(Nasi Lemak Kopi O: Mandi jenazah.)

"Kita semua adalah bakal jenazah."
  • Guna bauan okay. Cuma sumber bauan tu yang penting.
  • Tak ada kaitan dah mandi belum. Bacakan doa dan al-quran sebelum mandi boleh. Baca tu pahala.
  • Lemah lembut mandikan. Jenazah ada perasaan cuma dunia berbeza.
  • Makruh sentuh qubul dubur dan bahagian lain jenazah pun
  • Jika reput elok tayamum. Kerana tidak mahu daging terlerai.
  • Jenazah tak perlu ambil wuduk semula jika disentuh bukan mahram. Orang hidup yang kena ambil semula.

Langkah mandi jenazah:
- Bersihkan luka dan tampal. Jika ada pewarna kuku jangan kikis. Gigi palsu jika boleh buang buang.  Jika mudarat, tak perlu. Tatoo pun begitu.
- Lembutkan sendi dengan minyak zaitun

(Nasi Lemak Kopi O: Alam bunian)
  • Baca 3 qul
  • Ayat kursi
  • Doa "Bismillah allazi la yadurru ma’asmihi syai’un fil ardh wa la fis samaie wahuwas sami’ul ‘alim."
  • Jengan terpisah dengan lain
  • Kena beringat. Sederhana
  • Bukit memang kawasan jin
  • Jin sama hidup dengan manusia
  • Mudarat kalau bergantung dan minta tolong jin. Mereka dusta.

Harta Karun: Tanyalah Ustaz.
  • Kalau harta pusaka kena ada bukti.
  • Harta qarun ada harta sombong. Dia nak menguasai orang lain. Tak nak zakat. Berbangga. Dan menzalimi orang. Ciri qarun.
  • Normal sayang harta. Tapi kena tak berat nak bayar.
  • Allah lipat gandakan balasan di dunia atau di akhirat untuk orang infaq. Tambah. Berkat. Allah sebaik-baik pemberi rezeki.
  • Ahli dunia ialah orang datang nak bagi duit. Kamu gembira.
  • Ahli akhirat orang nak minta duit (amil). Kamu gembira.
  • Bahagia sebahagian harta kita diberi.
  • Allah cukuplah dengan halal dari yang haram. 
Sumber: @doaharian

Tanyalah Ustaz (Bukan Milik Kita) Dai Annas & Ustaz Ahmad Shukri Yusoff (9 Februari 2017)

- Semua milik Allah. Semua pinjaman.
- Allah yang meluaskan rezeki. Dia yang beri pada sesiapa Dia kehendaki. Dan Allah mampu sempitkan pada sesiapa Dia nak. Tanda kebesaran Allah.
- Apa Allah beri amanah. Tugas kita uruskan.
- Kita kena amanah terutama uruskan anak yatim misalnya. Tak boleh enterprise atau akaun kita. Kena kepada yang berhak.
- Kena percaya dengan qada' dan qadar. Kena letak hati percaya pada Allah. Tawakal
- Bergantung pada yang tak akan mati; Allah.
- Ahli Sunnah Waljamaah ini kita percaya soal usaha.
- Jangan putus asa dengan rahmat Allah.
- Moga kita tak jadi munafik.
- Umur masih muda jangan rasa dunia nak kiamat jika diduga putus tunang atau hilang kerja misalnya. Ya. Memang kita sedang diduga. Tapi masih banyak lagi pintu lain sedang terbuka.
- Ada hikmah setiap ujian.
- Kena sangka baik. Jangan sangka buruk.
- Perjanjian terutama melibatkan harta ini perlu ada hitam putih. Ini undang-undang. Berkaitan hak.
- Nikmat mesti kita gunakan (manfaat).
- Gunakanlah ruang masa Allah beri pada kita sebelum ia hilang.
- Baca doa ni tiap selepas solat:
ALLAHUMMA A’INNI ‘ALA DZIKRIKA WA SYUKRIKA WA HUSNI ‘IBADATIK.

*Ingat tentang nikmat. Syukur tentang nikmat. Dan perbaiki ibadah dan ketundukan kita pada Allah.

- Selalu baca doa supaya kita tidak menzalimi diri kita. Dari sudut Tuhan tak beri kesan pun jika kita beriman atau tidak taat. Kesannya ke kita. Jadi perlu perbaiki diri.
- Semua bukan milik kita. Melainkan pahala.
- Kematian tanpa isyarat.
- Hutang tanggungjawab seorang muslim untuk bayar. Wajib kita lunasi. Islam tak hina orang berhutang. Cuma kena bayar.
- Tak boleh rasa bukan milik kita bila orang tak bayar. Dari sudut kita, berhak meminta. 2 pahala untuk orang beri pinjam ni. Memberi dan menyenangkan.
- Roh kita pun milik Tuhan.
- Didik hati untuk bersyukur. Jangan mengeluh. Ada hikmah di sebalik yang berlaku.

EHWAL ISLAM. - Nasi minyak arca buah. (Ustaz Izhar & Ustaz Syamsul) - 9 Feb

- Majlis nak beritahu
- Niat kena betul.
- Jangan berlebihan.
- Kita buat kenduri nak bagi orang makan. Bukan kaya kaya ja. Semua.
- Hiburan agak-agak.

Kahwin ni. Keberkatan Allah bagi. Ada rezeki.
Kena ada kemampuan.
-Kunci rumah.
-Kunci kereta.
Ada hala tuju. Bawa keluarga.
-Kunci syurga.
Ibadah. Nak bawa ke syurga.
-Kunci spare.
Kena dua dua main peranan.
Tak boleh seorang ja.

3 asas:
Memahami cara hidup islam
Cuba memahami perbezaan (cara fikir beza)
Memahami dan mendalami maksud perkahwinan itu sendiri.

- Kena sedar tanggungjawab.
Nafkah.
Kuantiti tu kualiti lebih daripada lelaki akhir zaman.
Ulama kata perempuan boleh kerja untuk membantu. Bukan isteri jadi ketua.

Bahagia.
- Pandang pasangan dengan wajah membahagiakan.
- Cakap terima kasih
- Redha dan puji
- Lunturkan ego kita
- Berbaik sangka dengan pasangan
- Pandai ambil hati pasangan.

  • Tak ada perkahwinan yang sama dengan perkahwinan kita. Dengar pendapat boleh. Tapi kita ja kenal pasangan kita.
  • Jangan letakkan harapan terlalu tinggi. Hormat. Terima seadaanya.
  • Jangan terburu-buru keputusan.
  • Kebahagian letak pada diri sendiri.
  • Perkahwinan bahagia memang wujud.
Dalam perkahwinan perlu ada:
A- Allah taala segalanya.
Bantu-membantu satu sama lain
Cakna - ambil tahu satu sama lain.
D - Dakwah perlu ada
E - Elak fitnah dan caci maki

* Ustaz Syamsul Debat

Tanyalah ustazah. 10 Februari. Dr. Muhaya.
  • Fikir nak jadi baik ke nak nampak baik.
  • Orang sikap negatif mungkin ada sebab dan cerita dia. Jangan sangka buruk.
  • Tahu. Faham. Amal.
  • Jangan mengata. Bukan nak mengatakan dah macam mengata.
  • Apa kita makan dan cakap. Kena positif. Cepat ketuaan organ.
  • Senyum.
  • Anak kurang upaya susah tidur mungkin sebab dia dah tidur. Cuba dengan lagu terapi. Mungkin dia sebab kita masuk syurga.
  • Jiwa besar.
  • Mungkin kita ada benda lain yang baik.
  • Bukan apa yang berlaku pada kita. Apa kita respon.
  • Banyak memberi.
  • Jangan sangka buruk.
  • Beza orang berjaya dengan tidak. Dia tanya apa saya nak buat. Orang ebrjaya dia fikir apa dia mahu.
  • Kita akan dilayan dunia bagaimana kita melayan dunia.
  • Sebelum kahwin mantapkan akidah.
  • Semua berlaku ada hikmah.
  • Ada komunikasi.

WHI: Bahagia bukan pada harta.

Bahagia bukan pada harta, tapi dengan adanya ketenangan hati.
Kita sering bercerita tentang harta, tapi tidak pernah bercerita tentang "syukur pada harta."

AlHidayah - Ustaz Ilyas dan Fakhrul (Takhta tanpa syurga)

Sebagai suami jangan ego sangat tapi jangan letak diri rendah.

HIDUP KENA BERKAT (Tanyalah Ustaz)

- Jika ada masalah bahagian lain, namun yang lain ok. Gunakan yang okay tu.

- Jika apa kita lalui okay. Okaylah tu.

- Kena buat baik pada ibu bapa.

Adakah kira beriman jika tidak diuji?

Dugaan untuk:
- Angkat darjat
- Mungkin bahagian lain kita tak buat (contoh zakat bayar sedekah kurang)

Tanda berkat:
- Dapat mentaati perintah Allah dalam keadaan kita (kaya atau miskin bukan persoalan)

Berkat:
- Orang yang Allah berkati
(Kesibukan mencari ilmu Imam Nawawi misalnya. Kesan ilmunya). Umur pendek namun kesan ilmunya luas.
- Masa yang diberkati
- Tempat yang diberkati
(Ada cerita satu ketika dulu. Tanahnya saja hujan
Ditanya. Katanya 3 bahagian harta dia beri. Pertama untuk diri. Kedua keluarga. Ketiga membangunkan tanah tu).

Sekadar minit agak munasabah guna telefon di tempat kerja. Namun jika itu yang dilekakan akan menjejaskan rezeki.

Sampai bila sihat? Jadi kena sedar.

Kembalilah ke syurga. Sebab asalnya kita ke syurga.
"Sakit ketika sakaratulmaut bukan tanda kehinaan. Ia untuk menebus dosa. Dan ada hikmahnya." - Dr. Danial

Tanyalah Ustaz (Khasiat Bersangka Baik).
  • Memang ada balasan untuk orang buat jahat ni.
  • Sangka buruk elak stress.
  • Sangkaan itu belum pasti
  • Berdoa pada yang kita sangka.
Tanyalah Ustaz: Bersolek Dai Izhar & Ustaz Sukki
  • Boleh untuk suami atau di rumah.
  • Wangi ke masjid sampai menganggu jemaah pun tak boleh.
  • Orang nak tengok, tengok lagi. Itu tabaruj.
  • Natural boleh.
  • Jangan ikut orang.
  • Bersolek harus.
  • Jangan sampai ubah wajah.
  • Suami ikut kena buat. Melainkan ke benda haram.
  • Cukur kening tak boleh.
  • Melaksanakan perintah Allah. Allah akan bagi rezeki tak disangka-sangka.
  • Jamak untuk sakit. Atau pakar bedah. Bersolek atau kenduri bukan mendesak. Solat jangan ambil mudah.
  • Tanam gigi dibenarkan. Untuk digunakan. Bukan kecantikan tapi keperluan.
  • Tambahan di diri ni jika boleh buang buang. Jika tak tak perlu. Jangan seksa mayat.
Tanyalah Ustaz: Fesyen (Sama panel seperti di atas).
  • Boleh ikut adat orang kalau tak kena mengena dengan syiar.
  • (Cucuk hidung atau pakai cincin jari kaki)
  • Dulu pakai tie tak boleh. Sekarang boleh sebab kemas bukan pengenalan.
  • Tak boleh pakai ketat.
  • Lelaki tak boleh pakai gelang. Tapi gelang penanda macam di mekah atau masuk taman tema boleh.
  • Rantai pengantin tu hiasan baju tak apa. Melainkan kalau memang ia rantai tak boleh.
  • Gigi emas. Tanggal jika dibolehkan. Tapi kalau seksa tak boleh.
  • Kalau dulu freehair sekarang tak, asal kita bertaubat dan tak upload dah. Orang lain upload luar kemampuan kita. Tuhan tahu itu.
  • Tinggikan rambut sanggul, tak boleh.
  • Kalau pakai pakaian menyerupai tatoo tak ada masalah. Yang masalah wuduk dan mandi wajib. Lepas. Tak apa. Bukan syiar.
  • Kalau orang jual atau buat tudung singkat dan skirt tak apa. Itu urusan dia nak pakai dekat mana. Kita tak bersubahat.
Tanyalah ustaz: JANGAN SOMBONG (Ustaz Ilyas dan Dai Lokman)

- Menolak ajakan kepada tak baik pun dakwah.

- Nabi pun tak dakwah tiap hari taknak orang jemu.

- Diam kena bertempat tapi kalau ramah tegur orang panjangkan siraturrahim.

- Cakap hanya perlu.

- Perempuan jaga kehormatan okay. Cuma jangan susahkan urusan. Bertempat sombong.
Sombong bersifat dalaman.

- Kalau nikmat banyak tapi tak ingat Tuhan mungkin Tuhan sedang mengazab hatinya. Sebab tak panggil orang tu dekat.

- Dalam hidup kita perlu sedikit kekuatan. Yakin diri. Kamu orang tertinggi jika beriman. Rasa diri tinggi okay tapi dengan iman. Buat kita rasa apa yang ada dalam diri kita diiringi iman. Jangan rasa diri tak ada apa. Jangan rasa diri lemah.

Rasa diri ada kemulian, tapi itu datang daripada Allah.

- Contoh terbaik Nabi.
- Nabi tetap ada masa bermasyarakat.
- Ramah bukan bercakap ja, tapi duduk dalam kelompok tu. Adalah modalnya.
- Orang berilmu dia makin menunduk.

Takbur dalam hatinya:
- Menolak kebenaran (walaupun daripada anak-anak dan orang bawahan).
- Hina manusia lain

7 jenis kesombongan
- Sombong dengan ilmu (berlawan atau bermusuh tujuan dia)
- Dengan amal ibadah (dosa yang buat kau menangis lebih baik daripada ibadah yang buat kau riak)
- Dengan keturunan
Dengan orang (asyik nak petik kawan dan kenal orang)
- Dengan kecantikan
- Dengan kekayaan
- Dengan kekuatan
- Banyak pengikut

- Mungkin kita ada buat silap atau dia tak tahu kelebihan salam tengok muka. Jadi yang last leraikan salam.
- Jadikan orang lain orang tengah. Ustaz.
- Jangan hina dan pertikaikan kejadian diri kita. Itu Allah punya. Dia beri.
- Jangan rasa lemah dan sedih. Sedangkan awak tinggi jika kamu beriman. [Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali-Imran:139)]
- Kalau rasa orang tak kawan kita jadilah kawan kepada orang
- Hiduplah dalam jemaah kerana kami yang seekor akan mudah dibaham serigala berbanding dengan ramai ramai

- Rendah diri okay. Rendahkan diri tak okay.
- Kena tinggikan iman
- Nak mesra akan ambil masa
- ada benda kita tak boleh ubah. Persepsi misalnya.
- Biar tak dihargai. Jangan diri kita tak berharga. - Ustaz Pahrol
- Sombong jadikan sempadan
- Nabi penuh kasih sayang. Tapi tegas.

Ciri sombong:
- Suka potong cakap orang
- Dia mudah lukakan hati orang dan mudah terluka
- Tak suka berdoa
- Sukar memberi maaf dan tak mudah minta maaf (maafkanlah dan lupa)
- gila kuasa

- Tak baik menyusahkan bukan sombong
- Memilih kawan tak dak masalah. Tapi pilih pilih sangat takut terjebak masuk golongan sombong.
- Sombong bagi Allah boleh. Sebab Dia miliki semuanya.
- Sombong boleh berlaku apabila disebut nama Nabi kita tak berselawat.

Balasan bagi orang sombong:
- Akan dicampak ke neraka (zumar 72)
- Tak dapat nikmat berbicara dengan Allah (orang yang tua tapi berzina, penguasa yang mendusta, salah guna dan miskin sombong)
- Seburuk balasan hitam legam.

* Pentingnya mesyuarat dan berbincang. Itu bukan sombong. Bincang cara baik.

Husnuzhon.
Jauhi sombong, riak, sum'ah. Takbur. Jadilah orang yang tawaduk. Rendah diri.

Ikhlas dalam memberi (Ustaz Elyas)

Teguran pada asatizah tanda masyarakat sayang dan uji keikhlasan kita dalam berdakwah.
Jika pegang amanah nak jaga keikhlasan orang, kenalah jaga.
Jangan syirik. Syirik kecil riak.

5 ikhlas tapi tak
- Istighfar tapi tak diringi taubat
- Takut azab tapi buat maksiat
- Berdoa tapi tak bersungguh
- Beriman tapi tak ada tanda beriman
- Harap pahala tapi tak beramal soleh

Biar buat kerana Allah dan bukan kerana kerana yang lain.

WHI 17/2 - Menipu

*Menipu untuk selamatkan keadaan daripada jenayah. Atau mendamaikan keadaan.
*Jujur itu penting.
*Lelaki (suami) elok beritahu ke mana. Senang.
* Mulakan dengan baik akan sudahnya insya-Allah baik.
*Kena saling belajar.
*Minta kebenaran.

TANYALAH USTAZ (Ustaz Dai Kamaruddin & Nik Farhan).

Cinta terlarang.
  • Tak boleh ambil harta orang. Melainkan nak juga isteri orang, tanya suami dia.
  • Taklid perempuan tak jatuh serta merta.
  • Nafkah zahir batin termasuk ilmu agama.
  • Isteri boleh minta fasakh. Jika suami tak boleh jalankan tanggungjawab.
  • Bukan minta cerai tapi ubah dulu. Ada cara.
  • Perempuan kena cakna. Kena ambil tahu hak orang perempuan.
  • Suami nusyuz tak tunaikan hak isteri dan anak-anak.
**
Tanyalah Ustaz: Haram dalam Halal
  • Zihar apabila lelaki menyamakan anggota peribadi isteri dengan ibu sendiri.
  • Perempuan tak ada hak nak haramkan diri ke suami.
  • Tak ikut syariat tak perlu ikut.
  • Ibu tak perlu jadi batu api. Beri kaunseling. Dan jika lelaki tadi malas atau buat hal, biar ibu mertua nasihat.
  • Isteri mengadu beritahu pada jabatan agama (taklik) baru jatuh. Jika tidak, maksudnya dia redha.
  • Fasakh cerai bain yang mana atas mahkamah, isteri minta pembubaran perkahwinan masa suami dalam penjara. Suami keluar, dalam iddah lagi, maka kena pernikahan semula. Mas kahwin baru. Kena baik semula. Seperti orang cerai talak 3.
  • Yang boleh rujuk cerai tahap 1 dan dua.
  • Pergi cari timba boleh. Cuma caranya lelaki juga pinang.
  • Selagi tak lafaz, benda setakat akan datang, tak jadi.
  • Mazhab syafie taklid (kalau kaU gini gini, jatuh gini gini) tak boleh tarik balik.
Rasa cinta ini Allah yang campakkan dalam hati seperti hidayah. Sayangilah Allah, insya-Allah dia campakkan rasa kasih dan sayang dalam hati hati kita.

*****

Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.

Maaf dan terima kasih.








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top