Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Lirik lagu Hikayat Benladin, Terkemuka & Kebangkitan hip-hop

Hip-hop sentiasa diminati dari dulu lagi. Namun 'kebangkitan' di sini lebih kepada bermaksud kelangsungan / kebelakangan ini dilihat semakin menonjol dan meriah. Hip-hop berasal dari kota New York pada tahun 1970-an. Budaya hip-hop telah tersebar ke negara lain dan disesuaikan dengan ciri tempatan seperti bahasa, loghat, melodi dan rentak. Manakala Rap pula merupakan salah satu elemen budaya yang ada dalam hip-hop. Contoh lagu rap di Malaysia termasuklah Fanatik oleh KRU dan Alhamdulillah oleh Too Phat. Antara kumpulan hip-hop yang terkenal satu ketika dahulu adalah Too Phat, Poetic Ammo, M.O.B, 4U2C, Nico, VE, Teh Tarik Crew dan beberapa lagi.  Jika sekarang kita boleh berbangga pula dengan kemunculan Sonaone, Kmy Kmo, Benzooloo, Luca Sickta, Aman RA, Alimet, Zamaera, Ashtin, Juzzthin, Caprice dan ramai lagi.

Gambar: Drew Graham 
Semakin ramai bakat muda yang meneruskan perjuangan dalam genre ini, bukan sahaja terdiri daripada mereka yang pandai bernyanyi namun juga mahir menulis. Itu sememangnya harus dipuji. Seperti mana yang kita tahu muzik hip-hop ini bukan hanya ada satu arah, ia banyak; jadi perbezaan muzik dan arah lagu dan lirik mungkin berbeza mengikut jiwa seseorang artis namun masih dalam 'keluarga' atau genre yang sama. Tidak perlu wujud perbandingan, bakat ini juga adalah anugerah Tuhan yang harus kita raikan! Di sini saya senaraikan beberapa throwback dan lagu baru hip-hop di Malaysia.
  • MALIQUE IBRAHIM
Malique Ibrahim dilahirkan pada 21 Ogos 1977 merupakan penyanyi rap, penerbit, penulis lirik dan pencipta lagu yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau telah meletakkan benchmark tersendiri. Dikenali sebagai seorang yang menyampaikan lagu dan lirik dengan maksud mendalam, dia kelihatan sangat dikagumi oleh mereka yang meminatikan genre hip-hop ini. Muncul satu ketika dahulu bersama Joe Flizzow melalui Too Phat, dia dilihat tetap meneruskan kerjayanya menerusi karya untuk dirinya dan beberapa artis lain walaupun kini memilih untuk tidak ke hadapan (menonjol di khalayak). Muncul dengan beberapa album seperti OK dan TKO. Serta banyak lagu baru, antaranya Pejamkan Mata (bersama Dayang Nurfaizah), Bukan Mudah (Nyanyian Nukilan), Levitasi (Fynn Jamal, Zizi Kirana dan Kaka Azraff). Dan terkini nama beliau muncul sebagai antara penulis lagu dan lirik untuk Hikayat Benladin bersama Dedeq serta menjadi pencipta lagu Terkemuka bersama Takahara Suiko dan Tripdisz. Untuk 2018, Malique muncul dengan lagu kolaborasi Berbahasa Inggeris; Shut down bersama Jtee.
Malique used the alter ego Que Chill during his time in Too Phat. Later on in his solo career, he refers to himself as the General. - maliqueibrahim.com 

HIKAYAT BENLADIN

[Trivia: Benladin merupakan bintang Idola Kecil 5, pernah berlakon beberapa buah drama. Menurut Benladin yang lahir pada 11 September 2001 ini, beliau ada jumpa Malique dalam proses rakaman lagu ini. Banyak tips yang dia dapat untuk sebutan dan bimbingan dalam menjadi rapper yang bagus.]



Lirik Hikayat Benladin - Ben Ladin

Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari di mana ada
Mencuba meneka di mana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa

Niat enson matakaji semar ngiseng
Akulah Benladin, Hikayat Benladin

Suara dah bergema, suara sakti hamba
Dalam gelombang bawa aura ke udara
Separa manusia, separa luar biasa
Gurau senda dengan kata-kata sang pujangga

Kalau main api, janganlah tambah gasolin
Mesti hati-hati janganlah seperti lilin
Jika mahu terang, biar terang dengan betul
Jangan jadi arang, jadi arang buat kotor

Kerna atas muka ada selendang suci
Maka hias ia biar terpampang seri
Akulah ilustrasi, definisi gergasi
terhasil dari eksperimentasi radiasi bunyi

Buka mata minda luas seperti lautan
Usah fikir bukan-bukan, kata bukan-bukan
Nenek tua sebongkok tiga, cubalah nenek cari cucu di mana ada

Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari di mana ada
Mencuba meneka di mana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa

Niat enson matakaji semar ngiseng
Akulah benladin, Hikayat Benladin

Masuk tempat orang, jadi kucing bukan singa
Jangan cuba jadi cacing nak jadi garuda
Jika mulut murai tukar paruh jadi tiung
Kalau cuma gusi jangan lagaknya bersiung

Setakat dua tangan janganlah nak berangan
Si tikus datang bekal dua belas beruk baran
Telan lauk enak lepas makan pandai simpan
Pandai-pandailah tanggung binasa perbuatan
Pecut laju-laju sampai dia terpelanting
Bukan pekara bijak lari-lari bawa gunting
Diajak berteman rupanya musang berjanggut
Pura-pura sejuk masuk berkongsi selimut

Baik berpada-pada jahat jangan sekali
Hidup punya hukum karma kau harus mengerti
Salam perkenalan dengan ritma dan puisi
Nama patik Benladin mengundurkan diri

Putih-putih melati Ali Baba
Merah-merah mawarnya si Norsiah
Jika diikutkan rasa Kassim Baba
Kelak akhirnya berputih mata

Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari di mana ada
Mencuba meneka di mana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa

Niat enson matakaji semar ngiseng
Akulah Benladin, Hikayat Benladin

Putih-putih melati Ali Baba
Merah-merah mawarnya si Norsiah
Jika diikutkan rasa Kassim Baba
Kelak akhirnya berputih mata

Benladin --

TERKEMUKA

Video rasmi: Terkemuka (Official)

[Trivia: Benzooloo adalah led bagi Lawalah Borneo. Zizi Kirana pula merupakan bintang Akademi Fantasia 7 dan D'Academy Asia 2. Manakala Sandra Dianne pula adalah bintang rancangan Mentor Legend 2014] 

Lirik Terkemuka - Benzooloo & Zizi Kirana & Sandra Dianne

Terang bintang hingga bersinar fana
Dilambung ke awan
Hingga ternampak cuma
Kelajuan meniti jiwa raga
Hingga bertatah intan
Menjadi terkemuka

(Rap: Benzooloo)
Pergi cari kapur putih conteng di papan hitam
Cipta ekuasi sendiri daripada perlu pinjam
Ingin jadi virtuoso ganda usaha kerja
Ganjaran kemudiannya datang meyusul pula
Tapi nampak dari mata masih ragu-ragu
Apa impresi pertama misalnya tidak laku
Sejam yang lalu yakin tidak kena kecam
Perasaan kurang pasti buat satu badan kejang
Yang penuh di situ bukti masih harum
Bukan senang untuk benang terus masuk lubang jarum
Nampak macam kalah tapi sebenarnya bukan
Belum orbit sepenuhnya nampak sinaran bulan
Kalau ingin yang lebih baik dari yang hari ini
Ambil contoh dari tokoh dan informasi terkini
Tujuan tabur baja supaya cepat tumbuh
Pastikan awal isi forum selagi belum penuh

(Sandra Dianne)
Terang bintang hingga bersinar fana
Dilambung ke awan
Hingga ternampak cuma
Kelajuan meniti jiwa raga
Hingga bertatah intan
Menjadi terkemuka

(Rap: Zizi Kirana)
Kalau bukan sekarang jadi bila lagi
Teroka tempat orang lain tidak berani pergi
Masuk kebun sub atomik partikel bersentuhan
Gabungan menjadi kalau kodisi mengizinkan
Banduan dalam minda sedang minta bantuan
Buat keputusan sendiri bila kebuntuan
Tapi banyak orang kipas patutlah rasa sejuk
Ular yang mematuk datang dalam banyak bentuk
Ada yang kurang bahaya tapi kuat mengutuk
Suka buka luka lama yang susah untuk tutup
Tak pernah cukup semua harus berhenti
Tukar algoritma hidup dengan peranti paling canggih
Kalau hidup bagi lemon ambil pengisar buat jus
Minum di tepi beranda hanya perlu diam Shhh...
Catat di kalendar bila tarikh temuduga
Ternyata terbuka untuk jadi terkemuka

(Sandra Dianne)
Tenang malam meniti masa silam
Setiap tenteram mula bergaung dalam
Namun hanya yang kembali bergema
Cuma yang terkemuka dimandikan cahaya

Terang bintang hingga bersinar fana
Dilambung ke awan
Hingga ternampak cuma
Kelajuan meniti jiwa raga
Hingga bertatah intan
Menjadi terkemuka

(Rap: Benzooloo)
Sudah bilang bukannya susah bidang
Lima puluh lima puluh tendang tapi kena tiang
Egosentrik besar ekar buat orang lain hindar
Senang rancang dari awal tapi sayang kurang pintar
Pasal dalam parsel ada puzzle
Dengar khabar sendiri belum jumpa final
Pusing vinyl perlahan dapat untung
Lega dengan pemandangan bila sudah atas gunung
Kau lihat kelibat sekarang makin giat
Sedia pasang niat terima hakikat
Buat apa yang kita minat jadikan itu pembakar
Langit sudah bersedia tinggal jadi pencakar

(Sandra Dianne)
Terang bintang hingga bersinar fana
Dilambung ke awan
Hingga ternampak cuma
Kelajuan meniti jiwa raga
Hingga bertatah intan
Menjadi terkemuka

  • JOE FLIZZOW
Joe Flizzow (Johan Ishak) aka The President, yang dilahirkan di Kuala Lumpur pada 16 Oktober 1979, Duta Hip Hop Antarabangsa Malaysia, sebahagian daripada duo hip-hop Malaysia yang terkenal di peringkat antarabangsa, Too Phat; aksi Hip Hop Malaysia pertama yang memberi impak kepada adegan muzik Malaysia, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kartel Records. 

Sahabat dan rakan duet Malique ini sangat rajin meluaskan empayar muziknya menerusi pelbagai program untuk kelangsungan genre hip-hop, rakan-rakan dan artis-artis di bawah label rakamannya. Juga turut menghasilkan lagu, baru-baru ini.

Lagu baru Joe Flizzow:
- Sampai Jadi (Selepas lagu Drop)

Nota: Suka dengar Joe Flizzow menjawab soalan dengan matang dan menunjukkan betapa beliau seorang sahabat yang baik kepada Malique menerusi video DJ Nazz ini.

Acara 16 baris, yang menampilkan ramai artis hip-hop terkenal
  • ALTIMET
Seorang MC di Malaysia, berasal daripada kumpulan Teh Tarik Crew (TTC). Juga penyanyi rap, pencipta lagu dan penulis lirik. Pernah menang tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu (AJL) pada tahun 2014 dengan lagu Aku Kaya bersama Awi Rafael dan memenangi persembahan terbaik AJL pada tahun 2018 menerusi lagu Amboi. Pernah dikata tuju lagu (diss) untuk artis hip-hop lain, namun dinafikan dan katanya lagu tersebut merujuk kepada dirinya sendiri. Juga ada mencipta lagu untuk artis-artis lain.

Kini muncul dengan abum baru berjudul Air.

Lagu baru beliau tahun ini:

*****

Antara lagu baru artis / yang bernyanyi genre hip-hop:
Menarik bukan senarai ini? Artis lain yang bernyanyi lagu hiphop juga adalah; MimiFly, Sophia Liana, Zizi Kirana dan Kaka Azraff serta ramai lagi. Ramai yang hebat dan berbakat sebenarnya (tak dapat saya senaraikan semua), namun untuk maju jaya dalam bidang ini, perlu lebih berusaha keras untuk diterima dan mesej serta karya dapat disampaikan.

Oh ya! Jika mahu menceritakan atau memaksudkan sesuatu lirik (bedah lagu), *diss, mahupun perjuangan sesuatu lagu, tidaklah saya mahir (jika anda cari itu, tidaklah akan jumpa dalam artikel ini). Namun jika ada sebarang penambahan boleh tambah di ruangan komen. Apapun genre muzik, harus dihargai dan dirai. Marilah kita bersama-sama meneruskan kelangsungan industri muzik hip-hop dengan saling bertukar ilmu dan menambah kawan.

*Diss, in hiphop community, is one rapper singing against someone else.
"Nak jadi terkenal harus pandai main api." - Rahsia, Malique Ibrahim.

2018! -- Masih Hip-hop!

Masa berlalu, zaman berubah
Dia berubah, mereka berubah
Orang berubah, semua dah berubah
Tapi aku masih hip hop... ♫







3 yang menasihati

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top