Baru-baru ini, sisipan majalah Solusi (Ezy Dakwah siri 41) ada berkongsi tentang beberapa doa pendek yang dimulai dengan "Rabbana". Jadi, saya turut ingin kongsikan di sini. Moga kita boleh jadikan panduan dan bacaan bersama, insya-Allah.

1. Doa dipermudahkan urusan

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami."

(Al-Kahfi 18:10)

*Doa ini diucapkan oleh para pemuda gua sewaktu melarikan diri ke gua.

2. Doa memohon kemenangan dan dapat keputusan terbaik.

رَبَّنَا ٱفْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِٱلْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ ٱلْفَٰتِحِينَ

"Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim."

(Al-A'raaf 7:89)

*Doa ini diucapkan oleh pengikut Nabi Syuaib tatkala diugut kaumnya sama ada kembali ke agama nenek moyang atau dihalau.

3. Doa agar diberi kekuatan dan kesabaran.

رَبَّنَآ أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَٰفِرِينَ

"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir."

(Al-Baqarah 2:250)

*Doa ini diucapkan oleh Talut dan tenteranya semasa bertempur dengan tentera jalut.

4. Doa berserah kepada Allah

رَّبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ ٱلْمَصِيرُ

"Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!

(Al-Mumtahanah 60:4)

*Doa in diucapkan oeh Nabi Ibrahim setelah habis segala cara berdakwah kaumnya.

5. Doa agar tidak termasuk golongan jahat

رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا مَعَ ٱلْقَوْمِ ٱلظَّٰلِمِينَ

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim".

(Al-A'raaf 7:47)

*Doa ini diucapkan oleh ashabul A'raf ketika melihat ahli neraka.

6. Doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat

رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى ٱلْءَاخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".

(Al-Baqarah 2:201)

Jom kita hafal sama-sama, pendek-pendek sahaja!

Antara rujukan:
- http://www.surah.my
http://quran.islamicevents.sg
https://hadithislam.wordpress.com




Piala Dunia kembali lagi! Kali ini (2018) diadakan di Russia. Dalam kesibukan berhari raya kelihatan ramai telah dilanda demam bola sepak. Masing-masing memperkatakan tentang pasukan kegemaran, jangkaan keputusan serta pemain kesayangan. Tidak kurang juga pasukan yang menyerlah walaupun kurang diperkatakan. Di sini saya kongsikan pautan berkenaan Piala Dunia ini. Moga kejayaan milik pasukan kegemaran anda!

Keputusan terkini Piala Dunia 2018

AKHIR: PERANCIS MENENTANG CROATIA

Kemaskini: Tamat sudah Piala Dunia 2018. Tahniah Perancis menang 4-2.

Gambar: @givemesport
adidas Golden Ball Award (Pemain terbaik perlawanan): Luka MODRIC (Croatia)
Gambar-gambar lain (Sumber: twitter @FIFAWorldCup)

adidas Golden Boot Award (Penjaring gol terbanyak) - Harry KANE (England)

FIFA Fair Play Trophy - SPAIN (Sepanyol)

adidas Golden Glove Award (Penjaga gol terbaik)- Thibaut COURTOIS (Belgium)  

FIFA Young Player Award (Anugerah pemain muda): Kylian MBAPPE (Perancis)


*****




Croatia (Gambar: @givemesport)

Perancis (Gambar: @givemesport)


Laman web keputusan:


Aplikasi:

The FIFA World Cup App
iOS   |  Android

*****

Sumber gambar-gambar di bawah: @InikanBola

Tempat ketiga: Belgium menang 2-0


Separuh akhir

Suku akhir

Senarai pasukan bertanding:


Kumpulan A:


Antara pilihan: Mesir & Russia

  • Arab Saudi
  • Mesir (Egypt)
  • Uruguay
  • Russia

Kumpulan B:


Antara pilihan: Portugal & Sepanyol


Kumpulan C:


Antara piihan: Perancis

  • Perancis (France)
  • Denmark
  • Australia
  • Peru

Kumpulan D:


Antara pilihan: Iceland & Argentina


Kumpulan E:
Antara pilihan: Brazil

  • Brazil
  • Switzerland
  • Costa Rica
  • Serbia


Kumpulan F:
Antara piihan: Jerman & Mexico

  • Jerman (German)
  • Korea
  • Mexico
  • Sweden

Kumpulan G:


Antara pilihan: Belgium & England


Kumpulan H:
Antara pilihan: Jepun

  • Jepun
  • Colombia
  • Senegal
  • Poland

    Maklumat lain-lain pasukan: https://www.fifa.com/worldcup/teams/
    Kemaskini / update terkini:

    - https://twitter.com/FifaWorldCup


    Pemain pilihan:
    Senarai pemain lain - https://www.fifa.com
    Senarai keputusan terkini - https://www.theguardian.com

    Rujukan info grafik:
    https://www.hmetro.com.my/infografik
    - http://www.bhplus.com.my
    - https://www.hmetro.com.my/pialadunia2018
    - http://www.astroawani.com

    Maklumat tambahan:
    https://www.theguardian.com
    - http://www.worldsoccer.com

    Sumber gambar utama artikel: https://www.gettyimages.com


    Adventurous! Novel interaktif ini bukanlah sebuah novel seram / hantu yang begitu menakutkan, namun kisah misteri yang dikaitkan dengan mimpi seorang gadis bernama Yana sebenarnya lebih kepada mendatangkan rasa seronok dan teruja.

    Sangat mengingatkan saya pada projek akhir tahun semasa saya menuntut dulu, saya buat filem interaktif (Adrenalin judulnya). Konsep interaktif ini adalah interaksi khalayak dengan karya kita. Mereka boleh memilih. Pemilihan watak berbeza akan membawa keputusan kesudahan / jalan cerita berbeza.

    Boleh bayang tak anda dapat kelebihan tahu tentang kisah lalu orang lain berdasarkan mimpi? Dan orang itu dah tak ada. Haa. Itu yang menariknya watak Yana dalam novel Misteri Mimi Yana tulisan Salleh Kausari ini.



    Kisah persahabatan, kekeluargaan, dendam, paranormal dan tanggungjawab, ya! Begitu banyak elemen ditekankan dalam kisah ini. Malahan apabila membaca buku tentang kekaraban dan perjalanan Yana dan sahabat-sahabatnya, saya rasa seperti tak mahu berhenti membaca dan terbayang banyak adegan mendebarkan dalam kepala. Seperti filem. Penulisan Salleh Kausari begitu mudah difahami namun unsur suspend tetap menonjol. Paling penting pengajaran tetap ada melalui novel ini.

    Saya suka cara penulis letak kelebihan Yana, tetap ada kekurangan kerana Tuhanlah Yang Maha Sempurna.

    Antara petikan menarik melalui novel ini:

    "Sebenarnya apa yang berlaku ni buat aku sedar. Bahawa hidup ini adalah satu perjalanan yang unik bagi setiap orang. Apa yang berlaku kepada kita ada hikmah yang tersembunyi. Semua adalah ujian untuk menguji kesabaran dan ketabahan kita." - Qila.

    "Hidup ini memang penuh dengan cabaran. Setiap apa kita lakukan pasti ada yang payah. Fokus pada apa inginkan dalam hidup. Anggap halangan sebagai cabaran dan gunakan kelebihan yang kita ada sebaik-baiknya." - Angela, polis perempuan Interpol.

    "Tak ada istilah gagal sebenarnya. Walaupun kita tidak berjaya seperti apa yang kita inginkan, usaha kita sudah jadi pengalaman yang berharga. Mesti ada natijah di sebalik apa yang kita lalui." - Inspektor Zulfadhli.

    "Di hadapan Yana sekarang, ada tiga pintu yang membawa Yana kepada tiga hasil yang berbeza. Satu pintu kegagalan. Satu pintu tidak merubah apa-apa. Satu pintu lagi adalah kejayaan. Tetapi hanya dua keputusan saja, iaitu betul dan salah. Kesilapan adalah apabila Yana berdiri tak bergerak-gerak kerana takut buat pilihan yang salah. Kerana dalam kegagalan pun, sebenarnya ada kejayaan yang mematangkan hidup kita." - nasihat Dato' Mustaffa kepada anaknya.
    "Dendam adalah ombak gila yang akan memusnahkan apa yang kau ada. Dendam juga racun yang akan membunuh naluri kau dan menghitamkan jiwa kau. Lepaskan dendam yang tersimpan. Jangan biar ia memakan diri kau. Biarlah memori hitam ini mendorong kau untuk menjalani kehidupan yang lebih baik, demi masa depan kau. Kau mesti buktikan kau mampu lalui semua ini dengan tabah dan cekal. Aku tahu kau seorang yang kuat semangat." Yana pesan ke Qila.
    "Di dunia ini, setiap kesusahan dan kepayahan akan mematangkan diri kita sendiri. Kutukan dan ejekan akan menjadikan kita kuat dan lebih bersemangat memghadapi hidup." - kata Yana kepada Enigma.

    "Jodoh ini macam burung tercedera yang kita bela. Selepas kita ubati luka dan kita beri makan sekenyang-kenyangnya, kita lepaskan. Sekiranya memang ditakdirkan untuk kita, lambat-laun kalau betul jodoh kita, dia akan kembali untuk menemani kita." - kata Zalifah kepada abangnya.

    Kesempurnaan bukan dalam menjalani kehidupan yang serba sempurna, tetapi dalam kesabaran kita menerima ketidaksempurnaan yang dikurniakan Tuhan.

    Walau apapun keputusan yang kita buat, ada takdir yang tersurat dan tersirat. Di dalam kesilapan yang kita buat melalui pilihan yang salah, ada pengalaman dan pengajaran yang akan mematangkan kita. Di sebalik kejayaan yang kita tempa melalui pilihan yang kita sangkakan betul, ada tanggungjawab dan tuntutan yang harus kita tunaikan.

    Sesungguhnya hidup ini penuh dengan pilihan-pilihan yang misteri, sebagaimana misterinya mimpi-mimpi Yana.

    Ya, sugguh tak rugi apabila membacanya. Banyak  perkara yang boleh kita belajar. Insya-Allah.

    Pautan:
    Facebook rasmi Mister Mimpi Yana - Misteri Mimpi Yana
    Facebook penulis, Salleh Kausari - Novel dan Karya Salleh Kausari
    Goodreads Misteri Mimpi Yana - Misteri Mimpi Yana
    Blog penulis: https://skausari.blogspot.com


    Banda Neira adalah projek iseng (suka-suka) oleh duo Ananda Badudu dan Rara Sekar. Banda Neira adalah nama pulau yang berada di Maluku, di Timur Indonesia. Pada masa perjuangan kemerdekaan, beberapa pejuang dan bapak penemu bangsa sempat dibuang oleh Belanda ke sana. Di antaranya Sjahrir dan Hatta. Banyak cerita menarik yang ditulis Sjahrir tentang Banda Neira. Dari catatan hariannya orang jadi tahu ia tak merasa seperti orang buangan ketika diasingkan ke sana. Barangkali kerana pulaunya luar biasa indah dan masyarakatnya menarik. Sementara Hatta sibuk baca buku, Sjahrir asyik bermain dan mengajar anak-anak setempat. ”Di sini benar-benar sebuah firdaus”, tulisnya di awal Jun 1936. Dari pulau dan cerita inilah nama ini diambil.



    Lirik Yang Patah Tumbuh, Yang Hilang Berganti - Banda Neira
    (Lagu: Ananda Badudu; Lirik: Ananda Badudu dan Rara Sekar; Aransemen dawai: Gardika Gigih)

    Jatuh dan tersungkur di tanah aku
    Berselimut debu sekujur tubuhku
    Panas dan menyengat
    Rebah dan berkarat

    Yang,
    yang patah tumbuh, yang hilang berganti
    Yang hancur lebur akan terobati
    Yang sia-sia akan jadi makna
    Yang terus berulang suatu saat henti
    Yang pernah jatuh ‘kan berdiri lagi
    Yang patah tumbuh, yang hilang berganti

    Di mana ada musim yang menunggu?
    Meranggas merapuh
    Berganti dan luruh
    Bayang yang berserah
    Terang di ujung sana




    Lirik Sampai Jadi Debu - Banda Neira
    (Lagu: Ananda Badudu dan Gardika Gigih; Lirik: Ananda Badudu)

    Badai Tuan telah berlalu
    Salahkah ku menuntut mesra?
    Tiap pagi menjelang
    Kau di sampingku
    Ku aman ada bersama mu

    Selamanya
    Sampai kita tua
    Sampai jadi debu
    Ku di liang yang satu,
    Ku di sebelahmu

    Badai Puan telah berlalu
    Salahkah ku menuntut mesra?
    Tiap taufan menyerang
    Kau di sampingku
    Kau aman ada bersama ku



    Sumber lirik-lirik lagu Banda Neira - http://dibandaneira.tumblr.com/lirik

    Instagram: @bandaneira_official
    Twitter: @dibandaneira
    Soundcloud: soundcloud.com/bandaneira 
    Youtube: https://www.youtube.com/user/dibandaneira
    Facebook Page: Banda Neira 

    -- Setelah empat tahun berkarya, Banda Niera telah umum bubar pada Disember 2016. Moga sukses keduanya dalam apa jua selepas ini. Lagu-lagu kalian tetap menemani penggemar selamanya. Terima kasih.



    Raya tahun ni Omar & Hana ada lagu Raya! Yang lebih menarik, ada Siti Nordiana! Semoga Hari Raya Aidilfitri kali ini lebih meriah dan bermakna insya-Allah. Jom sama-sama kita dengarkan.



    Lirik Meriahnya Raya Siti Nordiana ft Omar & Hana:

    Lalala lala lala lalala lala
    Lala lalala lalala lala

    Marilah semua
    Sambut Hari Raya
    Mandi dan bersihkan diri
    Pakai baju raya

    Marilah semua
    Sambut Hari Raya
    Marilah makan bersama sebelum solat raya

    Selamat Hari Raya
    Kepada semua
    Maaf-maafan sesama kita
    Selamat Hari Raya kepada semua
    Oh meriahnya Hari Raya

    Marilah semua
    Sambut Hari Raya
    Ucap taqabalallahu minna wa minkum
    Marilah semua
    Sambut Hari Raya
    Moga Allah menerima semua amal kita

    Lalala lala lala lalala lala
    Lala lalala lalala lala

    Selamat Hari Raya
    Kepada semua
    Oh meriahnya Hari Raya

    Marilah semua
    Sambut Hari Raya
    Ziarah-menziarahi makan kuih raya

    Marilah semua
    Sambut Hari Raya
    Kerana Allah yang Esa
    Allah sayang kita

    Selamat Hari Raya
    Kepada semua
    Maaf-maafan sesama kita
    Selamat Hari Raya kepada semua
    Oh meriahnya Hari Raya
    Oh meriahnya Hari Raya!



    Jom ikuti Omar & Hana di:
    - https://www.omarhana.com
    - https://www.facebook.com/OmarDanHana/
    - https://www.instagram.com/omardanhana
    - https://twitter.com/omardanhana

    Instagram Siti Nordiana:
    - https://www.instagram.com/sitinordiana


    Batas Senja adalah salah satu Band Indie Indonesia yang berasal dari kota Bandar Lampung. Band ini sudah memiliki beberapa single, dan sedang dalam proses penyelesaian album. Band ini beraliran folk dan lagu-lagu nya pun bertemakan semangat kehidupan. Jom dengarkan!



    Kata mereka, "Lagu ini (Kan Menua) adalah lagu yang mengingatkan kita tentang sebuah masa. Di mana akan ada masa muda dan tua. Di saat masa muda yang berapi api mulai membawa kita ke arah yang negatif, maka cepatlah kita berbenah, karna akan ada yang menanti iaitu masa tua. Masa di mana kita akan menjadi contoh untuk anak dan cucu kita.."

    Lirik Kan Menua - Batas Senja

    Mudaku berlari
    Mudaku bermimpi
    Mudaku berapi-api

    Mudaku tertawa
    Mudaku terlena
    Mudaku teracun jua

    Kembalilah a..a
    Kembalilah a..a..
    Kembalilah

    Benahilah semua
    Salahku salahmu jua
    Muda tidak selamanya
    Kita akan menua

    Mudaku berlari
    Mudaku bermimpi
    Mudaku berapi-api

    Mudaku tertawa
    Mudaku terlena
    Mudaku teracun jua

    Kembalilah a..a
    Kembalilah a..a..
    Kembalilah

    Benahilah semua
    Salahku salahmu jua
    Muda tidak selamanya
    Kita akan menua

    Benahilah semua
    Salahku salahmu jua
    Muda tidak selamanya
    Kita akan menua

    Kita akan menua...


    Lirik lagu Alenia - Batas Senja



    Berawal dari tepi ke hulu
    Mencari teduh untuk berlabuh
    Berkendara tekadku melaju
    Menorehkan kisah di hidupku

    Singgahi atap satu persatu
    Sekedar melepaskan lelahku
    Bercanda dengan sanak karibku
    Menceritakan keluh kesahku

    Terang hingga petang lagi
    Jatuh bangun kuberlari
    Jatuh henti, janganlah berhenti

    Untuk apa bercerita, cerita yang sama
    Dalam hidup butuh sesuatu yang baru
    Untuk apa kau bermimpi bila tak kau raih
    Bangunlah kau dan terus berlari

    Singgahi atap satu persatu
    Sekedar melepaskan lelahku
    Bercanda dengan sanak karibku
    Menceritakan keluh kesahku

    Terang hingga petang lagi
    Jatuh bangun kuberlari
    Jatuh henti, janganlah berhenti

    Untuk apa bercerita, cerita yang sama
    Dalam hidup butuh sesuatu yang baru
    Untuk apa kau bermimpi bila tak kau raih
    Bangunlah kau dan terus berlari

    Untuk apa bercerita, cerita yang sama
    Dalam hidup butuh sesuatu yang baru
    Untuk apa kau bermimpi bila tak kau raih
    Bangunlah kau dan terus berlari

    Untuk apa bercerita, cerita yang sama
    Dalam hidup butuh sesuatu yang baru
    Untuk apa kau bermimpi bila tak kau raih
    Bangunlah kau dan terus berlari
    Bangunlah kau dan terus berlari

    Lirik: X-Snowlxy

    Instagram rasmi Batas Senja: @batassenjaofficial
    Youtube rasmi Batas Senja: Batassenja official


    Drama Nur di slot Smarinda TV3 yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam ini tiba-tiba menjadi perbualan dan hangat diperkatakan. Ramai yang memuji drama terbaru arahan dan penulisan skrip oleh Shahrulezad Mohameddin ini. Dilakonkan oleh Amyra Rosli dan Syafiq Kyle, Nur tela7h berjaya mendapat perhatian ramai.

    Sinopsis Nur


    Gambar: @azhan_rani
    Adam, seorang ustaz muda yang terkenal kerana ilmu, rupa paras dan anak lelaki tunggal kepada penceramah selebriti, Datuk Ayah Haji Mohsen. Banyak tawaran pekerjaan Adam terima sekembalinya ke Malaysia. Adam bakal ditunangkan dengan Qhadeeja, seorang doktor muda, juga anak kepada seorang usahawan terkenal yang cukup rapat dengan Datuk Ayah Haji Mohsen. Adam sering mendapat soalan daripada pengirim misteri ketika memberi kuliah di masjid. Rupanya soalan itu datang daripada Nur, seorang pelacur yang mempunyai minat untuk mendalami agama Islam. Lama-kelamaan, mereka jatuh cinta kerana agama dan Allah SWT. Namun hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga dan masyarakat. Apakah Nur mempunyai sinar harapan untuk hidup bersama Adam? Kita nantikan.

    Antara perkara yang menarik sepanjang drama ini ditayangkan adalah isu-isu seperti berikut:

    1. Bagus dan telusnya watak pendakwah bernama Ayah Haji (Ayah Ustaz Adam). 

    Berdakwah cara berhikmah (watak dilakonkan Jalaluddin Hassan). Baik dengan isteri walaupun isteri ada buat silap, lembut menegur dan memaafkan. Tenang dengan anak. Maafkan menantu. Tegur orang lain berhikmah. Sabar dengan ujian.

    2. Sindiran buat penunggang agama



    Kita kadangkala tidak perasan atau mungkin terlepas pandang pada mereka yang menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Benar, tidak ramai, malah masih ramai lagi yang baik, ikhlas dan bertanggungjawab, namun kerana yang sedikit dan kecil ini, mampu menjejaskan nama baik seseorang tokoh atau tempat.

    Dalam cerita ini, watak Hamadi (Azhan Rani) yang konon berperanan sebagai ustaz (dia sebenarnya menipu), menggunakan wang pusat tahfiz yang dijaganya untuk berbuat perkara yang Tuhan larang pada waktu malam. Selain itu, Hamadi juga menggunakan ilmu agamanya untuk menegur isterinya jika iserinya menegur kesilapannya (untuk tutup kesilapan diri sendiri).  Malah watak Aisyah (Noor Khiriah sebagai isteri Hamadi) yang mudah bersangka buruk serta menjatuh hukum dan menilai orang seolah-olah orang lain begitu teruk, turut tidak disukai ramai.

    3. Perjuangan melakukan perkara yang betul

    Seperti watak Amirul, yang kadangkala kita lihat sedikit keliru kerana dia ingin bejuang, membantu dan turut sama membaikkan keadaan, namun adakalanya apa dia buat benar, kadangkala ada juga yang tidak kena dan sedikit lucu. Mungkin "Amirul" ada dalam diri kita semua.

    Seperti video ulasan Aida Azlin ini:


    4. Hukum rujuk cerai dalam Nur.





    5. Pembetulan salah faham tentang HIV

    1. PLHIV masih boleh berkahwin walaupun pasangan adalah negatif.
    2. PLHIV boleh mendapatkan zuriat tanpa menjangkiti pasangan dan zuriat tersebut (dengan bantuan doktor dan ubatan).
    3. HIV tu tak ada apa sangat pun. Stigma masyarakat yang membuatkannya nampak buruk.

    -- Sumber tweet dan video: @muazmusa_

    6. Petai dan teknik heimlich manoeuvre


    Simbolik petai menunjukkan perkara kecil (petai) sahaja mampu menyatukan jika benar caraya. Namun dalam drama ini melibatkan nyawa, ibu mertua Nur tercekik petai dan dibantu dikeluarkan Nur melalui teknik heimlich manoeuvre adalah satu prosedur tujahan pada abdomen yang digunakan sebagai pertolongan cemas untuk mangsa yang tercekik.

    7. Sihir dan sup bunjut



    Tiba-tiba sup bunjut menjadi viral berpunca daripada salah satu adegan kelakar ini. Namun isi dan mesejnya tidak lucu. Ini menunjukkan betapa jika kita buruk sangka, suka menuduh (lihat di penghujungnya siapa sebenarnya demikian), kita mampu jatuh dalam kebodohan dan rasa malu kita sendiri. Malah amalan syirik dan khurafat hendaklah dijauhi.

    8. Peranan bapa dan lelaki



    Tertarik dengan pandangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil di facebook mengenai watak bapa yang ditonjolkan dengan begitu tenang dan baik sekali dalam drama ini. 

    "Dalam segala hiruk pikuk kontroversi yang timbul di dalam keluarga, Ayah Haji Mukhsin dan Datuk Tajudin menzahirkan sifat tenang, ‘membuat kerja islah dalam diam’, menjadi pelindung kepada isteri dan anak masing-masing bukan sahaja daripada gangguan dan kejahatan luar, malah daripada kelemahan diri mereka sendiri." 

    9. Pilih pasangan betul, jodoh dan kasih sayang 

    Kita dapat lihat keikhlasan dan penerimaan masing-masing dalam perjuangan cinta dan perkahwinan mereka. Bagaimana Adam bertegas mahukan Nur dan bukan Deeja (pilihan keluarga) dan bagaimana sabarnya Nur menerima reaksi dan penolakan keluarga Adam.

    Betapa kuatnya jodoh, tetap bersatu walaupun banyak rintangan. Semua ini dengan izin Allah.

    Pilihlah pasangan yang betul, istikharah, bertanya dan kenal baik-baik, lihat bagaimana Aisyah silap dalam menilai dan memilih Hamadi.

    10. Dakwah dalam drama dan seni

    Memetik ulasan dan kata-kata Ummuhani Abu Hassan;

    "Nur. Adalah realiti sosial kita di Malaysia. Kewujudan banyak kelompok dalam menafsirkan Islam memberi impak positif dan négatif. Positfnya kita melihat kepelbagaian pendekatan dakwah. Negatifnya, jika setiap kelompok mendakwa merekalah paling baik dan benar (dalam mengamalkan Islam) mengakibatkan orang jahil makin jauh dari agama, non -muslim pula takut pada Islam. 

    Saya sendiri 'terjatuh' dengan dialog ini "Sekarang emak dah faham kenapa dia pilih kamu. Sebab kamu ikhlas dengan Allah. Kamu cinta Dia bukan atas dosa dan pahala kamu. Tapi sebab Dia Tuhan kamu dan kamu perlukan Dia." 

    Drama Nur ada Nur (cahaya) untuk ruang hati kita bermuhasabah."


    Lihat! Betapa drama dan seni mampu menjadi medium penyampaian dalam menyampaikan perkara baik dan benar tentang agama.

    11. Kemaafan dendam terindah 

    Betapa penyesalan Aisyah (Noor Khiriah) dan pengakuannya, buat ahli keluarganya tenang menerima dan rela hati bersabar. Bagi mereka, mereka bukan Tuhan untuk menghukum. Manusia yang sedar harus diberi peluang dan ruang.

    12. Deeja yang baik dan reda
    "Sayang macam mana kita pada seseorang itu, jodoh tetap rahsia Allah. Bila-bila masa Allah boleh hantarkan dan bila-bila masa jugak Allah boleh tarik balik." - Deeja.
    Walaupun sebagai manusia biasa ada saatnya beliau tidak dapat lari daripada rasa tertanya, kecewa dan sedih, namun beliau tenang dan reda. Tidak menyalah, malah masih berbaik dan menerima hakikat takdir.

    13. Keinsafan dan sedar adanya Tuhan

    Adegan Mona (Laila Nasir) yang insaf dan percaya adanya Tuhan di sisi anaknya, pada penghujung cerita benar-benar menyentuh. Jalan pulang tetap ada pada mereka yang mencari dan mempercayai. Insya-Allah.

    *****
    Sedikit trivia:

    - Lagu tema drama Nur (OST) - Tak pernah hilang nyanyian Amylea ft Kaer.
    Shahrulezad Mohameddin pernah menang anugerah pengarah filem terbaik (melalui drama seakan Nur juga, Antara Garisan judulnya).
    - Drama arahan dia yang lain (adaptasi dari Korea) juga sedang trending (di stesen TV lain) sewaktu drama bersiri Nur sedang rancak ditayang.

    (+) Bonus: senarai pelakon baru dalam drama Nur:

    - Raja Atiq (watak Amirul) yang pandai mengaji - @therajaatiqullah
    - Riena Diana (watak Deeja) yang manis bila bertudung - @rienadiana
    - Mathni Razak yang berlakon sebagai doktor - @mathnirazak7
    - Laila Nasir yang berlakon sebagai Cik Mona (ibu Nur),  bukan baru, pelakon comeback @lailanasirofficial


    Gambar dan sinopsis: Kepala Bergetar

    Boleh baca kritikan lain:
    - Drama Nur sindir penunggang agama
    - Dialog menarik dalam drama Nur
    - Pembunuhan karakter islam dalam drama melayu
    - Dapat banyak bintang
    - Komen pengarah
    - Ulasan panjang yang menarik - Azzah Abdul Rahman
    Ulasan Ahmad Fairuz Saad
    "Jadilah mata lebah, jangan jadi mata lalat. Dakwah tu- bukan bersifat eksklusif."
    - Juga menarik melalui watak Mona - Fadhlina Sidek Sidek
    Kejayaan Drama Nur 


    P/S: Teringat drama Nur Kasih, yang juga popular diperkatakan satu ketika dahulu. Moga apa yang bermanfaat, kita ambil pengajaran.




    Antara sumber lain:

    Nur yang ditayangkan menerusi slot Samarinda mendapat rating sebanyak 11 juta tontonan menerusi 19 episod yang ditayangkan manakala 500,000 menonton di internet. Tahniah. 





    "Not much people enjoy work but when it's for the sake of Allah and you built it with your heart and soul purely for the sake of Allah you smile from ear to ear." - Ali Banat.
    Ali Banat

    Ali Banat, berusia 36 tahun (lahir 16 Februari 1982) berasal dari Sydney, Australia. Isterinya bernama Irina Moises.

    Pada Julai 2015, ketika minum teh beliau nampak sesuatu pada lidahnya. Beliau telah berjuma doktor dan beliau disahkan menghidap kanser ACC (Adenoid Cystic Carcinoma), kanser kelenjar air liur tahap 4. Hidupnya berubah. Daripada seorang pemuda kaya, ada rumah dan kereta mewah serta perniagaan yang hebat, beliau mendedikasikan seluruh hidupnya utuk membantu orang lain. Pada asalnya beliau terkejut. Namun itu tidak lama. Beliau tidak melihat sakitnya sebagai alasan utuk beliau terus jatuh, namun bangkit pula untuk membantu dan menggembirakan orang lain.

    Baginya sakit  adalah "hadiah" daripada Allah.
    Ali Banat; Gifted with cancer



    Beliau menggantikan semua kemewahan dunia dengan akhirat. Beliau telah menjual perniagaannya dan menggembara ke Afrika. Di sana beliau telah membina masjid bersama dengan sekolah untuk anak-anak yatim. Ali Banat juga telah membangun dan mengasaskan projek Muslims Around The World (MATW). Moga pengorbanan dan amal beliau diberkati Allah.

    Instagram MATW: @matw_project
    Jika mahu menyumbang: Gofundme
    Laman web rasmi Muslims  Around The World (MATW): www.matwproject.org

    Doktor menjangkakan hayatnya 7 bulan sahaja, namun beliau hidup lebih 2 tahun daripada tempoh itu. Pada 29 Mei 2018 yang lalu, beliau telah meninggal dunia, satu dunia mendoakan beliau. Mudah-mudahan kitapun mati dalam keadaan husnul khatimah (kematian yang baik). Insya-Allah.

    Pesanan & mesej terakhir Ali Banat:




    *****

    Razan Ashraf Najjar 

    Gambar: aqsasyarif.org.my
    Manakala Razan Ashraf Najjar pula, seorang pegawai perubatan yang manis; berumur 21 tahun terbunuh akibat ditembak di dada oleh sniper rejim Zionis Israel ketika memberikan bantuan perubatan di perkampungan Khuza'a. 

    Razan pernah berkata, "Boleh sahaja jika saya hanya bekerja di hospital. Tetapi saya lebih suka untuk berada di barisan hadapan bersama-sama para sahabat saya di lapangan."

    "Setiap hari akan ada yang gugur syahid di Gaza dan mereka itu lebih mulia dari saya. Saya mengharapkan saya juga syahid seperti mereka."

    Tanggal 1 Jun, Allah memakbulkan doanya. Beliau gugur sebagai seorang paramedik, seorang hero yang menyelamatkan nyawa orang lain dan seorang pejuang yang ingin membebaskan tanah air tercinta. - (Sumber: Facebook Aqsa Syarif)


    *****

    Salah satu cara, jika mahu derma untuk Palestin:
    Salurkan sumbangan anda atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’ 
    Secara ONLINE > www.billplz.com/myramadan 
    Maybank Islamic : 5642-5856-0698 
    Bank Islam : 1209-20100-34904 
    CIMB Islamic: 8602 135 592 
    JomPAY Biller Code: 6197

    Moga keduanya dirahmati dan mampu menjadi motivasi untuk kita semua.  Semoga kita semua menjadi manusia yang lebih bermanfaat, insya-Allah!


    Antara rujukan:









    Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



    click to te top