Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Tips elak tertidur / mengantuk ketika memandu (microsleep)


Baru-baru ini saya ada terbaca berita sebuah kemalangan yang antara puncanya kerana tertidur (rasa mengantuk). Salam takziah saya ucapkan buat keluarga mangsa. Jadi apabila membaca komen dan pengalaman ramai, saya terpanggil untuk berkongsi tips daripada beberapa orang, doktor terutamanya cara untuk elak mengantuk, tertidur atau terlelap ketika memandu. Jika ada tips atau maklumat untuk dibetulkan atau ditambah, sangat doalu-alukan. Terima kasih.

(Perkongsian di bawah ini sumbernya daripada: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia)

Apa itu microsleep?

Microsleep bermaksud perlakuan seperti tidur yang tidak disengajakan dan tidak dapat dikawal sama ada dalam bentuk pandangan kosong, tersengguk atau terlelap dalam tempoh yang amat singkat antara 2 ke 30 saat sahaja. Ia biasanya diakibatkan oleh individu yang kepenatan tetapi masih mahu terus berjaga, memandu jarak jauh ataupun menggunakan komputer dalam jangka masa yang panjang. Ataupun apa-apa aktiviti yang berbentuk 'monotonous'. Contoh paling mudah ialah memandu di jalan yang lurus.

Selain itu, microsleep juga boleh berlaku kepada mereka yang kurang tidur, kemurungan dan secara psikologinya penat. Tidaklah menjadi masalah yang terlalu besar sekiranya ianya berlaku semasa anda sedang mengadap komputer atau sedang duduk-duduk tetapi sekiranya anda sedang memandu, ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Microsleep menyebabkan keadaan di mana sesuatu perlakuan yang sedang dilakukan itu terhenti / terganggu (suspended) secara tiba-tiba (behavioral microsleep) yang mengakibatkan dalam kes pemanduan, kemalangan ataupun hampir kemalangan.

Salah satu yang mungkin kita boleh amalkan untuk mengelakkan kepenatan dan perasaan mengantuk yang melampau dalam kesibukan berjalan raya ini ialah dengan mengamalkan power napping (tidur sebentar antara 15-30 minit). Banyak kajian menunjukkan tidur sekejap ini adalah sangat baik untuk minda, fizikal bahkan dari segi emosi. Sains menyarankan tempoh optima melakukannya adalah antara 15-20 minit sahaja.

Perlakuan ini tidak digalakkan dilakukan lebih dari itu kerana kajian juga menunjukkan tidur lebih lama di waktu tengahari akan menyebabkan otak anda lebih lambat untuk berfungsi secara optima semula seolah macam komputer yang lambat 'loading'. Jadi mungkin anda boleh amalkan ini.

Berhati-hari di jalan raya dan selamat memandu.

INGATLAH: 2 saat sahaja sudah cukup untuk malapetaka.

- Dr Muhamad HKL 

Menerusi perkongsian Dr Ahmad Zakimi pula (@drzek):

 

Ini jika mahu dengar Podcast oleh Dr. Amer


* Continuation of the discussion from ASTRO OASIS TV program ‘Bismillah Ad-duha’. Microsleep affects rate of motor accidents.


Catatan daripada Dr. Kamarul Ariffin (@dr_chaku):

Microsleep dalam kelas tak berbahaya, tapi kalau sedang memandu atau operasi mesin, memang mengundang nahas.

Jika seseorang kurang tidur pada waktu malam, masa-masa yang di kenal pasti tinggi risiko untuk dia alami microsleep adalah pada waktu:
- Selepas Subuh
- Sekitar Zohor

Tips elakkan tertidur atau mengantuk semasa memandu:

1. Tidur dengan cukup (6-8jam)
2. Jika tak cukup tidur, JANGAN pandu ketika Subuh atau Zohor.
3. Minum kopi (Tapi kesan kaffein tak lama. Jadi perlu berhenti dan rehat juga).
4. Rehat setelah 2 jam memandu
5. Guna apps anti-tidur. Ia berbunyi dan gegar setiap beberapa minit.
6. Bawa seseorang teman. Dengar dia bebel (cadangan)

(Tips tambahan)
- Bawa kudapan. Untuk makan-makan.

Tips elak tertidur semasa memandu oleh Monsi Sarbini (FB):

- Turunkan tingkap kereta apabila lama memandu. Bagi masuk fresh air.
- Sentiasa stanby air botol mineral. Basuh muka masa tengah memandu jangan takut basah dalam kereta yang sikit / standy tuala juga untuk ini (untuk lap lap muka).
- Jumpa RNR berhenti. Senam sikit. Buat regangan. Walaupun mengantuk hilang sikit, tetap perlu rehat juga. Jangan memandu berterusan tak berhenti. Nanti fokus akan kurang
- Ambillah masa untuk tidur seketika. Take a nap. Pejam mata kejap di tempat rehat.

Tips elakkan microsleep dalam kelas / kuliah:

1. Tidur dengan cukup malam sebelumnya.
2. Bawa gula-gula (Kopiko misalnya).
3. Salin nota kuliah.

Oh ya, kalau saya sendiri, saya selalunya mengantuk lepas makan nasi, jadi saya akan cuba elak makan nasi sepanjang perjalanan (ganti makanan berat lain jika berhenti untuk makan). Masa belajar dahulu, untuk hilangkan mengantuk saya suka mengunyah. Ini sayalah. Orang lain mungkin caranya berbeza. Selain itu faktor tidur lewat juga menyumbang rasa mengantuk seseorang,
Jaga diri dan keselamatan anda, ingatlah orang yang tersayang.

Nota:
*Berbeza di antara Microsleep dan Narcolepsy, microsleep boleh berlaku pada semua orang yang tak cukup rehat / tidur. Narcolepsy pula adalah masalah neurological. Ini perlu pegesahan pakar.



4 yang menasihati

  1. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  2. Hai awak, saya nak tanya, macam mana nak letak button google follow macam kat sidebar blog ni ya? Kalau add terus dari widget default die mcm jd besar sngt :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang mana? Ruangan 'Terima Kasih" kah? saya ikut template asal. Tick default. Terus dia begitu, automatik.

      Jika bahagian "circles" tu, saya ubah ubah height="XX" ikut kesesuaian dalam codenya.

      Delete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top